Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Siapa agaknya dua Menteri yang bakal disingkirkan Najib lepas Aidilfitri ini?

Posted: 12 Jul 2015 09:30 AM PDT


Dua Menteri Kabinet dijangka digugurkan menerusi rombakan kabinet yang diramal dilakukan selepas sambutan Aidilfitri.

Akhbar Mingguan Malaysia dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat pada Ahad meramalkan, salah seorang Menteri yang digugurkan itu akan ditawarkan sebagai Pengerusi di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Akhbar itu turut meramalkan Menteri Pembangunan luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafiee Apdal akan bertukar portfolio.

Shafie, antara pemimpin UMNO yang dilihat tidak senada dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kontroversi 1MDB.

Malah, cakap-cakap politik mendakwa skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Australia lebih mensasar untuk menjatuhkan reputasi Shafie sebagai Menteri yang bertanggungjawab.

Seorang lagi, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek turut dinamakan akan bertukar pottfolio.

"Jawatan Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar, Datuk Seri G. Palanivel kemungkinan dikosongkan buat sementara sehingga pemilihan semula MIC September depan. Jika itu terjadi, seorang menteri lain akan memangku jawatan tersebut," tulis Awang Selamat.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad pula dikatakan akan dibawa masuk semula ke Kabinet dan bakal menjadi Menteri kanan.

"Najib tidak boleh ambil mudah. Maka beliau perlukan pasukan baharu yang bukan sahaja dinamik malah komited menyokongnya dalam saat-saat yang sukar dan ketika berdepan krisis.

"Ia juga mesej jelas kepada semua bahawa beliau mahu bangkit daripada dugaan politik yang dihadapi terutama berkaitan isu 1MDB. Malah kemungkinan Najib membuat perubahan drastik tidak boleh ditolak. Mana tahu ada kejutan lebih besar, kita tunggu," kata Awang Selamat lapor Free Malaysia Today


Cukuplah kami menjadi hamba Panglima tua kutuk itu luah Anggota Tentera

Posted: 12 Jul 2015 07:30 AM PDT


Semalam, tersebarnya aduan seorang pegawai Angkatan Tentera Malaysia yang tidak berpuas hati dengan arahan pegawai kanan ATM yang didakwa kejam dan menzalimi pegawai bawahan.

Surat aduan itu dihantar kepada Menteri Pertahanan, Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussin, Panglima Angkatan Tentera, dan panglima-panglima perkhidmatan.

Baca aduan pegawai berkenaan di bawah:

Adalah sesuatu yang amat zalim dan kejam apabila hari raya pertama kami dikerahkan seperti hamba abdi menyiapkan hidangan, persiapan dan serba yang diinginkan hanya kerana ingin beraya bersama panglima.

Padahal kami ada keluarga, anak dan isteri, mak bapa dan sanak saudara kami di kampung halaman untuk diziarahi. Apalah gunanya beraya dengan panglima? Apa faedahnya?

Cukup-cukuplah kami menjadi hamba.

Di bulan yang muia khasnya aidil fitri, tak ada siapa pun nak meraikan panglima lagi. Kalaupun mak bapa panglima dah mati dan mereka hidup tak ada adik beradik. Cukup-cukuplah menyusahkan anggota bawahan. Tak payah panggil ramai-ramai untuk meraikan hari raya bersama panglima.

Kami tak suka!

Tak kira dimana, di perbatasan ke, di kem ke, sama saja. Kami terpaksa menjadi hamba kerana nak jaga panglima, nak bagi mereka gembira.

Pegawai-pegawai kerah saja padahal kami amat terseksa. Bayangkan panglima lojistik, Dato Razif (tua kutuk) sanggup mengarahkan anggota beraya bersama beliau saban tahun sehingga petang setiap hari raya.

Hati busuk tak ada otak.

Kenapa kami terpaksa beraya dengan beliau? Tak habis-habis kena layan si tua kutuk itu. Kena layan isteri beliau lebih dari jaga raja.

Kalau budaya bodoh ini diteruskan, sememangnya pihak atasan kementerian amat tidak perihatin dengan kebajikan anggota ATM.

Cuba fikir, kalau Krismas di US atau di UK, apakah Panglima dia akan tahan semua untuk sambut Krismas sekali ke?

Anggota tentera akan memberontak. Bukan nak disamakan kafir dengan Islam tetapi pemahaman para jeneral ATM lagi teruk dari pemahaman orang-orang kafir. Kebajikan anggota tidak difikirkan. Sembang saja, hipokrit, berlagak tetapi tak ada otak.

Hari Raya amat sensitif. Mereka zalimi kami sekarang kerana mereka ada kuasa.

Mudah-mudahan keturunan mereka akan dizalimi oleh orang lain. Semoga Allah membalas kezaliman mereka. - ANGGOTA ATM

Anggota ATM yang tidak diketahui identiti itu memohon agar menteri berkenaan mengambil tindakan dan memberikan ruang untuk anggota-anggota yang mendapat keizinan untuk bercuti diberi ruang untuk bersama dengan keluarga tanpa gangguan sesiapa.

"Kami reda menjaga kedaulatan negara sekiranya ditakdirkan kami bertugas. Itu tugas kami bersengkang mata menjaga negara tetapi bukan berjaga dan letih menjaga dan memuaskan nafsu panglima di hari raya," katanya.

Surat aduan itu juga turut dihantar kepada beberapa portal berita untuk siaran. - THEHYPEMEDIA.COM


Dana Aman Palestin dirampas, dituduh pengganas

Posted: 12 Jul 2015 05:37 AM PDT


Badan yang giat membantu Palestin, Aman Palestin menafikan tuduhan dibuat Israel yang menyenaraikan badan itu dalam senarai organisasi pengganas.

Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut berkata, tindakan itu menjadi alasan untuk pasukan rejim tersebut merampas wang dana Al-Aqsa Association untuk program Ramadan hasil sumbangan rakyat Malaysia.

"Aman Palestin sebagai sebuah badan bantuan kemanusiaan antarabangsa menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut. Objektif penubuhan Aman Palestin adalah untuk mengumpul dana daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang ditindas secara kejam di tanah air mereka sendiri oleh penjajah Zionis Israel.

"Pertubuhan kami tidak pernah sekali-kali terbabit dalam apa juga aktiviti keganasan mahupun menyokong atau memberi dana kepada mana-mana pihak bagi tujuan keganasan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Portal berita Palestine News Network melaporkan Israel merampas wang sumbangan Al-Aqsa Association selepas Kementerian Pertahanan Israel menyenaraikan organisasi itu dalam senarai pengganas dua minggu lalu.

Menteri Pertahanannya, Moshe Ya'alon mengarahkan Israeli Occupation Forces (IOF) untuk merampas tanpa amaran sejumlah wang yang banyak milik Al-Aqsa Association dari bank.

Dalam pada itu, pihak Aman Palestin mengutuk tindakan merampas wang dana untuk program 'Ramadhan Charity Project 2015' itu yang akan disalurkan kepada rakyat Palestin.

"Aman Palestin menyalurkan dana dikumpulkan semata-mata demi membantu rakyat Palestin menjalani kehidupan dengan membekalkan bantuan makanan, keperluan perubatan, infrastruktur, pertanian serta keperluan asas lain yang telah dinafikan oleh pihak rejim.

"Kami juga mengutuk tindakan pihak rejim Zionis yang merampas wang dana dari akaun bank milik Al-Aqsa Association. Dana ini adalah untuk program Ramadhan Charity Project 2015, di mana hampir 20,000 rakyat Palestin di tanah Palestin '48 tanpa mengira agama akan menerima bantuan dalam bentuk pek makanan, baucer makanan, jamuan berbuka puasa serta sumbangan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin," katanya.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru agar negara-negara jiran Palestin dan komuniti antarabangsa turut mengutuk tindakan Israel tersebut.

"Aman Palestin berpendirian bahawa pengisytiharan rejim Zionis terhadap Aman Palestin ini adalah taktik terbaru untuk menekan rakyat Palestin agar terus hidup sengsara, iaitu dengan menyasarkan organisasi bantuan kemanusiaan seterusnya menghalang bantuan daripada disalurkan.

"Kami ingin menyeru negara-negara jiran Palestin serta komuniti antarabangsa agar turut mengutuk tindakan ini dan menggesa pihak rejim menghentikan 'harrasment' mereka kepada organisasi bantuan kemanusiaan.

"Aman Palestin berasa terpanggil untuk menjawab dan menyelar fitnah pihak rejim ini semata-mata demi tanggungjawab kami kepada semua penyumbang, serta untuk menjelaskan perkara sebenar kepada masyarakat antarabangsa," katanya.

Tegasnya, meskipun ditekan, Aman Palestin tidak akan sesekali berhenti daripada meneruskan perjuangan suci itu dalam memberikan bantuan, tenaga, masa dan wang ringgit kepada rakyat Palestin untuk mengembalikan hak mereka sebagai sebuah negara yang merdeka lapor Sinar Harian


2 Ahli Lembaga Pengarah 1MDB letak jawatan bantah RM2.6 bilion dipindah tanpa persetujuan lapor The Star?

Posted: 11 Jul 2015 08:30 PM PDT


Dua pengarah 1MDB meletak jawatan sebagai langkah protes selepas mengetahui dana bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion) untuk projek kerjasama dengan PetroSaudi dipindahkan ke syarikat lain pada 2009.

Maklumat itu, lapor The Star, diperoleh daripada penyiasat yang meneliti dakwaan salah laku terhadap dana 1MDB.

Laporan itu juga menyebut Tan Sri Mohd Bakke Salleh dan Tan Sri Azlan Mohd Zainol membuat keputusan meletak jawatan kerana marah apabila tuntutan mereka supaya wang berkenaan diserah semula, diabaikan.

"Ahli lembaga pengarah tidak berpuas hati apabila perjanjian ditandatangani tanpa banyak pertimbangan dan AS$700 bilion (RM2.6 bilion) yang diperuntukkan bagi projek kerjasama dipindahkan ke syarikat lain tanpa kebenaran mereka," lapor akhbar itu.

Baca laporan dari Free Malaysia Today ni..

KUALA LUMPUR: The chairman of 1MDB, Mohd Bakke Salleh, and company director Azlan Mohd Zainol resigned in 2009 because money meant for a joint venture went to another company, according to a news report.

They had resigned in protest after US$700 million (RM2.6 billion) intended for a joint venture with PetroSaudi was paid to another company without their approval, according to the Star, quoting unnamed investigators into the affairs of the troubled government investment company.

The report said Mohd Bakke and Azlan Mohd Zainol were upset that they were ignored when they demanded the return of the money.

The joint venture agreement had also been signed without much consideration, according to the investigators.

Last week, media reports said US$700 million had been deposited into AmBank private banking accounts in the name of Najib Razak, the Prime Minister. Other reports have also traced the movement of the sum of US$700 million, linking it to a company owned by Penang-born businessman Jho Low.

1Malaysia Development Bhd is owned by the finance ministry under Najib, who is also chairman of the 1MDB board of advisers.

A government investigation into the affairs of the company is being carried out by a task force comprising the Attorney-General's Chambers, MACC, the police, and Bank Negara.

The Star report, quoting unnamed investigators, said a 1MDB-PetroSaudi joint venture company had borrowed US$700 million from another PetroSaudi company without the knowledge of the 1MDB board and had been formalised three days before the joint venture formally came into existence.

Only US$300 million of a US$1 billion investment approved by the board was paid into the joint venture company 1MDB-PetroSaudi, while the remainder was made as a repayment for a US$700 million loan taken just five days before.

The Star said the 1MDB board had reservations about the joint venture as they were unclear of their partners' assets. However, 1MDB later extended a total of US$800 million to the joint venture company. The joint venture was later aborted.



Tidakan Rosmah beri tempoh 72 jam kepada Bank Negara dipersoal bekas Menteri..

Posted: 11 Jul 2015 05:30 PM PDT


Dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot. com, Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mempersoalkan tempoh 72 jam yang berikan peguam isteri Perdana Menteri kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya.

"Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerintahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?," tulisnya.

Tindakan dibuat selepas pembocoran akaunnya di Affin Bank yang mendakwa beliau menerima RM2 juta sebagaimana yang ditulis Sarawak Report. Ulas Zainuddin atau lebih dikenali Zam,apa yang dilakukannya menimbulkan pelbagai persepsi.

"Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan," tulisnya.

Baca nih!!

Isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat apabila akaunnya di Afffin Bank yang dikatakan menerima simpanan RM2 juta terdedah.Beliau mahu pembocoroan itu disiasat dalam masa 72 jam.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu.

Rosmah memang mempunyai akaun di bank itu sejak 1984 ketika beliau bekerja dengan Island & Peninsular Sdn Bhd, tetapi samaada benar atau tidak kemasukan simpanan RM2 juta itu dipersoalkan oleh orang ramai.

Hanya atas kewujudan akaun itu, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?

. Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa yang ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.

Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?. Jika alasannya masih dalam siasatan maka kenaapa tidak berpegang pada prinsip ini sehingga tamat penyiasatan?.

Sentimen saya kepada Dr. Zeti sama seperti sentimen saya kepada bapanya Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunyaKak Azah (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur yang mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untuk Yayasan Tun Abdul Razak.

Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible ~ Zamkata

Dalam masa yang sama tindakan Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara membuktikan biarpun dia hanya Isteri seorang Perdana Menteri.. beliau seolah-olah lebih berkuasa dari Perdana Menteri..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...