Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rusuhan Low Yat: Ketua UMNO Bahagian Bagan ditahan

Posted: 15 Jul 2015 08:16 AM PDT


Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Dr Shaikh Hussein Mydin ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran mesej berbaur hasutan berkaitan insiden di Plaza Low Yat.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir, berkata penahanan itu dilakukan sejurus Pengerusi Biro Pengaduan Awam, Badan Perhubungan UMNO negeri itu diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah di sini, untuk disiasat pegawai polis dari Bukit Aman.

Katanya, penahanan itu dimaklumkan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang mengarahkan Dr Shaikh disiasat mengikut Akta Hasutan 1948 selepas perbualan kumpulannya melalui aplikasi WhatsApp disebarkan.

"Kita percaya perkara ini timbul melalui kumpulan WhatsApp di mana ia disertai semua Ketua Bahagian UMNO seluruh Malaysia termasuk menteri apabila terdapat pengkhianat dalam parti yang menyebarkan apa yang ditulis Dr Shaikh dalam kumpulan itu.

"Selama ini dalam kumpulan itu hanya membincangkan mengenai masalah rakyat dan pembangunan negara namun apabila insiden Low Yat ini timbul, Dr Shaikh bertindak bertanyakan soalan mengenai perkara itu berlaku," katanya ketika ditemui di perkarangan IPD Seberang Prai Tengah, di sini, hari ini.

Terdahulu, Musa mengiringi Dr Shaikh hadir ke IPD berkenaan kira-kira jam 2 petang sebelum beliau dilihat menaiki kenderaan polis bagi dibawa ke Bukit Aman kira-kira jam 4 petang.

Musa berkata, beliau kesal perkara sedemikian berlaku, namun akur dengan undang-undang dan meminta polis menyiasat kes ini secara menyeluruh.

"Beliau hanya bertanya mengapa dan bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Ini adalah perbincangan tertutup, orang yang menyebarkan perbualan kumpulan yang sebenarnya cuba menghasut.

"Saya minta polis menyiasat kes ini dengan teliti kerana membabitkan pemimpin kanan UMNO Pulau Pinang dan bersikap telus," katanya lapor Berita Harian


Itu laporan dari Berita Harian.. ianya mengatakan Kadir Sheikh Fadzir mendakwa ada pihak yang membocorkan perbualan dalam kumpulan WhatsApp mereka..

Tapi kalau dibaca apa pula kata Timbalan pengerusi Umno Pulau Pinang, Reezal Merican dia kata perbualan dalam Telegram yang bocor.. bukannya WhatsApp..

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berasa hairan dan terkejut dengan penahanan Ketua Umno Bahagian Bagan Shaik Hussein Mydin atas kesalahan mengkritik polis dalam kumpulan sosial tertutup, Telegram.

Timbalan pengerusi Umno Pulau Pinang itu berkata, Shaik tidak dikira melakukan hasutan kerana Telegram adalah satu aplikasi perbualan tertutup malah lebih ramai pemimpin pembangkang yang mengkritik polis secara terbuka.

"Saya tak lihat sebarang tanda hasutan yang dia buat. Tak tahu apa yang berlaku kepadanya.

"Kami beri kerjasama penuh tetapi saya rasa janggal dengan tangkapannya. Saya akan pergi ke Bukit Aman selepas ini untuk mengetahui lebih lanjut.

"Bagi saya ia amat mengejutkan. Kalau kira kenyataan terbuka dan awam banyak lagi dibuat oleh pemimpin parti pembangkang sekali pun terhadap polis, ketua polis negara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Shaik ditahan di luar balai polis Seberang Prai sebelum mengadakan sidang akhbar berhubung pergaduhan di Plaza Low Yat, lapor portal Mstar Online.

Beliau yang ditemani Setiausaha Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir ditahan dua anggota polis kira-kira pukul 1.45 petang.

Shaik dipercayai menulis mesej, mengkritik Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kumpulan mesej di Telegram ~ The Malaysian Insider

WhatsApp atau Telegram?.. tapi apa pun lantaknyalah yang pasti dalam kumpulan mereka itu ada pengkhianat...malang buat Shaik..


Tersebar pula 'Akuan Bersumpah' Pegawai AmBank dakwa dipecat kerana mahu lapor akaun Najib kepada BNM?

Posted: 15 Jul 2015 02:15 AM PDT


Seorang pegawai eksekutif ibu pejabat Ambank dipecat gara-gara mempertikaikan arahan majikannya untuk menguruskan pemindahan masuk sejumlah wang SG$21 juta daripada UBS Bank Singapura ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Citizens For Accountable Governance Malaysia (CAGM).

Menyokong dakwaannya itu CAGM memuat naik akuan bersumpah dalam blog mereka yang memetik pegawai itu berkata, pada Mei 2013 beliau diarahkan pegawai atasannya menguruskan pemindahan wang SG$7 juta daripada UBS Bank daripada 3 transaksi ke akaun Najib.

Katanya, seminggu sebelum itu, SG$14 juta dimasukkan ke akaun sama.

Menyedari jumlah transaksi itu besar daripada yang dibenarkan, pegawai yang 14 tahun berkhidmat di Ambank memberitahu pegawai atasannya beliau perlu mematuhi proses yang ditetapkan.

"Memandangkan jumlah transaksi lebih tinggi daripada yang dibenarkan, saya perlu memaklumkan kepada Bank Negara dan saya memberitahu pegawai atasan saya perlu mematuhi prosedur.

"Wang daripada Singapura perlu ditukar kepada Ringgit dan mengikut arahan yang ditetapkan saya perlu memasukkannya ke dalam beberapa akaun semasa.

"Pegawai atasan pada ketika itu bercakap melalui telefon dengan pengerusi Ambank Tan Sri Azman Hashim, menghempas telefon dan menyuruh saya patuh kepada arahan kerana ia melibatkan pemindahan wang orang penting (VVIP) berprofil tinggi," katanya dalam akaun bersumpah yang dibuat di pejabat Pesuruhjaya Sumpah Kuala Lumpur pada 8 Mei 2013.

Surat itu kemudian diedarkan kepada media oleh badan bukan kerajaan (NGO), CAGM.

The Malaysian Insider cuba menghubungi Ambank dan pegawai dimaksudkan tetapi masih belum mendapat maklum balas.


Dalam akuan bersumpah itu pegawai bank berusia 50 tahun itu berkata, beliau juga dimarahi apabila membangkitkan tentang prosedur dan diberitahu Bank Negara membenarkan pemindahan wang tersebut dan dia hanya perlu ikut arahan.

"Saya ada buat salinan slip transaksi di mesin fotokopi dan pegawai atasan dapat tahu apabila beliau memeriksa laporan mesin fotokopi dengan juruteknik di bahagian IT. Saya syak mereka memantau gerak-geri saya melalui CCTV," katanya.

Katanya, setengah jam kemudian beliau dipanggil masuk ke bilik mesyuarat di Tingkat 46 dan terkejut melihat Azman juga hadir.

Beliau kemudian dimarahi kerana tidak mengikut arahan melibatkan pengurusan akaun berprofil tinggi dan membuat salinan slip tanpa kebenaran.

Katanya, pada petang hari yang sama selepas mesyuarat itu, siasatan dibuat dan beliau diarahkan meninggalkan pejabat dan tidak dibenarkan membawa pulang apa-apa barang dari pejabat.

"Pada pagi keesokannya saya diarahkan datang ke bahagian sumber manusia dan diberikan surat berhenti kerja serta-merta tanpa diberi peluang mempertahankan diri," katanya ~ The Malaysian Insider

Akuan bersumpah berkenaan sila lihat di SINI

KANTOI!! Husni berbohong mengenai pindahan AS$700 juta ke akaun Najib

Posted: 14 Jul 2015 10:30 PM PDT


Kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengenai 1MDB yang dah dikantoikan oleh dua MP ini dipercayai ada kaitan dengan rombakan kabinet yang dikhabarkan akan dilakukan Najib selepas AidilFitri.

Sebagai langkah awal untuk memastikan kedudukannya kekal dalam kabinet Najib, Najib perlu dibodek dengan sebaik mungkin.

Oleh itu walaupun siasatan belum selesai.. Najib perlu dikatakan bersih dari sebarang skandall yang didakwa berbagai pihak terhadapnya..


Jadi.. rakyat perlu diperbodohkan dengan segera.. biarpun menyedari risiko kantoi menipu itu ada tapi itu semua tak apa.. janji Najib suka...

Untuk memperbodohkan rakyat berkatalah Ahmad Husni..

"Semua pihak diminta menghentikan segala dakwaan tidak berasas berkaitan urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan awal siasatan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati tiada bukti sebarang salah laku. 
Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang "kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu" tidak timbul. 
"Adalah menjadi harapan saya agar semua dakwaan tidak berasas itu dihentikan. Kita harus bersabar dan menunggu laporan akhir daripada (Ketua Audit Negara) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara," katanya dalam satu kenyataan ~ AstroAwani

Malangnya cubaan Ahmad Husni untuk memperbodohkan rakyat dikantoikan oleh Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua yang juga salah seorang ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

Pua berkata, Husni berbohong mengenai isu pemindahan AS$700 juta, sebaliknya ketua audit negara sendiri ada menimbulkan banyak keraguan mengenai kontroversi pemindahan wang tersebut.

"Menteri kewangan II membuta tuli berbohong mengatakan laporan awal ketua audit negara tidak menemui sebarang bukti salah laku terhadap 1MDB," katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini. 
"Menteri kewangan II juga melulu mengatakan isu 'pemindahan AS$700 juta' kepada individu tertentu tidak timbul. Tetapi kita tidak tahu sama ada Husni merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak atau Low Taek Jow kerana tidak mahu menamakannya. 
"Tidak kira siapa yang menteri itu rujuk, ketua audit negara tidak pernah membersihkan isu 'AS$700 juta' dalam laporan awal. Sebaliknya pemindahan AS$700 juta menimbulkan banyak persoalan meragukan di mana ketua audit berkata mereka perlu menyiasat lebih lanjut sebelum membuat kesimpulan akhir," ~ The Malaysian Insider

Pua merujuk kepada pendedahan The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa mereka mengesan hampir AS$700 juta deposit ke dalam apa yang mereka percaya adalah akaun bank peribadi perdana menteri. Pua, yang juga salah seorang ahli PAC mempertikai tindakan Husni sebagai membelakangi arahan ketua audit supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai 1MDB.

"Mengapa menteri mempunyai keistimewaan untuk mengeluarkan kenyataan kepada umum dan membuat kesimpulan mengenai laporan interim itu tetapi ahli PAC diarah supaya menutup mulut mereka," 

Tak cukup dengan Tony Pua kenyataan Husni itu turut dibidas oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Katanya Kementerian Kewangan tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tentang siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana siasatan belum selesai.

Pihaknya masih lagi menjalankan prosiding dan siasatan Ketua Audit Negara yang juga belum selesai sepenuhnya.

"Jadi tidak molek untuk eksekutif memberi kenyataan tentang 1MDB. 
"Malah, siasatan yang ada belum sampai peringkat kesimpulan," katanya.. 
Tambah Nur Jazlan, kenyataan Menteri Kewangan Kedua itu memperlekehkan PAC.  
Selain itu, ia juga menyebabkan siasatan yang sedang dijalankan tidak bernilai ~ MalaysiaGazette

Bohong pun tak apa.. dosa pahala belakang kira, janji aku kekal dengan jawatan yang ada.. mungkin itu apa yang berada dalam otak Husni itu..


Papa Gomo ditahan Polis dibawah Akta Hasutan lewat malam tadi..

Posted: 14 Jul 2015 08:14 PM PDT


Polis menangkap Wan Mohd Azri Wan Deris, yang mengendalikan blog "Papa Gomo", di bawah Akta Hasutan lewat malam tadi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan kepada Malaysiakini mengenai penangkapan penulis blog itu.

Wan Mohd Azri ditangkap berkaitan penyebaran berita palsu berkaitan pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat di Bukit Bintang pada hujung minggu.

Sebelum ini, polis menangkap Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom , juga di bawah Akta Hasutan.

Lebih dikenali sebagai 'Ali Tinju', Mohd Ali ditahan kerana didakwa membuat ucapan bersentimen perkauman di luar plaza itu pada malam Ahad.

Polis setakat ini telah menahan lebih 20 orang berhubung kejadian tersebut ~ Malaysiakini


Akhirnya Peguam Najib dedahkan sebab hantar surat minta pengesahan bukannya saman WSJ..

Posted: 14 Jul 2015 05:30 PM PDT


Lama betul masa yang diambil oleh Peguam yang Najib arahkan kirim surat kepada The Wall Street Journal meminta pengesahan tentang artikel mengenai Najib dan 1MDB yang disiarkan mereka ini..

Wall Street Journal dalam laporannya mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Kalau tak silap 8hb lalu surat dikirim dan ianya menerima berbagai kritikan dari berbagai pihak dari sudut bahasa yang digunakan hingga tujuan surat dihantar.. baca surat itu di SINI


Peguam Fahri Azzat berkata, langkah yang diambil oleh peguam Najib untuk mendapatkan penjelasan dan butiran lanjut merupakan satu "prosedur ingin tahu."

"Mereka tidak seperti dalam keadaan bersegera untuk memulakan tindakan saman fitnah terhadap WSJ," kata Fahri.

Peguam itu berkata, artikel yang disiarkan WSJ Jumaat lalu, mengenai sejumlah besar wang yang didepositkan ke dalam akaun bank Najib, berunsur fitnah dan surat tuntutan sepatutnya dihantar kepada penerbit berkenaan.

Peguam New Sin Yew berkata peguam yang layak menentukan sama ada sesuatu penerbitan itu berunsur fitnah atau sebaliknya.

"Ia bukan perkara biasa bagi peguam untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat keputusan memfailkan tuntutan di mahkamah. Hanya baca artikel itu dan putuskan sama ada perdana menteri difitnah atau tidak," katanya.

New berkata, surat kepada WSJ itu sama seperti meminta penerbit berkenaan membantu dalam membuat keputusan sama ada untuk memulakan tindakan undang-undang atau tidak.

"Ini satu surat yang pelik dan ia mendedahkan perdana menteri tidak pasti dengan pendiriannya," katanya.

Setelah hampir seminggu.. akhirnya Peguam yang diupah Najib itu menjawab dan dedahkan sebab surat itu dihantar...

Baca ni...

KUALA LUMPUR: The Wall Street Journal (WSJ) article was not clear on whether it was accusing Datuk Seri Najib Tun Razak of taking funds from 1Malaysia Development Bhd (1MDB), said counsel Datuk Mohd Hafarizam Harun.

Mohd Hafarizam, whose law firm is acting for the Prime Minister, said the article was "neither here nor there".

"The article is not clear on whether it is alleging that the money is from 1MDB or not.

"Why we sent a letter of clarification is because we want the WSJ to tell us what its position is.

"Once that position has been taken, then it is easier for me to advise my client.

"Otherwise, I will be bordering on conjecture.

"I would have to assume that it meant 1MDB or assume that it did not mean 1MDB.

"It would be rather difficult for me to advise my client if I am not sure what their position is," he told reporters at the Jalan Duta court here yesterday.

Mohd Hafarizam, who was at the court for another case, said he had advised Najib that the WSJ article was unclear.

"And my client said, in view of that, can you write in and ask for a clarification?

"Yes, my law firm can say whether the article is defamatory or not but if I do wrongly give advice, then I am also subject to professional negligence.

"The first two paragraphs of the article seem to suggest that the money was from 1MDB but then, when you look further, it mentioned that the source is not known."

He said his firm would seek Najib's instructions once WSJ had stated its position on the matter.

"Only then, the letter of demand will be issued.

"And if they fail to apologise or retract, then we will see whether we need to file the writ action or not," he said.

On criticism about the letter of clarification, which was leaked on social media, Mohd Hafarizam said this had been done before.

"I remember that a very senior lawyer, S.N Nair, who used to act for (Datuk Seri) Anwar Ibrahim, once sent a letter of clarification as well – to ask the other side to take a position first before deciding on the next move," he said.

On July 8, Najib's lawyers had sent a letter of clarification to WSJ seeking an explanation over its July 3 article.

WSJ had published the article quoting an "unnamed investigator", claiming that almost US$700mil (RM2.63bil) of 1MDB funds were channelled into Najib's personal accounts.

The Prime Minister's Office had responded by saying that the articles were "political sabotage" while 1MDB insisted that no funds had been transferred into Najib's accounts ~ The Star Online



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...