Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Setelah kantoi.. Lester akui itu bukan gambar James Steward tapi..

Posted: 21 Jul 2015 08:24 AM PDT


Setelah kantoi bila gambar individu yang didakwanya sebagai pemalsu dokumen 1MDB untuk Sarawak Report terbukti bukan pemalsu dokumen tapi Pengurus Keretapi, Lester Melanyi menyalahkan pihak lain pula..

Lestar dalam video keduanya yang menuduh laman web Sarawak Report dan pemimpin pembangkang Malaysia telah memalsukan dokumen-dokumen 1MDB dalam satu konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, telah mengenal pasti bahawa pereka laman web tersebut adalah James Steward Stephen.

Bagaimanapun, gambar yang ditunjukkan di dalam video tersebut sebenarnya adalah milik James Steward, seorang pengurus perkhidmatan keretapi warga British.

Gambar tersebut telah diambil daripada laman web East Anglia.

Menjawab pertanyaan Malay Mail Online berhubung perkara itu, Abellio Greater Anglia, majikan di mana Steward berkerja mengesahkan James Steward (dan bukannya James Steward Stephens) adalah kakitangan mereka.

"Ini adalah kes kesilapan identiti dan James Steward tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Malaysia dan tidak mungkin beliau mempunyai kaitan dengan dakwaan telah melakukan pemalsuan dokumen seperti yang didakwa," kata pegawai media Abellio Greater Anglia, Lucy Wright di dalam emelnya kepada Malay Mail Online hari ini.

Menurut laporan dari The Malay Mail juga.. hari ini Lester akui  memang itu bukan gambar James Steward Stephen seperti yang didakwanya tapi orang lain..

Sambil menyalahkan pihak lain Lester berkata bila dihubungi  "No, no, no... the guy shown in the video is totally different than whom I mentioned,"

"Let me ask you.. is he the only person in the world with that name? The photo was inserted by someone else into the video and not me. I am not good with computer stuff,"

Baca laporan penuh dari The Malay Mail ni..

KUALA LUMPUR, July 21 — Lester Melanyi, the man who accused Sarawak Report (SR) of doctoring 1Malaysia Development Berhad (1MDB) data, admitted today that the makers of his video confession had used the wrong photograph of the alleged documents forger.

But the former Sarawak Tribune editor insisted to Malay Mail Online that the man he named in the video as the forger — James Steward Stephen — exists and is still in contact with him.

"No, no, no... the guy shown in the video is totally different than whom I mentioned," he said when contacted.

"Let me ask you.. is he the only person in the world with that name? The photo was inserted by someone else into the video and not me. I am not good with computer stuff," he added.

Lester refused to divulge details on the identity of the person or persons who had edited his video confession, merely saying that he had only told "the person" the name of the so-called web designer responsible for forging the 1MDB documents for SR.

"And that person thought it was this James Steward I was talking about... he thought that guy was the real James Steward," he explained.

Malay Mail Online reported this morning that the photograph in Lester's video confession was of one "James Steward", a British railway customer service manager.

Steward's employer, rail service provider Abellio Greater Anglia, confirmed with Malay Mail Online early this morning that although the picture used in the video is of its employee "James Steward", the man does not have any connections with Malaysia.

Admitting there was a slip-up, Lester told Malay Mail Online that he is still in contact with the "real" James Steward Stephen who he said wrote to him recently.

"I am not that stupid to put him as a railway station manager. I am still in contact with the real James.

"He did email me after the latest report. I am still in discussion with him on what do and who to meet," Lester added.

The former journalist also insisted that the blunder would not affect his credibility, insisting that he has only spoken the truth.

"Not really.. .because I am talking the truth. Eventually the truth will be known," he said.

Last Thursday, Lester had admitted to Malay Mail Online that he was paid to expose a grand conspiracy ostensibly involving Malaysia's opposition and SR founder Clare Rewcastle-Brown to unseat Najib using purportedly doctored leaks of documents on 1MDB.

Lester's admission came a day after Umno minister Datuk Abdul Rahman Dahlan told reporters that he had evidence that SR and its editors had fabricated the alleged document leaks in an attempt to discredit Najib.

Alasannya dengan meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain yang melakukan suntingan terhadap video itu langsung tak boleh diterima akal yang waras..

Tak masuk akal langsung jika beliau tidak melihat sendiri video tersebut sebelum ianya di sebarkan kepada umum..

Menariknya... ada jugak pemimpin UMNO yang bermati-matian percaya kepada manusia yang pernah menghina Rasulullah S.A.W. ni..

Betullah kata orang tua-tua.. orang yang sedang kelemasan dalam sungai akan berpaut kepada apa saja yang melintas di hadapannya.. hatta najis yang terapung sekalipun...

Kah.. kah... kah...


Kami tak boleh diamkan penipuan berbilion ringgit - The Edge

Posted: 21 Jul 2015 05:30 AM PDT


Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, mereka yang mempunyai maklumat yang boleh membawa kepada kebenaran mesti bersuara dan tidak memalingkan pandangan ke arah lain.

Tidak melaporkan perbuatan salah ialah satu jenayah. 

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata mereka ingin mendapatkan kebenaran.

Sebagai sebuah kumpulan media, kami percaya kami perlu memenuhi tanggungjawab awam, tidak kira betapa sukar dan bahayanya ia boleh jadi untuk kami.


Itu sebahagian dari terjemahan Kenyataan Media oleh Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group Ho Kay Tat.

Kalaulah semua media cetak yang ada dalam negara kita punya prinsip sebagaimana yang dipegang oleh The Edge tentu ketirisan dapat di minimakan..

Tapi... Ini Malaysia yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional.. apa saja laporan yang memudaratkan mereka sudah pasti mengundang padah buat yang melapornya..

Contohnya apa yang telah dilakukan terhadap portal Sarawak Report, entah bila siasatan dijalankan tiba-tiba di 'block' dengan alasan laporannya menganggu-gugat kestabilan negara..

Bagaimanapun Sarawak Report tu masih boleh dilayarai juga di SINI 

Ni terjemahan dari kenyataan media itu diterjemahkan oleh The Malaysian Insider.


The Edge melaporkan dengan meluas mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada 2013 dan 2014 ketika entiti milik kerajaan itu dilihat mula berdepan masalah kewangan.

Maklumat yang ada, bagaimanapun, sukar didapati dan terhad kerana laporan audit kewangan tahunannya selalunya lewat.

Wartawan kami menemui pelbagai kenalan dan menyelidik apa sahaja maklumat yang ada dalam usaha mencari kebenaran.

Pada awal tahun ini, kami diberitahu, seseorang bersedia untuk berkongsi maklumat yang akan memberi penerangan tentang usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi International.

Kami tidak diberitahu siapa dirinya sebelum mengadakan pertemuan dengannya.

Individu ini, yang kami tidak akan namakan, menunjukkan kepada kami ribuan e-mel dan lampiran dokumen.

Kami membaca kesemuanya dan yakin akan ketulenannya kerana jumlahnya yang besar dan rangkaian emel yang ada.

Kami kemudiannya menemukan seorang pakar forensik IT yang mengesahkan tidak ada sebab untuk berasa bimbang kiranya dokumen itu mungkin palsu.

Apa yang kami baca mengejutkan kami. Apa yang sepatutnya merupakan satu usaha sama yang membawa manfaat ekonomi kepada negara tidak lebih hanya sekadar satu skim penipuan berbilion ringgit dari Malaysia oleh segelintir kecil rakyat Malaysia dan rakan warga asing mereka.

Pada ketika itu, kami boleh melakukan salah satu daripada dua perkara:

1) Tinggalkan sahaja perkara yang boleh mengundang kontroversi itu dan lupakan, atau

2) Cari segala maklumat yang ada supaya kebenaran dapat didedahkan.

Kami mengambil keputusan untuk mencari kebenaran.

Seperti kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Musa Hitam dan Tengku Razaleigh Hamzah baru-baru ini, mereka yang mempunyai maklumat yang boleh membawa kepada kebenaran mesti bersuara dan tidak memalingkan pandangan ke arah lain. Tidak melaporkan perbuatan salah ialah satu jenayah.

Malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata mereka ingin mendapatkan kebenaran.

Sebagai sebuah kumpulan media, kami percaya kami perlu memenuhi tanggungjawab awam, tidak kira betapa sukar dan bahayanya ia boleh jadi untuk kami.

Bertemu kenalan untuk mengumpul maklumat adalah apa yang dilakukan profesional media setiap masa dalam mengejar sesuatu bahan cerita. Tidak ada yang salah atau jahat.

Kami tidak terlibat dalam kecurian, kami tidak membayar sesiapa, dan kami tidak mengubahsuai sebarang emel dan dokumen yang diberi kepada kami.

Malah, kami melindungi data yang ada supaya tiada siapa yang boleh mengusiknya. Ini boleh disahkan secara bebas oleh pihak berkuasa.

Ada antara maklumat itu yang kami gunakan dalam artikel yang kami siarkan dalam beberapa bulan lepas. Ada yang terlalu sensitif untuk digunakan. Tiada satu pun artikel kami dicabar kesahihannya oleh sesiapa yang dinamakan dalam berita itu.

Malah, kami percaya artikel kami membantu pelbagai agensi kerajaan dalam melihat kepada isu 1MDB.

Ini kenyataan medianya..




Kisah sedih.. Asnaf jadi mangsa mainan ahli politik..

Posted: 21 Jul 2015 01:37 AM PDT


Kisah ini diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali yang mendakwa ibunya dianiaya untuk hadir bagi menerima sumbangan hari raya tetapi sebenarnya hanya bertujuan meramaikan majlis.

Wanita itu merujuk kepada Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri pada 2 Julai 2015 di MAEPS, Serdang yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Jamil Khir Baharom.

"Kisah yang yang ditulis, jika benar, amat mendukacitakan nasib golongan asnaf yang menjadi mainan politik," tulis Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin di Facebook beliau.

Asri juga menulis, teguran yang dibuat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra amat baik dan boleh dijadikan ikutan kepada ahli politik.

"Antara titah DYMM Raja Perlis yang saya bangga ialah agar orang politik jangan ambil kesempatan dengan zakat.

"Kata DYMM Raja mereka tidak sepatutnya membuat penyerahan zakat kepada asnaf, nanti mereka 'claim mileage' untuk diri mereka. Padahal zakat bukan hak mereka,"

Berikut adalah apa yang ditulis oleh Rabiatun Asmah yang telah diolah semula oleh SiakapKeli..


Ini adalah kisah seorang warga emas berumur 62 tahun yang dijemput oleh pihak Baitulmal untuk menerima sumbangan Hari Raya di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) yang akan dihadiri oleh pemimpin negara.

Cerita berkenaan telah diceritakan oleh anak warga emas berkenaan, Rabiatun Asmah Mohd Ali, mengenai ibunya yang didakwa telah dianaiya oleh pihak Baitulmal dan juga seolah ditipu untuk membuatkan ibunya pergi ke majlis yang kononnya penyerahan sumbangan hari raya untuk mereka.

Menceritakan kisah itu, ibunya telah bangun pada jam pukul 2 pagi (2 Julai) selepas dikatakan pihak Baitulmal telah menelefonnya meminta pergi ke Masjid Az-Zubair pada jam 4 pagi kerana ada makanan sahur disediakan.

Belum sempat menjamah makanan yang disediakan, ibunya yang ditemani abang ipar sudah diarah menaiki bas untuk bergerak ke Maeps

"Mak cepat-cepat ambil sebungkus bekas makanan dan menaiki bas dimana di dalam perjalanan mak membuka makanan tersebut. Apa yang ada hanya sedikit nasi (mkn dirumah lagi kenyang) dan lauknya ikan bilis goreng sejemput...tiada sayur..dan kurma dua biji." katanya.

Apabila sampai di Merps hari masih gelap dan masing-masing mahu menunaikan solat subuh namun apa yang mengejutkan bas berkenaan berhenti sejauh 500 meter dari dewan yang dikatakan akan diadakan majlis berkenaan.

"Mak yang berumur 62 tahun gagahkan diri berjalan sejauh itu dari langit bewarna gelap hinggalah suasana menjadi cerah baru sampai ke dewan berkenaan, tiada kakitangan yang datang membantu insan-insan lemah seperti mak ini."

"Menurut kata mak ada orang yang lebih tua darinya dimana ada yang sampai jatuh terjelepok kerana tidak mampun untuk berjalan lagi dan merungut kerana pemandu bas berkenaan memberhentikan bas terlalu jauh dari dewan," katanya lagi.

Apabila sampai ke dewan ibu wanita berkenaan hendak memasuki tandas untuk mengambil air sembahyang tetapi orang menunggu terlalu ramai dan dia tidak mampu berdiri lagi menyebabkan warga emas itu terlepas solat subuh kerana keadaan kemikian.

Selepas jam 7 semua jemputan masih menanti-nanti, selepas 2 jam menunggu tiada apa-apa majlis lagi bermula menyebabkan ibu beliau pergi ke tandas selepas.

Semasa di tandas ibu beliau telah menegur seorang gadis dengan bertanya "Majlis ape ye ramai sgt nie?" Gadis tersebut jawab.."Majlis nie saje nk meramaikan majlis makcik" Mak mengangguk tanda faham.

Terpandang di luar dewan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Tun Razak sudah sampai dengan kereta iringan.

"Terdetik dlm hati mak...PM boleh pula naik kereta sampai dewan..kenapa rakyat perlu susah-susah berjalan jauh-jauh."

Selepas sejam PM berucap, majlis yang merupakan majlis sumbangan aidilfitri untuk asnaf Baitulmal dan ibu beliau didakwanya hanyalah jemputan sahaja.

Tiada sumbangan aidilfitri pun buat mereka di mana hanya menerima cenderahati berupa sebuah beg kain berisi kain pelikat, kain batik dan tuala kecil.


Habis majlis kira-kira pukul 11 pagi ibunya yang ditemani abang ipar keluar cepat-cepat kerana takut ditinggalkan bas yang membawa mereka datang sebab ibunya itu berjalan dengan perlahan.

"Mak berjalan ke bas tapi mak sempat merungut..penat mcm nak mati...mak x larat..tapi mak gagahkan juga...berkali2 mak berhenti kepenatan..mak ada semput..mak asyik kata "tobat aku xkan pergi lg"..smpai abg ipar terpaksa papah mak..aku menangis dengar cerita mak...sedih sgt2."

"Sesampai di dalam bas..mak menarik nafas lega sebab dapat duduk..sblm bas bertolak..kakitangan baitulmal bagi sampul raya...Mak ckp syukur dpt rezki walau pnt..tp ble smpai rumah..buka2 hanya ada rm30..mak ketawa sendiri..."tobat aku xkn pergi lg", ceritanya mengenangkan nasib ibunya diperlakukan demikian.

Kerana penyebaran cerita ini, ada pihak telah membawa perkara ini kepada pihak Baitulmal sendiri. Baitulmal dalam maklum balasnya memberitahu kain pelekat dan kain batik hanyalah cenderahati tetapi akaun tunai aidilfitri mereka akan masukkan ke dalam akaun penerima sebanyak RM500 pada 1 Julai dan sebahagian lagi pada 3 Julai.

Puan Rabiatun Asmah Mohd Ali menyifatkan apa yang dilakukan oleh Baitulmal tersebut adalah satu penganiyaan terhadap warga emas dan golongan kurang upaya kerana bantuan boleh diagihkan ke kawasan masing-masing bukannya mengadakan majlis yang menyusahkan sedemikian. - Siakapkeli.my


Hmm.. Berat ni.. Haji Hadi boleh tolong jelaskan tak pasal bai'ah ni?

Posted: 20 Jul 2015 11:00 PM PDT


Benda ni dah lama aku dengar sebenarnya, tapi bilea diminta kepastian dari beberapa pemimpin PAS yang aku kenal semuanya menjawab dengan senyuman..

Tapi akhirnya isu bai'ah dan sumpah calon PAS untuk menceraikan isteri dengan talak tiga jika keluar parti atau melompat ke parti lain terdedah juga..

Ianya terdedah setelah Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS khususnya dari Kelantan mengenai sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).


Berat ni.. sebab setahu aku.. ikatan perkahwinan suami isteri adalah merupakan perjanjian sehidup semati antara pasangannya, ianya tidak boleh dirombak semata-mata kerana suaminya hanya bertukar parti...

Perkahwinan antara suami isteri adalah dibina atas asas kekal selama lamanya tanpa mengira status politik atau parti suami.

Lagipun perceraian adalah suatu perkara yang amat dibenci oleh Allah dan bergoncang tiang Aras setiapkali ianya dilafazkan oleh seorang suami.

Bai'ah ini lebih merupakan paksaan untuk kekal dalam parti, jadi di mana sebenarnya keikhlasan indiividu-individu yang menjadi Calon itu?

Kenapa perlu dipertaruhkan Isteri untuk membuktikan kesetiaan kepada parti?

Perkara ini turut dipersoalkan oleh CheGu Bard..

Baiah PAS pertaruh Isteri ? Hadi harus perjelas 
Merujuk kepada kenyataan Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun yang dilaporakan oleh media tempatan yang boleh dicapai di sini (bahasa Melayu) dan di sini (bahasa Inggeris) yang mengingatkan mana-mana Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS khususnya dari Kelantan mengenai sumpah bai'ah talak tiga ke atas isteri masing-masing sekiranya berhasrat meninggalkan parti itu dan menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB). 
Fatah dilaporkan menyatakan baiah seperti ini sudah diamalkan sejak 1990 lagi dalam PAS. 
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius perkara ini. Jujurnya lama sudah dengar mengenai baiah yang mengikat PAS sebelum ini namun SAMM sangat terkejut mendengar pengesahan pemimpin PAS mengesahkan kewujudan baiah yang menjadikan wanita sebagai taruhan. Ia tindakan kolot seperti zaman gelap sebelum kedatangan Islam.

PAS sentiasa mahu melebelkan dirinya gerakan Islam maka jika ini benar wujud maka ini merupakan fitnah terhadap Islam dan penghinaan kepada wanita itu sendiri.

Berdasarkan sirah Islam itu datang membawa sinar ditengah - tengah zaman 'kegelapan' Mekah. Islam datang mengangkat martabat wanita dari menjadi bahan dagangan, barang taruhan kepada satu tahap kemuliaan yang tinggi.Al-Quran sendiri dan hadis bukans edikit membicarakan wanita sepanjang masa contohnya Surah an-Nisa', an-Nur, at-Talaq dan lain-lain menggambarkan keprihatinan Islam terhadap martabat wanita.

Pernah suatu ketika Sahabat bertanya kepada Rasulullah saw, "Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?" Rasulullah menjawab, "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanyanya lagi. "Ibumu," jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, "Kemudian siapa?" "Ibumu." "Kemudian siapa?" tanya orang itu lagi. "Kemudian ayahmu," jawab Rasulullah. (HR. Bukhari dan Muslim) begitulah martabat wanita di mata Islam 
Dalam satu hadis riwayat (HR) Tirmidzi dan Ibnu Majah di mana Rasullullah di akhir kehidupanya dan ini berlaku pada haji Wada dimana dalam hadis tersebut menyebut dengan jelas antaranya "berbuatbaiklah kepada wanita, ...kalian tidak berkuasa terhadap mereka (isteri) kecuali bila mereka melakukan perbuatan nista. Jika mereka melakukannya tinggalkan mereka ditempat tidur dan (jika tidak berhenti nista) pukullah tetapi jangan melukai. Jika dia mentatati kalian janganlah berbuat aniaya terhadap mereka..... akhir hadir tersebut diingatkan sekali lagi Ketahuilah hak mereka ke atas kalian adalah kalian berbuatbaik ke atas mereka...." Begitulah Islam mengangkat martabat maka amat tidak masuk akal untuk sebuah gerakan Islam (kononya) tetapi sebaliknya menjadikan wanita sebagai taruhan dalam baiah mereka.

Amat kecewa sekali Abdul Fatah dalam nada sinis pernah menyuarakan mengenai perkara itu melalui status Facebook dengan mengandaikan bahawa akan ada ramai isteri wakil rakyat PAS Kelantan yang bakal menjanda. Dalam keadaan rakyat dihimpit perbagai kemelut pemimpin PAS boleh hanya berfikir berkisar perkara ini
Apa dalil yang membenarkan perkara ini berlaku, amat kecewa Presiden PAS yang juga kononya orang yang berjawatan dalam organisasi Ulama dunia menghalalkan kerja buat menjadikan wanita bahan taruhan ini ? 
Amat pelik juga jika ini benar bagai mana calon wanita yang mewakili PAS hendak berbaiah, adakah mereka akan menceraikan suami mereka ? 
Hj. Hadi harus tampil menjelaskan perkara ini sama ada ia benar atau tidak dan jika ia benar ia perlu dihentikan dan PAS harus meminta maaf kepada kaum wanita keseluruhannya. 
Jika tidak SAMM melalui segmentasi Wanita Muda SAMM akan menggerakkan satu kempen khas dan PAS harus dihukum kerana penghinaan terhadap Wanita dan fitnah terhadap Islam ini kepada bukan Islam harus meluhat perkara ini dengan bijaksana, baiah yang memperjudikan wanita sebagai taruhan ini bukan amalan Islam. Islam agama yang hadirnya mengangkat martabat wanita.
Sekian. 
cheGuBard
Pengasas SAMM

CheGuBard mungkin tak tahu perkara ini sebab dia dari PKR sama juga macam aku.. tapi kalau dikatakan kami tak tahu sebab kami bukan ahli PAS... itu adalah silap, sebab Ketua Cawangan PAS sendiri turut mempersoalkan perkara ini..


Saya merujuk kpd Bai'ah dan Sumpah yg telah dibuat oleh Dato' Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan sebagaimana Surat Bai'ah dan Sumpah yg dikeluarkan atas nama Majlis Syura Ulama Pas bertarikh 19.4. 2013 yang telah didedahkan oleh Ust Haji Wan Ismail bin Wan Jusoh, bekas Setiausaha Badan Perhubungan Pas Kelantan merangkap bekas ADUN MELOR melalui status facebooknya, yang antara lain mengandungi sumpah taklik bahawa jika beliau keluar parti atau melompat ke parti lain dgn kerelaan sendiri setelah terpilih menjadi ADUN/AHLI PARLIMEN, maka tertalaklah isteri/isteri - isterinya dengan 3 talak.

Sebagai Ketua PAS Cawangan Kepala Jambatan, Dewan Undangan Negeri Pasir Pekan yg menjadi DUN kepada Dato' Haji Ahmad bin Yakob, membantah sekeras-kerasnya Bai'ah dan Sumpah tersebut atas alasan-alasan berikut:

1. Perkahwinan antara suami isteri adalah dibina atas asas kekal selama lamanya tanpa mengira status politik atau parti suami.

2. Perceraian adalah suatu perkara yang amat dibenci oleh Allah dan bergoncang tiang Aras setiapkali ianya dilafazkan oleh seorang suami.

3. Ikatan perkahwinan suami isteri adalah merupakan perjanjian sehidup semati antara pasangannya, ianya tidak boleh dirombak semata2 kerana suaminya hanya bertukar parti kecuali kerana maslahat atau kepentingan agama yg lebih besar.

4. Keluar parti atau melompat parti lain selama mana ianya tidak menimbulkan mudharat yg besar kpd Islam bukanlah suatu yg diharamkan oleh syariah, lebih2 lagi bila ada keperluan di segi syarak untuk berbuat sedemikian.

5. Bai'ah dan Sumpah mencerai isteri dgn 3 talak yg telah dibuat telah melangkaui maslahat syarei antara kepentingan menjaga kerukunan dan ikatan perkahwinan dgn maslahat politik yg diperlukan semasa ianya dilafazkan.


Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri hendaklah memgambil tindakan sewajarnya membatalkan Bai'ah dan Sumpah yg telah dibuat kerana ianya bertentangan dengan tujuan asal perkahwinan dan boleh mendatangkan mudharat yg lebih besar kepada isteri, anak-anak dan keluarga pihak berkenaan berbanding sekatan utk keluar parti, ianya juga satu proses menyalahgunakan kuasa talak yg dibenarkan oleh islam tanpa tujuan yg dibenarkan oleh syarak.

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di SINI

Lim Kok Wing pun tak mahu jadi pegawai strategik perhubungan awam Najib dah..

Posted: 20 Jul 2015 09:04 PM PDT


Tan Sri Lim Kok Wing yang pelantikannya sebagai penyelaras kempen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini menimbulkan kekecohan, meletakkan jawatan awal bulan ini, menurut sumber kepada The Malaysian Insider.

The Malaysian Insider difahamkan penjawatan singkat pakar pengiklanan itu sebagai penasihat Najib berakhir awal bulan ini selepas mengemukakan surat peletakan jawatannya.

Ini terjadi ketika perdana menteri sedang bergelut meningkatkan sokongan yang semakin berkurangan berikutan isu yang berkaitan dengan kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), penyaluran dana ke dalam akaun peribadinya dan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.


Lim difahamkan menerima surat pelantikannya awal tahun ini daripada setiausaha sulit kanan di Pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias yang meninggal dunia April lalu dalam nahas helikopter yang turut membunuh ahli Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis.

The Malaysian Insider pada 22 Mei lalu melaporkan Lim yang menggerakkan kempen pilihan raya Barisan Nasional sebelum ini dilantik sebagai penyelaras baharu kempen awam Najib dalam usaha memenangi hati rakyat Malaysia dan meningkatkan populariti perdana menteri yang semakin berkurangan.

Lim, 69, yang juga seorang pendidik terkenal dilantik ketika kemuncak skandal 1MDB yang menyaksikan Najib berdepan dengan kritikan cukup keras dalam kerjaya politiknya dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan dana dikaitkan dengan syarikat pelaburan negara itu.

Baru-baru ini, Najib didapati terlibat dalam skandal pembiayaan pilihan raya di mana beberapa syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB didakwa menyalurkan berbilion ringgit ke dalam akaun peribadinya.

Lim menyertai kumpulan penasihat perdana menteri yang termasuk Datuk Seri Dr Abdullah Md Zin, Datuk Johari Baharum, Tan Sri Rais Yatim dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau juga pernah berkata, pelantikannya "bukanlah sesuatu yang istimewa", sambil menyatakan beliau sudah bekerja untuk kerajaan Malaysia sejak 1974 dalam penggubalan Dasar Ekonomi Baru. 

Pelantikannya bagaimanapun, mengundang kemarahan pengguna media sosial yang mempersoalkan integriti Lim dalam membantu Najib yang diselubungi skandal kewangan.

Ramai juga menegaskan, Lim walaupun dengan kelayakan yang mengagumkan, tidak akan dapat membantu Najib kerana dakwaan yang terlalu serius terhadap Najib, sambil menambah bayaran kepadanya adalah "satu pembaziran wang rakyat".

Dilaporkan juga sebaik saja Lim menerima pelantikan itu, beliau merangka rancangan untuk Najib pergi menjelajah di seluruh negara bagi mengumpul sokongan dan mendengar aduan daripada rakyat.
Pengasas Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing itu juga diambil bekerja dengan Najib bagi menjalankan kempen politik untuk beliau dalam usaha menentang bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang secara terbuka meminta beliau meletak jawatan berikutan skandal 1MDB. 

Nama Lim, yang terlibat dalam kerja kempen pilihan raya selama hampir 4 dekad, meningkat naik semasa pentadbiran Dr Mahathir.

Dr Mahathir pernah menegur Lim kerana memintanya berhenti menyerang Najib berhubung skandal 1MDB, menuduh beliau "bertungkus lumus" cuba menutup salah laku dalam 1MDB.

Merujuk kepada Lim, negarawan itu menulis dalam blognya yang beliau dinasihatkan oleh "rakan" yang baru-baru ini dilantik sebagai ahli strategi perhubungan awam kepada perdana menteri, supaya tidak menyerang Najib berhubung isu 1MDB.

Namun, Dr Mahathir berkata, sebelum ini "rakannya" itu pernah menyatakan kebimbangan mengenai dasar dan prestasi pentadbiran Najib dan menggesa beliau (Dr Mahathir) melakukan sesuatu mengenainya.

Bagaimanapun, katanya, ketika menerima kunjungan rakannya itu, beliau nampaknya sudah berubah dan menggesa Dr Mahathir agar tidak menyerang perdana menteri.

The Malaysian Insider berusaha menghubungi Lim untuk pengesahan berhubung peletakan jawatannya tetapi panggilan dan teks WhatsApp tidak berjawab.


Tak kan begitu mudah KPN diperbodohkan Papagomo ni?

Posted: 20 Jul 2015 05:30 PM PDT


Susulan paparan skrin yang diviralkan mengenai dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sedia menyelesaikan 'isu Low Yat' dengan bayaran RM20,000, satu lagi paparan skrin dimuatnaik pada petang Isnin rentetan penafian tersebut.

Paparan skrin yang baharu di laman sosial Facebook yang sama, 'Papagomo Original' dipercayai milik Wan Muhammad Azri Wan Deris turut menyatakan ia sebagai, "bukti segala kekusutan telah diselesaikan sejak semalam.."

Tulisnya, "Saya juga memberi ruang sepenuhnya kepada pihak #‎PDRM‬ dan KPN dalam meneruskan siasatan terhadap insiden pergaduhan di #‎Lowyat‬… saya tak akan masuk campur lagi tapi, saya akan terus menerus menentang bangsa ‪#‎Cina‬ DAPig yang semakin naik kepala dan cuba merampas tanah #‎Melayu‬.

"Takbir , Allahuakhbar -Papagomo."

Dalam paparan skrin Whatsapp yang dikatakan merakam perbualan di antaranya dan Khalid, Azri meminta maaf atas tindakan printscreen perbualan antara mereka berdua.

"Saya dahpun padamkan. Minta hal ini jangan diperbesarkan boleh? Masih Hari Raya dan saya harap Tan Sri boleh maafkn kesilapan saya," tulis paparan itu.

Manakala, ia didakwa dibalas oleh KPN dengan kata-kata, "Ok, tapi kamu jangan buat lagi Azri. This is nation matter… deal with it or silent."

Terdahulu, peguam Papagomo, Ahmad Shuaib Ismail menjelaskan akaun Facebook itu bukan kepunyaan anak guamannya.

KPN pula menafikan beliau terlibat dalam perbualan pesanan ringkas Whatsapp meminta rasuah sebanyak RM20,000 untuk menyelesaikan kes penulis blog itu yang ditahan pada Selasa lalu kerana didakwa menyebarkan berita palsu berhubung insiden Low Yat lapor Free Malaysia Today


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...