Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Tak masuk syurga kalau solat tapi memfitnah - Imam Besar UMNO

Posted: 02 Jul 2015 09:00 AM PDT


Umat Islam tidak akan terjamin masuk syurga jika hanya menunaikan solat tetapi pada masa sama masih bersikap adu domba, kuat memfitnah dan menghancurkan perpaduan, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Perdana menteri memetik hadis mengenai amalan yang mendekatkan umat Islam dengan syurga, iaitu menjaga akidah, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menjaga silaturrahim.

"Sembahyang tak tinggal, tapi jadi batu api, fitnah, adu domba, hancurkan perpaduan, tak jamin jadi ahli syurga.

"Pakai lambang besar pun tak jamin masuk syurga, ini peringatan untuk kita semua," katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri kepada asnaf Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di Serdang, pagi tadi.

Najib turut membidas rakyat Malaysia yang tidak bersyukur kerana memperlekehkan negara sendiri sedangkan setiap negara menghadapi cabaran tersendiri.

Membandingkan dengan nasib warga Rohingya dari Myanmar, katanya pelarian itu lebih menghargai Malaysia dengan bersujud dan mencium bumi sejurus sampai ke negara ini.

"Orang Rohingya naik bot menyabung nyawa, sampai masuk pantai Malaysia, dia sujud cium tanah negara kita.

"Kita pula yang kutuk negara sendiri. Kita ini yang tidak sedar. Kita ini yang tidak syukur kita hidup di negara yang aman dan bertambah baik lagi," katanya.

Dalam perkembangan lain, Najib meminta MAIWP menyediakan guru akademik di sekolah tahfiz persendirian di Wilayah Persekutuan lapor The Malaysian Insider


MARA ‘kurang puas hati’ polis kata tiada pecah amanah dalam pembelian hartanah

Posted: 02 Jul 2015 07:33 AM PDT


Polis mendapati tiada unsur pecah amanah (CBT) dalam pembelian sebuah apartmen oleh MARA di Australia.

Oleh itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata keseluruhan siasatan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Kami tidak nampak ada unsur CBT dalam perkara ini, jadi pihak SPRM akan jalankan siasatan sepenuhnya," katanya kepada pemberita di Bukit Aman pada 29 June 2015.

Tapi hari ini Pengerusi MARA berkata "Majlis Mara mengambil maklum kenyataan PDRM yang tidak ada unsur pecah amanah didapati dalam kes ini.

"Namun, Mara kurang berpuas hati dan akan menemui PDRM dalam masa terdekat bagi memberi kerjasama seterusnya kepada PDRM," kata Annuar pada sidang media petang ini.

"Ini komitmen Mara bagi menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi," katanya..

Apa hal KPN tu cepat sangat buat kesi,pulan agaknya?.. dah siasat ke sebelum keluar kenyataan tu?.. atau cuma tengok dari jauh saja?

Membuktikan kesungguhannya menangani isu berhubung pembelian hartanah di Australia, Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini menyatakan "kurang berpuas hati" dengan pendirian Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang kes itu tidak melibatkan unsur jenayah pecah amanah.

Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata, Mara akan bertemu polis bagi memberi kerjasama sepenuhnya jika pihak berkuasa itu perlu membuat siasatan lanjut dalam kes itu.

"Majlis Mara mengambil maklum kenyataan PDRM yang tidak ada unsur pecah amanah didapati dalam kes ini.

"Namun, Mara kurang berpuas hati dan akan menemui PDRM dalam masa terdekat bagi memberi kerjasama seterusnya kepada PDRM," kata Annuar pada sidang media petang ini.

"Ini komitmen Mara bagi menyiasat perkara ini sehingga ke akar umbi," katanya.

Beliau berkata, Mara juga akan berkongsi segala maklumat dengan orang awam berkenaan perjalanan kes ini selagi ia tidak mengganggu siasatan yang sedang dilakukan.

Annuar berkata, buktinya ialah Mara sudah mengadakan sidang media sebanyak 3 kali untuk memberi maklum balas terhadap kes itu dan beliau sendiri muncul di televisyen membincangkan perkara itu.

Sementara itu, ketika diminta mengesahkan kebenaran butiran siri dakwaan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, Annuar berkata beliau tiada masalah dengan pihak yang ingin membantu siasatan.

"Mara tidak bertanggungjawab pada Rafizi tetapi sesiapa yang ada maklumat boleh tampil ke depan.

"Kita tidak ada masalah, dia boleh buat dengan cara dia sendiri," katanya.

Bagaimanapun, beliau kurang faham dengan 'bahasa' yang Rafizi gunakan dalam siri dakwaannya.

"Lebih mudah untuk dia berdepan dengan saya sendiri," katanya.



JVC Shah Alam tutup dan pindah pun salah Azmin?.. Alahai macai...

Posted: 02 Jul 2015 02:38 AM PDT


Facebooker UMNO ni mesti dah ketandusan modal untuk menyerang Kerajaan Negeri Selangor sebab tu perkara yang tak ada kaitan langsung dengan Kerajaan Negeri..

Asal ianya berlaku di Selangor semua nak dikaitkan dan dipersalahkan Azmin sebagai Menteri Besar dan juga Kerajaan Negeri Selangor..

Hinggakan kilang JVC di Shah Alam menghentikan operasinya pun dijadikan modal untuk menyerang pentadbiran Azmin.


Semalam seorang facebooker pro UMNO telah memuat naik satu status dalam laman facebooknya.. tujuannya tak lain dari untuk memburukkan Kerajaan Negeri Selangor.

Tulisnya.. "Banyak kilang tutup satu demi satu di Selangor".

"Pentabiran Selangor makin kucar kacir. Terkini Kilang JVC di tutup dan semua perkerja di buang di Selangor" tambahnya lagi.

Statusnya itu telah menerima lebih dari 270 'Likes' dan telah dikongsi oleh lebih dari 80 individu..

Bagaimanapun aku yakin, yang klik 'likes' pada status itu hanya untuk menghentam admin facebook tersebut, kerana majoriti komen mengutuk status yang kelihatan amat boodoh sekali itu..

Antara yang mengutuknya ialah

Fadhlan Lanzz "Hehhee.. bukan ke yg mentadbir ekonomi malaysia.secara keseluruhan nye ada lah kerjaan bn ke ? ikiki nak tipu org bior org tu duk ceruk hutan...hahahha" 
Muhammad Syafiq "Bkn ekonomi kt selangor ni bwah pentadbiran malaysia ke..? Hahaha lawak la ko ni admin.. dasar bodoh mcm ahmad maslan" 
Kiram Sogip "Bangang tu kekdg kene simpan sket ratu.. Patut la tk laku2.. Muahahahaa" 
Tuc Pemburu Broker "Biasanya kilang2 nie ditutup pasai syarikat utama depa alami krisis kewangan atau keadaan kemelesatan ekonomi yg dihadapi negara... Tak tau pulak punca kilang tue ditutup pasai MB dia daripada PKR...kuikuikui" 
Lang Sewah "Admin ni ingat yg baca status dia ni mok cik pok cik yg depa boleh juai temberang ngan bagi beras...bag skolah dekat nak ngundi tu kot! 
Asy-Shahrir Ar-Ramadhani "Siapa yang mentadbir negara keseluruhannya? Tentulah umno yang banyak duit dan banyak juga hutangnya.. Sebab umno lah juga ekonomi negara merundum.. JVC bukan jenama selangor tapi universal maka tak logik pentandbiran selangor dijadikan sebagai alasan yang tak relevan.. Dah habis modal agaknya... 
"Bab air pun asalnya syabas drpd kroni umno, dan mereka juga yang mensabotaj sedangkan boleh je buat tindakan sendiri inisiatif sendiri memperbaiki sistem kerana kewangan sendiri pun ada cuma dengki je tu... Tukar je la orang2 di syabas tu yang tak pandai buat kerja... Zaman Abdullah & MB umno pun ada juga krisis air, bukan tak ada langsung pun.. Tapi suka juga dengar orang balas komen ni kaitkan benda yang tak ada kena mengena... 
Fadzli Nor "Nk jd hero, tp buat komen yg bodoh. Penutupan JVC bkn sbb azmin. Makcik aku keje kt cni dr zmn dia bujang. Dia da cite kt aku td. Yg xtau cite lbh baik diam je.. Kang klu ckp bodoh kang marah. 
Azrin Shah Aziz "Aduhai ! Akhirnya hari ini terjumpa juga satu kenyataan paling BANGANG untuk tahun 2015 ini. Tapi selepas di amati betul2 pada si penyatanya, memang patutlah rupa2nya si penyatanya DUA KALI BANGANG. Nasib dialah, dah dia pergi menyokong PARA PEMIMPIN BANGANG, kesudahannya dia pun TERIKUT JADI BANGANG. 
Mohd Hablin "Ratu naga pemfitnah, isteriku kerja di jvc shah alam.. Semua cerita sebenar kami tahu.. Kilang tutup sbb kurang produk, kos di malaysia tinggi dan sebab gst.. Bukan sebab azmin.. Tu sbb tutup dan pindah ke thailand. Pihak kilang beri pampasan.. Bodoh punya ratu naga dan penyokongnye.. Wtf

Lagi banyak kutukan pi lah jenguk facebook dia tu..

Kah.. kah.. kah.. kalau aku kena kutuk macam tu.. mahu dua minggu tak jenguk facebook.. itulah bodoh tu simpanlah sikit jangan ditunjukkan semuanya..

Pekerja tidak menghadapi masaalah pun sebab mereka dah dimaklumkan akan penutupan dan pemindahan operasi kilang tersebut dari awal tahun lagi..

Baca ni...

SHAH ALAM, July 1, 2015: 
About 500 workers from consumer and professional electronics devices corporation — JVCKENWOOD Malaysia Sdn Bhd — were laid off as part of the Japanese company's plans to relocate its operations, shutting down its plant here. 
News of the factory's official closure today had been making its rounds over social media, attracting netizens to lament on the workers' plight and the state of economy. 
While some described the sudden closure as being unfair to the workers, checks by The Rakyat Post revealed that this was not the case. 
"The workers were not laid off suddenly as they were already notified of the closure earlier this year," a factory worker said. 
While some of the staff were retrenched, appropriate compensation was paid and JVC had also assisted others to secure employment elsewhere
"They told us that the factory operations were moving to Thailand," said the worker. 
It was reported last year that JVC had cut its workforce globally by 14% to just under 20,000 people and about 90% of production now took place mostly in Indonesia and Malaysia. 
Checks on jobstreet.com have shown that JVC is still hiring staff for its Tampoi plant in Johor. 
Similarly, a few metres away, Ansell Malaysia Sdn Bhd's operations have also ceased and its workers were retrenched yesterday. The Australian company made healthcare protective gear. 
A worker on site said: "They are moving their operations to Malacca. They have already told us about this six months ago and compensation was also paid out."~ RakyatPost



Tindakan menjual plat 'PATRIOT' sama seperti 'PELACURAN' kata ADUN UMNO

Posted: 02 Jul 2015 12:43 AM PDT


Seorang anggota Dewan Undangan Negeri Umno hari ini mengejutkan banyak pihak dengan mengaitkan lelongan nombor plat 'Patriot' dengan aktiviti pelacuran.

"Tindakan menjual plat ini sama seperti 'pelacuran', sacred word kepada pembida tertinggi membuatkan mereka bapa ayam, bukan patriot," kata wakil rakyat Kempas Tengku Putra Haron Aminurrashid. 

Menjelaskan kenyataannya itu Tengku Putra berkata, lelongan sebegitu seolah-olah pihak yang terlibat melacurkan ungkapan suci (iaitu patriot) kepada pembida.

Tengku Putra juga mempersoalkan sama ada pengendali lelongan nombor itu Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPN) memahami perkataan "Patriot" itu, dan sama ada latar belang pembida disemak. 

"Antara yang menang bidaan boleh jadi pengkhianat ekonomi yang mensabotaj negara untuk buat duit segera!

"Adakah mereka ini layak pakai nombor plat ini?

"Adakah penganjur tidak mahu pastikan dulu bahawa pemegang (nombor plat) itu patriot yang sejati?" soalnya.

Tengku Putra juga berkata keadaan akan lebih buruk jika pembida yang berjaya mendapatkan nombor itu bukan warganegara Malaysia.

"Jika orang asing menang bidaan 'Patriot 1', secara simbolik, penganjur telah jual negara kita ini," katanya lapor Malaysiakini


Tengku Putra, whose blog is named 'The Patriot', questioned whether YPNM understood the word "patriot" and whether it conducted background checks on those bidding for the plates.

"Among those who win the bid could be known economic traitors who have sabotaged the nation to make a fast buck. Are they worthy of carrying these plates?

"Don't the organisers want to ascertain or ensure first that the bearers are true patriots?" he said.

Tengku Putra said this would be even worse if the winning bidders were not Malaysian citizens.

"If a foreigner wins the bid for "Patriot 1", symbolically, the organisers have sold our country.

"When it is open to any Tom, Dick and Harry with money, we might end up with a Dick who could have sold his mother not to mention his country with those plates flashed on his car!" he said.

He likened this to rapists and adulterers being able to join the bid for the plate "Saint" from 1 to 9999.

"If they can't determine the difference, then the government should scrap the idea altogether.

"By allowing it, this outfit has just put 'patriotism' on sale and if I heard the spokesman right, he even said that the owner might profit from it by re-selling it in the future.

"These people aren't patriots, they are mere salesmen in a patriot's outfit making money off the rakyat from turning 'patriotism' into a tradeable commodity," he said.

To date, the 'Patriot 1' plate bidding had reached RM1.3 million.


Dah ada 0.5 Juta nak bawa masuk lagi 1.5 Juta Bangla?.. Jangan sampai Malaysia jadi ‘kembar’ Bangladesh!

Posted: 01 Jul 2015 10:10 PM PDT


Meskipun laporan ini ditulis oleh wartawan lidah rasmi UMNO iaitu Utusan, bagi aku ianya adalah rasional dan ada kebenarannya serta tidak rugi untuk dibaca..

Beliau merasakan pekerja asing di negara ini sudah mencukupi dengan jumlah sedia ada. Malah boleh dikatakan sebagai melambak-lambak.

Jumlah mereka sebenarnya amat banyakan menurut wartawan Utusan itu, anggarannya pada tahun lalu sebanyak 6.7 juta pekerja asing di negara ini, 4.6 juta daripadanya pendatang asing tanpa izin (PATI).


Tapi sebelum itu, mengenai kemasukkan warga Bangladesh ini juga secara tidak langsung akan menjadikan mereka sebagai suku kaum ketiga terbesar di negara kita ini..

Berdasarkan perangkaan Jabatan Pendaftaran Negara, jumlah penduduk Malaysia kini adalah seramai 28.3 Juta orang..

Dari jumlah ini 92% adalah rakyat Malaysia (26.03 Juta) dan 8% bukan rakyat Malaysia (2.4Juta orang), jumlah ini terdiri daripada pekerja asing dan pemastautin yang berdaftar secara sah.

Yang tidak sah atau pendatang asing tanpa izin (PATI) pula dianggarkan berjumlah 2.3 Juta tetapi wartawan Utusan menganggarkan terdapat sebanyak 6.7 juta pekerja asing di negara ini, 4.6 juta daripadanya pendatang asing tanpa izin..

Komposisi 3 suku kaum terbesar di Malaysia pula 56.4% (14.7 Juta) adalah Melayu, 24.6% (6.4Juta) adalah Cina manakala kaum India mewakili 7.3% (1.9 Juta).

Jika 1.5 Juta lagi warga Bangladesh akan dibawa masuk ditambah pula dengan anggaran 0.5 Juta orang atau lebih warga Bangladesh yang sedia ada dalam negara kita, ini menjadikan Bangladesh menjadi suku kaum ketiga terbesar dalam negara kita..

Jadi jangan hairan jika tiba-tiba suatu hari nanti mereka turut mengundi untuk menentukan hala tuju negara kita ini..

Dan jangan juga hairan dengan kemunculan bangsa baru di negara kita .. bangsa Melayu + Bangla..

Inilah Malaysia!! negara lain bawa masuk tenaga mahir dan proffesional negara kita pula kutip buruh yang negara luar tak mahu, tenaga mahir dan proffesional negara dibiar lari keseluruh pelusuk dunia...

Laporan berkaitan...

Jangan biarkan PATI terus bermaharajalela




TARMIZI ABDUL RAHIM

TIDAK mustahil sedikit masa lagi pelancong yang berkunjung ke sini menganggap negara ini adalah 'kembar' kepada Bangladesh. Bagi mereka, semua wajah penduduk negara ini handsome, hidung mancung persis Datuk Shah Rukh Khan. Pasti pada masa itu, penduduk sebenar negara ini berasa bangga kerana mendapat pengiktirafan percuma itu.

Kita tidak boleh menyalahkan pelancong kerana itulah yang gambaran yang diperoleh sejurus mereka menjejakkan kaki ke negara ini. Apabila mengambil teksi, pemandunya 'berhidung mancung', singgah di stesen minyak - juruwangnya juga hidung mancung, menginap di hotel - front liner hotelnya juga mempunyai iras Shah Rukh Khan, rasa lapar dan pergi ke restoran atau pasar basah - pelayan dan penjualnya juga iras-iras Salman Khan.

Justeru, salahkah pelancong berkenaan mempunyai tanggapan sedemikian? Teruk sangatkah rakyat tempatan hinggakan semua majikan dalam sektor perkhidmatan terpaksa mengimport pemain dari luar untuk berkhidmat di negara ini.

Kerajaan wajib bertegas. Hadkan warga asing untuk bekerja dalam sektor yang dibenarkan atau dikhususkan sahaja seperti perladangan, pembinaan dan perkilangan. Jangan sesekali biarkan melimpah ke sektor lain hingga menyempitkan rezeki penduduk tempatan yang terpaksa bersaing dengan mereka.

Mungkin secara luarannya apabila diadakan pertandingan bagi memilih pekerja, warga asing ini telah menang kerana kononnya berwajah handsome, boleh 'speaking', rajin dan tidak pemalas. Maknanya, pekerja tempatan terutama golongan belia kenalah ambil kesempatan untuk mengatasi kelemahan yang dimiliki. Handsome itu anugerah Allah, jadi sebagai alternatifnya, perkemaskan diri dan jaga penampilan, jangan sesekali datang bekerja atau semasa interview dalam keadaan serabai dan berketiak hangit.

Kemampuan bercakap bahasa Inggeris atau mana-mana bahasa tidak sukar jika mempunyai iltizam untuk melakukannya. Ini dibuktikan oleh ramai pekerja asing terutamanya Bangladesh yang selepas beberapa bulan tiba di negara ini sudah mampu menguasai bahasa Melayu, malah mampu pula 'mengayat' wanita-wanita Melayu.

Baru-baru ini, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke negara ini secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor.

Dirasakan pekerja asing di negara ini sudah mencukupi dengan jumlah sedia ada. Malah boleh dikatakan sebagai melambak-lambak. Jumlah mereka sebenarnya amat banyak, anggarannya pada tahun lalu sebanyak 6.7 juta pekerja asing di negara ini, 4.6 juta daripadanya pendatang asing tanpa izin (PATI). Ini bermakna yang masuk secara halal atau mempunyai permit kira-kira 2.1 juta orang sahaja. Tidak mustahil jika jumlah sebenar mereka adalah lebih tinggi.

Jika ditambah lagi dengan 1.5 juta yang bakal tiba itu, berapa jumlahnya? Tolong kira sendiri. Tidak salah membawa masuk pekerja asing bagi memenuhi keperluan tetapi kerajaan perlu menyedia dan memantapkan mekanisme pemantauan serta penguatkuasaan. Bagi sektor yang telah tepu, manfaatkan lambakan pekerja itu bagi diagihkan kepada sektor lain. Gunakan analogi sistem lampu isyarat seperti digambarkan oleh Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh baru-baru ini dalam isu permohonan pertukaran guru.

Selain itu, wujudkan pangkalan data bersepadu bagi mengenal pasti keperluan sebenar di setiap sektor, maka barulah warga asing ini dapat diagihkan, sekali gus mengatasi masalah lambakan kritikal pekerja asing dalam sektor tertentu.

Sebenarnya masalah lambakan warga asing ini bukannya isu picisan yang sekadar dibualkan oleh orang kampung di kedai-kedai kopi atau golongan pertengahan semasa menunggu untuk menaiki pengangkutan awam bagi menjimatkan kos perbelanjaan kerana harga petrol naik lagi. Tetapi turut menarik perhatian seorang Hakim di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor.

Hakim Datuk Ghazali Cha pada 30 Jun lalu menggesa satu formula diwujudkan untuk menangani masalah jenayah melibatkan warga asing yang semakin meningkat di negara ini. Tegas beliau, mahkamah kini telah 'dihujani' dengan kes jenayah warga asing malah indeks jenayah di negara ini meningkat akibat kegiatan jenayah warga tersebut.

Beliau sebelum itu menjatuhkan hukuman penjara masing-masing tujuh tahun enam bulan dan tujuh tahun terhadap dua lelaki warga Bangladesh yang mengaku bersalah menyebabkan kematian seorang wanita warga Indonesia yang mayatnya dikerat-kerat empat tahun lalu ~ Utusan


Bersedialah untuk kehilangan Kelantan kata Mahfuz kepada PAS

Posted: 01 Jul 2015 08:00 PM PDT


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bimbang kerajaan PAS Kelantan tumbang jika kepimpinan parti gagal meraih semula sokongan rakyat selepas berlangsungnya muktamar bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata PAS perlu mengambil tindakan drastik untuk memperbaiki "kerosakan dan imej PAS yang tercalar" dengan melihat secara menyeluruh kesan pemilihan parti - yang menyaksikan tersingkirnya pemimpin progresif - kepada masyarakat dan anak muda.

Pada masa yang sama, beliau turut menggesa kepimpinan PAS tidak beretorik dengan "kata-kata manis" dengan menyembunyikan masalah termasuk ketidakpuasan hati rakyat dan penyokong seperti tiada apa-apa yang berlaku dalam PAS, sedangkan pada hakikatnya rakyat menuntut tindakan PAS mengenainya.


"Ya, kalau gagal (atasi masalah pasca muktamar) sokongan akan merosot. Apatah lagi dengan sokongan kewujudan parti baru, sudah pasti, ia akan memberikan implikasi yang buruk. Yang sangat menjadi kebimbangan saya ialah kehilangan Kelantan.

"Kita boleh kata tak (ada) apa. (Tapi) jangan sampai orang kita menyembunyikan sesuatu, yang tidak sepatutnya kita sembunyikan (seperti) menyembunyikan ketidakpuasan hati rakyat, penyokong dan sebagainya," katanya.

Dengan mengandaikan pilihan raya umum boleh diadakan lebih awal sama dengan Sarawak atau pada 2017, Mahfuz berkata kepimpinan PAS perlu segera dan drastik mencari jalan penyelesaian dan menunjukkan rasa jiwa besar serta merendahkan ego masing-masing demi kebaikan parti.

Beliau menjawab soalan berhubung harapan beliau kepada kepimpinan baru PAS dan implikasi jika gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Ketika diwawancara dengan Malaysiakini, Mahfuz berkata faktor kewujudan parti baru juga perlu ditangani kerana menurutnya boleh memberi "implikasi yang sangat tidak sihat" dan PAS perlu memperlihatkan sikap lemah lembut dan kasih sayang sewaktu mengadakan rundingan dengan mereka.

"Keutamaan kita ialah PAS meletakkan matlamat Islam. Jadi bagaimana nak menyelamatkan imej Islam? Imej Islam mesti diselamatkan supaya oran lihat Islam agama yang baik dan lemah lembut, kasih, sayang, bukan dilihat," katanya.

Sokongan 'tak menggembirakan'

Mahfuz bagaimanapun enggan mengulas kepimpinan PAS yang dikuasai kumpulan pro-ulama malah menasihatkan mereka agar meneliti maklum balas dan komen rakyat terhadap PAS selepas muktamar, yang disuarakan dalam media online yang mesra parti itu.

Beliau berkata berdasarkan rumusan seorang ahli akademik yang juga sahabatnya kepadanya, menunjukkan maklum balas yang diberikan kepada PAS selepas muktamar "tidak menggembirakan" beliau.

"Kalau sebelum (pilihan raya umum) 2008, Datuk Rohani Ahmad membuat andaian rambang berasaskan komen dalam media online, dia buat satu rumusan bawa BN akan kalah.

"Tapi bila kawan saya dari universiti buat rumusan dengan mengambil (maklum balas) media online macam Harakahdaily, Tranungkite, dan satu dua tiga lagi, yang memperlihat peratusan (sokongan) yang tidak menggembirakan kepada PAS.

"Saya tidak lihat sangat keputusan muktamar, tapi orang yang komen hasil daripada, bagaimana perjalanan kempen (dalam pemilihan), yang dilihat tidak sihat," katanya lapor Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...