Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kalau salah, betulkan atau samanlah kata Adik Najib

Posted: 25 Jul 2015 05:00 AM PDT


Adik perdana menteri Datuk Seri Nazir Razak tidak terkecuali menyatakan rasa tidak senang dengan tindakan Kementerian Dalam Negeri mengenakan tindakan ke atas The Edge Media Group.

Nazir yang juga Pengerusi CIMB Group - salah satu rangkaian perbankan terbesar di Malaysia - berpendapat penggantungan permit bukan langkah yang betul untuk diambil.

"Saya mengutuk penggantung (permit akhbar) dan bersimpati dengan kakitangan yang terjejas.

"Laporan 1MDB baru-baru ini kelihatan luar biasa tetapi jika ada kecacatan maka perbetulkan ia atau ambil tindakan undang-undang," kata beliau melalui akaun Instagram semalam.

Nazir merujuk kepada penggantungan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan mulai 27 Julai ini.

Kata Nazir, The Edge adalah penerbitan penting di kalangan komuniti perniagaan dengan memainkan peranan menyalurkan maklumat secara jujur dan berdaya saing lapor Malaysiakini


Seorang lagi 'Datuk' direman berhubung Skandal 1MDB

Posted: 25 Jul 2015 01:00 AM PDT


Seorang lagi individu berpangkat "Datuk" ditahan reman empat hari mulai Sabtu bagi membantu siasatan berhubung akaun syarikat SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti yang dikaitkan dengan syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan dan pembangunan yang berusia 48 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret di sini kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu di sini lengkap dengan pakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Individu tersebut yang merupakan suspek keempat ditahan untuk membantu siasatan pasukan petugas khas berhubung dakwaan menyalurkan dana ke akaun 1MDB.

Timbalan Pendakwa Raya Awam SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairy memohon perintah reman sehingga tujuh hari tetapi Magistret Nik Isfahanie Tasmin Wan Ab.Rahman hanya membenarkan reman empat hari untuk proses soal siasat dijalankan.

Menurut jurucakap agensi tersebut, individu bergelar 'Datuk' ditahan kira-kira jam 7 petang selepas beliau dibawa ke pejabat SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.

Sementara itu di mahkamah sama, individu kedua yang ditahan reman Rabu lalu yang merupakan seorang pengarah urusan sebuah syarikat pembinaan berpangkat 'Datuk' telah dibebaskan dengan jaminan.

Majistret Nik Isfahanie Tasmin telah menetapkan wang jaminan RM100,000 dengan dua penjamin. Isnin lalu, pasukan petugas khas yang menyiasat dakwaan aliran wang tunai ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat tangkapan yang pertama.

Individu berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sebelum menaiki penerbangan ke Taiwan.

Beliau yang merupakan seorang pengarah eksekutif sebuah syarikat pembinaan telah dibebaskan pada Jumaat dengan jumlah jaminan RM100,00 dan dua penjamin.


3 sebab mengapa KDN gantung The Edge

Posted: 24 Jul 2015 11:00 PM PDT


Kementerian Dalam Negeri (KDN) malam tadi menjelaskan 3 sebab penggantungan permit penerbitan akhbar harian The Edge dan The Edge Financial Daily untuk tempoh 3 bulan bermula 27 Julai ini.

Pertama, tajuk dan cara pelaporan serta pemberitaan kedua-dua penerbitannya menimbulkan persoalan dan persepsi negatif kepada masyarakat terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang seterusnya berkait dengan kerajaan dan kepimpinan negara.

Kedua, laporan yang diterbitkan turut bersumberkan maklumat yang diragukan dan belum ditentukan kesahihannya, yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai dan boleh/mungkin memberi kemudaratan kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara.

Ketiga, isu berkaitan 1MDB ini sedang disiasat oleh pasukan penyiasat yang ditubuhkan. Oleh itu, adalah tidak wajar pemberitaan yang boleh menimbulkan persepsi negatif yang dilakukan secara berterusan dan ia adalah tidak adil kepada syarikat 1MDB seterusnya kepada kerajaan dan kepada kepimpinan negara.

Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim dalam kenyataan berkata penggantungan itu dibuat selepas KDN meneliti laporan berkaitan 1MDB dalam kedua-dua penerbitan tersebut dan jawapan surat tunjuk sebab yang dikemukakan.

"Kedua-dua penerbitan itu didapati mengandungi hasil penerbitan yang melanggar penerbitan Seksyen 7 (1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 kerana mengandungi hasil penerbitan yang memudarat atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam atau mungkin menggemparkan fikiran orang ramai atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara," katanya.

Alwi berkata media sewajarnya lebih bertanggungjawab dalam laporan yang diterbitkan selaras dengan kebebasan yang diberi.

"Impak kepada laporan yang tidak bertanggungjawab perlu diperhalusi kesannya kepada ketenteraman awam dan kepentingan negara dan tidak bersalahan dengan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan 2012)," katanya.

Penerbitan juga perlu dilaksana mengikut peraturan permit penerbitan yang berkuat kuasa, katanya. – Bernama


Penggantungan The Edge bukti kerajaan sembunyikan sesuatu, kata Cenbet

Posted: 24 Jul 2015 08:41 PM PDT


Kesahihan kerajaan dipersoalkan kerana ia memilih untuk menggantung dua penerbitan yang mengkritik firma pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), memberikan gambaran yang ada sesuatu yang hendak disembunyikannya, kata Centre For A Better Tomorrow (Cenbet).

Dalam satu kenyataan lantang hari ini, Cenbet berkata penggantungan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu juga merupakan satu salah guna kuasa dalam usaha mendiamkan suara yang membangkitkan mengenai penyelewengan dalam kerajaan.

Katanya, kedua-dua penerbitan itu menimbulkan kebimbangan yang sah ke atas berhubung penggunaan dana awam oleh 1MDB – tetapi kebimbangan ini kekal tidak terjawab.

Cenbet berkata, jika kebimbangan ini terjawab, tidak akan timbul keperluan untuk diwujudkan pasukan petugas khas yang kini sedang menyiasat 1MDB.

"Sebuah kerajaan yang menghentikan 'Fourth Estate' daripada menjalankan tugasnya kelihatan seperti mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan.

"Penindasan ke atas hak untuk maklumat adalah regresif, mendera dan menindas.

"Kesahihan kerajaan kini dipertikaikan," kata Cenbet.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...