Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Muhyiddin kata Najib akui RM2.6 bilion dalam akaunnya tersebar!!

Posted: 29 Jul 2015 08:11 AM PDT


Bekas Menteri Tan Sri Abdul Kadir bin Sheikh Fadzir mengesahkan bahawa perbualan ini sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam....

Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi perhatian hari ini.

Video sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Sebahagian daripada rakaman itu tidak dapat didengar dengan jelas, namun secara umum, Muhyiddin dalam video itu nampaknya membangkitkan bahawa beliau sudahpun bersemuka dengan Najib berhubung dakwaan tersebut.

Ia berhubung dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu, bahawa penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion) juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib.

Susulan laporan WSJ, Najib menafikan menggunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan menuduh bapa Mukhriz, bekas PM Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang untuk menjatuhkannya.

Dalam video itu, Muhyiddin memberitahu para tetamu bahawa beliau sudah bertanya mengenai sumber wang tersebut dan mendapat jawapan bahawa dana berkenaan diperolehi daripada seorang individu di Timur Tengah.

"Then saya kata kenapa masuk akaun you? Kenapa masuk akaun Najib Razak?," soal Muhyiddin.

"Dia mengaku. Jadi saya tanya: Mengapa letak dalam akaun peribadi sendiri?," kata Muhyiddin lagi dalam bahasa Inggeris.

Ketika dihubungi, Abdul Kadir mengesahkan bahawa perbualan itu sememangnya berlaku namun menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya dirakam.

Beliau juga enggan memberi pandangannya mengenai isi perbualan berkenaan.

"Saya tidak mahu komen mengenainya. Ia adalah perbualan tertutup. Ia tidak sepatutnya dirakam.

"Mukhriz sudah meminta hadirin supaya tidak merakamnya," katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi petang ini.

Berikut adalah transkrip penuh perbualan:

Muhyiddin: I asked him (Najib) from whom? He did not mention siapa nama dia, from somewhere in the Middle East.

Berapa banyak? Lepas tu dia ..(tidak jelas)... susah nak kiralah. Dia kata 'a lot', 'a lot'.

Then saya kata kenapa masuk akaun you? ... (tidak jelas) ... kenapa masuk akaun Najib Razak? Duit berapa? 700 million US dollar. Kalau kali tiga point something... 2.6 billion that goes into his personal account.

Ini dia sebut. He admitted. So I said why did you put into your personal account?

Video sila lihat di SINI

Menara Bukit Aman terbakar, hanya tingkat 10 KPN kata..

Posted: 29 Jul 2015 06:35 AM PDT


Satu kebakaran telah berlaku di salah sebuah bangunan lama Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia di Bukit Aman.

Kebakaran dilaporkan berlaku di tingkat 10 Menara 2 yang menempatkan Jabatan Narkotik dan Jabatan Siasatan Jenayah.

Pihak bomba menerima laporan kebakaran tersebut kira-kira 7.20 petang tadi.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut mengesahkan kejadian tersebut menerusi akaun Twitternya.

Menurutnya, kebakaran tersebut berjaya dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian sedang disiasat.

Tambahnya kebakaran hanya melibatkan dokumen di koridor tingkat 10 bangunan tersebut.


Beliau juga menyarankan agar semua pihak menghentikan khabar angin tentang kebakaran itu lapor AstroAwani



Tengoklah sendiri gambar-gambar yang tersebar melalui Twitter ni..





'Jangan sampai jadi Game of Thrones' - Nazir Razak

Posted: 29 Jul 2015 04:40 AM PDT


Adik kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak hari ini menasihatkan pemimpin agar sentiasa memelihara dan melindungi integriti negara.

Nazir memberikan reaksi demikian melalui akaun instagram miliknya hari ini.

Pada kapsyen di Instagram, beliau berharap agar pergolakan politik terkini negara akan berakhir dengan baik.

Beliau turut memuat naik poster drama bersiri popular dari Amerika Syarikat 'Games of Thrones'.

Game of Thrones adalah siri fantasi pengembaraan yang diterbitkan oleh HBO dan menjadi sensasi di seluruh dunia.

Siri yang kini dalam proses penggambaran musim ke-6 ini menceritakan pergelutan antara beberapa kerajaan dalam perebutan takhta serta kuasa lapor AstroAwani


Faham-faham lah ya Njib...


Ayuh Bangsa Johor, bersatu kuburkan UMNO!! - seru anak Johor

Posted: 28 Jul 2015 05:30 PM PDT


Kebanyakan penduduk Johor terutama generasi muda, meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial selepas berita pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri diumumkan, tengah hari semalam.

Ramai yang memberikan kata-kata semangat dan sokongan kepada Muhyiddin, 68, anak kelahiran Johor dan veteran politik UMNO yang menunjukkan prestasi yang membanggakan semua penduduk negeri itu.

Antara laman Facebook penyokong kuat Johor adalah laman bukan politik 'Persatuan Bangsa Johor' yang mempunyai lebih 155,000 pengikut.

Facebook berkenaan aktif dengan enam posting dalam Bahasa Melayu mengenai Muhyiddin digugurkan dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baharu.

Postin pertama dimuat naik pada jam 2 petang selepas rombakan Kabinet diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ramai penduduk Johor yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan keputusan perdana menteri yang menggugurkan nama Muhyiddin, Ahli Parlimen Pagoh.

Ada yang memberi komen, UMNO bermain kotor dan meminta ahli UMNO Johor supaya bersatu dan meninggalkan parti sebagai menyokong Muhyiddin.

Antara komen Facebook yang lain adalah dari Zam Seekers yang meminta penduduk Johor bersatu menentang UMNO: "Ayuh Bangsa Johor, bersatu kuburkan UMNO."

Seorang lagi netizen, Nazir Nordin Ibrahim mengesyorkan bagi meyokong Muhyiddin, UMNO Johor perlu keluar parti dan bergerak secara berkecuali.

"Pusat akan tumbang, support TSMY," katanya.

Ada juga yang berkata, apa yang berlaku pada Muhyiddin sama dengan yang berlaku kepada timbalan perdana menteri sebelum ini, antaranya Tun Musa Hitam.

Walau bagaimanapun isu pemisahan Johor dari Malaysia, masih lagi tema popular yang dibincangkan.

Hairul Nizam dalam komennya meminta penduduk Johor menolak politik parti dan sudah tiba masanya Johor keluar dari Malaysia.

Ada juga yang menggesa penduduk Johor menolak mana-mana parti politik dan kembali kepada kerajaan beraja secara total.

Walaupun tidak disebut yang Muhyiddin masih lagi memegang jawatan dalam parti UMNO sebagai timbalan president, jawatan itu bukan dilantik dan bergantung kepada keputusan Majlis Tertinggi.

Muhyiddin berasal dari daerah Muar dan merupakan anak guru agama terkenal di Johor.

Beliau menamatkan pengajian dan menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dan Pengajian Melayu di Universiti Malaya sebelum kembali ke Johor untuk berkhidmat sebagai anggota Perkhidmatan Awam Johor (JCS) dan kemudian menjawat beberapa jawatan sebagai pengurus kanan di sektor swasta.

Bekas Ketua Pemuda UMNO Johor kemudian bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Pagoh pada 1978 yang disandang selama dua penggal sehingga 1986.

Beliau juga pernah menjawat timbalan menteri di dua kementerian.

Beliau kemudian bertanding untuk kerusi DUN Bukit Serampang dan menang.

Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1986.

Selepas tugas menteri besar, Muhyiddin kembali menjawat beberapa portfolio sebagai menteri penuh sebelum dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada April 2009.

Beliau turut menjawat jawatan Menteri Pendidikan.

Sebagai ahli politik veteran UMNO, Muhyiddin memegang jawatan Timbalan Presiden sejak Mac 2009.

Ahad lalu, Muhyiddin mula bersuara mengenai isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) ketika majlis penutupan mesyuarat Bahagian UMNO Cheras.

Beliau dilaporkan tidak berniat jahat dalam menyokong siasatan 1MDB dan berkata perlu berkata benar dalam memberikan pandangan.

Beliau turut berkata perdana menteri perlu secara peribadi menerangkan isu berkenaan kepada umum.

Susulan itu, terdapat khabar angin bahawa Muhyiddin akan digugurkan daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri lapor The Rakyat Post


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...