Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rafizi nafi dakwaan Rahman Dahlan, akan saman Ramesh Rao dan kawan-kawannya..

Posted: 16 Jul 2015 12:40 AM PDT


Saya merujuk kepada kenyataan Datuk Abdul Rahman Dahlan, Pengarah Komunikasi Strategik BN yang mendedahkan mengenai satu laporan polis yang dibuat oleh individu bernama Ramesh Rao Krishnan Naidu yang mengaitkan saya, YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara), YB See Chee How (ADUN Batu Lintang), YB Chong Chieng Jen (Ahli Parlimen Bandar Kuching) dan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan satu fitnah.

Laporan polis yang kini disebarkan oleh laman-laman yang menyokong Dato' Seri Najib Tun Razak menuduh kononnya seorang yang bernama Lester Melanyi yang mendakwa pernah bekerja untuk Sarawak Report membuat pengakuan bahawa kami (nama-nama yang disebut di atas) adalah dalang yang memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Dato' Seri Najib Tun Razak bersabit 1MDB.

Sejak semalam juga, satu video pengakuan oleh individu yang bernama Lester Melanyi ini telah disebarkan di internet.

Saya dengan tegas ingin menyatakan perkara-perkara berikut:

1. Saya tidak pernah kenal Lester Melanyi atau berhubung dengan beliau. Kali pertama saya tahu kewujudan beliau adalah apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan mendedahkan mengenai laporan polis seperti di atas

2. Saya tidak pernah memberi arahan kepada Sarawak Report apatah lagi memberi bahan untuk disiarkan oleh Sarawak Report

3. Saya tidak pernah berhubung atau berbincang dengan Clare Rewscastle Brown, pengendali Sarawak Report mengenai 1MDB.

Sepanjang kerjaya saya, saya hanya pernah bekerjasama dengan Sarawak Report dalam satu kes iaitu skandal pembalakan di Sabah yang melibatkan sogokan RM40 juta yang didakwa melibatkan seorang bernama Michael Chia dan pimpinan kanan Umno Sabah.

Kesemua perkara yang saya bawa mengenai 1MDB adalah berdasarkan laporan akhbar dalam dan luar negara dan semua soalan-soalan saya di Parlimen.

Kebiasaannya apabila Menteri Kewangan tidak lagi ada ruang untuk berdolak dalih, maka Menteri Kewangan terpaksa memberi fakta mengenai 1MDB yang kemudiannya saya semak dan padankan dengan laporan-laporan lain.

Setelah bertanyakan ratusan soalan sejak beberapa tahun lalu, jawapan-jawapan dari Menteri Kewangan sendiri yang memerangkap Dato' Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB ini.

Oleh yang demikian, laporan polis oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu ini adalah satu konspirasi jahat untuk cuba menutup isu 1MDB dengan memberi gambaran kononnya ia direka oleh pimpinan pembangkang sedangkan sebahagian besar pendedahan saya dan YB Tony Pua adalah berpunca dari jawapan Menteri Kewangan sendiri di Parlimen.

Saya yakin konspirasi ini tidak akan berjaya kerana skandal 1MDB ini terlalu besar dan faktanya terlalu jelas untuk ditutup.

Apakah selepas ini Datuk Rahman Dahlan akan membuat satu lagi pendedahan kononnya saya juga mempunyai kuasa mengarahkan Asian Wall Street Journal (AWSJ) untuk menulis mengenai 1MDB?

Saya menyeru rakyat meneliti kredibiliti nama-nama yang terbabit di dalam perkara ini:

1. Datuk Abdul Rahman Dahlan dikenali sebagai penyokong kuat Dato' Seri Najib Tun Razak. Sebagai seorang ahli politik junior yang kalah di bahagian sendiri (beliau tewas bertanding Ketua Bahagian Umno Kota Belud), beliau telah mendapat manfaat besar dari Dato' Seri Najib Tun Razak sehingga dilantik menjadi Menteri Persekutuan.

Sudah tentu beliau mempunyai kepentingan (vested interest) untuk mempertahankan Dato' Seri Najib Tun Razak dengan apa cara sekalipun kerana jika ada Perdana Menteri baru, besar kemungkinan beliau digugurkan dari kabinet dan kerjaya politik beliau akan tamat.

2. Ramesh Rao Krishnan Naidu yang membuat laporan ini adalah seorang pesuruh bawahan yang selalu digunakan untuk menghentam pimpinan pembangkang selain membuat laporan-laporan polis tidak berasas.

Malah, beliau dilihat pernah melobi untuk dilantik menjadi senator bagi menggantikan P. Waythamorthy yang meletakkan jawatan seperti yang ditulis di laman-laman maya http://tenteramaya.blogspot.com/2014/02/ramesh-rao-krishnan-naidu-paling-layak.html

3. Lester Melanyi adalah seorang bekas wartawan yang pernah menimbulkan kontroversi dan mengundang kemarahan umat Islam dalam tahun 2006 dahulu apabila sebagai editor, akhbarnya Sarawak Tribune menyiarkan kartun Rasulullah sebagai pengganas, seperti dilaporkan http://www.thesundaily.my/node/175163


Hakikatnya ketiga-tiga orang ini yang membuat dakwaan ini adalah individu-individu yang berkepentingan.

Ramesh Rao dan Lester Melanyi pula mempunyai latar belakang yang meragukan dan bukanlah sumber maklumat yang boleh dipercayai.

Oleh itu, saya sekali lagi menafikan dakwaan yang dibuat dan telah mengarahkan peguam-peguam saya meneliti dengan tujuan mengambil tindakan saman terhadap Ramesh Rao dan individu-individu lain dalam masa yang terdekat.


RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

Rahman Dahlan terdesak kata Sarawak Report, Albert Melanyi bukan editor Sarawak Report tapi Sarawak Tribune laa..

Posted: 15 Jul 2015 07:30 PM PDT


Kalau ikut apa yang dinyatakan oleh Sarawak Report, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan ni dah kena kencing dengan individu yang didakwa pernah bertugas dengan Sarawak Report.

Lester Leef s/o Albert Melanyi dikatakan seorang bekas editor Sarawak Report dikatakan telah membuat pengakuan memalsukan dokumen mengenai 1MDB..

Hakikatnya ialah Albert Melanyi tidak pernah menulis sebarang artikel dan bukanlah pengarang bagi Sarawak Report dan tidak pernah menjadi sebahagian dari kakitangan Sarawak Report..

Mungkin Rahman Dahlan tu dah keliru kot.. sebab Albert Melanyi bertugas dengan Sarawak Tribune bukannya Sarawak Report sebelum dipecat Sarawak Tribune kerana menyiarkan karikatur Allah..

Ini laporan mengenai dakwaan Rahman Dahlan tu...

Satu laporan polis dibuat terhadap Sarawak Report kerana didakwa memalsukan dokumen berkaitan dengan 1MDB dan bersekongkol dengan wakil rakyat pembangkang.

Ini didedahkan oleh pengarah komunikasi strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan.

Dalam satu sidang akhbar hari ini, menteri itu berkata polis juga diberi video pengakuan seorang bekas editor Sarawak Report dan juga emel yang didakwa dari editor laman pemberi maklumat itu yang berpangkalan di London, Claire Rewcastle Brown.

Dalam emel bertarikh 1 Mac 2015, Rewcastle didakwa telah menulis: "Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly 'forging' all those documents!!!!!"

Pada masa ini, kata Abdul Rahman, apa yang dimaksudkan oleh Rewcastle melalui email itu tidak dapat dipastikan

Abdul Rahman (gambar) pada mulanya enggan memberikan sebarang nama termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang tersebut.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya memberikan nombor siri laporan polis untuk pemberita membuat semakan.

Laporan polis, yang dilihat Malaysiakini, dibuat oleh Ramesh Rao Krishnan Naidu, seorang pemimpin NGO, dan dibuat sebelum tengah hari ini di Petaling Jaya.

Laporan itu menyebut bahawa Ramesh pergi ke Kuching untuk menemui seorang yang bernama Lester Leef s/o Albert Melanyi, yang didakwa telah mengaku terlibat dalam pemalsuan dokumen bersama-sama dengan Rewcastle.

Abdul Rahman kemudian meminta Interpol, United Kingdom dan polis Malaysia bekerjasama segera dan menyiasat dengan teliti emel Rewcastle itu.

Katanya, beliau yakin pihak polis akan berbuat demikian dengan cara yang paling profesional dan telus.

Berikut pula adalah jawapan dari Sarawak Report mengenai dakwaan Rahman Dahlan itu..





CAGM akui siar SD palsu mengenai Pegawai AmBank dan akaun Najib untuk menjadi terkenal..

Posted: 15 Jul 2015 05:30 PM PDT


Tiada pegawai yang disingkirkan daripada Ambank kerana mengetahui berjuta ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Cerita berdasarkan satu surat akuan bersumpah (SD) itu adalah palsu, kata kumpulan yang menyiarkan dokumen itu, Citizens for Accountable Governance (CAGM).

Kenyataan dibuat beberapa jam selepas CAGM menghantar emel kepada media mengenai SD yang membawa kepada penjelasan berjuta ringgit daripada akaun perdana menteri disalurkan kepada komponen parti Barisan Nasional (BN) semasa pilihan raya umum pada Mei 2013.

SD itu disiarkan hari ini, mengenai pekerja Ambank dipecat kerana mahu melaporkan kepada Bank Negara mengenai pemindahan wang melebihi had yang dibenarkan ke akaun peribadi Najib di bank itu.

The Malaysian Insider menghantar dua email kepada pegawai Ambank, ketua pegawai kewangan Mandy Simpson dan ketua komunikasi korporat Syed Anuar Ali.

Simpson tidak membalas manakala Syed Anuar yang bercakap kepada The Malaysian Insider tetapi enggan mengesahkan kandungan SD.

Namun katanya kenyataan media akan dikeluarkan pihak bank tidak lama lagi.

CAGM pada mulanya menghantar kenyataan media pada 12 Julai, mengatakan mempunyai dokumen mahkamah bagi membuktikan dakwaannya mengenai dana daripada akaun Najib disalurkan ke parti BN untuk pilihan raya.

Namun hari ini, kumpulan itu berkata semuanya "hanya satu eksperimen dalam media sosial di Malaysia".

Blog itu juga menyatakan tiada peguam bernama Md Zainal Abidin yang menandatangani kenyataan media pada Ahad lalu dan mendakwa sebagai ahli CAGM.

"Tidak ada lebih 2,000 ahli CAGM dan kami tidak ada jutaan ringgit dalam akaun untuk diberikan kepada pemberi maklumat. Dan kami tidak ada SD yang melibatkan salah guna kewangan perdana menteri.

"CAGM hanya satu eksperimen dalam media sosial di Malaysia," kata kenyataan blog itu, dan mengakui SD itu hanya rekaan.

Berita portal lain seperti Malaysiakini dan Free Malaysia Today juga melaporkan tentang SD itu.

CAGM berkata, ia "hanya bertambah" kerana disokong pengarang yang enggan menyemak fakta dan mengejar laporan berita sensasi.

"Kami menjadi terkenal kerana pengarang mahu kami beritahu cerita yang boleh dijual," kata kenyataan blog itu.

CAGM muncul sebagai satu badan bukan kerajaan (NGO) pada Mei tahun ini apabila menawarkan RM1 juta kepada mana-mana individu yang sanggup mendedahkan kekayaan tersembunyi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa beliau mentadbir negara.

CAGM juga mengugut untuk menyaman Dr Mahathir kerana kerugian akibat rasuah dan pembaziran semasa zaman pentadbirannya.

Zainal yang bercakap mewakili kumpulan itu dan menghantar email mengenai SD hari ini kini tidak dapat dihubungi.

Panggilan telefonnya juga tidak berjawab lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...