Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


"Menangis emak.. terima penyata hutang dari Felda RM146,502.32" luah anak Peneroka

Posted: 01 Jul 2015 09:00 AM PDT


Seorang peneroka Felda terkejut apabila menerima penyata hutang sebanyak RM146,502.34 selepas proses penanaman semula ladang kelapa sawitnya yang dibuat melalui syarikat Felda Technoplant Sdn Bhd.

Ia disuarakan anaknya Zurina Amnan melalui akaun Facebook beliau yang kemudiannya mendapat reaksi yang pelbagai dari orang ramai.

"Terkejut dan menangis emak saya... Penyata hutang yang Felda Technoplant bagi semalam, ayah saya berhutang dengan Felda RM146,502.32," tulisnya.

Katanya, hutang bapanya itu masih sedikit jika dibandingkan dengan hutang para peneroka Felda lain yang terlibat dalam penanaman semula melalui anak syarikat Felda itu selama tiga tahun.

Susulan itu, Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan reaksi beliau berhubung perkara itu.

"Jika perdana menteri prihatin dan menghargai jasa dan pengorbanan para peneroka, beliau boleh umumkan 'hutang peneroka dikaji semula'. Mungkin boleh lakukannya sebagai permulaan kepada insentif Hari Raya.

"Ia akan menjadi hadiah istimewa peneroka menjelang Hari Raya!" kata Mazlan, bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat yang meletakkan jawatan, dalam satu kenyataan.

Beliau amat bersimpati dengan apa yang diluahkan Zurina itu, menyatakan beliau dan sudah sekian lama membangkitkan isu yang meninggalkan kesan besar kepada komuniti Felda itu.

"Hakikatnya, inilah antara isu besar yang saya dan peneroka bangkitkan sekian lama. Saya masih menyimpan begitu banyak resit penyata tanam semula peneroka yang menyatakan kedudukan hutang mereka," kata Mazlan lapor The MAlaysian Insider


Setakat ini, katanya, mengikut rekod beliau, terdapat peneroka yang menanggung hutang tanam semula berjumlah RM157,000.

Skim penanaman semula melalui Felda Technoplant itu merupakan antara dasar yang didakwa memberi kesan yang mendalam kepada peneroka Felda.

Di bawah dasar itu, peneroka dihalang daripada menanam semula secara persendirian tanpa seliaan Felda Technoplant yang menyebabkan peneroka akhirnya terpaksa menanggung hutang tanpa kerelaan mereka sendiri.

Melalui rancangan ini, peneroka tidak diberi pilihan melainkan menyerahkan tanggungjawab penanaman semula kepada Felda Technoplant.

Mereka diberi wang sara hidup setiap bulan bagi menampung kos tanaman mereka sebelum kelapa sawit mengeluarkan hasil.

Mazlan dalam kenyataannya berkata, ketika Datuk Ahmad Maslan menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menyelenggara Felda, beliau pernah membangkitkan betapa tidak 'masuk akal' hutang yang begitu tinggi ditanggung peneroka.

Menurutnya, banyak aduan mengenai hutang peneroka yang beliau kemukakan kepada Felda.

"Dalam kes Gugusan Trolak di Perak umpamanya, ia sampai ke peringkat laporan polis apabila peneroka hilang sabar mengenai jumlah hutang yang 'mengarut'.

"Akhirnya, ia dapat diselesaikan dan penyata baru dikeluarkan," katanya.

Anak, kata Mazlan, menubuhkan jawatankuasa menangani hutang peneroka yang di pengerusikan oleh Abd Rahman Ramli, Pengerusi Badan Kebangkitan Peneroka Kebangsaan (Bangkit).

Ahmad Maslan nafi tweet "Minyak naik RM0.10 tapi KFC ramai juga orang"..

Posted: 01 Jul 2015 07:49 AM PDT


Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menafika memuat naik status di Twitter berhubung kenaikan harga minyak yang diumumkan kerajaan pada awal pagi Rabu.

Katanya, apa yang dimuat naik itu adalah palsu dan dilakukan oleh orang yang tidak betul dengan niat fitnah.

"Ini tweet palsu kerja org tak betul & fitnah.1/6 saya tak ada tweet begitu. Jika dimaksud hari ini, kan bulan puasa," katanya menerusi Twitternya rasmi miliknya.

Sebelum ini dalam statusnya Ahli Parlimen Pontian itu dikatakan menulis kenaikan bahan api terbaru tidak membebankan dan ia dikaitkan dengan perbelanjaan rakyat Malaysia di restoran makanan segera KFC.

"Minyak NAIK RM0.10 tapi KFC ramai juga orang. Beban di mana?!," antara status yang ditulis lapor Free Malaysia Today..


Tapi kan Ahmad Maslan.. hari ini 1/7 bukannya 1/6...

Mengaku sajalah kalau dah Tweet tu.. bukan rakyat tak biasa.. rakyat dah biasa dengan kenyataan-kenyataan bodoh dan menyakitkan hati hang tu!!


Satu lagi hartanah MARA terlebih bayar.. kali ni lebih RM15.47 juta pula..

Posted: 01 Jul 2015 01:39 AM PDT


Majlis Amanah Rakyat (MARA) kini didakwa mendapatkan sebuah lagi hartanah di Australia dengan harga yang jauh lebih mahal berbanding harga pasaran.

Pusat Pemantauan dan Pendedah Maklumat Negara (NOW) mendakwa harta tanah itu melibatkan bangunan 51 Queen Street di Melbourne yang dijual oleh Quintessential Group of Companies (QGC) kepada pihak tidak dinamakan pada 2013.

Ringkasan laporan berkaitan turut dipamerkan di laman web QGC.

QGC dikatakan membeli hartanah itu dengan harga AUD8.2 juta pada 2010 dan menjualnya dengan harga AUD16.65 (RM48.14 juta) selepas pengubahsuaian.

Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata dokumen bocor menunjukkan bahawa majlis MARA meluluskan pembelian hartanah itu pada 21 Februari 2013.

Ia secara rasmi diperoleh pada 29 Mac tahun itu pada harga AUD22 juta (RM66.61 juta).

Ini bermaksud AUD5.35 juta (RM15.47 juta) terlebih bayar, menurut Akmal.

Dalam kenyataannya selepas itu, NOW mendakwa pembelian 51 Queen Street melibatkan kaedah yang sama dengan pembelian dua lagi hartanah yang didedahkan sebelum ini – Dudley House dan 333 Exibition Street.

NOW mendakwa perkara itu seolah-olah menunjukkan satu modus operandi sistematik dan NGO itu mengesyaki terdapat unsur pecah amanah.

Serah dokumen pada SRPM

Sementara itu Pengerusi MARA Tan Sri Annuar Musa semalam berkata dokumen berkaitan pembelian asetnya di luar negara telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk proses siasatan.

Beliau berkata dokumen tersebut termasuklah tiga hartanah yang didakwa dibeli secara meragukan di Melbourne, lapor Bernama.

"Jadi biarlah penyiasatan berjalan.

"Kita tak ada apa nak disembunyikan," beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas selepas majlis penyerahan zakat kepada 380 orang penerima dalam kawasan Parlimen Ketereh di Kota Baharu, Selasa.

Akhbar Australia, The Age baru-baru ini melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik membelanjakan berjuta-juta dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan harta tanah lapor Malaysiakini


Penangguhan Pemilihan wajar sebab pemimpin UMNO takut dengan bayang-bayang sendiri - Utusan

Posted: 30 Jun 2015 10:28 PM PDT


Memandangkan kebanyakan pemimpin parti UMNO masih lagi dibelenggu sindrom "takut dengan bayang-bayang sendiri" penangguhan pemilihan parti itu adalah tepat menurut Utusan.

Pengarang kanannya, Zulkiflee Bakar berkata, dalam Umno sendiri wujud perpecahan kerana terlalu mahu mempertahankan atau merebut jawatan sehingga melihat kehadiran "orang baru" sebagai saingan.

"Kewujudan orang baru dalam satu-satu bahagian bukan dianggap satu rahmat sebaliknya menggugat kedudukan orang lama. Sindrom takut kepada bayang-bayang ini turut merebak di peringkat negeri. 

"Kalau begitulah situasinya, apa akan berlaku jika pemilihan tetap dilangsungkan seperti mana dijadualkan?

"Sudah pasti perpecahan hanya akan bertambah buruk dan menjejaskan peluang Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang," tulisnya dalam akhbar milik Umno itu hari ini.

Selain itu menurutnya lagi Jentera propaganda pakatan pembangkang jauh lebih efisien berbanding jentera penerangan UMNO mahupun Barisan Nasional (BN).

Serangan demi serangan, persepsi demi persepsi yang dilakukan oleh pembangkang melalui media-media mereka ternyata tidak mampu ditepis oleh UMNO dan BN.

Sebaliknya apa yang kita sering saksikan, ada ketikanya jentera UMNO 'menyerang sesama sendiri' bagi mempertahankan pemimpin yang mereka sokong.

Akibatnya UMNO tidak mendapat keuntungan sebaliknya rakyat semakin terpedaya dengan propaganda pembangkang.

Berikut adalah artikel penuhnya..

Peluang perkukuhkan UMNO



TIADA mana-mana kelompok atau kumpulan dalam UMNO yang perlu kecewa atau kesal apabila Majlis Tertinggi (MT) UMNO memutuskan menangguhkan pemilihan parti itu tahun depan.

Sebaliknya mereka perlu menganggap ia sebagai satu rahmat dalam usaha memperkukuhkan parti. Perlu diakui UMNO kini bukanlah berada dalam keadaan selesa. Terlalu banyak isu yang perlu diselesaikan.

Walaupun pakatan pembangkang sendiri berada dalam keadaan cacamarba tetapi UMNO pula terpaksa bergelut dengan pelbagai serangan dari luar.

Justeru penangguhan itu perlu digunakan sebaik-baiknya untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan keupayaan bagi meraih sokongan rakyat. Mana-mana juga pemimpin UMNO tidak boleh menganggap parti itu sudah kuat dan tidak berhadapan dengan masalah.

Tidak perlu terlalu lama bernostalgia dengan kejayaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 lalu kerana situasi dan masa sudah berubah. Sejak PRU tersebut banyak isu membabitkan kerajaan dan parti yang memerlukan rakyat diberikan penerangan dengan sejelas-jelasnya.

Jentera propaganda pakatan pembangkang jauh lebih efisien berbanding jentera penerangan UMNO mahupun Barisan Nasional (BN). Serangan demi serangan, persepsi demi persepsi yang dilakukan oleh pembangkang melalui media-media mereka ternyata tidak mampu ditepis oleh UMNO dan BN.

Sebaliknya apa yang kita sering saksikan, ada ketikanya jentera UMNO 'menyerang sesama sendiri' bagi mempertahankan pemimpin yang mereka sokong. Akibatnya UMNO tidak mendapat keuntungan sebaliknya rakyat semakin terpedaya dengan propaganda pembangkang.

Begitu juga dari segi isu, jentera BN dan UMNO masih terlalu lemah untuk menjawab isu yang sengaja dicetuskan oleh pakatan pembangkang khususnya melalui laman-laman sosial, tetapi yang aneh mereka berbangga kononnya jentera mereka hebat dan berupaya menangkis serangan terhadap parti.

Bagaimanapun hakikat di lapangan tidak menunjukkan fakta itu, imej UMNO dan BN semakin merudum akibat fitnah dan tohmahan pembangkang.

Berikutan keadaan itulah, UMNO di seluruh negara tidak boleh lagi bergantung kepada jentera di peringkat pusat untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Sebaliknya mereka sendiri sama ada di peringkat bahagian dan cawangan mengadakan aktiviti penerangan bagi mengukuhkan sokongan rakyat. Namun bagi melaksanakan misi itu apa paling penting ialah perpaduan dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO.

Perlu diakui di peringkat bahagian-bahagian perpecahan masih lagi berlaku. Tidak kira sama ada di peringkat jawatan bahagian mahupun sayap, masing-masing mahu mempertahankan jawatan atau merebut jawatan.

Kewujudan orang baru dalam satu-satu bahagian bukan dianggap satu rahmat sebaliknya boleh menggugat kedudukan orang lama. Sindrom takut kepada bayang-bayang ini turut merebak di peringkat negeri.

Kalau begitulah situasinya apakah akan berlaku jika pemilihan tetap dilangsungkan seperti mana dijadualkan? Sudah pasti perpecahan hanya akan bertambah buruk dan boleh menjejaskan peluang BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Akuilah masih ramai dalam kalangan pemimpin dan ahli UMNO belum bijak berpolitik. Mereka tidak akan menganggap kekalahan dalam pemilihan parti adalah demi untuk kebaikan parti.

Sebaliknya mereka akan menjadikan kekalahan itu sebagai `peluru' untuk membalas dendam dalam pilihan raya. Mereka sanggup mengkhianati parti sendiri kerana tidak mendapat jawatan dalam parti.

Oleh itu, keputusan menangguhkan pemilihan seperti mana diputuskan oleh MT adalah langkah yang tepat dan penulis dimaklumkan ia memang atas permintaan ahli-ahli peringkat akar umbi dan bukannya arahan mana-mana pihak.

"Berdasarkan tinjauan yang dibuat dan maklum balas yang diterima, ahli-ahli akar umbi merasakan UMNO tidak boleh mengadakan pemilihan parti kerana tumpuan seluruh tenaga perlu diberikan kepada persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum.

"Terlalu banyak perkara dan isu yang perlu kita selesaikan sebelum UMNO memasuki gelanggang pilihan raya. Kalau kalah dalam parti ia tidak menjejaskan UMNO tetapi kalau kalah dalam pilihan raya, parti yang akan menerima akibatnya,'' kata seorang pemimpin muda UMNO.

Selain memperkukuhkan parti, adalah diharapkan dalam tempoh penangguhan ini, sesetengah pemimpin sama ada di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat bermuhasabah apakah mereka masih lagi relevan untuk terus memegang jawatan dalam parti atau tidak.

Buatlah penilaian dengan seikhlas-ikhlasnya dengan meletakkan kepentingan parti mengatasi kepentingan peribadi. Ia memandangkan PRU-14 adalah amat penting kepada survival UMNO dan BN.

Janganlah sampai segala masalah parti dapat diselesaikan, masalah individu pula menghalang peluang BN untuk mencapai kejayaan ~ Utusan


Menuju ke arah parti baru Islam progresif bersama anak Allahyarham Fadzil Noor

Posted: 30 Jun 2015 08:13 PM PDT


Ekoran ketidaktentuan mengenai masa depan PAS dalam Pakatan Rakyat, anak seorang bekas presiden parti itu berharap parti baru jika diwujudkan, akan menerima orang Islam dan bukan Islam sebagai ahlinya - selagi mereka menyokong dasar perjuangan Islam dan dibenarkan untuk mengundi dalam parti itu.

Harapan ini disuarakan oleh Faiz Fadzil, 38, anak kepada Allahyarham Datuk Fadzil Noor, yang menjadi presiden PAS sesi 1989-2002.

"Bagi saya, dasar perjuangan Islam mesti ada, dan ia lebih bersifat pragmatik, progresif dan inklusif semua kaum. Tidak ada paksaan untuk memeluk Islam tapi ada individu yang melihat kepada baiknya Islam dan dia boleh sertai (parti baru itu)," katanya.

Menurutnya, Islam adalah sebuah agama yang lengkap dan harus melihatnya dalam konteks pentadbiran, keadilan, urus tadbir yang baik dan kebajikan rakyat dan bukan semata-mata hudud.

"Bagi ahli-ahlinya, ia mestilah inklusif dan buka keahlian kepada umat Islam, dan bukan Islam yang menyokong dasar perjuangan Islam. Sebelulm ini PAS pun buka DHPP, satu sayap yang menyokongnya (tapi), ia tak buka keahlian.

"Parti baru ini, saya berharap, akan membuka keahliannya kepada bukan Islam, yang juga harus dibenarkan untuk mengundi," kata Faiz dalam wawancara dengan Malaysiakini minggu lepas.

Faiz, yang mengendalikan firma guamannya sendiri di Negeri Sembilan, berkata pada masa ini penyokong bukan Islam dalam PAS tidak dibenarkan untuk mengundi dan tidak diberi apa-apa jawatan dalam parti.

Katanya, ini kerana PAS tidak bersedia untuk membuka keahliannya kepada bukan Islam dan ini telah menyebabkan sayap penyokong PAS itu mempunyai peranan yang terhad.

"Bagaimanapun, dalam parti baru (saya cadangkan) orang bukan Islam diletakkan di dalam pentadbiran parti," kata Faiz, seorang graduan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Faiz berkata beliau menyokong penubuhan parti baru oleh kumpulan progresif dalam PAS sekarang kerana kepimpinan PAS yang baru menunjukkan ia tidak mengubah pendirian tegas sejak mengambil alih kepimpinan parti itu bulan lepas.

Beliau berkata adalah menjadi satu kewajipan (bagi parti baru itu) untuk menampung jurang yang ditinggalkan oleh PAS dalam gabungan pembangkang.

Katanya, beliau menyokong penubuhan parti baru itu berdasarkan trend kepimpinan yang ada sekarang


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...