Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Sarawak Report dedahkan sebab sebenar Gani Patail dipecat?

Posted: 30 Jul 2015 07:47 AM PDT


Selasa lalu selain dari tuan punya tubuh sendiri yang terkejut boleh dikatakan 1Malaysia turut terkejut dengan berita yang mengatakan Gani Patail telah ditamatkan perkhidmatannya pada harI Isnin.

Menurut Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, perkhidmatan Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai Peguam Negara ditamatkan mulai 27 Julai atas sebab-sebab kesihatan.

Gani telah digantikan oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu berkuat kuasa Isnin (27 Julai 2015).

Ramai yang mempersoalkan alasan yang diberikan oleh Ketua Setiausaha Negara itu iaitu alasan 'Kesihatan' kerana ketika mengetuai pendakwaan terhadap Anwar Ibrahim dalam kes tuduhan liwat, Gani dilaporkan sedang mengalami masaalah kesihatan.

Selain itu faktor usia juga dipersoalkan, Gani berusia 62 tahun tapi yang menggantikannya pula lima tahun lebih tua darinya..

Gani juga dilaporkan terpinga-pinga dengan penamatan perkhidmatannya itu.. sila baca di SINI

Umum mengetahui ketika perkhidmatan Gani ditamatkan dua tahun lebih awal itu beliau antara individu yang terlibat secara langsung dengan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang sedang giat menyiasat tuduhan RM2.6 Billion yang dikatakan disalurkan ke dalam akaun Najib.

Hari ini Sarawak Report, portal yang telah di 'block' oleh SKMM tapi masih boleh dilayarai telah mendedahkan sebab sebenar perkhidmatan Gani itu ditamatkan secara tiba-tiba.

Menurut Sarawak Report, Gani ditamatkan perkhidmatannya secara tiba-tiba kerana beliau sedang merangka kertas pertuduhan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Najib Tun Razak dan Dato Shansul Anuar bin Sulaiman.

Difahamkan Sarawak Report telah menerima beberapa bukti salinan dokumen yang menunjukkan Gani Patail sedang merangka pendakwaan ke atas Najib atas pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.

Salinan tersebut menurut Sarawak Report telah disahkan kesahihannya sebelum dipaparkan kepada umum untuk tujuan penyebaran.

Salinan tersebut masih berstatus 'draf' (rangka) kerana Gani ditamatkan perkhidmatan sebelum berjaya menghabiskan kertas siasatan dalam persediaan ke arah proses pendakwaan.

Draf pertuduhan pertama menunjukkan Pendakwa Raya lawan Dato' Seri Najib Tun Razak dan Dato Shamsul Anuar bin Sulaiman menyatakan kedua tertuduh tersebut bersama seorang lagi yang masih bebas iaitu Nik Faisal Ariff telah menerima suapan berjumlah RM27Juta sebagai dorongan untuk membantu mendapatkan pinjaman dari KWAP.


Menurut Sarawak Report lagi, pada pagi isnin ketika Gani mahu memasuki pejabatnya, dia telah dihalang dan dimaklumkan telah ditamatkan perkhidmatannya.

Bukan sahaja dia gagal memasuki pejabatnya pada pagi itu bahkan tidak berhasil mengambil apa-apa dokumen sekalipun.

Seterusnya bacalah kat Sarawak Report ni di SINI ..
Versi cache saja tu sebab Sarawak Report dah kena block sekali lagi sebab siarkan pendedahan ni..

Dokumen yang dimaksudkan mungkin tak kelihatan di situ.. kalau tak nampak kat situ tengoklah kat SINI

Waris MH370 anggap laporan penemuan sebagai cerita murahan..

Posted: 30 Jul 2015 05:30 AM PDT


Jangan kata dia.. kalau insiden ini melibatkan kaum keluarga kita, kita juga mungkin mempunyai perasaan yang sama dengan waris MH370 ini..

Mana taknya.. mula-mula kata jatuh di Laut Cina Selatan, kemudia kata jatuh di Selat Melaka, lepas tu kata jatuh di Laut Cina Selatan pulak.. akhirnya jatuh di Lautan Hindi.. akhirnya kata hilang..

Memang putus harapan kalau berulang kali diberikan maklumat yang langsung tak betul macam tu..

Jadi tak hairanlah kalau ada waris MH370 kata "Saya sudah masak dengan drama murahan sebegini,"

Ni laporannya...

KUALA LUMPUR: "Saya mahu tahu di mana dia dan apa yang sudah terjadi kepadanya." 
Kenyataan ringkas daripada seorang waris penumpang MH370 yang enggan dikenali itu diterima selepas penemuan cebisan sayap yang juga dikenali sebagai flaperon itu di Pulau Reunion berdekatan kepulauan Madagascar, yang berkemungkinan serpihan pesawat MH370 MAS yang hilang pada Mac 2014 bersama 239 penumpang . 
Waris berkenaan juga menyatakan, akan tetap sabar menanti perkembangan terkini penemuan itu dan berharap ada sumber lain yang boleh menenangkan hatinya yang berdebar sejak berita itu tersebar pada Rabu. 
Sementara itu, seorang lagi waris penumpang MH370 yang enggan dikenali memberitahu, penemuan serpihan itu merupakan berita tidak masuk akal selain konspirasi pihak tertentu dengan tujuan yang tertentu. 
"Tuhan memerhati mereka yang memainkan konspirasi ini, hebat gerak geri cerita MH370 ini sejak hilang dahulu sehingga sekarang." 
"Saya sudah masak dengan drama murahan sebegini," jelasnya. 
Dalam pada itu seorang lagi waris penumpang MH370 yang juga enggan dikenali menyifatkan berita itu hanya menyakitkan hatinya. 
"Kita tidak tahu betul atau tidak, sakit hati sahaja apabila membacanya," ujarnya ringkas. 
Pada Khamis, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai memaklumkan, Malaysia menghantar satu pasukan khas ke Pulau Reunion untuk menyiasat sama ada serpihan yang ditemui adalah milik penerbangan MH370 yang hilang lebih setahun lalu.
Jelasnya, sebarang penemuan perlu diteliti sebelum pengesahan boleh dibuat. 
Sebelum ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, spekulasi mengenai MH370 yang tersebar di media sosial tidak mudah dihalang, meskipun kerajaan telah melarang maklumat sedemikian dikongsikan. 
Jelasnya, maklumat itu kadang-kala datang dari luar negara dan kemudiannya disebarkan oleh pengguna media sosial tempatan lapor AstroAwani

Itulah!! berbelit-belit sangat kenyataan-kenyataan media dalam sidang media Menteri yang terlibat tu termasuk Najib.. rakyat sendiri pun dah tak percaya..


Orang kata rakaman audio mahu Najib ditangkap ini suara MB Negeri Sembilan.. tapi...

Posted: 30 Jul 2015 02:57 AM PDT


Cuba dengar betul-betul rakaman audio kat atas tu.. ianya dah tersebar melalui aplikasi WhatsApp sejak dari semalam lagi..

Ramai yang mengatakannya itu adalah suara seorang pemimpin UMNO yang memegang jawatan Menteri Besar..

Sekali dengar macam suara dia.. tapi jangan cepat percaya.. sebab rakaman suara saja, ramai yang boleh meniru suara orang lain..

Lagipun individu yang bersuara seperti Menteri Besar Negeri Sembilan itu mengaku dirinya merupakan anak kepada seorang guru, sedangkan bapa Menteri Besar Negeri Sembilan bukan seorang guru.

Dan ianya juga telah dinafikan oleh MB tersebut..

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan suara rakaman audio yang tersebar luas di laman media sosial mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah miliknya kerana terdapat kesilapan fakta dalam rakaman audio itu membabitkan dirinya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Moahamad berkata individu dalam rakaman audio itu mengakui dirinya merupakan anak kepada seorang guru, sedangkan bapanya bukan seorang guru.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tidak berasas dan tohmahan oleh pihak tertentu kononnya rakaman audio mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuatkan kenyataan oleh seorang individu yang sedang viral di media sosial sekarang adalah dari suara saya.

"Saya ingin menegaskan, saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu," kata Mohamad, dalam kenyataannya.

Beliau berkata, penyebaran rakaman audio yang cuba mengaitkan dirinya itu adalah satu fitnah berniat jahat dan cuba melaga-lagakan kepimpinan Umno.

"Buktinya kerana ada penipuan fakta dimuatkan dalam rakaman berkenaan, terutama latar belakang bapa kepada individu terbabit ialah seorang guru, sedangkan Allahyarham ayahanda saya bukan seorang guru.

"Pihak yang membuat dakwaan ini sememangnya berniat jahat terhadap saya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakan saya dengan pemimpin-pemimpin lain, baik di dalam parti Umno mahupun dalam kerajaan," kata Mohamad.

"Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya."

Rakaman audio berdurasi 1.54 minit itu mengandungi suara seorang individu yang mempersoalkan tindakan Najib berhubung isu siasatan skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara inti pati rakaman audio itu adalah individu berkenaan mempersoalkan tindakan siasatan yang dikenakan terhadap beberapa individu, termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Saya bukan nak menyebelahi Muhyiddin, mana-mana pihak, tapi dia cakap tu pun ada fakta, betul, dia kata kesilapan dilakukan, 'just apologise', kita akan bersama dia bukan kita minta dia berhenti, letak jawatan.

"Betulkan balik, jom sama-sama 'repair'. Macam (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) tanya, 'simple', dia tak tanya apa, duit tu pegi mana, itu sahaja, apa yang Najib susah sangat, duit ini aku dah terpakai, salah 'manage', dah tersilap habis cerita. Mahathir nak tanya itu je.

"Yang ditangkapnya 'office boy', 'despatch', 1MDB. Ya Allah.

"Muhyiddin kata tu betul, kenapa tak tangkap orang yang disyaki, yang ditangkapnya tak bersalah, yang buat onar orang kata Najib, tangkaplah Najib, siasatlah Najib. Ini yang dituduh tak ditangkap, yang disyaki disiasat.

"Apa 'standard office boy' nak buat kerja RM42 bilion ini...macam tak logik. Ini mendatangkan kemarahan rakyat. Rakyat zaman ni tak bodoh. Zaman mak bapak kita bodohlah. Zaman itu tiada komputer," kata suara rakaman audio itu ~ The Malaysian Insider

Hmmm... nampak macam perang proksi dah bermula ni....


Zeti Aziz sihat, tidak kena pun serangan jantung

Posted: 29 Jul 2015 11:30 PM PDT


Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami serangan jantung seperti yang dikhabarkan sesetengah pihak.

Jurucakap Bank Negara memberitahu China Press, Zeti bekerja di Bank Negara seperti biasa dan tidak diwadkan seperti dikhabarkan.

"Tidak, Zeti tidak mengalami serangan jantung. Beliau dalam keadaan baik," kata jurucakap yang tidak dinamakan itu.

Menurut jurucakap tersebut, Zeti tidak hadir di Bank Negara pada pagi Isnin, tetapi memulakan kerja di pejabat pada sebelah petang.

Zeti sehari dua ini juga menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman Bank Negara sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau dalam keadaan tidak sihat lapor MalaysiaGazette


Patutlah Mesyuarat MT UMNO Di Tangguh...

Posted: 29 Jul 2015 09:22 PM PDT


Presiden UMNO Datuk Seri Najib menghadapi jalan buntu untuk menyingkikran Tan Sri Muhyiddin dari kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO yang sepatutnya dilakukannya dengan pantas setelah menyingkirkannya dari Timbalan Perdana Menteri.

Ini terdedah apabila mesyuarat MKT yang dipanggilnya esuk disamping Taklimat Presiden UMNO mengenai penyingkiran itu dibatalkan kerana dibimbangi akan menimbulkan kekecohan.

Walaupun Muhyiddin dan Shafie Afdhal yang menjadi mangsa pemecatan tidak berpotensi untuk menimbulkan kekacauan tetapi kenyataan mereka untuk hadir di MKT sudah cukup mengancam perasaan Najib.

Ini berbeza dengan Tun Dr. Mahathir yang walaupun tidak pasti sokongan terhadapnya tetapi telah memanggil mesyuarat MKT sebaik sahaja memecat Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri tetapi Najib nampaknya tidak berani mengambil risiko walaupun beliau pasti sebahagian besar anggota MKT menyokongnya.

Saya tidak boleh membayangkan apa akan terjadi pada UMNO sekiranya Muhyiddin terpaksa dikekalkan kedudukannya hingga mesyuarat Perwakilan UMNO akan datang.

Dalam tidak menemui alasan yang kuat , Najib mungkin akan membuat kenyataan beliau tidak bermaksud untuk memecat Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden UMNO tetapi sekadarkan Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Jika keadaan ini berterusan maka Najib akan menghadapi cabaran yang lebih besar kerana mesyuarat-mesyuarat Bahagian UMNO yang sedang dipanggil di seluruh negara pastinya yang akan menjmput Muhyiddin dan tidak akan sepi dari perbincangan mengenai pembuangannya dan akan membuat keputusan mengenainya.

Beliau tentunya tidak segera memanggil mesyuarat MKT jika beliau tidak mempunyai keyakinan bahawa semua proses penyingkiran Muhyiddin akan berjalan dengan lancar dengan didahuli mesyuarat MKT untuk pemecatan Muhyiddin dan dikuti dengan taklimat kepada ketua-ketua UMNO.

Tetapi pembatalan kedua jadual ini membuktikan bahawa Najib telah mebuat salah perhetongan yang menambahhkan lagi jumlah kesilapannya sekian banyak yang sedang dihetong oleh rakyat.

Jika belaiu takut berhadapan dengan wakil-wakil UMNO di majlis taklimat maka bagaimakah jika beliau dijemput untuk merasmikan mesyuarat -mesyuarat UMNO bahagian?. Apakah beliau akan bersifat selective dengan menghadiri hanya mesyuarat UMNO bahagian yang diketahui menyokongnya?

Kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Mohamed Khaled Nordin (Utusan Malaysia hari ini) meminta semua ahli UMNO menghormati Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO miskipun disingkirkan dari Timbalan Perdana Menteri tidak memberikan mesej yang baik kepada Datuk Seri Najib.




Akibat kelewatan tindakan Najib itu maka ada kemungkinan desakan-desakan akan datang dari bahagian-bahagian UMNO supaya kedudukan Muhyiddin di kekalkan sebagai Timbalan Presiden

Malah seorang veteran UMNO, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO dan juga Speaker Dewan Undangan Negeri Johor Datuk Aziz telah memberi amaran tidak secara langsung kepada Najib bahawa beliau akan dipersalahkan jika UMNO musnah dan hancur dari tindakannya menyingkirkan Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Silalah sambung bacaan anda di SINI

Ahmad Maslan nafikan dakwaan Muhyiddin wang 1MDB masuk ke akaun Najib

Posted: 29 Jul 2015 05:30 PM PDT


Inilah sifat macai sejati.. dakwaan belumpun disiasat tapi dia dengan penuh yakin dah menafikan dakwaan tersebut..

Dakwaan Muhyiddin belumpun disiasat oleh pihak berkuasa namun Ahmad Maslan dengan penuh yakin telah menafikan apa yang dikatakan telah didakwa oleh Muhyiddin itu.

Penafiannya berdasarkan jawapan yang didengarnnya dari Najib sendiri iaitu ketika taklimat yang diadakan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO sahaja..

Sedangkan menurut Muhyiddin Yassin penjelasan mengenai dakwaan skandal syarikat pelaburan itu menerusi 'fact sheet' yang diedarkan kepada jemaah menteri sebelum ini terlalu ringkas dan tidak komprehensif.

"Memang ada 'fact sheet' yang agak ringkas, tidak begitu komprehensif dan hanya menyatakan data yang hanya boleh dilihat dalam tempoh 5 hingga 10 minit.

"Ia tidak memadai, kerana 1MDB ini isu besar. Sebab itu saya perlu dapatkan maklum balas,"

Kita anggaplah penjelasan Najib mengenai Skandal 1MDB itu adalah sama baik untuk MT UMNO mahupun Ahli Kabinet..

Memang sifat macai pun.. kerana taksub kepada Najib.. percaya bulat-bulat apa yang Najib katakan..

Kalau semua macam ni.. tak perlulah ada Mahkamah dan Hakim dinegara kita ini, cukup sekadar dengan yang dituduh menafikan tuduhan kepadanya di khalayak ramai.. kes selesai...

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan menolak dakwaan video yang dirakamkan di kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengakui wang sebanyak RM2.6 bilion telah dipindahkan ke akaun peribadinya.

"Itu tidak betul.. tidak ada pengaliran wang dan sebagainya. Sebenarnya presiden (Najib) telah memberi taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi (UMNO) tentang perkara yang berkaitan.

"Beliau tidak pernah menggunakan 1MDB dan masuk ke dalam akaun dia," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis makan malam bersama Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputra Malaysia (PPIPBM), pada Rabu.

Jelas beliau, perkara itu sudah pun diperjelaskan Perdana Menteri dan beliau menafikan telah menggunakan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Terbaru, video pendek berdurasi 57 saat yang dimuat naik Malaysiakini menunjukkan, bekas Timbalan Perdana Menteri itu sedang berbual dengan beberapa tetamu termasuk Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir dan Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir di kediamannya Selasa lalu.

Dalam perbualan mereka itu, Muhyiddin menyebut Najib pernah mengakui kepadanya bahawa terdapat sejumlah besar wang dipindahkan ke akaun peribadinya lapor AstroAwani



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...