Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


'PM jemput' Anwar ke majlis hari terbuka?.. bukan.. salah BIUPA tu, bukannya JPM..

Posted: 13 Jul 2015 09:00 AM PDT


Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Isnin memperjelaskan jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri hanya untuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurut kenyataan jabatan, Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (BIUPA) yang bertanggungjawab mengeluarkan kad jemputan tersebut telah tersilap memasukkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kad itu.

"Dalam hubungan ini, BIUPA memohon maaf dan mengaku telah membuat kesilapan dalam menghantar kad jemputan berkenaan," menurut JPM.

JPM juga menegaskan jemputan tersebut telah dibuat BIUPA dan bukannya daripada Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

"Merujuk kepada laporan Malaysiakini bertajuk 'PM jemput' Anwar ke majlis hari terbuka, ingin dimaklumkan bahawa semua kad jemputan kepada tetamu telah dikeluarkan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa, Jabatan Perdana Menteri (BIUPA) dan bukannya daripada Pejabat Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

"BIUPA adalah Bahagian yang telah dipertanggungjawabkan untuk menyelaraskan jemputan kepada semua tetamu," menurut kenyataan dua perenggan itu.

Portal berita Malaysiakini pada Isnin melaporkan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara telah menerima jemputan untuk menghadiri majlis rumah terbuka itu pada Jumaat ini.

Menurut Malaysiakini, kad jemputan itu, yang telah dimuat naik dalam Facebook Anwar, mencatatkan nama isterinya Dr Wan Azizah dahulu dan diikuti namanya lapor AstroAwani


Low Yat: Jumlah tangkapan 19 orang setakat ini dan KPN arah PapaGomo ditangkap

Posted: 13 Jul 2015 06:45 AM PDT


Tidak sampai 24 jam selepas kekacauan di sekitar Plaza Low Yat di tengah ibu negara malam tadi, pasukan polis menggerakkan usaha memburu individu yang disyaki terlibat mencetuskan insiden itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan polis menangkap blogger yang dikenali sebagai Papa Gomo.

Blogger itu dikehendaki kerana menyebarkan berita palsu berhubung kekecohan di pusat barangan komputer itu pada Sabtu.

Mahkamah dalam satu kes saman sivil pada 2013 mengenal pasti blogger dengan nama Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ketua Polis Negara juga mengesahkan apa yang berlaku pada Sabtu itu bermula dengan kejadian curi telefon dan bukannya peniaga menipu pembeli telefon.

Remaja yang bersubahat dengan suspek curi itu kemudian mengada-adakan cerita kononnya mereka ditipu.

Berita palsu itu kemudiannya merebak melalui media sosial dan membawa kepada tunjuk perasaan hampir 200 orang malam tadi, yang kemudiannya bertukar ganas.

Selain Papa Gomo, Khalid juga mengarahkan polis memburu pengguna media sosial yang menyebarkan berita palsu itu lapor AstroAwani

Dalam masa yang sama Astro Awani juga melaporkan jumlah yang telah ditangkap berhubung insiden ini ialah seramai 19 orang, angka ini tidak termasuk PapaGomo..

Kes Low Yat: Jumlah tangkapan 19 orang setakat ini



KUALA LUMPUR: Jumlah angka tangkapan berhubung insiden pergaduhan dan rusuhan di Plaza Low Yat meningkat kepada 19 orang setakat ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, dalam satu pesanan ringkas WhatsApp pada Astro AWANI malam ini, berkata jumlah itu tidak termasuk blogger yang dikenali sebagai Papa Gomo.

Khalid sebelum ini telah mengarahkan polis untuk memburu blogger yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris itu kerana menyebarkan berita palsu berhubung kekecohan di pusat barangan komputer itu pada Sabtu.

"Eloklah dia (Papa Gomo) tampil menyerah diri sebelum polis mencarinya, polis akan menahannya untuk membantu siasatan," katanya.




Sementara itu, kesemua individu yang ditangkap adalah lelaki warga tempatan berusia dari 16 hingga 26 tahun. Difahamkan, perintah tahanan reman telah dikeluarkan hari ini selama empat hari.

Kesemua suspek juga akan menjalani ujian air kencing bagi memastikan penggunaan dadah. Polis juga sedang mendapatkan kerjasama daripada pekerja premis perniagaan Oppo untuk membantu siasatan berhubung kes kecurian telefon.

Sepanjang rusuhan yang berlaku di Plaza Low Yat sejak malam Sabtu hingga awal pagi Ahad, seramai tujuh orang dilaporkan cedera; tiga daripadanya adalah pengamal media.

Ketegangan tercetus di luar plaza itu sejurus selepas tengah malam Sabtu apabila pergaduhan terjadi antara dua kumpulan, hanya beberapa jam selepas polis mengarahkan kumpulan besar di luar plaza itu bersurai.

Insiden yang berlaku termasuk tumbuk-menumbuk. Topi keledar dan barang lain turut dilempar terhadap satu sama lain.

Bagaimanapun, pihak polis hari ini mengesahkan kawasan sekitar Bukit Bintang selamat untuk dikunjungi dengan anggota polis sentiasa berkawal.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini juga menasihati pengguna media sosial supaya tidak mempercayai bulat-bulat apa yang tersebar di Internet berhubung kes rusuhan di Plaza Low Yat baru-baru ini.

Beliau berkata, tindakan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik gambar-gambar palsu di media sosial hanya sekadar menghangat kes ini dan memberi perspektif tidak tepat kepada orang ramai.


Eh?.. Admin Facebook dan Twitter PDRM dah terpengaruh dengan dengan ISIS ke nih?

Posted: 13 Jul 2015 02:30 AM PDT


Lebih kurang satu jam yang lalu 'cover picture' dan profil Laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditukar..

'Cover picture' nya itu kini menunjukkan seperti bayangan seorang lelaki yang mengibarkan bendera Negara Islam Syria dan Iraq (Isis), serta tertera dengan tulisan besar perkataan:"Khilafah has returned" (Khilafah kini kembali).

Gambar sekumpulan lelaki bertopeng memegang mesingan dengan kapsyen "Viva Negara Islam" juga dimuat naik di laman media sosial itu.


Sehingga jam 4.20 petang gambar itu telah menerima 1,535 'Likes dan dikongsi sebanyak 80 kali.

Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Mauritania Attacker - AnonxoxTn - StingerByte - Mr.Domoz - Th3Falcon - HusseiN98D - Dr'SaMiM-008 - n0name-haxor - hAxOr tr0jAn - BillGate - Mr.Ajword - Extazy007 - Psyco_Hacker - Black Cracker - Virusa Worm - Donnazmi - X-Wanted - De_Reb0rNz - Tunisian Cracker - L'APoca-Dz - Psyf3r - Vortex

Selain itu turut dimuat naik ayat-ayat berikut..

"We don't have any relationship with Anonymous. AnonGhost is different from Anonymous, we don't have the same goal and don't have the same level in hacking," 
We are the sound of the forgotten people, the freedom fighter in the cyberworld and our main target is Sionisme and israhell, if you are asking why your website got hacked by us, its basically because we want to share our message and show the world who we are, we are not looking for fame but we have a goal to achieve we supporte all hackers teams and we supporte all the freedom mouvement in the world. \!/

Dan peringatan buat Najib..


Hmmm... hanya ada dua kesimpulan dalam isu ini.. mungkin Admin Facebook tersebut telah dipengaruhi oleh ISIS ataupun ISIS dah digodam ISIS..

Bagaimanapun menurut AstroAwani ISIS dah godam laman Facebook tu... tapi bukan Facebook saja Twitter pun kena jugak..

KUALA LUMPUR: Laman Facebook dan Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digodam oleh pihak yang menggelarkan diri mereka #‎AnonGHost‬.  
Dipercayai sekitar jam 2.20 petang Isnin, pihak pengodam berkenaan dipercayai menukar paparan cover photo Facebook PDRM selain menukar gambar utama profil tersebut seminit kemudian.  
Pihak pengodam tidak bertanggungjawab itu turut memuat naik gambar militan IS beserta kapsyen 'Viva Islamic State".



Siapa pula pemimpin yang Tun Mahathir anggap sebagai tamak, peralat nama Allah, halalkan yang haram demi kuasa ni?

Posted: 13 Jul 2015 12:45 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melahirkan kebimbangannya mengenai masa depan bangsa Melayu jika mereka "kembali dijajah" kerana sikap pemimpinnya dan permainan politik yang tidak lagi membela bangsanya sendiri.

Dr Mahathir yang genap usianya 90 tahun Jumaat lalu, menulis sebuah puisi di blognya, mendakwa politik yang satu masa dulu menjadi penyelamat bangsa kini menghancurkan bangsa itu sendiri.

Malah, beliau turut membidas sikap pemimpin negara yang tamak mengejar kuasa dan kedudukan yang tinggi sehingga katanya, memperalatkan nama Allah dan menghalalkan perbuatan yang haram bagi kepentingan peribadi.

"Politik yang menyelamat

Menjadi politik yang menghancur

Pemimpin semakin tamak

Untuk tempat dan kedudukan tinggi

Perbuatan yang haram dihalalkan

Nama Allah diperalatkan, dijual untuk nikmat yang sementara di dunia," katanya dalam puisi Malaysia Tanahair-Ku yang disiarkan melalui blog chedet.cc.

Dr Mahathir berkata, bangsa Melayu tidak sepatutnya lupa sejarah apabila mereka pernah menjadi bangsa yang dijajah, dihina dan diperhamba penjajah.

Katanya, Melayu sebagai bangsa yang merdeka dan mulia pada suatu ketika dulu kini sanggup menjual hak mereka bagi mendapatkan kesenangan yang sedikit dengan cara mudah.

Beliau yang pernah menerajui negara selama 22 tahun menyuarakan kerisauan pada akhir hayatnya akan melihat segala perjuangannya membangunkan bangsa dan negara musnah akibat nafsu pemimpin yang berlumba mengaut kekayaan.

"Aku akan pergi tidak lama lagi

Dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir

Kerana bangsaku

Negaraku

Masih mulia

Masih bermaruah

Masih dipandang tinggi

Atau mataku terbeliak

Nafasku tersesak, terhenti, kerana segala yang diperjuangkan luput ditelan nafsu," katanya.

Dr Mahathir berkata, merdeka bukan hanya bermaksud bebas daripada penjajah sebaliknya ia diukur daripada segi kemajuan, sama ada setanding dengan bekas penjajah dan bangsa lain atau lebih tinggi berbanding mereka.

Dr Mahathir berkata, politik yang dulunya menjadi penyelamat seharusnya terus berfungsi menjadi pembela bangsa dan membangunkan negara dan bangsa serta memuliakan agama.

"Bangsa yang berjiwa kental, bersemangat besi

Diserang oleh nafsu dan perasaan tamak

Aku dapat apa dari kemerdekaan tanya mereka?

Mana bahagian aku?

Dan semangat pun menjadi luntur, tidak terdaya mengawal nafsu," katanya.


Gaduh di Low Yat, ini pesanan buat semua Melayu yang mengaku dirinya Islam dari Ustaz Dr. Zaharuddin

Posted: 12 Jul 2015 10:30 PM PDT


Saya menyeru mereka yang terlibat dan ingin rasa ingin terlibat dalam pergaduhan di Low Yat tidak lagi meneruskan dendam dan pergaduhan, khususnya di bulan Ramadhan yang merupakan bulan penuh kesabaran.

Nabi mengingatkan :-

الصيام جنة فلا يرفث ولا يجهل وإن امرؤ قاتله أو شاتمه فليقل إني صائم مرتين

Ertinya : Puasa itu benteng, justeru jangan seseorang berkata buruk dan melakukan perbuatan orang jahil lagi bodoh, dan sekiranya ada yang mencari gaduh, mencercanya, lalu katalah: Aku berpuasa, sebanyak dua kali. (Riwayat Al-Bukhari)

Saya pernah ditipu malah bernilai puluhan ribu ringgit disebabkan pembeli & penjual menipu dan mencuri, mereka dari pelbagai bangsa, justeru saya sangat faham perasaan kemarahan apabila ditipu.

PUN BEGITU, KES LOWYAT SAMA ADA DISEBABKAN OLEH TIPU ATAU CURI ( biar pihak berkuasa menyiasat dan menentukan), namun berkumpul ramai dan tindakan menyerbu Low Yat semalam adalah TIDAK WAJAR malah berpotensi membawa MUDARAT AWAM khususnya melibatkan 'ketegangan antara kaum'.

Dibimbangi hal ini jika berpanjangan, boleh mencetus sesuatu yang lebih buruk dan merebak kepada individu & kedai yang tidak terlibat, akhirnya terjebak sehingga boleh menjadi antara kaum.

Sedangkan ini SEPATUTNYA bukan hal KAUM tetapi adalah kakitangan SEBUAH KEDAI dan PELANGGANNYA sahaja.

Selesaikanlah secara spesifik dan terhad bukan merebak kepada yang lain. CUKUPLAH dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah dari terus ingin 'menyerbu' Low Yat.

Malah jika benar mereka kerap menipu, BOIKOTLAH sahaja.

Bagi mangsa penipuan, laporlah kepada polis dan buat tuntutan di Tuntutan Tribunal Malaysia jika nilainya di bawah RM 25,000.

Insha Allah, keadilan di pihak mangsa mampu dicapai. Saya pernah menggunakan Tribunal Malaysia dan hak saya berjaya diperolehi kembali.

Juga ingin ditegaskan, bagi mereka yang bergaduh di mana-mana sahaja, JANGANLAH sewenangnya melaungkan lafaz takbir sewaktu nafsu amarah itu sedang dilayani.

Pergaduhan & kebencian akibat disebabkan hal DUNIAWI semata-mata yang tidak pula syarie TIDAK LAYAK dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam.


DR ZAHARUDDIN ABD RAHMAN
PRESIDEN MURSHID


Low Yat kembali tenang, pergaduhan disifatkan Netizen tiada kaitan dengan perkauman..

Posted: 12 Jul 2015 08:39 PM PDT


Keadaan di Plaza Low Yat yang tegang pada malam Ahad dan awal pagi tadi dilaporkan tenang bagai tiada apa-apa yang berlaku sehingga pukul 9 pagi tadi.

Wartawan Astro AWANI, Hilal Azmi yang membuat tinjauan ke kawasan terbabit mendapati keadaan terkawal dan pusat membeli belah masih belum dibuka.

Orang ramai dilihat melakukan urusan harian seperti biasa. Cuma kelihatan rondaan oleh anggota polis selang beberapa minit di kawasan terbabit.

Pondok polis sementara juga kelihatan ditempatkan berhadapan Plaza Low Yat. Tiada juga jalan ditutup.

Dalam kejadian malam Ahad, sekurang-kurangnya tiga orang cedera termasuk seorang wartawan manakala empat individu ditahan susulan kejadian rusuhan berhampiran Plaza Low Yat, Kuala Lumpur.

Keadaan mula menjadi tegang selepas tujuh lelaki didakwa mengamuk di Plaza Low Yat bermula Sabtu apabila seorang rakan mereka didakwa ditipu penjual telefon bimbit di pusat beli belah tersebut.

Video pergaduhan terbabit pantas mendapat perhatian pengguna media sosial.




Dan Astro Awani juga dalam satu tinjauannya mendapati kesimpulan yang dibuat oleh rata-rata pengguna media sosial ialah pergaduhan ini tiada kena mengena dengan isu perkauman..

KUALA LUMPUR: Sejak semalam, topik seperti Low Yat dan Oppo menjadi trending popular di Malaysia berikutan ramai pengguna Twitter menggunakan media sosial itu untuk meluahkan pendapat.

Netizen rata-ratanya bersikap terbuka dan tidak menjurus untuk membuat andaian bahawa insiden pergaduhan di Low Yat berkaitan dengan isu perkauman.

Nada yang sama disuarakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun Twitter menyatakan pihak polis akan mengambil tindakan terhadap kedua-dua pihak yang bergaduh dan insiden tiada kaitan dengan sebarang sikap perkauman.

Khalid Abu Bakarmelalui laman Twitternya @KBAB51 menulis.. "Low Yat - @PDRMsia akan ambil tindakan terhadap kedua dua pihak yg bergaduh. Ini tiada kena mengena dgn kaum. Cuma dua pihak yg bergaduh!

Mukhzani_ @muzanishotaroJR "Don't blame Malay or Chinese ,It's not about race..now we are living in 2015! Stop racism guys ! #LowYat

Darian Goh @dariangoh "It's just a phone issue guys. Why are ya'll blowing it up to a race issue? #silly #lowyat

Hafiz @HafizSkyz "It is about the buyer and the seller . Kenapa nak kena mention melayu and cina? Narrow minded .

Alif Amdan @AlifAmdan "If its 'scam' it should be labelled as a 'scam'. If its a 'robbery' it should be labelled as a 'robbery' Race shouldn't be mentioned #lowyat

Francis Chang @FrancisChang13 "The country needs to be more rationale and work together as Malaysians and not sensationalize things #lowyat

Izzul Azrai Nokman @izzulazrai Just my 2 cents on the #Lowyat fight. Racism has no place in this nation of diversity


Jutaan dari akaun Ambank Najib disalur ke BN pada PRU13, dakwa CAGM

Posted: 12 Jul 2015 05:30 PM PDT


Jutaan ringgit dalam akaun peribadi Ambank milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak disalurkan kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dua tahun lalu, dakwa sebuah badan bukan kerajaan (NGO).

Bagaimanapun, Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM) menyalahkan tindakan yang disebut sebagai "sistem melancar" rakan komponen BN dan jentera pilihan raya itu, ke atas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menjadi pengkritik Najib sejak skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"CAGM boleh mengesahkan, berdasarkan dokumen mahkamah di tangan kami, berjuta-juta duit dalam akaun Ambank Najib sebenarnya digunakan untuk 'back up' parti komponen BN menjelang PRU13," kata pengerusi CAGM Md Zainal Abidin dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau itu dibuat hari ini bagi menjelaskan mengapa begitu banyak wang didakwa dipam ke dalam akaun Ambank peribadi Najib.

Selain 13 parti komponen BN yang didakwanya diperuntukkan purata antara RM30 juta dan RM50 juta setiap satu, beliau berkata, dana itu juga disalurkan kepada semua parti mesra BN dan NGO yang menerima antara RM1 juta dan RM8 juta setiap satu.

"Sistem 'melancarkan' parti komponen dan jentera pilihan raya ini (dalam beberapa kes, tentera upahan) sebenarnya dilakukan Dr Mahathir dan itulah yang membolehkan BN kekal berkuasa hingga kini.

"Jadi, pada dasarnya, Najib 'menanggung' sistem yang dimulakan Dr Mahathir bagi memastikan keputusan memihak kepada BN.

"Semakin sukar kemenangan dijangka diperolehi dalam pilihan raya, semakin banyak wang yang diperlukan untuk menjamin kemenangan dan PRU13 adalah pilihan raya yang cukup berisiko tinggi bagi BN," katanya.

The Wall Street Journal (WSJ) bulan lalu melaporkan dana 1MDB secara tidak langsung membiayai sebahagian daripada kempen perdana menteri dalam PRU13, selepas syarikat itu membeli aset kuasa dengan harga terlalu mahal dari Kumpulan Genting.

Genting kemudiannya didakwa menggunakan sebahagian daripada hasil jualan itu untuk membuat sumbangan RM35 juta kepada sebuah yayasan di bawah Najib, yang kemudiannya mempromosi projek amal tersebut semasa kempen pilihan rayanya, menurut WSJ.

Pada 2 Julai, WSJ melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan ke dalam dua akaun AmBank milik Najib di Kuala Lumpur, dengan bahagian terbesar daripada wang itu - AS$681 juta - dipindahkan ke akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama.

Akhbar harian perniagaan itu kemudiannya menyiarkan dokumen berkaitan aliran wang ke dalam akaun Najib di Internet bagi menyokong laporannya.

Najib menafikan mengambil dana untuk kepentingan peribadi, tetapi sebagai menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, beliau kini di bawah pemerhatian berhubung pengurusan firma milik kerajaan itu dan hutang RM42 bilion yang ditanggungnya dalam masa enam tahun operasinya lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...