Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lester dakwa Menteri yang mintanya sabotaj Radio Free Sarawak dah kencing dia..

Posted: 23 Jul 2015 08:12 AM PDT


Mamat ni mesti dah bengang bila kredibiliti dia dipersoalkan oleh Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, Tan Sri Dr James Masing minggu lalu.. jadi dia gunakan peluang untuk membelasah balik Menteri itu dalam satu temu bual..

Minggu lepas.. Masing berkata Pengarah Komunikasi Strategik BN, Abdul Rahman mungkin telah lakukan "langkah yang salah" dalam meletakkan terlalu banyak kepercayaan dengan dakwaan Lester.

"Saya agak terkejut (Abdul Rahman telah menggunakan dia). Jika Abdul Rahman telah bertanya kepada saya, saya akan menasihatkan beliau untuk tidak menggunakan dia (Lester).

"Saya akan beritahu dia supaya tidak mendengar terlalu banyak (untuk apa Lester katakan) dan tidak meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap dakwaannya." kata Menteri Pembangunan Tanah Sarawak itu.

Tambah Masing lagi Lester dalam video yang dilihatnya bukanlah Lester yang dia kenal dua tahun yang lalu ketika Lester bekerja untuk Radio Free Sarawak.

"Saya telah melihat video di mana Lester Melanyi mendakwa Sarawak Report dan pemimpin pembangkang telah bekerja sama untuk memalsukan dokumen mengenai 1MDB sebelum Sarawak Report menyiarkan pendedahan mengenai 1MDB itu.

"Terdapat persoalan mengenai kredibiliti Lester bila saya melihat dalam video."

Itu kata Menteri di Sarawak yang pernah mengenali Lester tu.. dia pun tak percaya dengan si Lester tu.. tapi yang peliknya macai-macai percaya sepenuhnya apa yang si Lester cerita tu..

Bak kata pepatah.." You scratch my back.. I scratch yours..." , hari ini Lester pulak melepaskan geramnya terhadap Menteri tu..

Dakwanya Menteri itu pernah memintanya untuk sabotaj Radio Free Sarawak.. janji nak bayar tapi kencing... ha.. ha..

Baca ni...


Lester Melanyi hari ini mendakwa Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Tan Sri Dr James Masing menugaskan kepadanya untuk sabotaj Radio Free Sarawak (RFS) menjelang Pilihan Raya 2013.

Menurut Lester, yang menuduh Sarawak Report memalsukan dokumen 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Masing membuat permintaan itu dalam mesyuarat semasa tempoh kempen pilihan raya umum ke-13.

Bekas editor Sarawak Tribune itu mendakwa dia kemudian berjaya mencari seorang individu di London yang boleh mengganggu transmisi RFS, yang diasaskan oleh wartawan British kelahiran Sarawak, Clare Rewcastle Brown yang juga editor Sarawak Report.

"Saya meminta kepada orang ini, yang tinggal di London, untuk melakukan sesuatu terhadap stesen radio RFS dan memberitahunya bahawa James Masing akan membayarnya lumayan untuk melakukan kerja itu," Lester dalam satu temu bual eksklusif.

"Individu ini telah melakukannya terhadap RFS," katanya yang enggan menyatakan tindakan atau identiti orang itu, selain daripada mengatakan bahawa dia adalah orang asing yang menetap di London selama bertahun-tahun.

"Jika anda tidak boleh melakukannya di Sarawak, maka anda lakukannya dari London," katanya, merujuk kepada gangguan program Pstesen RFS di Sarawak.

Lester berkata gangguan itu telah menghalang RFS daripada dapat disiarkan di sepanjang masa kempen.

Tambah beliau lagi Masing tidak membayar sepertimana yang dijanjikan...

Malas dah aku nak translate.. bacalah kat SINI


SKMM akui belum ada bukti laporan Sarawak Report palsu

Posted: 23 Jul 2015 01:49 AM PDT


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) masih belum mengesahkan pendedahan Sarawak Report mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi mahu portal berita tempatan berhati-hati dalam laporan mereka.

Pengawal selia Internet tempatan itu berkata masih belum dapat dibuktikan sama ada pendedahan laman pemberi maklumat itu palsu, katanya dalam taklimat kepada pengarang berita atas talian di Cyberjaya, pagi tadi.

Ketua Bahagian Pemantauan dan Penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yasin, bagaimanapun memberitahu pengarang supaya berhati-hati dan melaporkan secara fakta, dengan berkata terdapat peningkatan dalam maklumat salah yang boleh menyebabkan negara tidak stabil.

Selain daripada artikel Sarawak Report itu, Zulkarnain memetik kejadian Plaza Low Yat dan isi kandungan yang menyinggung sebagai mengancam keselamatan negara dan kestabilan politik dan ekonomi.

Pada taklimat hari ini, SKMM membentangkan kertas informasi bertajuk "Most complaints are on Misinformation" (Kebanyakan aduan ialah mengenai salah maklumat), menyenaraikan "ketidakstabilan politik dan ekonomi (Sarawak Repport)" sebagai salah satu kebimbangan.

SKMM menyekat akses ke laman web Sarawak Report sejak Ahad, walaupun ia masih boleh diakses menggunakan server proksi dan cara lain.

Ia mewajarkan sekatan itu dengan alasan kandungannya mungkin palsu dan sebagai pengawal selia, ia perlu menjaga "kestabilan nasional".

Zulkarnain memberitahu pengarang portal berita hari ini, SKMM akan menunggu siasatan yang sedang berjalan ke atas Sarawak Report dan 1MDB sebelum memutuskan bila akan membatalkan sekatan itu.

Sekatan ke atas Sarawak Report dibuat ketika pihak berkuasa sedang menyiasat kesahihan maklumat yang dibocorkan mengenai 1MDB kepada laman web berpangkalan di United Kingdom itu.

Tuduhan maklumat palsu mengenai 1MDB bermula dengan penangkapan bekas pengarah PetroSaudi International, Xavier Andre Justo di Thailand bulan lepas, kerana didakwa mengugut dan memalsukan maklumat sensitif 1MDB terhadap bekas majikannya. 

Ini diikuti laporan akhbar pro-kerajaan, New Straits Times, yang memetik seorang pakar IT tidak bernama sebagai berkata siasatan forensik ke atas maklumat 1MDB dan PetroSaudi menunjukkan data tersebut diubahsuai.

Barisan Nasional (BN) mendedahkan video oleh seorang wartawan Sarawak, Lester Melanyi, yang mendakwa pernah bekerja di Sarawak Report dan mempunyai bukti yang pengarang dan pengasasnya, Clare Rewcastle-Brown, berpakat dengan ahli politik pembangkang Malaysia bagi memalsukan bukti terhadap 1MDB.

Rewcastle-Brown menafikan dakwaan itu, dan berkata Melanyi tidak pernah bekerja dengan laman web itu dan merupakan seorang yang tidak boleh dipercayai lpor The Malaysian Insider


Tiga Ahli Perniagaan dikehendaki SPRM berhubung Skandal 1MDB tak dapat di kesan.. dipercayai bolos ke luar negeri?

Posted: 22 Jul 2015 10:30 PM PDT


Tiga ahli perniagaan terkemuka Malaysia dikehendaki untuk membantu siasatan penipuan, penyelewengan dan rasuah dalam 1MDB dan syarikat-syarikat berkaitan, tidak lagi di negara ini. 

Pasukan Penyiasat Petugas Khas tidak dapat mengesan Nik Faisal Ariff Kamil dan Datuk Suboh Mohd Yassin.

Mereka sepatutnya telah memberikan kenyataan tentang pelbagai transaksi dikaitkan dengan akaun perbankan persendirian kononnya milik Perdana Menteri.

Sumber yang rapat dengan pasukan petugas itu berkata laporan perisikan menunjukkan salah seorang daripada mereka berada di Indonesia manakala yang lain tidak dapat dikesan.

Mereka juga telah berusaha untuk mengesan ahli perniagaan Low Taek Jho, atau Jho Low untuk membantu dalam siasatan mereka.

Beliau dilaporkan beroperasi di luar Hong Kong.

KUALA LUMPUR: Three prominent Malaysian businessmen sought to assist investigations of fraud, mismanagement and corruption in 1MDB and related companies, are no longer in the country. 
Members of the investigating team of the Special Task Force have been unable to locate Nik Faisal Ariff Kamil and Datuk Suboh Mohd Yassin. 
They were supposed to have given statements over various transactions linked to the private banking account supposedly belonging to the Prime Minister. 
Sources close to the task force said intelligence reports suggest one of them is in Indonesia while the other could not be traced. 
They have also sought to locate businessman Low Taek Jho, or Jho Low to assist in their probe. He is reportedly operating out of Hong Kong. 
All three are required to assist in providing information on the transfer of funds from a former 1MDB subsidiary – SRC International Sdn Bhd – which is now a unit directly under the Finance Ministry. 
(SRC had borrowed RM4 billion from the the public retirement fund Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) in 2011.) 
Suboh and Nik Faizal are shareholders of Gandingan Mentari Sdn Bhd, one of the two companies used as a conduit to transfer accounts from SRC to a private bank account in AmBank. 
Investigators from the task force consisting of the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), police and Bank Negara Malaysia had two weeks ago raided the offices of SRC, Gandingan Mentari and Ihsan Perdana Sdn Bhd and seized several documents. 
Nik Faisal is a close associate of businessman Jho Low, who has also been summoned to appear before the Public Accounts Committee. 
According to media reports, Nik Faisal was the "link man" between UBG, 1MDB and PetroSaudi for channelling US$260 million of 1MDB money into the purchase of UBG involving Jho Low and the then Sarawak Chief Minister Tun Abdul Taib Mahmud in 2010. 
He was then transferred to become CEO of 1MDB's new subsidiary SRC International Sdn Bhd. 
Nik Faizal later became UBG Berhad's executive director of investments and chief investment officer (CIO) after Jho Low bought substantial shares and became a board member of the bank ~ The Sun Daily

Hmm.. pengkritik 1MDB dihalang keluar negeri.. yang terlibat dengan skandal 1MDB pula boleh terlepas ke luar negeri.. sebab tiada halangan untuk ke luar negeri..


Bai’ah talak tiga Wakil Rakyat PAS disahkan benar..

Posted: 22 Jul 2015 08:12 PM PDT


Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob mengesahkan adanya sumpah bai'ah talak tiga yang perlu dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan sekiranya meninggalkan parti itu untuk menyertai parti lain.

Menurutnya, akuan sumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada mana-mana wakil rakyat Pas Kelantan yang mahu meninggalkan parti tersebut.

"Bai'ah itu memang betul. Seperti yang dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan (Datuk Daud Muhammad), perkara ini bukan main-main," katanya.

Beliau diminta mengulas isu sumpah bai'ah yang didakwa dilafazkan wakil rakyat Pas Kelantan yang kini tersebar di aplikasi WhatsApp.

Menurut Daud, mana-mana individu yang melafazkan sumpah dan melanggar sumpah, dengan menyertai parti lain, perlu membuat pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu adalah sah.

Ketika ditanya adakah perkara tersebut berkaitan dengan talak kepada isteri, Ahmad, yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, ia seperti yang terkandung dalam akuan sumpah berkenaan.

Ahmad turut ditanya mengenai laporan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan pakatan baru pembangkang, tetapi tidak melibatkan Pas.

Ahmad berkata, Pas tetap tidak akan berganjak (daripada pendiriannya) kerana parti Islam itu adalah parti yang diterima rakyat dan (programnya) telah terlaksana dengan jayanya.

"Saya tidak dapat lagi maklumat itu. Tetapi itu terpulanglah. Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini (mereka boleh lakukannya), dan jika ia diterima oleh pihak pendaftar," katanya.

Ahmad hadir pada Majlis Ramah Mesra Mahasiswa yang turut dihadiri Exco Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood, Datuk Che Abdullah Che Mat Nawi dan Ketua Pemuda Pas Negeri, Ahmad Fadhli Shaari lapor Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...