Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Whatsapp Pemuda UMNO Mahu ‘Gulingkan’ Najib Tersebar!!

Posted: 26 Jul 2015 09:00 AM PDT


Para pengguna media sosial Facebook semalam, mendedahkan beberapa imej perbualan menerusi aplikasi WhatsApp dalam komplot yang dikatakan mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Melalui imej perbualan yang didedahkan oleh individu yang mempunyai akses di dalam kumpulan (group) 'NKPUM SOC MEDIA' (Kumpulan Media Sosial Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia) itu, menunjukkan sikap kurang senang beberapa Exco Pemuda UMNO Malaysia terhadap pentadbiran Najib yang dikatakan sebagai bermuka-muka.

Kumpulan yang dikatakan diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun itu turut dianggotai oleh Penolong Setiausaha, Ybhg Dato' Hj Mohamad Saffri Ab Aziz; Exco Pemuda, Tengku Zuhri Tengku Aziz; Exco Pemuda; Ibdillah Ishak; Exco Pemuda, Shahril Hamdan, Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Dax Muhammad.

Menerusi perbualan tersebut Dax dilihat antara yang paling mengkritik Najib yang juga Presiden UMNO.

"Ko tgk mcm mana PM sendiri bermuka-muka 9am lain, 10am lain, 11am lain 1am lain.

"So what, kita enjut je… PM beg chief (merayu pada Khairy Jamaluddin) untuk dapatkan sokongan" ujarnya memetik imej perbualan yang didedahkan itu.

Sementara itu Ibdillah turut dilihat menyokong kenyataan tersebut.

"Dah bro, tapi aku belum mengunakan keseluruhan jentera (siber) untuk menyerang mereka.

"Tak nak dedahkan mereka pada TF dan kumpulan Farid" ujarnya pula.

Selain itu kumpulan tersebut turut mendakwa Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Muhd Khairun Aseh Che Mat telah mengumpulkan sejumlah 40 orang Ketua Pemuda UMNO Bahagian untuk menyokong Perdana Menteri.

Ekoran penyebaran imej tersebut, beberapa individu yang dikatakan kumpulan penyokong Najib mendesak Ibdillah untuk tampil memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.

Namun Ibdillah dilihat mengambil pendekatan diam tanpa memberikan sebarang jawapan, malah semua status yang dimuatnaik oleh kumpulan penyokong Najib di laman Facebook beliau sejak malam tadi turut dilihat telah dipadamkan.

SuaraTV cuba menghubungi Khairul Azwan, Ibdillah dan Dax bagi mendapatkan pengesahan mereka mengenai imej perbualan tersebut.

Namun semua panggilan yang dibuat tidak berjawab walaupun telah dicuba berkali-kali.

April lalu Khairul Azwan bersama beberapa Exco Pemuda pernah dilaporkan mengadakan satu perjumpaan sulit bersama ketua-ketua Pemuda Umno Bahagian di Johor bagi menjatuhkan Najib ~ SuaraTV


Saya mempertahankan kebebasan bersuara bukan individu - Nazir Razak

Posted: 26 Jul 2015 07:39 AM PDT


Pengerusi kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menegaskan, ulasan beliau berhubung penggantungan permit akhbar The Edge Financial dan The Edge Weekly bukan untuk mempertahankan mana-mana individu.

Sebaliknya, tegas Nazir, apa yang dipertahankan beliau adalah prinsip kebebasan media dan kebebasan untuk bersuara.

"Ia bukan untuk orang-orang The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily, saya berdiri untuk kebebasan media", kata beliau yang juga adik bongsu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai ulasannya menerusi akaun media sosialnya berhubung penggantungan permit penerbitan akhbar itu sementara oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Sementara itu, Nazir turut dipetik sebagai berkata, hubungan kekeluargaannya masih lagi utuh.

"Saya ada berbincang secara peribadi dengan abang saya (Najib) tetapi saya tidak akan mendedahkannya" ujarnya.

Beliau mengulas perkara itu ketika menghadiri rumah terbuka sambutan Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya hari ini.


Pada Jumaat, Nazir dalam catatan akaun media sosial berkata The Edge adalah tunjang kepada komuniti perniagaan dan berperanan dalam memastikan industri perniagaan mendapat maklumat secara jujur dan kompetitif ~ AstroAwani


Nak ektradisi Clare Rewcastle-Brown?.. Zahid buat lawak ke ni?

Posted: 26 Jul 2015 01:00 AM PDT


Patutlah ada beberapa Blogger Otai UMNO yang kata Zahid Hamidi ni 'Menteri Tin Kosong'.. cakap bunyi berdegar-degar tapi isinya kosong..

Kalau tak silap aku gelaran tu mula diberikan kepada Zahid ketika berlakunya pencerobohan di Lahad Datu, katanya dia nak dedahkan dan tangkap pemimpin pembangkang yang menjadi dalang insiden pencerobohan itu..

Tapi hingga sekarang.. ketika perbicaraan penceroboh-penceroboh dari Sulu itu sedang berlangsung langsung tak dengar laporan yang mengatakan dalam perbicaraan ada disebut nama-nama pemimpin pembangkang yang kononnya Zahid kata jadi dalang tu..

Dan tak ada seorang lagipun pemimpin Pembangkang yang diheret ke muka pengadilan kerana menjadi dalang pencerobohan sebagaimana yang Zahid tuduh tu..

Sama juga bila negara kecoh dengan isu Syiah.. tak pasal-pasal dia tuduh Mat Sabu itu Syiah dan katanya dia ada bukti kukuh menyokong dakwaannya tu dan akan dedahkannya..

Sampai sekarang satu bukti pun tak nampak..

Sekarang bila negara kecoh dengan pendedahan oleh Sarawak Report dan The Wall Street Journal dia bersuara lagi.. katanya nak ekstradisi Clare Rewcastle-Brown pulak dah..

Ni laporannya..

PETALING JAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memohon perintah ekstradisi terhadap terhadap pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown daripada kerajaan Britain.

Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia akan diuruskan melalui Wisma Putra.

Bagaimanapun sebarang tindakan yang akan diambil bergantung kepada siasatan muktamad PDRM.

"Jika terdapat unsur-unsur jenayah yang dilakukan oleh Clare Brown, hubungan dua hala dalam bentuk pertukaran maklumat risikan sudah sedia terjalin antara Malaysia dan Britain," katanya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Zahid membayangkan usaha itu bukan mudah kerana ia berkaitan dengan kedaulatan negara berkenaan.

"Sebagaimana prinsip kedaulatan yang dihormati antara negara, sudah pasti pihak British tidak merestui mana-mana individu warganegaranya mencampuri urusan dalaman negara lain," katanya - Free Malaysia Today

Tapi hakikatnya Malaysia tak boleh pun nak ekstradisi si Claire tu..

Ahli Biro Politik PKR, N Surendran berkata, berkata mengikut undang-undang United Kingdom, seseorang itu boleh diektradisi jika turut melakukan kesalahan di negara berkenaan.

"Mengikut Akta Ektradisi UK 2003, seseorang yang hendak diektradisi mesti disabitkan kesalahan mengikut undang-undang di negara berkenaan.

"Kes prima facie terhadap tertuduh perlu dibuktikan untuk membolehkan hakim daerah mengeluarkan arahan ektradisi.

"Dalam kes Clare ini, dia tidak melakukan kesalahan di UK. Oleh itu, dia tidak boleh diektradisi ke Malaysia," katanya menerusi kenyataan media.
Kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi amat melucukan apabila berkata Clare mungkin diektradisi ke negara ini kerana mencampuri urusan politik dalaman.
"Adakah Zahid yakin kerajaan UK akan membenarkan rakyatnya diektradisi ke negara ini kerana mendedahkan skandal berbilion ringgit?" katanya.
Katanya, tindakan terdesak itu hanyalah taktik kerajaan untuk mengalihkan isu skandal 1MDB dan dakwaan RM2.6 bilion disalurkan ke akaun Datuk Seri Najib Tun Razak.
Katanya, Sarawak Report mendedahkan dakwaan itu bersertakan dokumen-dokumen lengkap yang sepatutnya dijawab oleh kerajaan dan Perdana Menteri bukannya mengambil tindakan menakut-nakutkan pihak yang mendedahkan skandal ~ Free Malaysia Today

Hmmm.. cuba kalau nak bercakap tu buat research dulu sikit Zahid.. tak nampak sangatlah 'Tin Kosong' tu.. bercakap biarlah berlandaskan fakta bukannya main auta saja...




PAS sedia berpisah dengan PKR

Posted: 25 Jul 2015 09:30 PM PDT


Setelah berpatah arang berkerat rotan dengan DAP, PAS cuba menghasut PKR untuk tidak bekerjasama dengan parti itu. Sesuatu yang tidak mungkin berlaku kerana DAP adalah sebuah parti yang mendapat sokongan majoriti kaum bukan Melayu khususnya Cina.

Pembentukan kerajaan di negara ini tidak mungkin boleh mengabaikan penyertaan mereka dan tidak mungkin juga PKR menjadi tidak siuman untuk mendengar hasutan PAS untuk tidak menerima DAP.

UMNO sendiri tidak mungkin dapat menjadi kerajaan tanpa sokongan parti-parti bukan-Melayu.

Semuga selepas ini, PAS benar-benar memilih untuk bersendirian.

Kerana itu mungkin lebih baik bagi PAS sepertimana disarankan oleh menantu Allahyarham Usta Fadil Nor, Ahmad Sabky Yusof iaitu selepas ini, PAS bolehlah melangkah selesaikan masalah organisasi yang seterusnya -iaitu masalah kepimpinan.

Kat atas tu aku petik tulisan Greenboc

Ini laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR 25 Julai - Pas bersedia meninggalkan PKR sekiranya sekutunya itu menyertai pakatan pembangkang baharu bersama DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB).

Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, pendirian PKR tentang penubuhan pakatan pembangkang baharu seperti yang diumumkan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan seolah-olah parti itu ingin memutuskan hubungan dengan Pas.

Menurut beliau, sekiranya penubuhan pakatan pembangkang baharu itu menjadi kenyataan, Pas tidak akan membantah tindakan tersebut.

"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

"Kalau mereka hendak me­nu­buhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam satu kenyataan baru-baru ini membayangkan tentang penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

Sementara itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan, Pas tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut atas alasan parti berkenaan 'menjadi punca kematian pakatan pembangkang' sebelum ini.

Haron menambah, pakatan pembangkang sebenarnya mulai retak sebaik sahaja DAP memutuskan hubungan dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan langkah serupa diikuti oleh DAP Sarawak.

"Penting untuk saya sebut perkara ini kerana akhir-akhir ini orang kata Pas yang menjadi punca terburainya pakatan pembangkang," jelasnya.

Beliau juga yakin Pas akan tetap berdiri teguh di atas landasan perjuangan menegakkan Islam walaupun kumpulan serpihannya akan menubuhkan parti baharu melalui wadah GHB.

Haron memberitahu, keyakinan itu adalah bersandarkan kepada firman Allah SWT dalam surah Al-Ra'd ayat 17 yang bermaksud:

"Allah memberi perbandingan untuk mengetahui siapa yang hak dan siapa yang batil, ada pun buih akan pergi tanpa kekuatan dan hilang tersisih daripada wujud dan apa yang bermanfaat kepada manusia, maka akan kekal teguh sepanjang zaman."

Beliau berkata, situasi seru­pa pernah dialami Pas apabila kumpulan-kumpulan serpihannya me­ning­galkan parti untuk me­­nubuhkan Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

"Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," ujarnya lapor Utusan



Media tidak harus dihukum kerana menjalankan tugas - Rafidah Aziz

Posted: 25 Jul 2015 08:11 PM PDT


Pihak media tidak sepatutnya dihukum kerana perkara itu akan menyebabkan lebih ramai rakyat untuk kecewa dengan kerajaan, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Rafidah Aziz.

Tambahnya, kebebasan bersuara tidak mutlak dan media tidak seharusnya dihukum kerana menjalankan tugas mereka.

"Walaupun kebebasan bersuara mempunyai parameter yang ditentukan oleh faktor-faktor seperti kesopanan, menghormati kepercayaan agama orang lain dan hak-hak majoriti, namun media tidak harus dihukum, bukan kerana melanggar parameter itu tetapi kerana melaporkan sesuatu yang kurang disenangi sesetengah pihak," kata Rafidah.

Rafidah, dalam satu kenyataan yang dimuatnaik di Facebook pada Sabtu berkata tindakan yang diambil mengalih perhatian orang ramai daripada mengatasi masalah yang sedia ada.

"Mungkin kita perlu menghapuskan perkataan "larangan" daripda kamus politik kita dan mengamalkan pendekatan yang mencerminkan pemikiran yang jelas dan rasional.

"Adalah penting bahawa media tidak dihukum kerana melaporkan apa yang tidak disenangi sesetengah pihak. Sesungguhnya kami tidak akan mengikuti beberapa negara lain dimana media diarah untuk apa yang boleh dicetak dan tidak," kata Rafidah.

Beliau juga berkata, pihak yang bertanggungjawab perlu memberi fakta kepada orang awam dan mereka perlu telus dalam komunikasi mereka tentang isu nasional seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...