Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


GST: Surat terbuka pelajar sekolah untuk Najib

Posted: 11 Jul 2015 09:30 AM PDT


Usia yang masih muda dan masih berada di bangku sekolah bukan alasan untuk tidak mengambil tahu isu yang berbangkit dalam negara.

Itu yang dibuktikan oleh surat ini yang tersebar di laman sosial ini. Maklumat di Facebook menyatakan ia ditulis oleh seorang pelajar sebuah sekolah menengah.

Difahamkan, ia pada mulanya dimuat naik ke sebuah closed group untuk guru-guru di Facebook sebagai contoh jawapan.

Namun isi kandungan surat berkenaan yang jujur dan menyentuh hati pantas menjadikan ia viral.

Surat berkenaan merupakan satu tugasan daripada guru subjek Bahasa Inggeris, dengan arahannya berbunyi, "Tulis satu mesej ringkas untuk Perdana Menteri tentang GST".

Dalam surat tersebut, pelajar bernama Norfatihah Rahimee itu memaklumkan dia merupakan anak yatim, berasal daripada keluarga yang susah serta punya adik beradik yang ramai.

Kata Fatihah, dia dapat merasakan beban yang ditanggung keluarganya selepas GST dilaksanakan. Dia juga menaruh harapan agar kerajaan dapat melakukan sesuatu untuk mengurangkan beban yang ditanggung rakyat.

Cukai Barang dan Perkhidmatan, GST pada kadar enam peratus mula dilaksanakan 1 April lepas bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (CJP) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.


Laporan di atas itu datangnya dari AstroAwani 

Hmm.. Budak Sekolah pun tahu GST ni membebankan..

Tapi yang aku hairan.. macai-macai tu bermati-matian menyokong GST walaupun depa tak cukup makan dan terbeban.. dan masih tak mahu akui GST tu membebankan..

Dah tu nak salahkan golongan peniaga pula, kononnya peniaga ambil kesempatan naikkan harga barang..

Tapi kalau tak dilaksanakan GST.. adakah peniaga punya alasan untuk menaikkan harga barang beramai-ramai?

Errrr... mungkin macai tak Sekolah kot?


Kementerian Komunikasi dan Multimedia nafi akan tutup laman sosial

Posted: 11 Jul 2015 07:56 AM PDT


Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menafikan dakwaan bahawa kerajaan akan menyekat beberapa laman sosial di negara ini.

Dakwaan itu dibuat menerusi penyebaran kenyataan oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab bagi menimbulkan rasa ketidakpuasan hati kepada seluruh kalangan rakyat negara ini.

Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyifatkan individu yang menyebarkan dakwaan tersebut tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap negara.

"Itu tidak benar sama sekali. Saya percaya ada pihak yang cuba kaut keuntungan dengan sebarkan berita-berita sensasi sebegini yang kononnya kerajaan akan menutup laman-laman media sosial di negara ini.

"Dulunya kita pernah mengkaji apabila orang mencadangkan, tetapi saya katakan ia tidak wajar kerana Malaysia adalah sebuah negara demokrasi dengan (orang ramai) boleh menyatakan kewajaran dan pandangan.

"Akan tetapi dalam masa yang sama, ia mestilah tidak mencetuskan huru-hara dan jangan timbulkan kebimbangan dan keresahan orang ramai.

"Jangan bimbang bahawa Facebook, Twitter dan laman-laman sosial lain takkan ditutup. Jangan percaya dengan sebaran itu sama sekali," katanya kepada pemberita selepas program penyerahan bubur lambuk bersempena Program Eksplorasi Sehati Sejiwa 2015 di Hadapan Pasaraya Centre Point Kemaman di sini hari ini.

Sebelum ini, heboh diperkatakan di dalam media sosial bahawa kerajaan akan menyekat semua jenis laman sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, Instagram dan lain-lain berkuatkuasa 1 Ogos.

Beliau berkata: "Tindakan akan kita buat (kepada penyebar) sekiranya melanggar undang-undang.

"Jangan perlekehkan peraturan kerana undang-undang adalah menjaga keamanan. Misalnya lagu Negaraku yang diubahsuai, orang ramai tidak patut sokong dan 'share' kan perkara itu," katanya lapor AstroAwani


Pembunuh pengasas AmBank sudah kembali ke Malaysia dakwa Pascal Najadi

Posted: 10 Jul 2015 09:00 PM PDT


Pascal Najadi - anak Hussain Najadi - mendakwa, lelaki yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan ke atas pengasas AmBank itu sudah kembali ke negara ini menggunakan nama samaran.

Bercakap kepada Malaysiakini dari Russia melalui Skype, Pascal berkata dia dimaklumkan mengenai perkara itu oleh satu sumber yang enggan didedahkan.

Pascal juga mendakwa suspek, Lim Yuen Soo mempunyai hubungan dengan seorang isteri ahli politik kanan di Malaysia.

Menurut Pascal, polis wajar meneliti rekod telefon Lim sejak lima tahun lalu kerana ia mungkin dapat mendedahkan komunikasi antara suspek dengan wanita yang dimaksudkannya itu.

Siasatan Malaysiakini juga mendedahkan Lim bukanlah sekadar ahli perniagaan yang menguruskan "pusat hiburan dan parkir kereta" seperti digambarkan polis.

Lim dipercayai memiliki sebuah firma kawalan keselamatan dikenali sebagai Active Force Security Services Sdn Bhd.


Ekoran kemalangan maut libatkan Dr. Afifah, Doktor dan Petugas Kesihatan luahkan kekecewaan terhadap Kementerian..

Posted: 10 Jul 2015 05:30 PM PDT


SUSULAN sebuah kemalangan maut yang melibatkan seorang pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh semalam, seorang pelayar laman sosial bangkit meluahkan perasaan dan pendapat terhadap situasi yang dialami oleh kebanyakan doktor-doktor dan petugas keselamatan di Malaysia.

"Kami para doktor dan petugas kesihatan dikejutkan dengan berita kemalangan jalan raya yang menyebabkan kematian seorang pegawai Perubatan Bius dari Hospital Sungai Buloh petang semalam.

"Mengikut siasatan awal jabatan beliau, beliau memandu pulang setelah Oncall hari sebelumnya. Dimaklumkan bahawa Oncall beliau agak sibuk dengan pelbagai kes kecemasan.




"Kami bukan sahaja berkongsi kesedihan dgn keluarga arwah, namun dihati kami turut terpendam rasa geram dan marah dengan sistem perkhidmatan kesihatan di Malaysia sejak sekian lama," kata Mahyuddin Mohamed di laman sosial Facebook.

Menurut Mahyuddin, kebanyakan doktor-doktor di Malaysia sudah merasa terlelap ketika memandu.

"Keluarga saya sendiri ada lapan orang doktor, semuanya pernah terlelap.

Isteri saya pernah terbabas ke bahu jalan, dua adik ipar saya terlelap dan tersondol kereta di depan ketika mereka beratur nak bayar tol dan saya sendiri pernah melanggar pembahagi jalan ketika memandu. Alhamdulillah kami masih bernyawa.

"Pakar yang dikejutkan beberapa kali oleh Pegawai Perubatan kerana konsultasi kes pun akan mengantuk akibat tidur terganggu, apatah lagi Pegawai Perubatan yang langsung tidak tidur pada malam harinya?

"Tahun lepas sahaja, dua orang Pegawai Perubatan saya di Temerloh terbabas, kedua-duanya post call. Seorang di Karak ketika menghala ke KL manakala seorang lagi di Maran ketika beliau hendak ke Kuantan. Kereta mereka 'total loss', namun umur mereka masih panjang.

"Insiden kemalangan akibat terlalu mengantuk & keletihan akibat post call semakin meningkat. Perlukah kita tunggu lebih ramai doktor meninggal sebelum langkah konkrit diambil bagi mengubah sistem kerja kita sekarang?" tegas Mahyuddin.

Selain itu, Mahyuddin juga memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan. "Setiap doktor yang post call bagi semua jabatan perlu diberi post call day off selepas pass over jam 8 pagi.

"Ataupun, kita juga boleh menggunakan sistem syif houseman sekarang bagi menggantikan sistem on call Pegawai Perubatan bagi mengurangkan tempoh mereka bekerja dan membolehkan mereka mendapat rehat yang mencukupi.

Ini sudah pasti ada pro dan kontra dan pastinya akan ada pihak yang tidak akan bersetuju.

"Bagi adik-adik saya Pegawai Perubatan sekalian, pastikan anda tidur dahulu sebelum pulang. Pastikan anda tidak mengantuk.

Sekiranya mengantuk, berhenti dan take a nap (tidur sebentar). Ataupun dapatkan pasangan atau ibu bapa anda bagi membawa anda pulang.

Saya tahu anda rindukan anak-anak anda yang menunggu di rumah, mungkin juga anda perlu mengambil anak anda di taska, memasak dan sebagainya, namun, apa sahaja alasan anda nyawa dan keselamatan anda adalah lebih utama.

"Pastikan kenderaan anda dalam keadaan yang tip-top. Sebaiknya kenderaan yang kukuh dengan airbag dan sistem keselamatan yang terbaik. Ini pastinya memerlukan pelaburan duit namun ianya berbaloi. Nyawa kita tiada galang gantinya.

"Bagi rakan-rakan pakar sekalian, juga peringkat pengurusan tertinggi, sudah tiba masanya kita buang sifat "Masa I dulu tak tidur 2 hari pun okey aje!", "masa I dulu kalau on call, elaun RM25 aje sehari, on call 10 kali sebulan baru RM250, aku tak komplen pun!" Sekiranya kita boleh menjadikan kerjaya kita lebih baik bagi adik-adik kita, doktor-doktor baharu apa salahnya kita berubah. Ubah sistem ke arah yang lebih baik.

Doktor yang cukup rehat Insya-ALLAH akan dapat berkhidmat dengan lebih Mesra dan cemerlang kepada pesakit. Risiko berlakunya kesilapan (medical error) juga InsyaALLAH akan dapat dielakkan.

"Semoga pemergian arwah menjadi titik tolak ke arah penambahbaikan bagi para doktor dan petugas kesihatan yang lain di Malaysia.

Kita sama2 berdoa agar tiada lagi kemalangan dan kematian akibat keletihan atau mengantuk selepas bekerja malam.

"Takziah buat keluarga Arwah Dr. Afifah. Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambanya yang bertakwa. Al-Fatihah," akhiri beliau lapor Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...