Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Netizen marah Muhyiddin digugur?.. Najib tak kisah..

Posted: 28 Jul 2015 08:42 AM PDT


Sebaik sahaja Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan gugur dari jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, kebanyakan pengguna media sosial mula mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di laman sosial Facebook, rata-rata netizen mula melahirkan rasa tidak puas hati dan berpendapat bahawa Muhyiddin patut dikekalkan untuk terus mendukung barisan kepimpinan kerajaan.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Muhammad Izzudin Al Qassam melahirkan rasa hairan ke atas tindakan Najib itu.

"Najib, kenapa pecat Muhyiddin daripada jawatan TPM? Pelik la," tulisnya di ruangan komen di akaun rasmi milik Perdana Menteri.

Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Jessica Lee turut melahirkan persoalan yang sama terhadap tindakan Najib.

"Why you did this to Muhyiddin Yassin (Kenapa buat begini kepada Muhyiddin Yassin)?" katanya seperti yang dipetik menerusi ruangan komen tersebut.

Mohd Ariff Azlan, seorang lagi netizen pula berpendapat bahawa rata-rata yang meninggalkan komen di akaun Najib tidak bersetuju dengan tindakan Perdana Menteri.

"Komen-komen yang terdapat di sini menunjukkan kami tidak memerlukan kamu lagi. Jika kamu fikir dengan mengubah Kabinet, kamu akan selamat, tunggulah nanti rakyat akan bangkit dan tukar kamu dan pasukan kamu," katanya.

Sehingga berita ini ditulis, laman akaun Facebook rasmi Najib masih menerima persoalan daripada rakyat Malaysia yang rata-ratanya ingin tahu punca sebenar Muhyiddin digugurkan.

Kemudiannya Sinar Online mendapatkan reaksi orang ramai sejurus pengumuman dibuat, hari ini.

Menurut Arman Putera Asmuni, 42, Najib perlu menyatakan alasan menggugurkan Muhyiddin kepada rakyat supaya rakyat dapat menerima keputusannya itu.

"Mudah sahaja. Kenapa (gugur Muhyiddin)? Jika dia (Najib) boleh jawab kenapa, kita boleh terimalah rasionalnya keperluan menukar timbalan perdana menteri. Sebab (Muhyiddin) tidak sakit atau masalah kesihatan dan tidak ada kes besar yang dilaporkan secara rasmi terhadapnya, jadi, soalan saya, kenapa?

"Yang lain-lain juga kenapa ditukar portfolio dan digugurkan? Jika beliau boleh tampil dan jelaskan 'saya gugurkan pemimpin yang ini kerana alasan ini', rakyat boleh terima," katanya kepada Sinar Online, hari ini.

Najib dalam sidang media secara langsung menjelaskan tindakan beliau menggantikan Muhyiddin itu sememangnya 'sukar' namun keputusan dibuat demi memperkuatkan lagi jemaah menteri sebelum menghadapi Pilihan Raya ke-14.

Namun, desas-desus menyebut pengguguran itu ada kaitan dengan kelantangan Timbalan Presiden Umno itu dalam mengkritik skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Namun, Arman Putera dilihat tidak terkejut dengan keputusan itu dan sudah menjangkakan ia akan berlaku susulan beberapa tindakan Muhyiddin sebelum ini yang mengkritik 1MDB.

"Jangkaan itu ada. Saya tidak terkejut, cuma seperti saya kata tadi, mesti ada alasan kenapa gugurkan, kenapa ditukar?," katanya.

Perkara sama turut disuarakan Vanishree Radha Krishna, 37, yang mengakui tidak terkejut langsung dengan rombakan itu dan sudah pun menjangkakan perkara itu.

Namun katanya, Najib tidak sepatutnya terus 'menghapuskan' Muhyiddin apabila pemimpin itu dilihat tidak memihak kepadanya dalam skandal 1MDB.

"Sepatutnya Muhyiddin daripada awal kena bela rakyat bukan hanya pada masa ini sahaja (melibatkan skandal 1MDB). Sebelum ini pun, ada banyak lagi isu lain tapi masih belum terlambat. Mungkin sekarang beliau dah sedar. Terlalu banyak isu timbul dia rasa makin lama rakyat Malaysia dianaktirikan.

"Mungkin suara hati dia merasakan ini semua tak betul dan dia mula bersuara. Sepatutnya beliau diberikan kebebasan, tak bolehlah terus 'shut him off'. Apa yang Najib buat sekarang ini memang 'very clear cut'," katanya.

Vanishree juga kesal apabila isu perkauman dibangkitkan sejak kebelakangan ini yang didakwanya bagi menutup isu atau skandal yang didedahkan.

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini banyak isu perkauman dibangkitkan tapi realitinya ketiga-tiga bangsa utama di negara ini tidak ada gaduh. Saya tak pernah gaduh dengan Melayu atau Cina malah saya tinggal di kawasan yang pelbagai kaum.

"Saya lihat kes-kes perkauman seperti diadakan. Kami sayang negara ini dan nak tinggal di sini dengan menyayangi kaum lain seperti adik-beradik. Boleh dikatakan ahli politik di negara ini... tapi bukan semua, tidak cintakan negara ini. Mereka 'money minded'. Kalau betul mereka cintakan negara ini, mereka tidak akan rosakkan negara," katanya.

Sementara, Ahmad Razif, 27 pula memilih untuk menyerahkan semua keputusan rombakan itu kepada pihak yang berkaitan dan menanti keputusan siasatan berhubung 1MDB yang sedang berjalan.

"Isu yang melibatkan 1MDB itu sepatutnya diselesaikan secara dalaman dan tidak didedahkan kepada umum sangat tapi memandangkan dunia sekarang yang menggunakan teknologi yang pelbagai, jadi, maklumat dapat lebih cepat.

"Perkara ini dalam siasatan lagi, saya pun tak tahu nak komen positif atau negatif. Saya serahkan semua kepada Kabinet. Kita tunggulah kata putus selepas siasatan selesai nanti," katanya lapor Sinar Harian

Najib Pecat Muhyiddin, Gani Patail untuk elak disiasat, dakwa Azmin

Posted: 28 Jul 2015 05:36 AM PDT


Tindakan menggugurkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri dan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai peguam negara memberikan gambaran Datuk Seri Najib Razak, bertindak mempertahankan kedudukan dan regimnya daripada disiasat panel bebas atas pelbagai salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan berbilion ringgit, kata Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali.

Azmin berkata, Malaysia terjerumus ke dalam gaung krisis yang makin parah dengan penyingkiran Muhyiddin daripada Kabinet selepas beberapa hari selepas beliau memberi kenyataan perdana menteri perlu memberikan jawapan kepada skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Negara memerlukan reformasi menyeluruh untuk memulihkan keyakinan rakyat dan masyarakat antarabangsa demi menyelamatkan ekonomi negara dan menjamin kesejahteraan rakyat," kata timbalan presiden PKR itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa itu menggesa agar ahli-ahli Parlimen tanpa mengira parti perlu bersatu padu untuk menyelamatkan Malaysia.

Beliau berkata, rakyat tidak memberikan dokongan kepada mana-mana ahli Parlimen untuk duduk diam dan membiarkan negara menjunam ke dalam gaung krisis yang semakin parah.

"Dalam pertemuan saya selama lebih dua jam pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan pesan agar rakyat Malaysia dan NGO bersatu untuk bersama dalam membawa perubahan."

Azmin turut berkata, PKR turut memulakan siri jelajah Amanat Presiden sejak seminggu yang lalu untuk memupuk perpaduan dalam parti sebagai asas untuk menggembleng kekuatan rakyat dan semua kekuatan politik dalam negara untuk melaksanakan perubahan.

Rombakan Kabinet yang diumumkan Najib hari ini menyaksikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri yang baharu dan pada masa sama akan mengekalkan portfolionya sekarang sebagai menteri dalam negeri.

Najib membuat pengumuman tersebut hari ini dalam satu siaran secara langsung, sekaligus mengesahkan laporan The Malaysian Insider pagi ini mengenai rombakan Kabinet dan penyingkiran Muhyiddin lapor The Malaysian Inisider


Kenyataan media Najib mengenai penyingkiran Muhyiddin dan senarai Menteri Kabinet yang baru sila lihat di SINI


Kenyataan Media Muhyiddin Yassin Berhubung Pemecatannya..

Posted: 28 Jul 2015 02:30 AM PDT


Apapun alasan yang Najib berikan, sekalung tahniah buat Muhyiddin Yassin yang berani berkata benar tentang Skandal 1MDB yang dipersoalkan kebanyakkan rakyat kini kecuali macai.

Jelas beliau mempunyai prinsip dan pendirian dalam isu yang melibatkan dana milik rakyat.. biarpun akhirnya jawatannya tergadai..

Berapa kerat sangat dalam negara kita ada pemimpin macam ni baik di pihak Barisan Nasional mahupun pihak Pembangkang?

Kebanyakkannya bila dah ada jawatan.. ada kuasa.. takut nak menyanggah pendapat pemimpin yang lebih tinggi, walaupun jelas pendapat pemimpin atasan itu salah!.. bimbang hilang jawatan.. hilang kuasa..

Dalam kenyataannya, Muhyiddin menegaskan beliau mempunyai pendirian sendiri dalam isu 1MDB untuk mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara.

"Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya reda," katanya.

Kecuali dalam isu 1MDB, beliau juga menegaskan selama berkhidmat, beliau sentiasa mendukung semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan perdana menteri.

Berikut adalah kenyataan medianya..

Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009. 
Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri. 
Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet. 
Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri. 
Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, namai baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha. 
Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO. 
Kepada Allah saya berserah. 

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
27 Julai 2015



Akhirnya..Najib singkir Muhyiddin sambil membelasahnya..

Posted: 28 Jul 2015 01:02 AM PDT


Selain Muhyiddin, empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri digugurkan dari Kabinet, kata Najib dalam pengumuman di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam ucapan pengumumannya, Najib berkata beliau sememangnya bersikap terbuka dalam menerima kritikan.

"Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap kerajaan serta negara.

"Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet.

"Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu," katanya.

Berikut adalah transkrip ucapannya..

Adalah dimaklumkan bahawa selaras dengan perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan mengenai pelantikan Menteri Persekutuan dan Fasal (1) Perkara 43A mengenai pelantikan Timbalan Menteri Persekutuan, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan berikut:

Menteri Persekutuan:
(i) YB Datuk Wilfred Madius Tangau;
(ii) YB Dato' Hamzah bin Zainudin;
(iii) YB Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar;
(iv) YB Dato' Seri Mahdzir bin Khalid;
(v) YB Dato' Sri Azalina binti Dato' Othman Said;
(vi) YB Datuk Seri Ong Ka Chuan; dan
(vii) YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak

Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan pelantikan YB Senator Datuk Seri Panglima Dr. Mohd. Salleh bin Tun Said Keruak sebagai Ahli Dewan Negara dan beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negara dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Persekutuan: 
(i) YB Dato' Wira Mohd Johari bin Baharum;
(ii) YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin;
(iii) YB Datuk Nur Jazlan bin Mohamed; 
(iv) YB Senator Dato' Dr. Asyraf Wajdi bin Dato' Dusuki; 
(v) YB Senator Tuan Chong Sin Woon;
(vi) YB Dato' Seri Reezal Merican bin Naina Merican; 
(vii) YB Datuk Ahmad Jazlan bin Yaakob;
(viii) YB Tuan Masir anak Kujat; dan
(ix) YB Dato' Johari bin Abdul Ghani.

2. Rombakan Kabinet hari ini dibuat bagi tujuan memperkukuhkan lagi barisan Jemaah Menteri dalam kita menghadapi cabaran menguruskan negara sebelum Pilihanraya Umum yang ke-14.

3. Keputusan saya menggantikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, menggugurkan empat orang Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta perubahan portfolio,dibuat setelah mengambil kira pertimbangan politik dan kepentingan pentabiran.

4. Ini bagi memastikan pentadbiran di bawah saya terus komited, sentiasa fokus kepada usaha pembangunan negara sebagaimana yang telah dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat pada pilihan raya umum yang ke-13.

5. Bagi tujuan ini, Jemaah Menteri perlu bertindak sebagai satu pasukan yang jitu dalam apa jua keadaan, melangsungkan agenda pembangunan Negara serta menguruskan isu-isu Negara yang berbangkit agar dapat bertindak dengan berkesan.

6. Saya boleh menerima perbezaan pendapat dan kritikan sebagai sebahagian dari proses dalam membuat keputusan. Namun, sebagai anggota Kabinet, perbezaan pendapat dan pandangan tidak sepatutnya dilakukan di forum terbuka yang boleh menjejaskan pandangan umum terhadap Kerajaan serta Negara. Ia juga bertentangan dengan konsep tanggungjawab bersama Kabinet (collective responsibility).

7. Keputusan menggantikan Tan Sri Muhyiddin merupakan satu keputusan yang amat sukar, tetapi terpaksa saya lakukan agar Jemaah Menteri dapat bergerak sebagai satu pasukan yang jitu.

8. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh Tan Sri Muhyiddin. Begitu juga oleh Menteri dan Timbalan Menteri yang kini tidak lagi bersama saya di dalam pentadbiran Kerajaan.

9. Insha-Allah, saya yakin senarai Kabinet yang baru ini dapat meneruskan hasrat Kerajaan untuk menjayakan segala perancangan yang telah dijanjikan dan meningkatkan keyakinan serta sokongan rakyat kepada Kerajaan Barisan Nasional.

10. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Rabu, 29 Julai 2015, jam 10 pagi di Istana Negara, Kuala Lumpur.


Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak
28 Julai 2015


BERIKUT ADALAH SENARAI KABINET KERAJAAN MALAYSIA 28 JULAI 2015


Perdana Menteri 
- Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri 
- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
- Datuk Mah Siew Keong
- Datuk Seri Jamil Khir Baharom
- Datuk Seri Idris Jala
- Tan Sri Joseph Kurup
- Nancy Shukri
- Datuk Seri Abdul Wahid Omar
- Datuk Dr Wee Ka Siong
- Datuk Seri Azalina Othman Said
- Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
- Datuk Seri Shahidan Kassim
- Datuk Paul Low Seng Kuan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 
- Datuk Razali Ibrahim
- Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki (Hal Ehwal Agama)

Menteri Kewangan 
- Datuk Seri Najib Tun Razak Menteri Kewangan II
- Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah Timbalan Menteri Kewangan
- Datuk Chua Tee Yong
- Datuk Johari Abdul Ghani

Menteri Dalam Negeri 
- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

Timbalan Menteri Dalam Negeri 
- Datuk Nur Jazlan Mohamed
- Masir Anak Kujat

Menteri Pengangkutan 
- Datuk Seri Liow Tiong Lai

Timbalan Menteri Pengangkutan 
- Datuk Ab Aziz Kaprawi

Menteri Kesihatan 
- Datuk Seri Dr S. Subramaniam

Timbalan Menteri Kesihatan 
- Datuk Seri Dr Hilmi Yahya

Menteri Pelancongan
- Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz

Timbalan Menteri Pelancongan 
- Datuk Mas Ermieyati Samsudin

Menteri Pertahanan 
- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Timbalan Menteri Pertahanan 
- Datuk Mohd Johari Baharum

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Datuk Seri Mustapa Mohamed

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II 
- Datuk Seri Ong Ka Chuan Timbalan

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
- Datuk Ahmad Maslan
- Senator Datuk Lee Chee Leong

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
- Datuk Seri Dr Maximus James Ongkili

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
- Datuk Seri Dr James Dawos Mamit

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
- Datuk Amar Douglas Unggah Embas

Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi 
- Datuk Noriah Kasnon

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
- Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
- Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
- Datuk Alexander Nanta Linggi
- Datuk Ahmad Jazlan Yaakub

Menteri Luar
- Datuk Seri Anifah Aman

Timbalan Menteri Luar
- Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Datuk Abdul Rahman Dahlan

Tim. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
- Datuk Halimah Mohd Sadique

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Datuk Hamzah Zainudin

Tim. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
- Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
- Datuk Hamim Samuri

Menteri Pendidikan
- Datuk Seri Mahdzir Khalid Timbalan Menteri Pendidikan
- P. Kamalanathan - Chong Sin Woon

Menteri Komunikasi dan Multimedia
- Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
- Datuk Jailani Johari

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
- Datuk Wilfred Madius Tangau

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
- Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Datuk Seri Rohani Abdul Karim

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Datuk Azizah Mohd Dun
- Datin Paduka Chew Mei Fun

Menteri Kerja Raya
- Datuk Seri Fadillah Yusof

Timbalan Menteri Kerja Raua
- Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Menteri Sumber Manusia
- Datuk Seri Richard Riot Anak Jaem

Timbalan Menteri Sumber Manusia
- Datuk Seri Ismail Muttalib

Menteri Wilayah Persekutuan
- Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan
- Datuk Dr J. Loga Bala Mohan

Menteri Pengajian Tinggi
- Datuk Seri Idris Jusoh

Timbalan menteri Pengajian Tinggi
- Datuk Mary Yap Ken Jin

Menteri Belia dan Sukan
- Khairy Jamaluddin Abu Bakar

Timbalan Menteri Belia dan Sukan
- Datuk M. Saravanan

Dipetik dari UTUSAN.ONLINE




Gani Patail terpinga-pinga ditamatkan perkhidmatan lebih awal..

Posted: 27 Jul 2015 10:30 PM PDT


Nampak macam betul saja apa yang dikatakan sebagai 'Konspirasi Terdesak' Najib untuk mengekalkan jawatnnya sebagai Perdana Menteri ni..

Yang kritikal tentang isu 1MDB dalam Kabinetnya dikatakan bakal dicantas.. Yang menyiasat juga akan dicantas untuk lebih selamat..

Belumpun reda spekulasi yang mengatakan beberapa orang Menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri bakal disingkir dari kabinet kerana kritikal terhadap isu 1MDB, muncul pula laporan yang mengatakan Peguam Negara ditamatkan perkhidmatannya..

Bernama hari ini melaporkan Kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa berkata, perkhidmatan Abdul Gani ditamat atas sebab kesihatan.

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.  
Ali dalam satu kenyataan media pada Selasa berkata Abdul Gani akan terus berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan sehingga beliau bersara wajib pada 6 Okt 2015.

"Tan Sri Abdul Gani Patail telah banyak berjasa kepada negara selama beliau memegang jawatan sebagai Peguam Negara. Saya bagi pihak Kerajaan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih di atas khidmat bakti beliau dan berharap beliau sentiasa beroleh kesihatan yang memuaskan," katanya.  
Sementara itu, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa Isnin (27 Julai 2015). 
Perlantikan Mohamed Apandi dibuat mengikut Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan dan telah diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak... laporan penuh bacalah di SINI

Penguman kerajaan ini sebenarnya menimbulkan banyak persoalan mengenai alasan di sebalik keputusan berkenaan.

Kemungkinan berlaku konflik kepentingan dalam peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya tetapi ia patut diselesaikan dengan perubahan sistem, bukan memecat peguam negara.

Tempoh perkhidmatan Abdul Gani sepatutnya berakhir hujung Oktober ini dan tiada sebab mengapa dia perlu ditamatkan perkhidmatannya.

Orang ramai sudah bercakap mengenai kemungkinan berlaku konspirasi terdesak untuk perdana menteri kekal dengan jawatannya.

Tindakan itu, turut mengukuhkan lagi teori konspirasi berkenaan dan tambah melemahkan alasan untuk Datuk Seri Najib Razak meneruskan tugas sebagai perdana menteri kata kata Ketua Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan di SINI

Gani Patail yang ditamatkan perkhidmatannya itu pun jelas terpinga-pinga dengan tindakan Najib yang menasihatkan Yang di-Pertuan Agong itu..

Abdul Gani yang berkhidmat sebagai Peguam Negara sejak 11 tahun lalu,sehingga diberhentikan hari ini dilaporkan tidak tahu menahu mengenai keputusan kerajaan itu...

KUALA LUMPUR, July 28 — Tan Sri Abdul Gani Patail today expressed ignorance over the announcement that his service as Attorney-General has been discontinued due to health reasons. 
When contacted by Malay Mail Online, Gani only said that he was not aware of the decision that was conveyed by Chief Secretary Tan Sri Ali Hamsa this morning.  
"I don't know, OK? I don't want to say a word right now," he told Malay Mail Online when asked when the decision was made.  
Ali Hamsa announced this morning that Abdul Gani's tenure as A-G was discontinued yesterday owing to the latter's "health".  
Abdul Gani, however, will continue to serve as a judicial and legal services officer until October 6 this year, when he reaches his compulsory retirement age - The Malay Mail

Hmm.. pandai juga rupanya Najib menggunakan kuasa yang ada di tangannya.. guna kuasa yang ada untuk mengekalkan kuasa ditangannya..

Lepas ni aku cadangkan supaya Najib pecat pula Ketua Pengarah SPRM tu.. pasal sibuk sangat nak tangkap kroni-kroni dia..

KPN dan Gabenor Bank Negara.. tak apa.. kekalkan mereka sebab mereka tak kritikal pun dalam isu 1MDB ni..


Kabinet akan dirombak? Muhyiddin dijangka disingkir..

Posted: 27 Jul 2015 07:56 PM PDT


Sebelum Aidil Fiitri telah tersebar khabar yang mengatakan Najib akan melakukan rombakan kabinet selepas perayaan Aidil Fitiri, bagaimanapun ianya telah dinafikan oleh seorang Menteri.

Hari ini tersebar lagi berita tersebut yang mengatakan rombakan kabinet akan dilakukan dan Najib telah mengadap KDYMM Yang DiPertuan Agung.

Dipercayai Najib hanya akan mengekalkan Menteri-menteri yang sehaluan dengannya atau dalam lain ayat 'boleh dicucuk hidung' olehnya dan Menteri-menteri yang sering menongkah arus akan disingkirkan..

Kepandaian bukanlah kriteria utama pilihan dibuat, asalkan pandai bodek dan ikut telunjuk itu lebih penting..

Muhyiddin dikatakan akan disingkirkan dan digantikan dengan Zahid Hamidi..

Rombakan ini penting untuk Najib yang masih gagal menjelaskan isu 1MDB terus mengekalkan jawatan Perdana Menteri dalam tangannya..

Bagaimanapun.. "Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan,"


Spekulasi yang pertama datangnya dari Lidah Rasmi UMNO..

KUALA LUMPUR 27 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melakukan rombakan Kabinet dalam masa terdekat, yang pertama sejak dibentuk pada 2013. 
Difahamkan beliau telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bagi mempersembahkan senarai rombakan Kabinet itu. 
Antara menteri yang disebut-sebut terlibat dalam rombakan itu ialah Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang akan diberi tanggungjawab sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia. 
Beliau yang baru dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) dikatakan bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang bertukar potfolio lain. 
Difahamkan, seorang lagi pemimpin dari Sabah akan dilantik menganggotai Kabinet. Bagaima­napun potfolio beliau masih belum dapat dipastikan. 
Seorang timbalan menteri juga disebut-sebut akan dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh dan sekurang-kurangnya dua muka baharu dilantik sebagai timbalan menteri. 
Rombakan Kabinet itu juga mengambil kira kemelut kepemimpinan MIC melibatkan Datuk Seri G. Palanivel yang kini memegang potfolio Menteri Sumber Hijau dan Alam Sekitar. 
Kerusi menteri untuk kuota MIC itu berkemungkinan dikosongkan buat sementara waktu sehingga pemilihan semula MIC, September ini. 
Bagaimanapun sumber yang rapat dengan Perdana Menteri semasa dihubungi bagi mengulas khabar angin rombakan Kabinet menjelaskan; "Spekulasi tetap spekulasi, akhirnya Perdana Menteri yang akan membuat penentuan," 
Pada 12 Julai lalu, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BBNBC), Shahrir Samad semasa mengulas spekulasi bakal dilantik menduduki semula Kabinet, menolak jawatan itu atas alasan masa beliau sudah berlalu. 
Pada 12 Mei pula Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan menafikan satu senarai rombakan Kabinet seperti tersebar melalui beberapa laman blog dan media sosial.

Dan spekulasi yang kedua pula yang mengatakan Muhyiddin dan 4 lagi Menteri yang tak ikut cakap Najib akan disingkir..

Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan rombakan Kabinet minggu ini, menggugurkan 5 daripada 35 menteri termasuk timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang lantang mengkritik cara perdana menteri menguruskan hutang RM42 bilion syarikat milik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata sumber. 
Sumber kerajaan berkata, selain Muhyiddin, 2 lagi menteri Umno termasuk Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek akan digugurkan dalam rombakan Kabinet Najib – yang mendapatkan mandat sendiri selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). 
Naib presiden Umno paling popular dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bakal dilantik menjadi timbalan perdana menteri baharu dan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan akan dijadikan menteri penuh. 
Zahid akan mengekalkan portfolio menteri dalam negeri, kata sumber itu, dan menambah beberapa menteri kanan akan kekal untuk menyokong Najib – perdana menteri keenam Malaysia. 
Dua lagi menteri dijangka digugurkan daripada Kabinet Najib adalah Datuk Seri G Palanivel – yang baru digugurkan sebagai presiden dan ahli MIC, serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala. 
Idris yang mengetuai Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) kini berada dalam penggal keduanya sebagai senator. 
"Rombakan Kabinet akan dilakukan minggu ini dan perdana menteri mengubahsuai senarai menteri untuk Yang di-Pertuan Agong pertimbangkan," kata sumber Putrajaya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur malam tadi. 
"Senarai Kabinet akan dipersembahkan kepada Agong pada Rabu," kata sumber itu, dan menambah perundingan dengan anggota kanan Umno bermula awal minggu ini. 
Muhyiddin yang berusia 68 tahun dijangka akan digugurkan selepas memperbaharui kritikannya terhadap 1MDB dalam mesyuarat tahunan Umno Bahagian Cheras pada Ahad. 
Hutang RM42 bilion 1MDB dikritik hebat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin pembangkang. 
Mereka turut mempersoalkan Najib selepas akhbar perniagaan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan beliau menerima AS$700 juta (RM2.67 bilion) sebelum PRU13 melalui akaun peribadinya seperti berada dalam kertas siasatan penyiasat Malaysia. 
Najib dikatakan mempertimbangkan untuk menyaman akhbar perniagaan AS itu selepas pentadbirannya menggantung permit 2 akhbar perniagaan, The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily kerana laporan mereka tentang 1MDB. 
Selain itu, blog Sarawak Report disekat daripada diakses di Malaysia kerana melakukan pendedahan sama. 
Najib menubuhkan 1MDB selepas mengambil alih kuasa daripada bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009. 
Beliau masih belum melakukan rombakan Kabinetnya sejak 2009 dan selepas PRU13, Najib menambah senarai menteri penuh kepada 35. 
Selain Ahmad, timbalan menteri lain yang akan dijadikan menteri penuh adalah Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Mahdzir Khalid. 
Sumber lain berkata, bekas pegawai khas Najib dan Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim akan turut dinamakan sebagai timbalan menteri pada ketika perdana menteri mengukuhkan kuasanya menjelang pilihan raya umum tiga tahun lagi. 
Tidak diketahui siapa yang akan menggantikan Idris dan Palanivel. Idris merupakan salah seorang daripada menteri di Jabatan Perdana Menteri – jabatan terbesar dalam sejarah Malaysia moden. 
"Penyokong setia Najib akan menjadi dominan dalam Kabinet kali ini," kata sumber itu dan menambah perdana menteri mempertimbangkan untuk mengambil anggota Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat isu 1MDB. 
PAC diketuai ahli Parlimen Pulai tiga penggal Datuk Nur Jazlan Mohamed, seorang akauntan bertauliah. 
"Ini bukanlah rombakan besar-besaran, tetapi lebih kepada pengubahsuaian," kata sumber itu. 
Najib melihat kejatuhan popularitinya walaupun melakukan pelbagai inisiatif dan memenangi PRU13, di mana Barisan Nasional (BN) hanya mendapat 47% daripada undi popular. 
Najib sudah melakukan pelbagai langkah-langkah ekonomi termasuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-11 dan memperkenalkan bantuan tunai BR1M, namun hutang besar 1MDB dan pemindahan wang ke akaun peribadi menjatuhkan popularitinya. 
Muhyiddin mempersoalkan skandal menyelubungi hutang 1MDB dan wang dalam akaun peribadi Najib seperti dilaporkan WSJ, tetapi Pejabat Perdana Menteri mengatakan semalam beliau sepatutnya menunggu keputusan siasatan. 
Sekurang-kurangnya empat sudah ditahan berkait skandal 1MDB dan bekas anak syarikatnya SRC International Sdn Bhd di mana penyiasat mengatakan kes ini sangat kompleks. 
Kerajaan mengatakan siasatan awal sudah membersihkan 1MDB, tetapi masih menunggu keputusan audit ~ The Malaysian Insider

Muhyiddin dan Shafee Afdal digugurkan itu mungkin, tapi Hassan Malek dikeluarkan aku tak berapa nak yakin.. berani ke Najib nak singkirkan Hassan Malek ni?

Ahmad Maslan naik pangkat?.. ini membuktikan benar bagai dikata ramai bekas pemimpin UMNO.. dalam UMNO tak perlu cerdik.. cukup dengan pandai bodek...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...