Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ibrahim Ali gelak besar sambut 'Katak-katak baru' dari PAS.. (Video Inside)

Posted: 24 Jul 2015 08:55 AM PDT


Datuk Ibrahim Ali menggelarkan pemimpin-pemimpin yang terdiri daripada ahli Pas dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) sebagai 'katak-katak baru' di Malaysia.

Presiden Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) itu berkata, beliau tidak menyangka sudah semakin banyak katak-katak di Malaysia ini dan tidak ketinggalan ahli-ahli GHB seperti Mohamad Sabu dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

"Dulu selalu kata saya lompat parti macam katak, sekarang ini saya jemput lebih ramai katak dalam negara ini.

"Saya tidak menyangka orang seperti Mohamad Sabu (Mat Sabu) dan Khalid Samad yang Pas dahulunya, kini beralih.

"Maknanya GHB bukan parti politik, tetapi parti katak," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Perkasa.

Katanya, apa berlaku adalah balasan terhadap mereka yang selaman ini memanggilnya katak.

"Ini soal political game dan juga kuasa Allah. Lihat dulu mereka tuduh saya katak, sekarang mereka jadi katak," katanya lagi.

Ibrahim menyarankan sebaiknya ahlo Pas itu seperti Mat Sabu dan ahli dalam GHB memasuki DAP. "Saya berkata demikian, sebab GHB ini nampak kuat kerja sama dengan DAP.

"Saya rasa lebih baik mereka masuk DAP. Mat sabu kuat sokong DAP, terutama dalam krisis Pas dengan DAP," katanya.

Tegasnya, sekiranya Mat Sabu masuk DAP, parti DAP perlu buktikan mereka tidak cauvenis. "Jika ahli-ahli GHB masuk DAP, jawatan-jawatan dalam DAP kena kongsi.

"DAP kena buktikan mereka tidak cauvenis dan baru DAP nampak sama rata, baru multirasional dan ikhlas," ujarnya lapor Free Malaysia Today...


Tengok video dari KiniTv ni.. gelak besar dia sambil mengutuk pemimpin-pemimpin dari PAS itu yang mahu menubuhkan parti baru..




Tak patut sungguh.. Kah.. kah.. kah..


Tunjuk tang mana yang dipinda cabar Mahathir

Posted: 24 Jul 2015 07:32 AM PDT


Menurut laporan The Edge ada lebih dari 400,000 e-mail dan dokumen yang mereka telah perolehi dari Andre Xavier Justo dengan menipunya..

Satu jumlah yang sangat besar.. setiap satu pasti ada kaitannya.. macai-macai sibuk mengatakan dokumen itu telah diedit.. tapi apa yang telah diedit tak ada siapapun pernah mendedahkannya..

Tak lebih dar hanya satu cubaan untuk membina persepsi..

Ni Mahathir dah cabar pihak yang berkenaan.. dia maksudkan pemimpin-pemimpin UMNO yang sibuk dok canang kononnya dokumen dah kena edit lah ni..

Tunjukkan tang mana yang dah dipinda tu...

Laporan berkaitan...

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, mustahil untuk meminda dokumen syarikat PetroSaudi International (PSI) seperti yang didakwa oleh bekas eksekutifnya, Xavier Andre Justo.

Menurut Dr Mahathir, perkara itu dilihat mustahil untuk dilakukan memandangkan jumlah dokumen tersebut "banyak".

Sehubungan itu, beliau meminta kepada pihak yang berkenaan supaya menunjukkan dokumen yang didakwa dipinda seperti didakwa Justo.

"Tunjuklah apa yang dipinda. Tunjuk dokumen itu, tunjuk tang (di) mana yang dipinda. "Nak pinda dokumen (macam mana), banyak tu, tak boleh," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel Shangri-La di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam temubual bersama Straits Times Singapura Justo mendakwa pengendali Sarawak Report dan seorang ahli perniagaan Malaysia berbincang untuk "meminda" maklumat dalam dokumen syarikat PSI itu.

Justo ditemu bual akhbar itu di Bangkok, Thailand. Justo yang menjadi sumber kebocoran maklumat tersebut juga bersetuju untuk menjual dokumen berkenaan, yang didakwanya dicuri dari PSI untuk bayaran sebanyak AS$2 juta (RM7.6 juta).

Justo mendakwa, individu yang ditemuinya awal tahun ini merancang untuk menggunakan dokumen tersebut "sebagai cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia" dan mereka juga merujuk kepada usaha untuk "meminda dokumen tersebut".

Bagaimanapun, editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menafikan dakwaan untuk meminda dokumen itu dan mempersoalkan mengapa 1MDB dan PSI masih belum mengemukakan bukti pindaan tersebut ~ Malaysiakini

Dokumen dipinda atau apa sekalipun.. isunya ialah RM2.6 Billion yang dikatakan telah dipindahkan ke dalam akaun Najib tu dah ke mana?


Bank Negara cari dua bekas Pengarah Eksekutif 1MDB ini..

Posted: 24 Jul 2015 03:34 AM PDT


Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mencari dua bekas pengarah eksekutif syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan, bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

BNM dalam kenyataan mendedahkan butiran peribadi Tang, 50, yang beralamat di No. 112, Jalan 5/149G Taman Seri Endah, 57000 Kuala Lumpur.

Manakala Loo, 42, kali terakhir beralamat di 25, Jalan Seri Beringin 2, Damansara Heights, 50480 Kuala Lumpur.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan individu ini boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di talian 03-26988044 sambungan 8544/7610 atau boleh membuat laporan di balai polis berdekatan," kata BNM dalam kenyataan di laman web rasmi dan media sosial Facebook, hari ini.

Tang merupakan pengarah eksekutif 1MDB bahagian pembangunan perniagaan secara kontrak tiga tahun berakhir Mac 2011 sebelum jawatan tersebut diambil alih Loo yang sebelum itu di bahagian strategi.

Bagaimanapun tiada ganjaran bakal diberikan Bank Negara kepada pemberi maklumat untuk mencari dua individu terbabit.


Laporan sebelum ini mendakwa Tang bekerja dengan ahli perniagaan Low Taek Jho dan pengarah tertinggi PetroSaudi International mendapatkan AS$500 juta wang berbentuk nota murabaha untuk 1MDB.

Sebahagian AS$260 juta wang daripada 1MDB digunakan Low membeli syarikat Utama Banking (UBG) Bhd, lapor The Edge Weekly sebelum ini.

Laporan pada 7 Jun lalu berkata, Tang dan ketua pegawai pelaburan 1MDB Nik Faisal Nik Kamil, yang ketika itu baru menyertai 1MDB, bekerja secara aktif dengan PetroSaudi dan Low semasa pengambilalihan UBG.

UBG merupakan syarikat kewangan bekas ketua menteri Sarawak Tun Taib Abdul Mahmud, namun dijual RHB Bank pada tahun 2007 dan meninggalkan hampir RM2 bilion tunai yang menarik minat Low membeli syarikat itu.

Manakala Loo baru-baru ini dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam Negara (PAC) yang dikenal pasti sebagai setiausaha 1MDB untuk memberi keterangan selepas laporan awal Jabatan Audit Negara mendapati 1MDB menghadapi masalah di peringkat pelaburan.

Loo merupakan bekas pengarah eksekutif perundangan di UBG. Beliau berada dalam lembaga pengarah yang sama dengan Nik Faisal dan Jho Low.

1MDB kini menanggung hutang RM42 bilion, disiasat oleh pasukan petugas khas, PAC, dan audit negara kerana dakwaan menyalahguna dana kerajaan.

Pasukan khas juga meneliti dakwaan dana wang yang disalurkan sehingga ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bank Negara diketuai gabenornya Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, selain Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed sebagai anggota pasukan petugas khas.

Setakat ini tiga individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan, terbaru pemilik syarikat perdagangan, Ariffin Ismail Shahlul Hameed, 28, yang ditahan reman empat hari bermula 27 Julai.

Turut ditahan pengarah urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman dan Jerome Lee, namun pengarah eksekutif Putrajaya Perdana Berhad itu dibebaskan hari ini dengan ikat jamin RM100,000. ~ The Malaysian Insider


The Edge akui berjanji bayar Justo untuk dapatkan bukti penipuan AS$1.83 bilion.. tapi..

Posted: 24 Jul 2015 01:14 AM PDT


Kami merujuk kepada berita akhbar Singapura, Straits Times (ST) hari ini (24 Julai) di mana Andre Xavier Justo menuduh kami tidak membayar kepadanya apa yang dipersetujui bagi maklumat diberi berhubung skandal usaha sama 1Malaysia Development Berhad (1MDB)-PetroSaudi.

Pertama, kami mengatakan wartawan ST pasti mempunyai hubungan "kuat" sehingga diberi akses kepada Justo di penjara Bangkok, sedangkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang kini berada di Bangkok, setakat ini tidak menerima akses kepada Justo.

Kami tertanya-tanya kemungkinan wujudnya pihak tertentu yang berkuasa mengatur Nirrmal Ghosh daripada ST menemui Justo supaya beliau boleh melancarkan serangan ke atas kami?

Justo jelas adalah seorang lelaki marah, dan difahamkan begitu memandangkan kami tidak membayar kepadanya sebagaimana dikehendaki.

Benar, kami memperdayakannya tetapi itu adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan bukti bagi mendedahkan bagaimana sekumpulan kecil rakyat Malaysia dan warga asing, menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion.

Kenyataan beliau mengesahkan apa yang kami katakan sebelum ini iaitu, kami tidak pernah membayar sesiapa.

Bagi tuduhan Justo kami memberitahunya untuk mengubah dokumen dan objektif kami menjatuhkan kerajaan, sesungguhnya jika kami mempunyai niat sedemikian, kami tidak akan memberitahu kepada orang yang baharu pertama kali ditemui.

Apatah lagi jika kami tahu beliau akan marah kerana kami tidak membayar sebagaimana diingini. 

Tiada pengubahsuaian kerana kami segera melakukan "digital finger print" cakera padat yang mengandungi lebih 400,000 emel dan dokumen dan melindunginya.

Apa yang terkandung dalam cakera yang kami beri kepada Bank Negara Malaysia, polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu ini adalah salinan asal yang diserahkan Justo kepada kami dan beliau berkata tidak melakukan sebarang ubah suai.

Tambahan pula, jejak wang yang kami berjaya kesan dan serahkan kepada penyiasat menunjukkan bagaimana wang daripada 1MDB dipindahkan ke dalam akaun pelbagai individu di beberapa bank-bank global di beberapa negara dengan mudah dan boleh disahkan penyelidik dengan bantuan rakan-rakan mereka di negara ini.

Justo disifatkan seorang lelaki yang kecewa.Tetapi ia bukan mengenai Justo, ia mengenai kita. Ia skim menipu rakyat Malaysia sebanyak AS$1.83 bilion melalui usaha sama 1MDB-PetroSaudi.

Hakikat banyak agensi kerajaan sedang menyiasat 1MDB dan kini sebuah syarikat hampir bankrap perlu diselamatkan mengesahkan semua kerja The Edge Media Group lakukan untuk mendedahkan apa yang berlaku.

Kami tidak melakukan sebarang kesalahan dan bersedia membantu penyiasat tidak seperti beberapa pihak yang seolah-olah sudah menghilangkan diri.


OLEH TONG KOOI ONG DAN HO KAY TAT


*Tong Kooi Ong adalah pengerusi The Edge Media Group dan Ho Kay Tat adalah penerbit. The Malaysian Insider adalah sebahagian daripada kumpulan The Edge Media Group.*


Memalukan!! Polis Thailand tolak permintaan Malaysia untuk soal Justo dan KPN dinasihatkan guna saluran yang betul

Posted: 23 Jul 2015 11:00 PM PDT


Sekali lagi pihak berkuasa Thailand menolak permintaan polis Malaysia untuk menyoal bekas Pengarah PetroSaudi International (PSI) Xavier Andre Justo atas dakwaan menawarkan untuk menjual maklumat rahsia berkaitan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor Bangkok Post.

Sebaliknya, Ketua Polis Thailand Somyot Poompunmuang berkata, Justo bukan warganegara Malaysia dan menasihatkan rakan sejawatannya, Tan Sri Khalid Abu Bakar menggunakan saluran yang betul, termasuk Kementerian Luar.

Lagipun menurut Ketua Polis Thailand, mereka perlu tahu sebab dan apa keperluannya Polis Malaysia menyoal siasat Justo sebab beliau tidak melakukan kesalahan di Malaysia dan bukan warganegara Malaysia..

Semalam selepas pertemuan dengan Khalid, Ketua polis Thai Jen Somyot Poompanmoung berkata: "Kami tidak dapat memberi keputusan atau jawapan hari ini, tentang sama ada membenarkan (Polis Malaysia menginterbiu Justo) kerana kami perlu tahu sebab dan keperluannya, dan sama ada ia berkait dengan kes berkenaan."

"Jika sekalipun kebenaran diberikan, kami perlu juga mempertimbangkan apa yang polis Malaysia boleh dan tidak boleh lakukan oleh kerana Justo bukan warga Malaysia dan tidak melakukan kesalahan di Malaysia.

Katanya, Justo berkemungkinan didakwa atas percubaan mengugut.

Khalid ke Bangkok atas lawatan tidak rasmi dan mengadakan pertemuan selama 50-minit dengan Somyot pada jam 2 petang.

Somyot berkata Khalid "tidak mahu menyebabkan polis Thai merasa tidak selesa" dan beliau memahami situasi kerana Justo warga Switzerland bukan Malaysia.

Lagipun, suspek tidak melakukan sebarang kesalahan di Malaysia.

"Jika polis Thai membenarkan polis Malaysia menemui Justo, ini akan dikecam oleh kerajaan Switzerland.

"Pegawai-pegawai Switzerland terlibat dalam kes berkenaan dan telah menghubungi polis Thai, serta menyediakan seorang peguam dan beberapa bantuan lain kepada Justo," kata Somyot.

Hari ni menurut The Malay Mail.. Bangkok Post melaporkan Polis Thailand tolak permohonan Polis Malaysia..

KUALA LUMPUR, July 24 ― Thai police have again rejected attempts by Malaysian authorities to gain access to Xavier Andre Justo, the Swiss national recently arrested in Bangkok over his role in the controversy surrounding the leaked data on PetroSaudi International's (PSI) now-aborted deal with 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
According to Bangkok Post today, Thai police chief Somyot Poompunmuang told his Malaysian counterpart Tan Sri Khalid Abu Bakar that Malaysia must go through the appropriate channels in order to speak to Justo as the former PSI director is not a Malaysian national. 
The report said Poompunmuang told the Malaysian Inspector-General of Police (IGP) to go through Thailand's Office of the Attorney-General and the Foreign Ministry. 
He also reportedly remined IGP Khalid that the Thai police are still investigating the matter. 
According to the English-language Thai daily, IGP's trip to Thailand yesterday was the second visit so far by Malaysian authorities on the same matter. 
The report said on July 16, Malaysian diplomats and police based at their country's embassy in Bangkok embarked on the same mission but were given the same response. 
Justo was arrested at his home in Koh Samui on July 22 and is currently held in the Bangkok Remand Prison where he faces charges of blackmail. 
The 49-year-old former PSI director has since reportedly admitted to the charges to Thai police as well as provided information on the data from PSI that he had stolen when he left the firm in 2011. 
According to Justo's account to the police as reported today by Singapore's Straits Times (ST), he had attempted to sell the data to a Malaysian businessman who allegedly offered a sum of US$2.7 million (RM7.62 million). 
The Swiss national told ST that he never received the sum but claimed that after several rounds of negotiation, it was agreed that Sarawak Report founder Clare Rewcastle-Brown would act as middleman by receiving the sum from the buyer and sending him monthly payments of US$250,000 for "consultancy services". 
The claim was later rubbished as "bunkum" by Rewcastle-Brown in her response to ST.
Justo also alleged of plans to "modify the documents" by those he negotiated with on the documents sale, another allegation that the SR editor has denied.

Persoalannya.. kenapa Khalid tak call dulu Ketua Polis Thailand tu bertanya boleh atau tidak Polis Malaysian nak soal siasat si Justro tu?

Main serbu saja pergi ke Thailand tu.. sekarang bila dah ditolak sebab Polis Thailand tak nampak apa relevanya tindakan Polis Malaysia hendak soal siasat Justro tu.. dah jadi satu pembaziran dana negara yang dikutip dari cukai terhadap rakyat pula..

Kalau Khalid pergi dengan duit dia sendiri.. pergi seorang diri itu soal lain laaaa...


Lagi ditahan SPRM berhubung skandal 1MDB

Posted: 23 Jul 2015 07:53 PM PDT


Seorang pemilik syarikat perdagangan berusia 28 tahun antara terkini ditahan reman selama 4 hari berhubung siasatan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ariffin Ismail Shahlul Hameed direman hari ini selama 4 hari sehingga 27 Julai.

Timbalan pendakwa raya awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy memohon perintah reman sehingga 7 hari tetapi majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman hanya membenarkan selama 4 hari.

Ariffin ditahan kira-kira jam 10.45 malam semalam di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM bagi membantu siasatan, kata jurucakap agensi terbabit.

Difahamkan Ariffin merupakan pemilik perusahaan perdagangan dan syarikatnya terletak di Setapak, Kuala Lumpur.

Ariffin merupakan yang ketiga ditahan berkaitan siasatan berterusan pasukan pertugas khas kerajaan menyiasat 1MDB termasuk penyaluran wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Isnin lalu, pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan aliran tunai ke dalam akaun milik Najib, membuat tangkapan pertamanya.

Jerome Lee Tak Loong ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus sebelum menaiki penerbangan ke Taiwan. Lee, 39, diwakili peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, seperti dilaporkan The Straits Times.

Lee dilepaskan hari ini dengan jaminan polis sebanyak RM100,000.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider, syarikat Lee mempunyai urus niaga dengan SRC International Sdn Bhd, iaitu sebuah entiti dimiliki 1MDB.

Manakala Pengarah Urusan Ihsan Perdana Sdn Bhd Datuk Dr Shamsul Anwar Sulaiman menjadi individu kedua ditahan reman berhubung siasatan ke atas syarikat pelaburan negara sarat hutang itu. 

The Wall Street Journal (WSJ) yang memetik dokumen penyiasat Malaysia melaporkan, aliran itu bermula dengan RM50 juta daripada SRC International, sebelum dipindahkan ke syarikat Gandingan Mentari, dan kemudian ke Ihsan Perdana lapor The Malaysian Insider


Orang-orang yang menyalurkan dana ke dalam akaun itu dah ditahan.. tapi pemilik akaun tu bila SPRM nak tahan untuk soal siasat?


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...