Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Pelan Induk Untuk Merubah Industri Perkapalan Malaysia - Menteri Pengangkutan

Posted: 08 Jun 2015 06:12 AM PDT


Sedar atau tidak kita kurang informasi atau mengambil berat mengenai industri perkapalan di Malaysia. Industri berkenaan juga, mengalami kemerosotan yang jelas, selepas ekonomi dunia dilanda kelembapan.

Oleh itu satu draf Pelan Induk Perkapalan Malaysia, yang akan mengenal pasti pelbagai isu dan membuat cadangan mengenai industri perkapalan yang kritikal, akan siap hujung tahun ini, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Pelan induk itu menghurai dan mencadangkan beberapa strategi serta langkah yang sesuai untuk memulihkan industri perkapalan khususnya dan industri sokongan umumnya.

"Pelan induk itu akan merobah keseluruhan spektrum perkapalan Malaysia dan melonjaknya ke tahap lebih tinggi, apabila dilaksanakan," katanya ketika merasmikan bangunan baharu Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA), tempohari.

Industri perkapalan sangat penting kepada Malaysia kerana ia adalah kaedah perhubungan serta talian hayat kepada ekonomi negara, malah lebih 95 peratus perdagangan negara melalui laut.

"Bagaimanapun kita tahu yang industri perkapalan Malaysia terjejas oleh kelembapan ekonomi global serta krisis kewangan dan kini industri perkapalan Malaysia menghadapi pelbagai cabaran," katanya lagi.

Sambil menegaskan perkapalan adalah industri kitaran walaupun kitaran ke bawah nampak panjang bagi sesetengah pihak, beliau berkata, keadaan akan bertukar menjadi lebih baik tidak lama lagi dan setiap orang perlu kekal positif.

Beliau menggesa pemilik kapal memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan maritim, melalui peningkatan kemahiran dan kemahiran semula bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan, daya saing serta produktiviti.

Liow menggariskan pelbagai langkah lain yang dapat mengurangkan kesan kelembapan ekonomi, iaitu penilaian komprehensif semua aspek perkapalan, termasuk kewangan, operasi, perkhidmatan serta kakitangan bagi mengenal pasti kekuatan, kelemahan dan peluang serta ancaman sebelum menyelaras strategi.

"Oleh itu apabila pasaran bangkit semula, mereka yang paling bersedia dengan aset, kapasiti dan kakitangan akan menjadi yang pertama menuai hasil daripada pemulihan ekonomi global dan perdagangan melalui laut.

Kerajaan juga mengalu-alukan sebarang cadangan daripada MASA yang boleh dikaji bersama dalam mempromosi kelestarian, menambah peluang untuk pertumbuhan dan kemajuan industri perkapalan negara,

MASA juga merupakan satu Persatuan Perkapalan yang aktif dan sentiasa memainkan peranan bersama Kerajaan untuk terus bersama membangunkan industri yang menjadi tunjang dalam perdagangan negara.

BN Kedah Tunai Janji Bina Rumah - Mukhriz

Posted: 08 Jun 2015 04:44 AM PDT


Kerajaan BN Kedah telah meluluskan dan pembinaan sebanyak 27,081 unit rumah sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Kedah daripada Pakatan Rakyat pada 2013. Kejayaan itu membuktikan Kerajaan Barisan Nasional telah mengotakan salah satu janji PRU-13 lalu.

Kerajaan negeri telah menyasarkan pembinaan 40,000 rumah yang meliputi rumah mampu milik dan rumah kos rendah bagi tempoh 2013 hingga 2018 dan sejak dari 2013 sejumlah 28,081 unit dicapai dan ia merupakan satu kejayaan dan pencapaian yang baik.

Menteri Besar Kedah Dato' Seri Mukhriz Mahathir berkata Kita rasa selesa dan yakin, dalam dua tahun ke depan ini kita dapat penuhi sasaran.Jumlah 28,081 unit itu katanya meliputi jumlah daripada tahun 2013 sebanyak 4,801 unit rumah, 2014 (12,646 unit) dan 2015 (10,634 unit).

Jelasnya keyakinan itu turut didorong bantuan pihak swasta, Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) dan beberapa pihak lain lagi.

Bagaimanapun katanya, pihaknya masih tidak berpuas hati dengan komitmen syarikat pemaju swasta dalam pembinaan rumah mampu milik dan kos sederhana.

"Ada keperluan untuk berbincang dan berunding dengan pemaju-pemaju, kita nak faham apa masalah dihadapi, dan kita akan lihat apa masalah dia tanpa jejas aspek dianggap penting seperti jumlah perumahan, kualitinya, kadar harganya, pecahan bumiputera dan bukan bumiputera, itu semua kita ambil kira.


BN Kedah sangat mesra perniagaan, kalaulah pemaju-pemaju rasakan dasar sedia ada tidak memberangsangkan mereka dalam laksanakan projek perumahan ini, kita boleh bincang," katanya.

Sebelum itu, Dato' Seri Mukhriz telah merasmikan Taman Tunku Intan Safinaz (TTIS) dan majlis pecah tanah pembinaan Masjid Taman Tunku Intan Safinaz di Jitra. Taman ini dibina oleh Syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB).

Beliau juga berkesempatan melihat rumah contoh dan berpuas hati dengan pembinaan oleh BDB.

Tangkap Gambar, Rakam Video dan Menang RM300 #SPAD

Posted: 08 Jun 2015 03:21 AM PDT




Pada semua pembaca blog, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) ada menawarkan peluang untuk anda memenangi wang tunai sebanyak RM300. Bermula dari 01 Jun 2015 sehingga 26 Jun 2015. SPAD akan memberi RM300 kepada 30 pemenang bertuah yang menaiki bas Go KL! Anda hanya perlu tunjukkan bakat anda yang paling kreatif dengan mengambil gambar atau merakam video semasa menaiki bas percuma Go KL. Senang bukan?

Ambil gambar, rakam video dan menang! Sungguh mudah! Ini peluang anda untuk memenangi RM300.




Hantarkan rakaman atau gambar kreatif anda semasa menaiki bas PERCUMA Go KL. Nantikan persembahan pemuzik-pemuzik jalanan di dalam bas! Sama ada anda ke tempat kerja atau berjalan-jalan menikmati panorama Kuala Lumpur, jangan lupa menyertai peraduan mudah ini dan nikmatilah kemudahan 20 buah bas baru Go KL yang memberikan perkhidmatan percuma di sekitar Kuala Lumpur!

Rebutlah sekarang, sementara masa masih ada.






-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...