Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mahathir dakwa duit dideposit dalam akaun peribadi untuk dana pilihanraya PRU13

Posted: 20 Jul 2015 09:00 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Umno diberitahu bahawa wang yang didepositkan ke dalam satu akaun bank peribadi digunakan dalam pilihan raya umum lalu.

"Tidak ada penafian wang itu telah didepositkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan kepada Umno bahawa ia untuk pilihan raya itu. Umno seolah-olah berpuas hati.

"Tidakkah mereka tahu bahawa duit kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu parti politik menang pilihan raya?" kata Dr Mahathir dalam tulisan dalam blognya hari ini.

"Tetapi duit itu daripada sumbangan. Siapa yang sumbang duit RM2 bilion itu? Tak ada jawapan," katanya lagi.

Walaupun negarawan itu tidak menyatakan akaun mana yang beliau maksudkan, ia dipercayai bahawa kenyataaan itu ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa sejak calon pihak pemerintah masing-masing menerima satu bahagian untuk kempen mereka, Umno tidak mampu untuk memberontak terhadap Najib.

Ni apa yang Tun tulis...

CONSPIRACY 


1. There has been much talk by certain people of a conspiracy to overthrow Dato Sri Najib as Prime Minister.

2. Is there a conspiracy? Is there someone or some group conspiring i.e moving in secret in the underground to overthrow Najib. There could have been before but apart from people complaining privately about their dissatisfaction with Najib's administration, no one was planning his overthrow. That is not to say that they did welcome the idea of his resigning or vacating his post. But active underground planning and action there was none.

3. What we do know now is that I had openly called for his stepping down. No conspiracy. Just open declaration to the whole nation that I would like to see Najib cease to be Prime Minister.

4 So if any investigation is to be made, there is no need for detectives or special agents. That there is a move or push for Dato Sri Najib to step down is known to everyone.

5. So again where is the conspiracy!! It is all in the open. There is no need to conspire. There is open campaigning for his ceasing to be Prime Minister.

6. Lately we are seeing many funny statements. The Utusan loudly proclaimed that the Prime Minister had taken action against the Wall Street Journal.

7. Actually it was not legal action or suing for defamation. Just politely asking the Wall Street Journal why do they publish the article.

8. Is there a need to ask that silly question? Isn't it obvious that as a newspaper the information obtained by Wall Street Journal was sensational. Any newspaper, convinced of the authenticity of the information would have printed it. Of course the local mainstream papers will not for obvious reasons.

9. To ingratiate themselves with the Prime Minister they would rather mislead people. The sub-editors are good at writing misleading headlines. For example when a statement is made to let the task force of four do their work this is headlined as support for the Prime Minister.

10. Then there was a minister who, after saying that the interim report shows nothing wrong with 1MDB, then went on to advise people not to say anything about 1MDB until the report is out. But he himself had made a premature statement.

11. To all comments made against 1MDB, the standard answer is to deny, to say "No it is not true." It is like somebody upon being asked whether he had stolen the money as alleged, simply denies that he had stolen, expecting the judge to acquit him simply because he denied.

12. There is no denial that money was deposited in the private account. The explanation to UMNO is that it was for the elections. UMNO seems satisfied. Don't they know that Government money cannot be used to help a political party to win elections? But the money was from donation. Who donated 2 billion Ringgit? No answer.

13. But what about BR1M? Isn't it Government money, all 7 billion Ringgit and more. That was clever. It is not for elections but given before any election, with the promise of more if the party wins, isn't it about using Government money to win elections?

14. Truly cash is king!!


15. Then there is this insistence that since Najib was elected, no one has any right to demand he should step down.

Please continue yours reading HERE

The Edge dedahkan bagaimana Jho Low dan PetroSaudi menipu Malaysia untuk dapatkan AS$1.83 bilion

Posted: 20 Jul 2015 07:53 AM PDT


The Edge Financial Daily dalam laporan muka depan hari ini melaporkan bukti yang mereka kumpul menunjukkan urus niaga di antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International adalah penipuan bagi mencuri AS$1.83 bilion (RM6.9 bilion) dari Malaysia semata-mata.

Ia menamakan Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony, dengan dibantu beberapa lagi eksekutif tertinggi 1MDB, sebagai dalang penipuan yang bermula pada 2009 dengan pelaburan awal AS$1 bilion yang kemudian berkembang menjadi AS$1.83 bilion menjelang 2011.

Harian niaga itu melaporkan pada asalnya PetroSaudi sepatutnya melaburkan aset bukan tunai sebanyak AS$1.5 bilion bagi menjadikannya usaha sama bernilai AS$2.5 bilion.

Usahasama itu kemudiannya dibatalkan namun 1MDB tidak pernah mendapat semula wang mereka dan hanya mendapat murabahah serta nota hutang.

Menurut akhbar itu, AS$1.83 bilion yang dilaburkan 1MDB dimasukkan ke pelbagai akaun mereka yang terbabit di bank global di New York, Switzerland, London dan Singapura sementara 1MDB pula sekadar diberikan kertas maya yang tidak bernilai.

Bank berkenaan termasuk JP Morgan, RBS Coutts, Credit Suisse, HSBC dan BSI Bank.

Ini menunjukkan berlaku penipuan dan penggubahan wang haram di peringkat antarabangsa. Akhbar itu turut menyertakan carta yang menunjukkan aliran keluar wang berdasarkan penyata bank penerima dan pengirim.

Ia juga menjelaskan cara 1MDB cuba menutup lubang yang terhasil daripada usahasama dengan PetroSaudi itu dengan membayar yuran penamatan sebanyak AS$2.22 kepada Aabar Investments bagi melupuskan opsyen yang dikeluarkan kepada Aabar.

Katanya, 2 pengarah 1MDB termasuk Bakke Mohd Salleh, meletak jawatan berhubung pembayaran sebanyak AS$700 juta kepada Good Star Limited tanpa izin lembaga pengarah dan mencabuli kelulusan Bank Negara.

Dalam nota kepada pembaca, penerbit Ho Kay Tat berkata akhbar itu mempunyai tanggungjawab awam melaporkan penipuan untuk menipu rakyat Malaysia berbilion ringgit.

Katanya, laporan itu adalah yang terakhir berkenaan 1MDB dan pihaknya akan menyerahkan apa saja yang ada pada mereka kepada agensi yang menyiasat 1MDB.

"Bagaimanakah perkara yang kami lakukan ini boleh dianggap konspirasi politik?" soalnya.

Akhbar harian itu dan penerbitan The Edge Weekly diberikan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri berkenaan laporan tentang 1MDB lapor The Malaysian Insider


SKMM sekat laman Sarawak Report sebab gugat kestabilan negara?

Posted: 19 Jul 2015 08:30 PM PDT


Ish biar betul SKMM ni.. tak kanlah begitu rapuh sekali kestabilan negara kita ini?

Hanya kerana laporan dari Sarawak Report mendedahkan pelbagai perkara mengenai 1MDB kestabilan negara kita boleh tergugat..

Kestabilan siapa sebenarnya yang tergugat ni?..

Laporan berkaitan..

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini mengambil keputusan menyekat laman web 'Sarawak Report'.

SKMM dalam kenyataan terbaharu di akaun Facebook rasminya berkata laman web berkenaan didapati memaparkan kandungan yang masih belum dipastikan kesahihan dan sedang dalam siasatan.

Kenyataan itu menyebut bahawa tindakan menyekat laman web berkenaan dilakukan SKMM mengikut peruntukan undang-undang selepas menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.

"Sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas," kata kenyataan itu.

SKMM dalam kenyataannya turut mengingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati ketika berkongsi maklumat di laman sosial terutamanya kandungan yang belum dipastikan kesahihannya.

Tambahnya, kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi lapor AstroAwani
 Dah lama isu mengenai 1MDB ini rasanya.. tapi tak nampak pun kestabilan negara ini tergugat yang tergugat tu Najib adalah....


Hebatnya si Ramesh Rao ni.. penceroboh rumahnya yang bertopeng pun dia kenal Melayu atau India..

Posted: 19 Jul 2015 05:30 PM PDT


Orang dulu kata 'sekilas ikan di air, ku kenal jantan betina nya..' mungkin begitulah gambaran yang sesuai buat kehebatan si Ramesh Rao ni..

Sebabnya biarpun lima lelaki yang didakwanya menceroboh rumahnya setelah dia buat laporan Polis mengenai kononnya editor Sarawak Report memalsukan dokumen mengenai 1MDB memakai topeng.. tapi dia boleh kenal bangsa penceroboh itu..

Katanya.. kamera litar tertutup di rumahnya telah berjaya merakam kehadiran lima suspek India bertopeng dan berpakaian gelap melompat dinding dari rumah jiran kira-kira pukul 8 malam.

Macam mana dia boleh kenal bangsa penceroboh tu agaknya?.. adakah mereka mininggalkan mykad mereka di rumahnya atau adakah mereka menceroboh sambil bercakap dengan kuat?

Bertopeng tapi boleh dikenali mereka itu berbangsa India??.. nampak macam tak betul saja skrip dia ni.. kah.. kah.. kah..


Laporan berkaitan..

Gara-gara terlibat dalam pendedahan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sejak beberapa minggu lalu, keselamatan diri dan keluarga Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP), Ramesh Rao Krishnan Naidu didakwa terancam dan mahu perlindungan polis.

Ramesh bercakap kepada pemberita hari ini mendakwa kediamannya cuba diceroboh sekumpulan lima individu bertopeng hitam dalam satu kejadian baru-baru ini.

Dakwanya lagi, kamera litar tertutup di rumahnya telah berjaya merakam kehadiran lima suspek India bertopeng dan berpakaian gelap melompat dinding dari rumah jiran kira-kira pukul 8 malam.

Bagaimanapun katanya, beliau sempat menekan alat penggerak bunyi keselamatan di kediamannya sebelum kelima-lima individu bersenjatakan parang berjaya melarikan diri.

"Insiden ini berlaku selepas saya mula membuat laporan polis berhubung pendedahan 1MDB sejak akhir-akhir ini dan pengumuman oleh Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Dahlan tentang 1MDB itu.

"Saya tak pasti apa motif mereka (lima penceroboh), tetapi saya tidak menolak kemungkinan ini pasti kerja pembangkang yang sejak awal lagi menabur fitnah demi fitnah dalam soal 1MDB.

"Ekoran itu saya menggesa polis mengambil tindakan tegas menyiasat insiden ini kerana saya sangat bimbang akan keselamatan keluarga saya. Bukti rakaman CCTV saya akan serahkan kepada polis bagi membantu siasatan," katanya satu laporan polis telah dibuat pada keesokan hari selepas kejadian berlaku demi mendapatkan perlindungan polis.

Dalam perkembangan yang sama, Ramesh Rao mendakwa segala masalah ancaman ke rumah dan menerusi panggilan misteri tidak dikenali berlaku sehingga hari ini.

"Kenapa perkara ini tidak berlaku dua tiga minggu atau dua tiga bulan yang lalu, tetapi terjadi sekarang selepas Rahman Dahlan umum pendedahan dan laporan polis saya berhubung pendedahan 1MDB itu," katanya.

Justeru katanya, beliau sangat yakin ini merupakan kerja modus operandi pembangkang yang cuba merisaukannya serta mengalihkan perhatian.

"Saya masih yakin mereka akan terus menyerang dan mengancam keluarga saya dengan taktik kotor sebegini. Harapkan polis supaya menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas dalam hal ini," ujarnya lagi.

Justeru, Ramesh Rao juga menggesa polis menyiasat satu lagi fitnah yang viral dalam media sosial Facebook yang berprofil palsu menggunakan foto beliau kononnya beliau menghina kumpulan gangster dan ugama sendiri.

"Saya seorang aktivis NGO yang berpolisi membantu pelbagai lapisan masyarakat di negara inidan tidak masuk akal saya didakwa hina agam dan bangsa sendiri. Ia tersebar dalam akaun palsu FB sejak semalam.

"Harap polis menyiasat perkara ini juga dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) juga perlu bertindak serius dalam perkara ini mencari pelaku sebenar," katanya.--MalaysiaGazette

Nak cari publisiti murahan atau nak cover malu sebab dah kantoi menggunakan Albert Melanyi yang kononnya dari Sarawak Report.. padahal langsung tak ada kena mengena dengan Sarawak Report...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...