Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rosmah nafi dakwaan Asia Sentinel beliau mahu singkir Zeti Aziz

Posted: 31 Jul 2015 09:01 AM PDT


Antara apa yang Asia Sentinel laporkan semalam ialah, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1MDB yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Najib.

Rosmah dikatakan marah dengan kebocoran maklumat berkenaan akaun banknya dan mengenai kemasukkan wang berjumlah RM2 Juta ke dalam akaun peribadinya.

Susulan dari kebocoran maklumat tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi akaun banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam.

Malangnya Zeti enggan melayan permintaan atau arahan Rosmah itu dan sejak dari itu Zeti dijadikan sasaran untuk disingkirkan dari jawatan Gabenor Bank Negara.

Zeti juga dikatakan akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi-transaksi yang melibatkan syarikat-syarikat yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas.

Zeti menurut Asia Sentinel akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media.

Perkara inilah yang membimbangkan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat ikut suka Najib kerana jawatan Gabenor Bank Negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh Agung sahaja..

Terjemahan cerita sepenuhnya sila baca di SINI

Hari ini Rosmah melaui Peguamnya telah menafikan dakwaan Asia Sentinel itu dan meminta Editor portal tersebut, John Berthesel mengemukakan semua bukti untuk menyokong tuduhannya itu atau akan di saman.

Berikut adalah laporan penafian itu..

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Sebuah portal berita asing, Asia Sentinel, digesa membuktikan dokumen rasmi ke atas tuduhan yang dilaporkan dalam artikel terbitan mereka baru-baru ini.

Editor portal itu, John Berthesel bertanggungjawab atas penerbitan satu artikel pada 30 Julai lalu bertajuk 'Isteri Perdana Menteri Malaysia mahu Gabenor Bank Negara dipecat'.

Beliau turut digesa untuk memohon maaf secara terbuka kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kerana laporan itu menjejaskan imej dan reputasi beliau.

Memetik kenyataan peguam yang mewakili Rosmah, Messrs Noorhajran Mohd Noor dalam kenyataannya hari ini berkata, John perlu meminta maaf di atas semua dakwaan dan salah lapor yang dibuatnya itu dalam masa 48 jam.

"Tuduhan dalam laporan berbentuk artikel itu sangat serius dan dari sumber yang tidak tepat.

"John boleh merujuk sendiri kepada Bank Negara Malaysia mengenai kebenaran maklumat yang ditulis dalam laporan itu," menurut kenyataan itu.

Dalam laporan itu, Asia Sentinel melaporkan, atas dasar takut, Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz perlu dipecat kerana bimbang pendedahan ke atas penyiasatan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan akaun peribadi Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang boleh menjatuhkan kerajaan Malaysia.

Dalam pada itu Noorhajran berkata, John diminta menyerahkan semua dokumen dan sumber rujukan untuk dijadikan bukti dan menguatkan tuduhannya seperti yang terdapat dalam laporan yang ditulis dalam masa 48 jam.

Sekiranya John gagal berbuat demikian tindakan undang-undang dan proses pendakwaan menggunakan kanun jenayah dan sivil akan diambil ke atasnya lapor The Rakyat Post



UMNO Johor Mula Memberontak!!

Posted: 31 Jul 2015 03:30 AM PDT


Pemberontakan akar umbi Umno bermula di Selatan tanah air pada ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin pulang ke Pagoh hari ini selepas tiga pemimpin sayap bahagian di Johor mengumumkan peletakan jawatan mereka.

Dua ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Tenggara hari ini meletakkan jawatan mereka susulan hilang kepercayaan kepada kepimpinan Presiden Datuk Seri Najib Razak selepas tindakan drastiknya memecat Muhyiddin daripada Kabinet pada Selasa lalu.

"Peletakan jawatan ini kerana saya melihat perjuangan kepimpinan tertinggi pada hari ini terpesong jauh daripada perjuangan asal pemimpin-pemimpin terdahulu.

"Kes pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet juga menyaksikan yang bercakap benar itu dicantas, yang membela rakyat akan dipecat," kata AJK Pemuda Umno Bahagian Tenggara Asrul Esreen Mohd Salleh dalam satu kenyataan menerusi Whatsapp hari ini.

Dalam kenyataan bersama itu, seorang lagi AJK daripada bahagian sama, Saiful Zakry Ripin juga mengumumkan peletakan jawatan daripada sayap parti tersebut.

Asrul membidas tindakan ke atas Muhyiddin sebagai pengkhianatan kepada perjuangan Umno yang sepatutnya mendengar keluhan rakyat.

"Perkara yang berlaku ini sangat ketara untuk rakyat seperti saya berasa pengkhianatan kepada bangsa saya, agama dan parti saya.

"Ini tidak sehaluan dengan perjuangan saya dan perjuangan pemimpin terdahulu, kepimpinan sekarang tidak banyak mendengar keluhan rakyat," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin sayap, Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Tebrau Suriyani Subar juga sudah meletakan jawatan pada 13 Julai lalu.

Surat peletakan tersebut sudah dihantar kepada Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Sementara itu, sumber memberitahu bakal terdapat lagi pemimpin akar umbi dari Johor khususnya daripada sayap parti yang bakal mengikut jejak sama.

Difahamkan, mereka tidak berpuas hati dengan cara layanan presiden terhadap Muhyiddin, pemimpin nombor 2 parti yang berasal dari Johor itu.

"Ini maruah orang Johor, bagaimana boleh seorang pemimpin nombor dua diberikan layanan begitu.

"Ramai lagi yang akan meletak jawatan, terutamanya daripada Johor," kata sumber Umno Johor itu.

Terdahulu sebelum kontroversi pemecatan Muhyiddin daripada Kabinet, penganjur kontroversi Nothing 2 Hide Datuk Khairul Anuar Rahmat juga sudah meletak jawatan selaku naib ketua Pemuda Umno Johor dan ketua Pemuda Umno Bahagian Kluang.

Selasa lalu, Najib mengumumkan barisan Kabinet baharunya tanpa Muhyiddin dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal yang disingkirkan kerana tidak selari pandangan dalam isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin itu masih belum dipecat daripada Umno dan masih mengekalkan jawatan masing-masing.

Kedua-dua pemimpin difahamkan juga tidak berpuas hati dengan keputusan penyingkiran itu.

Muhyiddin ketika ini sedang berada di kawasan parlimennya, Pagoh, lawatan pertama selepas disingkir lapor The Malaysian Insider


Haa.. Menteri Macam Ini Barulah Najib Sayang...

Posted: 31 Jul 2015 01:15 AM PDT


Kata Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin menganggap kabinet terkini yang dibentuknya baik untuk kerajaan, namun rakyat tidak berkongsi pendapat itu.. 

"Saya rasa perdana menteri berfikir ia adalah kabinet yang lebih baik.

"Tapi saya baca blog-blog, komen Facebook dan saya tak nampak (rakyat berfikir) begitu. Kalau kamu baca semua ini kamu akan tahu apa yang rakyat fikir," katanya.

Itu kata Mahathir.. dia mungkin banyak membaca Blog-blog dan komen-komen di Facebook milik penyokong Pembangkang.. cuba dia baca Blog dan komen dalam Facebook macai tengok..

Najib itu adalah Presiden UMNO yang terbaik dalam dunia.. tiada Presiden UMNO yang dilantik sebagai Perdana Menteri lebih baik dari Najib.

Disamping menjadi Perdana Menteri, kehebatannya sebagai Menteri Kewangan juga amat terserlah.. buktinya nilai RM berbanding Dollar US kini sedang menghampiri CGPA Ahmad Maslan.. Mahathir boleh buat ke macam tu?

Pasal Kabinet pula.. rombakan kabinet Najib baru-baru ini memanglah untuk menjadikan Kabinet itu lebih baik.. jadi untuk menjadikannya Kabinet yang baik untuk Najib hanya manusia-manusia yang pandai bodek diirinya perlu diletakkan..

Contohnya macam dia ni...

Pendedahan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa sejumlah RM2.67 bilion dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukanlah isu besar, kata Datuk Seri Azalina Othman Said. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut menerimanya. 
"Bagi saya kalau orang derma duit kat saya suruh jaga anda semua dan simpan atas nama saya, itu hubungan saya dengan penderma… apa salahnya. 
"Kecuali orang kata, 'Datuk saya derma duit ini untuk Umno, untuk Parlimen, untuk NGO', saya kena ikut cakap penderma. 
"Dalam isu duit (RM2.67 bilion), saya tak melihatnya sebagai isu besar… bagi saya itu budi bicara orang yang derma duit," katanya seperti dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.
Muhyiddin dalam satu klip video yang dibocorkan ke Internet berkata Najib mengakui RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun banknya. 
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan sedang memberitahu tetamu di rumahnya, beliau bersemuka dengan Najib berhubung laporan The Wall Street Journal (WSJ) mengenai wang AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang didakwa didepositkan ke akan peribadi perdana menteri itu. 
Dalam video itu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dilihat duduk bersebelahan Muhyiddin. 
Mengulas mengenai tersiarnya video itu, Azalina berkata kesetiaan dan iltizam Muhyiddin untuk memperkukuhkan Umno selepas digugurkan daripada Kabinet boleh dipertikaikan. 
"Saya rasa agak sedih, sepatutnya kalau ada masalah bincanglah, kita ini orang parti. 
"Saya tidak faham, siang kata nak beri sokongan padu, malam keluar video," katanya dipetik sebagai berkata. 
Ditanya mengenai sama ada tindakan boleh diambil kepada Muhyiddin kerana dianggap mengkhianati parti, Azalina berkata tiada mana-mana ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memiliki imuniti. 
"Bagi saya, sesiapa pun boleh dipecat kalau dia mengkhianati parti. Dia perlu dipecat. Saya tidak tahu lagi (sama ada Muhyiddin mengkhianati parti), tak tahu hari ini dia buat apa, esok lusa (mungkin) dia bakar bendera Umno ke, tak tahu. 
"Yang saya tahu sesiapa pun termasuk saya boleh dikenakan tindakan disiplin kerana tiada imuniti sebagai timbalan presiden atau ahli majlis tertinggi," katanya kepada akhbar itu lapor The Malaysian Insider 

RM2.6 Billion bukan isu besar?.. kalau macam tu lepas ni kita mungkin dengar skandal yang melibatkan Trillion pulak la..

Lagi cepat melingkuplah negara kalau semua Menteri macam ni...


Patutlah Dr. Mahathir tak bercakap dah pasal 1MDB...

Posted: 30 Jul 2015 11:00 PM PDT


Ini adalah kenyataan pertama yang terpacul daripada mulut Dr. Mahathir selepas Perdana Menteri  Najib Tun Razak menyingkirkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Dalam rombakan yang dibuat pada Selasa lalu, Najib menjelaskan tindakan itu dibuat selepas Muhyiddin mempersoalkan pembabitannya secara terbuka dengan skandal itu.

Sebelum ini, Dr Mahathir secara lantang mengkritik kerajaan berhubung skandal yang berlaku dalam syarikat pelaburan milik negara itu.

Bahkan beliau mendesak Najib yang juga Pengerusi Lembaganya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas 1MDB terjebak dengan masalah hutang yang membebankan negara.

Tun Dr Mahathir Mohamad enggan memberi komen mengenai isu yang selama ini menjadi sasaran kritikannya - 1MDB.

Namun, di sebalik keengganan itu bekas perdana menteri tersebut tetap dengan sifat sinisnya. 
Ditanya wartawan mengenai isu itu, Dr Mahathir berkata, bercakap mengenai 1MDB kini adalah "suatu jenayah". 
"Saya cuma nak beri amaran kepada anda, saya tak boleh memberi komen mengenai 1MDB kerana bercakap mengenai 1MDB kini suatu jenayah," katanya. 
Ditanya sama ada beliau sudah melihat klip video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat kenyataan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengaku menerima dana RM2.6 bilion, Dr Mahathir menjawab: "Ya". 
"Semua orang sudah melihatnya, tapi Najib tidak pernah menafikan (beliau) menerima wang berkenaan. 
"Tapi saya tak sepatutnya bercakap mengenai itu. Ia kini haram. Saya tak cakap apa-apa ya," katanya lapor MalaysiaKini


Gani Patail perlu bersuara mengenai kertas pertuduhan PM itu..

Posted: 30 Jul 2015 07:53 PM PDT

Semalam Sarawak Report mendedahkan kertas pendakwaan dikatakan disediakan bekas peguam negara terhadap perdana menteri dan bekas pengarah urusan yang ditahan pasukan petugas khas dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan Nik Faisal Ariff Nik Othman Kamil. 

Bagaimanapun, Pejabat Peguam Negara menafikan kewujudan kertas pertuduhan terhadap Najib, dan dakwaan itu menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan perdana menteri menggunakan kesalahan jenayah, kata Apandi.

Peguam negara yang baharu dilantik itu berkata plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan.

"Kertas pertuduhan yang dikatakan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan perdana menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat," kata Apandi dalam satu kenyataan.

Beliau berkata pasukan petugas khas yang menyiasat skandal syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum melengkapkan siasatan maka tidak mungkin kertas pertuduhan dapat disediakan lebih awal.

"Tuduhan warga asing Clare Rewcastle-Brown dalam blog politik Sarawak Report tidak benar," katanya.

Mengulas mengenai perkara ini Ketua Biro Guaman dan Undang-undang PKR Latheefa Koya berkata, selagi bekas peguam negara belum menafikan atau mengesahkan kesahihan dokumen disiarkan Sarawak Report itu, adalah salah untuk membuat kesimpulan.

"Demi kepentingan umum, diharapkan Gani untuk tampil ke depan dan menjelaskan perkara ini," kata Latheefa dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, pagi ini.

"Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali tidak boleh membuat kesimpulan dengan mendakwa terdapat satu plot untuk menjatuhkan PM semata-mata kerana rupa kertas pertuduhan yang didakwa ini. Di manakah bukti bagi apa-apa rancangan jahat?," katanya lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...