Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Nak Jimat, Jangan Balik Kampung Raya Ni - Syed Abdul Aziz Qubra

Posted: 05 Jul 2015 09:00 AM PDT


Pakar penasihat kewangan mencadangkan orang ramai khususnya umat Islam tidak balik kampung tahun ini untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bagi menjimat perbelanjaan.

Syed Abdul Aziz Qubra berkata, langkah itu bagi mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan kos sara hidup.

Katanya, langkah tidak balik kampung untuk menyambut hari raya, orang ramai boleh mengawal perbelanjaan disebabkan kenaikan harga minyak dan bayaran tol.

Dia memberi cadangan itu dalam slot Celik Kewangan bagi program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM pada Khamis yang membincangkan isu bertajuk Gaji oh Gaji.

Katanya, langkah tidak balik kampung untuk beraya tahun ini juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu menyewa hotel.

"Kalau dah ramai mesti tidur hotel dah menjadi trend sekarang tidur di hotel apabila balik beraya… tak main tidur rumah mak bapak, sempitlah..sedangkan perbelanjaan bertambah," katanya.

Syed Abdul Aziz berkata, jika perbelanjaan tahun ini meningkat berbanding tahun sebelumnya, mengapa orang ramai tidak mengubah sikap berbelanja.

Katanya, orang ramai tidak seharusnya berterusan menyalahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sedangkan diri sendiri tidak mahu mengubah cara perbelanjaan.

Katanya, adalah sesuatu yang mengarut apabila terjebak dalam keaddan kewangan yang teruk dan terpaksa berhutang dengan along semata-mata mahu dipuji mak mertua apabila balik kampung.

Cadangan itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial tetapi rata-rata menyatakan tidak puas hati dengan kenyataan itu.

"Nasib baik dia tak cadang raya tahun ini ditangguhkan kerana nak berjimat," komen Mohd Zarul Zaqry.

"Lebih baik dia cadangkan rakyat Malaysia bunuh diri saja. Tak perlu beli beras untuk makan, tak perlu beli pakaian. Beli kain kapan dan upah penggali kubur saja," tulis Mamat Cengkerik.

"Protege Ahmad Maslan dah ditemui. Tahniah," komen Ariff Medina ~ Free Malaysia Today


Samseng UMNO mengamuk di Majlis Kit Siang

Posted: 05 Jul 2015 07:19 AM PDT


Satu majlis perjumpaan bersama DAP di sebuah kedai kopi di Masai, Johor bertukar kecoh apabila diserang sekumpulan orang yang mahu menghalang Lim Kit Siang berucap.

Sejurus selepas acara bermula kira-kira jam 2 petang, kira-kira 50 orang menyerbu masuk ke premis berkenaan dan mula membaling beberapa objek, termasuk cawan, mangkuk plastik dan penyapu ke arah Lim.


Saksi berkata, Lim tidak mengalami sebarang kecederaan tetapi nasib tidak begitu baik untuk beberapa individu yang melindungi Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

Katanya, kumpulan yang menyerbu kedai itu juga menjerit pelbagai kata-kata, seperti "Balik Kit Siang", "babi", "komunis" dan "mampus".

Ada beberapa anggota polis di tempat kejadian tetapi didakwa mereka gagal mengawal keadaan.

Kekecohan itu hanya berakhir kira-kira 30 minit kemudian selepas penganjur majlis mengiringi Lim meninggalkan lokasi berkenaan.

Pada asalnya, majlis itu adalah sesi dialog DAP dengan komuniti Sabah dan Sarawak di Johor.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong yang turut hadir di situ berkata, dia mengenali sebahagian daripada orang yang menimbulkan kekecohan itu adalah pemimpin Umno Pasir Gudang lapor Malaysiakini



Peguam Negara sahkan lihat dokumen yang dimaksudkan WSJ

Posted: 04 Jul 2015 03:30 PM PDT


Aku setuju dengan pendapat Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ni.. katanya berdasarkan kenyataan dibuat Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini, secara tidak langsung telah memberi wibawa kepada laporan Wall Street Journal (WSJ) berbanding penafian mengenainya oleh Datuk Seri Najib Razak.

Tuan Ibrahim juga bertanya apakah Peguam Negara akan dituduh menyiasat 1MDB berdasarkan 'info-info palsu' yang didedahkan seorang bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.

"Jika ya, apakah Kementerian Dalam Negeri akan memberikan surat tunjuk sebab kepada Peguam Negara?" katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Disebabkan Gani sendiri mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap kes penyaluran dana 1MDB yang menggemparkan itu, Tuan Ibrahim sekali lagi mendesak Najib bercuti serta-merta agar siasatan dapat dijalankan secara telus dan bebas...

Peguam Negara lihat dokumen siasatan 1MDB

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan beliau melihat laporan siasatan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank perseorangan Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataan beliau hari ini, Abdul Gani berkata, ia adalah antara dokumen yang diambil pasukan petugas khas bagi menyiasat isu 1MDB.

"Pasukan ini (pasukan petugas khas) telah memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan. Saya mengesahkan bahawa saya telah menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak daripada Pasukan Petugas Khas ini.

"Sehubungan itu, saya telah meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya telah memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

"Saya juga mengesahkan bahawa pada 3 Julai 2015, pasukan petugas khas ini telah menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan telah memperoleh dokumen dari ketiga-tiga premis terbabit," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Gani tidak menjelaskan butiran lanjut dokumen yang dimaksudkan.

Katanya, siasatan akan ditumpukan kepada setiap aspek yang dibangkitkan

Semalam Wall Street Journal membuat laporan mengejutkan mengenai dapatan penyiasat yang mengaitkan pengaliran dana hampir AS$700 juta ke akaun persendirian "Dato' Seri Mohd Najib Bin Hj Abd Razak".

Selepas Najib memberikan penjelasan mengenainya hari ini timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin tampil menggesa perdana menteri membuat pengesahan atau penafian meyakinkan berhubung kewujudan akaun berkenaan lapor Malaysiakini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...