Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


K'jaan gagal kesan Jho Low?.. sebab cari kat Low Yat ke?

Posted: 27 Jul 2015 09:21 AM PDT


Kesiannya.. nak hantar surat tapi tak tahu nak hantar kemana pulak.. kalau surat tak dapat dihantar, Jho Low tak datang hadir ke pendengaran PAC macam mana nak teruskan siasatan kan?

"Kami tidak tahu di mana dia berada. Kami perlu mencarinya dahulu. Kami sudah meminta Kementerian Kewangan mencarinya.

"Jika mereka tidak tahu di mana dia berada, bagaimana mereka dapat serah surat?," kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed..

Bersangka baik... mungkin mereka cuba menjejakinya di Low Yat sebab itulah gagal menemui Jho Low itu..

Kah.. kah.. kah.. nak perbodohkan rakyatpun agak-agaklaaaa..

Rasanya semua yang membaca pasal Jho Low ni tahu dia beroperasi dari Hong Kong, takkanlah dekat Hong Kong tu tak ada kedutaan Malaysia?

Lagipun Jho Low tu bukannya menjual assesori handphone Oppo.. dia billionaire, kalau dah billionaire tu mana mungkin pihak berkuasa Hong Kong tak tahu di mana dia tinggal?

Kalau dah minta Kementerian Kewangan tolong cari, kenapa tak ditanya Najib atau Rosmah?.. kan mereka pernah dilaporkan bersama menaiki kapal pesiaran mewah dulu tu oleh Sarawak Report..

Laporan berkaitan..

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Kementerian Kewangan masih belum berjaya mengesan jutawan Low Taek Jho.

Katanya, Kementerian Kewangan mencari jutawan itu bagi mengemukakan surat untuk memaksa Low hadir ke pendengaran PAC berkenaan kes 1MDB pada 8 September.

"Kami tidak tahu di mana dia berada. Kami perlu mencarinya dahulu. Kami sudah meminta Kementerian Kewangan mencarinya.

"Jika mereka tidak tahu di mana dia berada, bagaimana mereka dapat serah surat?," kata Nur Jazlan ketika dihubungi Malaysiakini.

MP Pulai itu berharap, laporan media yang meluas dalam kes ini akan membolehkan Jho Low mengetahui mengenai hasrat PAC dan hadir ke pendengaran tersebut untuk menjelaskan mengenai isu 1MDB.

"Beliau pastinya mengetahui mengenai perkara ini melalui laporan media dua hari lalu, beliau sepatutnya datang dengan sukarela untuk memberi penjelasan," katanya.

PAC memutuskan untuk memanggil Low sebagai saksi susulan laporan awal oleh Ketua Audit Negara ke atas 1MDB, yang dikemukakan kepada PAC pada 9 Julai.

Selain Low, kerajaan juga mencari dua lagi bekas pengarah pelaburan 1MDB, Jasmine Looi dan Casey Tang ~ Malaysiakini

Pelik bukan?.. DNA dalam lubang jubur si Saiful tu boleh dikesan.. mamat yang gedebab ni pulak tak boleh dikesan..


Eh? Pejabat Perdana Menteri 'warning' Muhyiddin ke ni?

Posted: 27 Jul 2015 05:16 AM PDT


Semua pihak lebih-lebih lagi anggota pentadbiran termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hendaklah menunggu hasil siasatan berkaitan 1MDB, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.

Muhyiddin dilaporkan menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau yang juga timbalan presiden Umno ketika berucap merasmikan penutupan mesyuarat agung Umno bahagian Cheras malam tadi.

Dalam satu kenyataan lewat petang ini, PMO berkata: "Sewajarnya kita mengelak membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan persepsi rakyat terhadap kepimpinan negara serta kerajaan dan Umno.

"Insya-Allah, jika kita tenang dan terus bersatu padu, kita akan dapat menangani cabaran ini dan mempertahankan sokongan rakyat kepada kerajaan dan parti.

"Sokongan rakyat terhadap kerajaan dan parti akan terhakis jika kita berbalah sesama sendiri," kata PMO lagi.

Dalam hal ini, tambahnya, tindakan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang terus membuat pelbagai tuduhan yang tidak berasas termasuk kehilangan RM42 bilion kepunyaan 1MDB walaupun penjelasan telah dibuat oleh kerajaan, turut menyumbang kepada terhakisnya kepercayaan terhadap kerajaan dan parti.

"Kerajaan berharap semua pihak bersabar menunggu hasil siasatan yang sedang berjalan terhadap 1MDB. Ini bagi menentukan kesahihan tentang pelbagai dakwaan yang wujud.

"Pada masa yang sama, kita elakkan membuat kenyataan yang boleh mengganggu-gugat kestabilan kerajaan dan perpaduan parti dan negara," tambahnya.

Menurut kenyatan itu lagi, kerajaan telahpun mengambil tindakan yang sepatutnya bagi menangi tuduhan dan kebimbangan yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak mengenai isu 1MDB.

Ini, katanya, termasuklah arahan kabinet untuk siasatan dibuat oleh Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Selain itu, satu dokumen 'Fact Sheet' mengenai 1MDB telahpun diedarkan kepada semua menteri-menteri kabinet sebelum ini," tambahnya.

Satu pasukan petugas khas juga, katanya, telah ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan oleh sebuah media asing bahawa dana 1MDB telah dimasukkan ke dalam akaun Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, serta pendedahan bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd Xavier Andre Justo bahawa beliau telah menjual dokumen yang dicurinya kepada pihak tertentu yang dipercayai berkomplot untuk menggulingkan kepimpinan negara dan kerajaan.

"Siasatan sedang berjalan dan kita perlu memberi ruang kepada pihak yang terbabit untuk menjalankan tugas mereka," tegasnya ~ Malaysiakini


Lepas Mahathir, Siapa taja Muhyidin dan UMNO Cheras di Berjaya Times Square soal Blogger UMNO

Posted: 27 Jul 2015 02:50 AM PDT


Dr Mahathir telah menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-90 tahun di Hotel Berjaya milik ahli perniagaan terkemuka Tan Sri Vincent Tan pada 10 Julai lalu yang lalu..

Beberapa tetamu undangan kenamaan dilihat hadir dalam majlis tertutup tersebut akan tetapi pihak media tidak dibenarkan untuk masuk membuat liputan.

Antaranya Ketua Bahagian Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Menteri Kabinet Tan Sri Joseph Kurup dan presiden MIC yang sedang berdepan kemelut dalam parti, Datuk Seri G. Palanivel juga bersama-sama tetamu VIP yang hadir.

Bekas Ketua Pengarang New Straits Times Datuk A Kadir Jasin yang sering mengkritik Najib juga hadir bersama dalam majlis sambutan tadi.

Bekas menteri Kabinet semasa zaman pentadbirannya, Datuk Seri Samy Vellu juga dilihat hadir bersama.

Tetamu VIP lain yang hadir antaranya bekas pemimpin DAP, Tan Sri Lee Lam Thye dan Pengerusi Kumpulan Ambank Tan Sri Azman Hashim, peguam terkemuka Rosli Dahlan, artis komedi Harith Iskandar dan penyanyi Anuar Zain.

Persoalan yang timbul ialah berapakah perbelanjaan yang telah digunakan untuk meraikan hari jadi Mahathir yang ke 90 dalam keadaan serba mewah itu?

Benarkah penari, ahli silap mata dan kebanyakan persiapan serta artis dan krew didatangkan terus dari Las Vegas?

Berapa bayaran yang dikenakan termasuk dengan persiapan dan artis - artis tempatan dan antarabangsa yang dibawa hadir ?

Ada yang mendakwa majlis tersebut telah menelan belanja hampir RM1 Juta.. dan siapakah yang membiayainya??

Kini persoalan mengenai kos menggunakan Dewan di Berjaya Hotel itu berulang kembali setelah ianya digunakan untuk Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras dan di pentas yang sama Mahathir mengkritik 1MDB, Muhyiddin pula mengulanginya..

Tindakan Tan Sri Muhyiddin semalam bercakap di hadapan media tentang perkara perkara yang sudah dijawab dan diputuskan oleh MT mengundang persepsi yang semakin tidak baik kepada UMNO dan BN. 
Sebagai seorang Timbalan dan orang nombor dua, tidak patut Muhyiddin bercakap begitu. Nampak seperti tidak serik. Tan Sri Muhyiddin ulangi cakap benda sama di Janda Baik dalam kursus tertutup UMNO beberapa bulan lepas. Macam lah UMNO ini tidak pernah bermesyuarat langsung mengenai isu negara dan 1MDB. 
Muhyiddin seolah sengaja bercakap sekali lagi di bahagian yang ramai orang tahu sudah kalah iaitu Cheras. Bercakap pula di atas rostrum yang ditaja Berjaya Times Square, tempat di mana beberapa hari lepas diadakan satu majlis hari jadi untuk Tun Mahathir. 
Vincent taja mesyuarat UMNO Cheras? 
Apakah ini secara kebetulan? Muhyiddin dijemput ke mesyuarat UMNO Cheras, bercakap hentam 1MDB dan kritik 1MDB secara terbuka dengan majlis hari jadi Tun Mahathir serta tempat Vincent Tan iaitu Berjaya Times Square. 
Cepat benar mesyuarat UMNO Cheras dirancang dan diadakan. Ada komplot berlaku di Berjaya Times Square? Muhyiddin tidak patut cakap perkara yang sudah diputuskan dalam MT. Tangkapan demi tangkapan sudah pun dilakukan berkaitan dalang yang mahu jatuhkan negara menerusi blackmail 1MDB.

Selain mengatakan sebagai orang nombor dua, Muhyiddin perlu membantu orang nombor satu untuk bersama sama menang pilihan raya.

Katanya lagi.. "Kalau Muhyiddin jadi orang nombor dua pada zaman Mahathir dan bercakap sedemikian secara terbuka dalam mesyuarat UMNO Bahagian, sudah pasti hayat Muhyiddin sebagai Timbalan sudah lama habis.

Laporan penuh bacalah kat SINI

Tak pasal-pasal Towkay Judi tu diheret dalam konflik dalaman UMNO.. Kah.. Kah.. Kah..

Berbaik sangka... mungkin Mahathir dah sewa Dewan tu selama satu bulan kot.. tapi dia cuma nak guna sehari saja.. jadi hari yang lebihnya UMNO Cheras gunalah..

Lagipun nak hairan apa sangat.. pemimpin UMNO ni memang pandai dalam soal nak cari penaja ni.. bukannya macam macai-macai tu.. tahu nganga dan tadah tangan saja..

Pasal dakwaan majlis hari jadi Mahathir mencecah RM1 Juta tu.. bacalah kat SINI


Muhyiddin Pengkhianat kepada orang Melayu - Macai

Posted: 27 Jul 2015 01:00 AM PDT


Sebagaimana yang dijangka, setelah Muhyiddin meluahkan apa yang terbuku di hatinya mengenai Skandal 1MDB beliau kini mula menjadi sasaran serangan penyokong-penyokong UMNO yang taksub dengan kepimpinan Rosmah dan Najib.

Tambahan pula kenyataannya kelihatan sama sekali bercanggah atau tidak sealiran langsung dengan apa yang penyokong-penyokong Najib mahukan.

Lagipun Muhyiddin tidak langsung mempertahankan Najib tapi mengasak Najib ke penjuru dengan isu 1MDB yang Muhyiddin sendiri turut mahu Najib yang memberikan penjelasan bukannya orang-orang di keliling Najib yang jelaskan.

Rentetan dari itu Timbalan Presiden UMNO itu dianggap sebagai pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan para sahabat.

Malah beberapa skandal yang dikatakan melibatkan Muhyiddin cuba untuk dibangkitkan..

Tapi persoalannya disini ialah mengapa Muhyiddin dikatakan sebagai 'Pengkhianat Melayu'?.. adakah kerana Najib itu seorang Melayu maka apa yang dilakukannya walaupun nampak tak betul kita sebagai bangsa Melayu perlu menyokongnya?

Sokong membabi buta walaupun akhirnya tanah Melayu yang tergadai?

Dalam hal ini bukan isu bangsa yang perlu kita lihat.. tapi soalnya ialah ke mana RM2.6 Billion itu telah pergi?

Bacalah.

Assalamualaikum Tan Sri Muhyiddin, 
Malam tadi mengesahkan bahawa Tan Sri ialah seorang Timbalan Presiden UMNO yang berstatus pengkhianat kepada orang Melayu, parti UMNO dan para sahabat. 
Tidak, saya tidak bercakap mengenai skandal tanah di Johor atau skandal Bestari.Net dengan YTL. Saya bercakap soal ucapan Tan Sri semasa merasmikan UMNO Bahagian Cheras malam tadi. 
Tan Sri bukan sahaja memburukkan Presiden parti, mempertikaikan cara kabinet menanganinya, malah mendedahkan perbualan Tan Sri dengan rakan kabinet lain. Tan Sri sungguhpun secara berlapik, tapi jelas membawa maksud 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) ini satu skandal besar. 
Tan Sri juga menyatakan jika pilihan raya diadakan hari ini, Barisan Nasional akan kalah. 
Tan Sri, apabila kita datang merasmikan UMNO bahagian, kita mahukan UMNO Bahagian yang bersemangat waja, bersatu dan bersedia berhadapan pilihan raya pada bila-bila masa. Malangnya, Tan Sri datang seperti mahu bertanding jawatan Presiden UMNO atau mahu menjahanamkan UMNO. 
Jika ikhlas dalam perjuangan sudah tentu Tan Sri akan kata isu 1MDB ini kita biarkan pihak berkenaan menyiasat mencari kebenaran dan keadilan kerana ia membabitkan isu yang besar dan kompleks. 
Malangnya, Tan Sri memilih untuk membelasah Presiden kerana mahu menjadi hero. Tan Sri Khianat kepada kerajaan dan sahabat dalam Kabinet. 
Tan Sri berada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang memutuskan untuk menunda pemilihan UMNO 2016. Jika Tan Sri percaya Mohd Najib bersalah dalam skandal 1MDB mengapa bersetuju ditangguhkan pemilihan UMNO? Bukankah Tan Sri sepatutnya meminta diadakan pemilihan UMNO supaya Tan Sri dapat bertanding dan membersihkan UMNO? 
Tan Sri bersama MT UMNO bersetuju menangguhkan pemilihan UMNO 2016 yang sepatutnya dijadikan medan membersihkan parti jika benar ia sudah teruk seperti yang didakwa. Tan Sri tidak pentingkan orang Melayu tetapi kedudukan Tan Sri. Tan Sri khianat kepada orang Melayu di bawah. 
Hari ini, Tan Sri datang ke mesyuarat UMNO dan mendakwa kita tidak boleh menang pilihan raya Umum jika diadakan hari ini. Panglima perang apa yang mengumumkan kepada orang ramai dan bala tentera sendiri bahawa tidak akan menang perang? Tan Sri khianat parti UMNO dan Barisan Nasional. 
Bagi saya rakyat biasa, hari ini Tan Sri khianat kepada orang Melayu, parti UMNO, Kerajaan Malaysia dan para sahabat. 
Ikhlas
Amin Yatim

Kah.. kah.. kah.. biasalah tu.. bukan dalam UMNO saja ada budaya ni, dalam lain-lain parti politik pun ada orang macam ni..

Asal melawan saja cakap pihak atasan macam-macam labellah yang kena nanti.. walaupun jelas apa yang pihak atasan tu buat nampak tak betul..

Surat kat atas tu aku copy dari SINI


Najib!!.. Muhyiddin suruh jawab sendiri isu 1MDB ni.. jawablaa.. (Video Inside)

Posted: 26 Jul 2015 10:30 PM PDT


Timbalan Perdana Menteri Tan SriMuhyiddin Yassin menggesa kerajaan mengambil langkah segera untuk menyelesaikan permasalahan negara terutama isu skandal 1MDB.

Jika tidak, isu itu akan menjadi beban kepada Umno sebagai parti yang mendukung kerajaan, kata beliau.

Beliau berkata, jika isu itu berlarutan ia akan terus menjejas keyakinan anggota parti dan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN) sekaligus berupaya menjejaskan peluang kerajaan untuk mendapat majoriti mudah dalam pilihan raya (umum) akan datang.

"Mesti ada penyelesaian muktamad...kalau tak selesai jadi beban...nak selesai pun jadi beban kerana dengan keadaan ringgit kita sekarang sudah jadi berapa bilion? Kita bercakap tentang kes ribuan juta amaun," katanya.

Berucap menutup mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Cheras di sini Ahad malam ,Muhyiddin mengulangi pendiriannya bahawa penjelasan jitu perlu diberikan bagi mengelakkan rakyat dari terus tertanya-tanya.

Muhyiddin berkata isu 1MDB juga memberikan persepsi negatif kepada pelabur luar yang seterusnya boleh menjejaskan ekonomi negara. Dalam pada itu, Muhyiddin berkata pasukan petugas khas yang ditubuh untuk menyiasat kes 1MDB tidak perlu diganggu supaya proses penyiasatan boleh dipercepatkan.

"Sekarang pun dah ada reman, ada tindakan...saya harap diteruskan kerana lebih cepat lebih baik untuk parti dan kerajaan," katanya.

Muhyiddin juga mencadangkan agar laporan interim 1MDB dijadikan dokumen awam agar masyarakat tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam kes berkenaan. 

"Kalau nak jadikan 'public document' pun tiada halangan. "Elok juga rakyat tau apa kedudukan sebenar. Kita tak mau ia diputar belit.

"Sebagai pemimpin kita mesti memikul amanah. Kita diamanah urus negara dan tadbir segala harta kekayaan, rakyat mahu tahu bagaimana harta kita (tadbir) untuk mereka," katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno menegaskan telah tiba masanya kerajaan dan parti menguruskan isu persepsi yang cukup menebal di kalangan rakyat.

Katanya, pelbagai sentimen rakyat Malaysia terutama yang diluah di media sosial perlu diteliti kerana ia telah menjadi sentimen yang nyata.

"Dalam media sosial rakyat mengeluh soal GST, soal kerajaan katanya rasuah.

"Ia mungkin benar, maka perlu diteliti mengapa jadi begitu.

"Kita tidak mahu ada sindrom bisu, sindrom penafian...kita tolak semua, kita rasa semua tak betul kerana kita telah terlalu lama berkuasa," katanya.

Justeru, katanya kerajaan dan parti perlu kembali ke pangkal jalan, turun padang mencari masalah dan penyelesaian terhadap isu dan masalah rakyat.

Ini, katanya, bagi memastikan keyakinan dan kepercayaan rakyat dapat dikembalikan dan mereka merasa hanya BN parti harapan negara.


Menjawab mengenai pertemuan beliau dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dikatakan sebagai 'perbincangan sulit mengenai isu negara', Muhyiddin berkata ia hanya merupakan pertemuan biasa.

"Tiada yang sulit...saya berkomunikasi dengan Tun, (kemudian) saya jelaskan kepada Kabinet kerana tak mahu ada salah faham.

"Dia (Dr Mahathir) bimbang dengan kedudukan Najib sebab dia sayang Najib...pasal mengenang sejarah Tun (Abdul) Razak (Hussein).

"Jadi nak sokong Najib bila timbul isu berkaitan dengan Najib.

"Dia hanya beri pandangan dan saya tak fikir ia melampau," katanya lapor mStar


Kalau The Edge tak betul, tunjukkan saya apa yang betul cabar Muhyiddin

Posted: 26 Jul 2015 07:59 PM PDT


Antara ucapan Muhyiddin yang macai-macai sekelian perlu fikirkan secara mendalam berkaitan 1MDB ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras di sebuah hotel di ibu negara itu ialah:-

- Najib perlu jawab tuduhan duit berbilion masuk ke dalam akaun peribadinya.

- Najib tak dengar nasihat saya agar letak jawatan dalam 1MDB.

- Saya baca The Edge yang digantung permitnya untuk faham mengenai 1MDB. Kalau The Edge tak betul, tunjukkan saya apa yang betul.

- BN akan kalah jika Najib adakan pilihanraya dalam waktu terdekat ini.

- Tun Mahathir ibarat bapa kita. Berhentilah menghentamnya kerana ia akan menjadikan bekas Perdana Menterti itu tambah popular, manakala kita jadi semakin jatuh.




Ini antara laporan mengenainya...

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terpaksa membaca akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
Timbalan perdana menteri itu berkata, kekeliruan mengenai skandal 1MDB bertambah rumit apabila sehingga kini kerajaan masih gagal menerangkan situasi sebenar kepada rakyat. 
"Saya pun sukar nak faham.. saya tak nafi saya ada baca The Edge sampai ditegur dalam Kabinet kata itu daripada The Edge (laporan) tidak betul. Kalau tak betul tolong bagi tahu apa yang betul. 
"Tapi (kita) tidak juga diberitahu sampai sekarang jadi anda tidak boleh salahkan orang yang begitu dahagakan maklumat dan mencari sumber mana saja kerana tidak ada satu kenyataan yang kita keluarkan menjelaskan situasi sebenar," katanya semasa merasmikan Majlis Perwakilan Umno Bahagian Cheras di Kuala Lumpur malam tadi. 
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tanggungjawab tersebut dengan tampil memberi penjelasan kepada rakyat tentang keadaan sebenar dan punca masalah membabitkan syarikat sarat hutang itu. 
"Sebab itu saya katakan kalau isu ini begitu besar dan kuat. Saya banyak bercakap dalam jemaah menteri namun saya tidak akan dedahkan kerana itu rahsia. Namun rakan dalam jemaah menteri boleh sahkan sama ada Muhyiddin ada cakap atau diam. Kadang saya cakap lebih daripada perdana menteri. 
"Jadi siapa yang patut beritahu? Sepatutnya perdana menteri yang memberitahu pada kita. Tapi sekarang ini kita diminta tunggu laporan siasatan (pasukan khas). Bila lagi nak siap? 
"Laporan interim ketua audit negara pun saya tidak baca lagi kerana beri peluang kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara, Kabinet tidak baca lagi," katanya. 
Beliau berkata skandal 1MDB begitu menarik perhatian rakyat namun sekiranya Najib masih enggan membuat penjelasan terperinci mengenai 1MDB, pembangkang akan mempunyai kelebihan. 
"Saya sebut ini ikut apa orang kata. Tapi ini ia jadi apa yang saya kata, banyak persoalan seperti kenapa terlalu banyak liabiliti dan kenapa tanggungan begitu besar, kita kena ada akauntabiliti dan jelaskan. 
"Ini yang saya sebut pertama kali dalam platform parti. Saya tidak buat tuduhan, cuma saya nak jelas isu ini besar dan kalau tak tangani maka akan digunakan pembangkang untuk rakyat menentang kita," katanya ~ The Malaysian Insider

Secara umumnya apa yang disebut oleh Muhyiddin ini mencakupi keseluruhan kebimbangan yang ada di kalangan rakyat dan ahli UMNO peringkat akar umbi.

Isu 1MDB dan kaitannya dengan Najib adalah perkara besar yang sedang menghenyak kedudukan parti dan kerajaan ke paras paling rendah di sisi rakyat ketika ini.

Ia bukan saja berkaitan hutang, pelaburan, Jho Low dan pelbagai keraguan lain mengenai syarikat pelaburan itu, tetapi yang lebih membingungkan ialah tidak pernah sebelum ini mana-mana Perdana Menteri dituduh menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi sebesar RM2.6 bilion jumlahnya.

Orang kampung dan makcik Felda barangkali boleh jadi pening kepala dan mamai berhari-hari memikirkan jumlah wang sebanyak itu.

Apatah lagi, tuduhan itu tidak dijawab dengan mantap oleh Najib sendiri yang menyebabkan berlegarnya pelbagai spekulasi liar mengenainya sehingga bukan saja menyebabkan pengundi tegar pembangkang dan atas pagar bertekad untuk terus menjauhi kerajaan, malah penyokong BN sendiri ramai yang mulai beralih arah.

Ada yang bertekad tidak mahu lagi mengundi BN berikutan isu ini, manakala yang lain sehingga bersumpah mengharamkan undi mereka kepada BN selagi Najib menjadi Perdana Menteri.

Sesuai dengan mesyuarat perwakilan UMNO yang baru bermula sekarang, apa yang dilontarkan oleh Muhyiddin ini sebenarnya tidak memberi apa-apa makna jika tidak disambut oleh bahagian-bahagian lain yang bermesyuarat selepas ini.

Menjadi pemimpin yang pertama merasmikan mesyuarat perwakilan tahun ini, Muhyiddin seolah-olah sudah membuka gelanggang untuk UMNO memilih sama ada berpencak silat mempertahankan diri daripada serangan musuh dan mengekalkan kuasa atau sekadar berani bersilat di depan pengantin saja.

Menjadi tanggungjawab UMNO bahagian-bahagian untuk menghantar mesej yang lebih jelas kepada parti dan pucuk pimpinan bahawa kemelut 1MDB ini tidak boleh lagi ditangani dengan bodek, ampu atau pujian semata-mata.

Lagi baik, jika semua orang mulai berhenti daripada mencium tangan Najib selepas ini.

Sila sambung bacaan anda di SINI


Bukan USD700 juta tapi USD1 bilion, dakwa Azmin

Posted: 26 Jul 2015 05:30 PM PDT


PKR mendakwa sejumlah USD1 bilion wang 1Malaysia Development Sdn Bhd (1MDB) dipindahkan ke akaun peribadi milik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bukannya USD700 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali, jumlah itu sangat besar dalam sejarah negara untuk seorang Perdana Menteri.

Najib-1MDB"Kita sebelum ini ingat jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi USD700 juta.

"Angka terbaru yang saya perolehi daripada 'authority' USD1 bilion dimasukan ke dalam akaun Perdana Menteri," katanya di Pulau Pinang.

Katanya, masalah 1MDB menyumbang kepada kejatuhan nilai Ringgit serta menggugat kedatangan pelabur ke Malaysia.

"Keadaan ini dijangka mengakibatkan peniaga mengambil keputusan menutup perniagaan akibat terpaksa menanggung kerugian besar," katanya lapor SelangorKini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...