Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Azeez bohong, tanah TRX masih belum dijual dakwa A Kadir Jasin

Posted: 19 Jul 2015 08:30 AM PDT


Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dianggap berbohong kepada rakyat dan mengingkari nasihat perdana menteri kerana sehingga kini tiada satu yang tampil mengambil alih tanah yang dibeli daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Datuk A Kadir Jasin.

Menulis di blognya, bekas ketua pengarang New Straits Times itu berkata, pada Mei, Azeez berkata sekeping tanah di Tun Razak Exchange (TRX) itu akan dijual dengan meraih keuntungan dan ramai pembeli menunjukkan minat terhadapnya.

Tetapi tiga bulan kemudian, tiada berita langsung mengenai penjualan tanah itu.

Timbul pula cakap-cakap ia tidak perlu dijual pada kadar segera kerana pada asalnya pembelian itu bertujuan sebagai satu pelaburan jangka panjang.

Tetapi, Kadir mengingatkan yang arahan menjual tanah itu dibuat perdana menteri sendiri dan Azeez yang menjanjikan ia akan mendatangkan keuntungan.

"Setiap hari berlalu tanah itu tidak dijual, Abdul Azeez 'berbohong' kepada khalayak ramai dan ingkar kepada perdana menteri.

"Hakikatnya, dalam keadaan sekarang dan dengan kontroversi 1MDB yang makin memuncak, tidak banyak pihak yang berani membeli tanah TH itu.

"Lagipun mengapa harus beli atas tangan sedangkan masih banyak tanah TRX yang belum dijual," kata Kadir.

TH membeli tanah 0.64ha itu, untuk membangunkan sebuah menara kediaman, pada April, dengan harga RM188 juta – 43 kali ganda harga yang dibayar syarikat sarat hutang 1MDB ketika membelinya daripada kerajaan persekutuan empat tahun lalu.

Menyedari tindak balas dan sensitiviti di kalangan pendeposit terhadap pembelian itu, Tabung Haji dengan cepat berjanji menjual tanah itu, dengan keuntungan, tidak lama selepas membelinya, mengatakan ia mempunyai pembeli yang sedia menunggu, membuktikan tanah itu mempunyai nilai yang meningkat dan merupakan sesuatu yang menguntungkan.

Azeez berkata, keputusan menjual tanah itu atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Oleh itu, Kadir mempersoalkan motif perdana menteri dan para penasihatnya, termasuk ahli perniagaan Low Taek Jho, dalam menubuhkan 1MDB yang mempunyai modal berbayar sebanyak RM1 juta tetapi menanggung hutang sebanyak RM42 bilion.

"Di manakah amalan urus tadbir mengenai 'debt to equity ratio' (nisbah hutang kepada modal)? Di manakah ciri-ciri kecukupan modal (capital adequacy)?

"Jawapannya diberikan oleh Najib sendiri apabila beliau tidak menafikan akaun AmBank Islamic atas nama beliau yang pernah mengandungi simpanan RM2.6 bilion.

"Setiap hari berlalu dan Najib membisu mengenai akaun itu, semakin ramai orang akan membuat andaian dan percaya wujudnya pertalian antara urus niaga luar biasa 1MDB dan berbilion ringgit wang 1MDB yang tidak dapat disahkan."

Beliau berkata, menjadi hak perdana menteri dan jentera propagandanya membuat pelbagai cerita untuk meyakinkan mereka yang tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, perniagaan dan pembiayaan yang canggih.

"Tetapi rakyat jelata yang celik ekonomi, perniagaan dan kewangan tidak boleh diyakinkan lagi.

"Mereka boleh membezakan antara kaca dan permata."

The Wall Street Journal melaporkan pada 2 Julai, sejumlah AS$681 juta yang berasal dari Tanore Finance, sebuah syarikat di British Virgin Islands, didepositkan ke dalam akaun Najib dalam dua transaksi pada 21 dan 25 Mac, 2013, sebelum pilihan raya umum pada Mei.

Salah satu akaun itu dilaporkan ditutup pada 30 Ogos tahun yang sama.

Sejumlah AS$11.1 juta lagi, yang berasal dari syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd, dipindahkan dalam dua transaksi antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.

Akaun kedua itu dilaporkan ditutup pada 9 Mac tahun ini lapor The Malaysian Insider


KPN nafi minta rasuah RM20,000 dari Papagomo

Posted: 19 Jul 2015 06:50 AM PDT


Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan penyebaran perbualannya bersama penulis blog, Papagomo menerusi aplikasi WhatsApp yang menunjukkan beliau meminta rasuah sebanyak RM20,000.

Khalid berkata, siasatan dimulakan terhadap akaun Facebook 'Papagomo Original' yang didakwa memuat naik 'paparan skrin' yang didakwa sebagai perbualan antara beliau bersama penulis blog itu.

Menerusi perbualan yang dikatakan itu, Khalid meminta rasuah sebanyak RM20,000 bagi 'menyelesaikan' kes penulis blog itu selepas dia ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Papagomo atau nama sebenarnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris dibebaskan dari tahanan polis pada Jumaat lalu. "

Satu laporan dibuat bagi membantu siasatan," kata Khalid kepada The Star tetapi mengesahkan bahawa peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail turut membuat laporan bahawa akaun Facebook itu bukan kepunyai penulis blog berkenaan.

Halaman di akaun Facebook itu turut menyiarkan khabar angin yang didakwa perjumpaan diadakan di antara badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan merancang untuk melakukan pergaduhan bersenjata di Plaza Low Yat pada Sabtu.

Perkara itu tersebar selepas penahanan Papagomo.

Bukit Aman yang menyifatkan penyebaran maklumat tidak benar itu mempunyai niat untuk merosakkan keharmonian dan keamanan, menggesa rakyat Malayisa supaya tidak membiarkan mesej-mesej tersebut viral secara dalam talian.

Sementara itu, Ahmad Shuaib turut menasihatkan anak guamnya supaya menjauhi daripada halaman itu dengan mengatakan bahawa Papagomo tidak boleh mengemaskininya kerana ketika itu dia di dalam tahanan.

Papagomo sebelum ini ditahan kerana didakwa memuat naik gambar seorang mangsa rompakan warga Melayu yang cedera, di media sosial, dengan mendakwa bahawa ia sebagai mangsa pergaduhan di Plaza Low Yat.

Polis menahannya kerana didakwa tindakannya itu membangkitkan ketegangan kaum lapor mStar


Bukan aku sorang yang rasa bagaikan bersolat Hari Raya di Bangladesh rupanya...

Posted: 18 Jul 2015 07:39 PM PDT


Aku ingat aku sorang saja yang merasakan bagai menunaikan solat Hari Raya di Bangladesh tapi wartawan Astro Awani pun sama..

Nampaknya suasana di kebanyakkan Masjid yang berdekatan dengan pusat bandar atau kawasan-kawasan Industri hampir sama dengan suasana di MasjidJamek Kuala Lumpur..

Apa yang dia rasa sama dengan apa yang aku rasa.. rasa macam berada di negara orang pulak sedangkan aku berada di negara tanah airku sendiri..

Aku sampai agak awal ke Masjid pada pagi Hari Raya yang pertama, bila aku masuk ke dalam Masjid dan duduk ditengah-tengah Masjid.. aku rasa bagaikan berada di sebuah Masjid di Bangladesh..

Sebabnya bila aku toleh ke kiri nampak Bangla.. toleh ke kanan pun nampak Bangla.. toleh ke belakang juga Bangla yang menjadi majoriti di awal pagi itu..

Ramai sungguh mereka ini.. walaupun mereka pendatang asing.. aku pulak yang terasa terasing..


Cuba kita bayangkan andaikata ura-ura yang Zahid Hamidi war-warkan yang mengatakan Kerajaan akan membawa masuk kira-kira 1.5Juta lagi warga Bangladesh ke negara kita ini..

Bahagikan dengan 222 Parlimen yang ada..  222 Kawasan Parline tu bahagikan pula dengan lebih kurang 20 buah Masjid bagi setiap Parlimen..

Ada lebih dari 300 warga Bangladesh akan menjadi jemaah baru kepada setiap Masjid itu..

Tak ada masaalah kehadiran mereka ke Masjid-masjid itu kerana mereka satu akidah dengan kita lagipun di Padang Mahsyar nanti Bangsa atau Warganegara tidak ada..

Cuma ini menimbulkan rasa kurang selesa jemaah-jemaah yang hadir terutamanya ketika khutbah dibacakan, ada diantara mereka yang bersembang riuh-rendah kerana mereka kurang memahami apa yang disampaikan oleh Khatib.

Kehadiran mereka yang disesetengah Masjid boleh dikatakan satu per empat dari jumlah jemaah juga meninbulkan rasa kurang selesa bagi jemaah wanita..

Apa yang aku rasa ini juga dirasakan oleh seorang wartawan Astro.. bacalah!!


BAGAIKAN bersolat Hari Raya di Bangladesh. 

Itu perkara pertama, terlintas di fikiran sebaik menjejak masuk ke Masjid Jamek Kuala Lumpur di Jalan Tun Perak, pada 1 Syawal untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Manakan tidak, di depan dan belakang, di kiri dan kiri hanya kelibat warga Bangladesh yang kelihatan hampir memenuhi setiap saf di masjid berkenaan.

Terfikir, ke mana perginya warga kota? "Mungkin ramai yang sudah balik ke kampung berhari raya bersama keluarga dan sanak saudara, kecuali penulis yang perlu bertugas di Aidilfitri ini.

Ini menjadikan, yang tinggal di ibu negara, majoritinya warga asing, termasuk Bangladesh.

Bilangan mereka yang terlalu ramai menjadikan diri ini kekok dan rasa terasing, seolah-olah ketika itu, berada di Bangladesh.

Sedangkan, warga Bangladesh itu, kelihatan terlalu selesa seperti di negara sendiri. Ia mengimbas kembali pengalaman mengunjungi Masjid Nasional Bangladesh, Baitul Mokkarram beberapa tahun lalu.

Namun, sebaik khatib memulakan khutbah Aidilfitri di dalam Bahasa Malaysia, menyedarkan penulis, bahawa diri ini masih berada di bumi Malaysia yang bertuah.

Selepas solat, apa yang menarik disaksikan, komuniti warga Bangladesh yang besar, sambil memparagakan kepelbagaian pakaian tradisional negara itu yang berwarna warni.

Bukan sahaja mereka menyapa, bersalaman dan saling berpelukan seolah-olah mengenali antara satu sama lain, sambil mengucapkan selamat menyambut hari raya.

Agaknya mungkin sudah menjadi tradisi, mereka bergambar sama ada secara berkumpul atau selfie tanpa menghiraukan keadaan yang sesak ketika jemaah berpusu-pusu keluar meninggalkan masjid.

Selain menggunakan telefon pintar untuk merakamkan detik-detik menarik, ada yang membawa kamera DSLR untuk bergambar.

Ramai abang-abang Bangladesh ini juga dilihat begitu pemurah apabila mengeluarkan sejumlah wang seringgit daripada kocek masing-masing untuk disedekahkan kepada fakir miskin yang menunggu di luar pagar masjid.

Tanya ragu-ragu mereka turut mengagihkan wang itu kepada bukan Islam.

Penulis kemudian menjengah sebentar di sebuah restoran mamak berhampiran untuk sarapan pagi.

Melangkah masuk ke restoran berkenaan, mata tertumpu kepada wajah-wajah Bangladesh yang sudah memenuhi setiap kerusi di restoran berkenaan dan sekali lagi dirasakan, penulis bagaikan tersesat ke negara lain.

Namun, dirasakan diri ini kembali berada di Malaysia, apabila di satu sudut, seorang warga Bangladesh memanggil pelayan restoran dengan panggilan "boss (panggilan mesra warga tempatan bagi pelayan restoran mamak), teh tarik satu, milo kosong satu, roti canai banjir dua".

Di meja lain, terdengar suara meminta "boss, kopi kaw satu, teh o nipis satu dan nasi goreng kampung pedas dua"

Nampaknya, mereka bagaikan sudah menyesuaikan diri dan mengikuti apa yang warga tempatan lakukan.

Berikutan ketiadaan meja yang kosong, penulis berkongsi dengan dua abang Bangladesh dikenali hanya sebagai Rahim dan Mohd.

Bagi Rahim yang sudah lebih sembilan tahun berada di Malaysia, manakala Mohd hampir genap 10 tahun, mereka sedih untuk meninggalkan negara ini kerana tempoh permit yang akan tamat.

Ini kerana, Malaysia bagaikan rumah kedua buat mereka.

Selesai bersarapan, penulis berjalan semula ke pejabat di Bukit Kewangan dan di perjalanan itu teringatkan seorang seorang wartawan di Astro Awani yang saling tidak tumpah mempunyai wajah Bangladesh.

Jika dikenakan pakaian tradisi Bangladesh dan bergaul bersama dengan warga negara itu, rasanya tidak terkejut jika mungkin ramai yang menganggapnya berasal dari negara itu.

Mahu tidak mahu, wajah-wajah warga Bangladesh itu akan terus kekal menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat antarabangsa di negara ini.

Lebih-lebih lagi Malaysia bercadang membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun.

Tidak mustahil kehadiran mereka bakal membentuk satu komuniti baru Malaysia-Bangladesh menerusi perkahwinan campur dan menjadi sebahagian daripada rakyat "Malaysia Tanahair Ku" ~ AstroAwani

Inilah Malaysia tanah airku..

Negara maju membawa masuk tenaga-tenaga proffesional dari negara ketiga.. untuk membolehkan negara mereka menguasai pengeluaran berasaskan teknologi tinggi..

Tapi negara kita pula membawa masuk siapa saja tak peduli apa hanya kerana nak kaut keuntungan dari levi yang dikenakan terhadap mereka..

Rakyat selesa atau tidak itu bukan persoalan....


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...