Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kuhyiddin perlu ambil alih kepimpinan negara segera..

Posted: 06 Jul 2015 09:00 AM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera mengambil alih kepemimpinan negara daripada Datuk Seri Najib Tun Razak.

Gesaan itu dibuat oleh Datuk Husam Musa kerana mendakwa negara ini buat pertama kalinya benar-benar berada dalam keadaan sangat kritikal.

Katanya, tindakan drastik perlu diambil termasuk menukar tampuk pemerintahan negara dan individu paling layak adalah Muhyiddin selaku pemimpin nombor dua negara.

"Muhyiddin sewajibnya menemui Yang Dipertuan Agong bersama Peguam Negara untuk menyembah maklum keadaan yang ada dan seterusnya mencadangkan pelucutan jawatan Perdana Menteri.

"Ahli Parlimen seluruhnya perlu menunjukkan sikap patriotik mereka termasuk memberikan sokongan kepada TPM untuk mengambil alih negara dari Najib sekalipun mereka adalah dari parti-parti di luar kerajaan.

"Muhyiddin juga perlu menjamin suatu tindakan undang-undang diambil tanpa mengira kedudukan dan pangkat. Lebih banyak malapetaka akan berlaku jika tindakan segera tidak diambil," katanya dalam kenyataan media.

Husam berkata, kenyataan berani dan terbuka Peguam Negara pada Sabtu lalu sebenarnya sudah cukup bagi seorang pemimpin yang bermaruah mengambil langkah mengundurkan diri.

"Segalanya telah tersimpul dalam kenyataan itu dan hingga petang ini, Isnin 6 Julai, empat hari selepas kenyataan itu, Najib gagal mengeluarkan sebarang penjelasan terhadap kenyataan Peguam Negara.

'Ketika Peguam Negara membuat kenyataan telah melihat sendiri dokumen-dokumen berkaitan dan mengarahkan serbuan dibuat ke atas syarikat berkaitan, negara kita sepatutnya telah pun diambil alih oleh seorang Perdana Menteri yang baru atau paling kurang Pemangku," katanya lapor FreeMalaysiaToday


Tangkap Mahathir jika benar dialah dalangnya kata bekas MT UMNO

Posted: 06 Jul 2015 07:26 AM PDT


Jika benar Tun Mahathir adalah dalang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil wang dari 1MDB, pihak berkuasa sepatutnya tidak berlengah lagi untuk membuat tangkapan.

Bekas anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu bertindak segera menahan Tun Mahathir jika ada kebenaran dalam dakwaan tersebut.

Hal itu diluahkan Saifuddin dalam laman Twitternya.

Semalam, Najib mendakwa bekas Perdana Menteri keempat itu merupakan individu di sebalik pembohongan yang dibuat Wall Street Journal dan Sarawak Report, berkaitan isu skandal 1MDB.

Kata Najib, Tun Mahathir berbuat demikian kerana keengganannya tunduk kepada permintaan bekas perdana menteri itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Fello Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong menyarankan agar Najib membuktikan dakwaan tersebut.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu membuktikan dakwaannya yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi dalang di sebalik laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.


Fello Penyelidik Utama Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Dr Teo Kok Seong berkata, selagi dakwaan itu tidak dibuktikan, selagi itu mantan perdana menteri itu tidak boleh dituduh menjadi dalang di sebalik laporan berkenaan.

"Saya rasa tuduhan dalang ini perlu ada buktinya. Maksudnya Najib benar-benar tahu dan boleh memberi bukti kukuh Dr Mahathir adalah dalangnya.

"Jika ada bukti, tampil segera dan nyatakan kepada umum.

"Tuduhan Najib itu dilihat akan mencalarkan lagi imejnya dalam keadaannya sekarang sekali gus tidak membawa sebarang faedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Teo mengulas status di laman Facebook Ketua Pegawai Eksekutif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM), Datuk Saifuddin Abdullah yang menggesa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk segera menangkap Dr Mahathir.

Ia rentetan dakwaan Najib di dalam laman Facebooknya baru-baru ini.

Perdana Menteri baru-baru ini menyangkal laporan WSJ yang mendakwa dana hampir AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Najib turut mendakwa Dr Mahathir merupakan individu di sebalik laporan tersebut.

Katanya, tuduhan tidak berasas itu adalah susulan keengganannya untuk tunduk kepada Dr Mahathir kerana tidak mahu Malaysia diperintah melalui proksi.

Najib turut dilaporkan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang ingin menjatuhkan kerajaan.

Mengulas perkembangan berasingan, Teo berkata penafian Najib dalam isu akaun banknya masih belum cukup kukuh.

"Penafian itu harus disekalikan dengan kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) dan AmBank. Tidak kekangan untuk bank berkenaan mengeluarkan kenyataan demi membesihkan nama Najib.

"Jika ada kekangan seperti Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) seperti yang didakwa, saya rasa boleh dikecualikan untuk isu ini," ujarnya.

Katanya lagi, kekangan BAFIA hanya akan merumitkan keadaan sekali gus menyebabkan imej Najib semakin tercalar.

"Dalam keadaan tertentu untuk menegakkan kebenaran dan atas budi bicara bank sendiri, rasanya boleh diketepikan kekangan itu.

"Jika tidak imej Najib akan menjadi tidak baik dan menambah syak wasangka dunia kepada Najib sendiri," jelasnya.

Sebelum ini, Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihak AmBank atau BNM tidak boleh mendedahkan wujud atau tidak nombor akaun yang didakwa WSJ adalah milik Najib.

Tegasnya, bank-bank berkenaan pelu merahsiakan maklumat kerana perkara tersebut tertakluk kepada undang-undang di bawah BAFIA lapor AstroAwani


Oh.. patutlah AmBank dan BNM membisu saja tentang tuduhan terhadap Najib itu..

Posted: 06 Jul 2015 02:30 AM PDT


Ramai termasuk aku sendiri tertanya-tanya kenapa dua buah Bank yang dinamakan oleh The Wall Street Journal dalam dakwaannya terhadap Najib hingga kini masih membisu.

Ambank dengan mudah boleh mengeluarkan satu kenyataan mengatakan bahawa akaun-akaun ini yakni 2112022011880, 2112022011906 dan 2112022009694 bukanlah akaun milik Presiden UMNO iaitu Najib Tun Razak..

Begitu juga dengan Bank Negara yang menjaga transaksi dan laporan tunai, Jika USD681 Juta dipindahkan dari luar negara kedalam akaun yang dikatakan milik Najib di AmBank itu Bank Negara sudah pasti menyedarinya..


Samada akaun yang dimaksudkan itu masih kekal atau ditutup serta seluruh wang telah dipindah keluar negara Bank Negara pasti menyedarinya..

Sama dengan AmBank, Bank Negara Malaysia boleh mengeluarkan satu kenyataan menafikan wujudnya transaksi yang didakwa itu..

Tapi kenapa Bank Negara juga membisu?.. Adakah mereka bersekongkol dengan Mahathir untuk menjatuhkan Najib?

Ini jawapannya...

KUALA LUMPUR: Pihak AmBank atau Bank Negara Malaysia (BNM) disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang didakwa atas nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar wujud atau sebaliknya. 
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bank-bank berkenaan dilihat perlu merahsiakan maklumat sekali gus tindakan itu tertakluk kepada undang-undang di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA). 
"Tiada sebab Najib atau mana-mana menteri Kabinet yang dilihat boleh mengeluarkan arahan kepada AmBank atau BNM supaya mengeluarkan rekod bank seseorang individu. BAFIA halang AmBank dan BNM dedah pemilik akaun kontroversi tersebut. 
"Jadi tidak ada apa yang boleh mendesak kedua-dua bank itu untuk mendedahkan apa sahaja yang tertakluk di dalam Akta BAFIA, jika didedah, kepercayaan rakyat termasuk dunia kepada sistem perbankan negara akan musnah," katanya ketika ditemui di sini hari ini. 
Abdul Khalid mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menggesa AmBank serta BNM mengesah atau menafikan sama ada nombor akaun yang didedahkan AWSJ yang didakwa atas nama Najib benar-benar wujud. 
Jelas Rafizi, langkah ini dapat memberi gambaran terbaik kepada rakyat sama ada Najib benar-benar terlibat atau tidak dalam pengambilan dana berjumlah hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari 1MDB. 
Sebelum ini, Abdul Khalid merupakan seorang ahli korporat dan pernah menjadi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB). 
Pada tahun 1981, Abdul Khalid menjadi terkenal setelah menyelesaikan 'serangan Subuh' di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51 peratus syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam. 
Abdul Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd dari tahun 1995 sehingga 2003. 
Dalam pada itu ujar Abdul Khalid, kenyataan Rafizi sekali gus dilihat mengelirukan orang ramai serta sengaja menimbulkan persoalan yang tidak harus terjadi. 
Bagaimanapun katanya, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan boleh memulakan siasatan ke atas pemilik akaun bank yang didakwa AWSJ serta Sarawak Report. 
"Akta BAFIA itu pula tidak tertakluk kepada kuasa SPRM sendiri untuk 'masuk' dan memulakan siasatan terhadap laporan media itu. 
"Hasil daripada siasatan harus diumum dan ia akan menyelesaikan kemelut yang melanda Najib sendiri," ujarnya. 
Pada Ahad, Najib menegaskan, selaku perdana menteri yang dipilih rakyat, dia tidak akan sesekali mengkhianati rakyat dan harta benda negara ini. 
Kata Najib, pihaknya tidak akan membenarkan anasir luar untuk menggugat dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dipilih oleh rakyat, sesuka hati mereka. 
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, pihak berkuasa kini menyiasat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan AWSJ yang juga dilaporkan oleh Sarawak Report lapor AstroAwani

BAFIA.. sebabnya.. jadi susahlah kalau Najib mahu rakyat mempercayai kata-katanya 100%.. macai mungkin percaya..

Jadi tepatlah kalau bekas Peguam Negara Tan Sri Abu Talib Othman, mahu Najib sendiri segera menjelaskan sama ada beliau mempunyai beberapa akaun peribadi di AmBank itu..

"Kesan memfailkan saman undang-undang terhadap WSJ akan mengambil masa yang lama. Perkara segera adalah bagi perdana menteri untuk menjelaskan sama ada beliau mempunyai akaun di bank itu," kata Abu Talib.

Tapi masaalahnya ialah kalau Najib mengaku dia ada akaun di AmBank, secara tidak langsung dia dah akui akan kebenaran WSJ tentang beliau memiliki akaun di AmBank..

Sudahlah Peguam Negara sendiri pun dah sahkan melihat laporan siasatan yang didakwa WSJ tu..

Nak nafikan pula nanti WSJ dan Sarawak Report keluarkan detail transaction tu pula lagi haru..

Ahhh... tersepit pulak Pahlawan Bugis ni..


Setelah teruk dibelasah Netizens, Syed Abdul Aziz Al Qubra kata "Saya tak kata Nak Jimat, Jangan Balik Kampung Raya Ni "..

Posted: 06 Jul 2015 12:30 AM PDT


Dia memberi cadangan itu dalam slot Celik Kewangan bagi program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM pada Khamis yang membincangkan isu bertajuk Gaji oh Gaji. 

Katanya, langkah tidak balik kampung untuk beraya tahun ini juga boleh menjimatkan perbelanjaan kerana tidak perlu menyewa hotel.

Tapi nak cover-up setelah teruk dibelasah oleh Netizens, Pengarah Eksekutif CCT, Creative Trainers (M) Sdn Bhd, Syed Abdul Aziz Al Qubra berkata, kupasannya terhadap isu kewangan telah dieksploitasikan dan disalah erti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


"Kalau orang tonton rancangan tersebut dari awal, mereka akan faham apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Bila mereka potong video program itu dan viralkan, itu yang menyebabkan orang-orang awam marah.

"… Sekarang minyak naik, kadar tol pun dikatakan akan meningkat, saya sarankan kita semua supaya beringat, ia mungkin menyusahkan bagi sesetengah individu, Jika balik kampung terasa terbeban dengan terdesak dan rasa dibebankan untuk tunjuk barang kemas baharu atau kereta baharu, saya sarankan lebih baik jangan balik kampung, tol dan minyak pun dapat dijimatkan. Itulah penjelasan sebenar saya," jelasnya lagi.

Apa yang dah dieksploitasi?.. ayat yang diulang itulah yang mencetuskan kemarahan ramai.. video lihatlah di SINI

Sepatutnya dia sarankan supaya 53 peratus wanita ingin mendapatkan barang kemas baharu , 23 peratus rakyat Malaysia ingin berkahwin lagi sempena menyambut Syawal, 18 peratus individu atau pasangan akan membelanjakan wang untuk membeli kelengkapan dan perabot baharu manakala 8 peratus lagi berkeinginan untuk membeli kereta baharu di musim perayaan, membatalkan hasrat mereka.. bukannya sarankan supaya jangan balik Kampung..

Tapi aku ada keraguan dengan statistik yang mengatakan "23 peratus rakyat Malaysia ingin berkahwin lagi sempena menyambut Syawal" ni.. mana Pengacara RTM dapat tu?

Laporan berkaitan..

SHAH ALAM - Tampil dengan penjelasan sebenar, Pengarah Eksekutif CCT, Creative Trainers (M) Sdn Bhd, Syed Abdul Aziz Al Qubra berkata, kupasannya terhadap isu kewangan telah dieksploitasikan dan disalah erti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 
"Kalau orang tonton rancangan tersebut dari awal, mereka akan faham apa yang saya cuba sampaikan sebenarnya. Bila mereka potong video program itu dan viralkan, itu yang menyebabkan orang-orang awam marah. 
"Tajuk segmen yang diberikan kepada saya adalah 'Celik Kewangan: Gaji Oh Gaji!' Saya hanya mengupas tajuk yang diberikan berdasarkan statistik yang diajukan kepada saya. Sebenarnya begini, apa yang saya jelaskan menerusi program tersebut adalah beban yang terpaksa ditanggung oleh sesetengah individu hanya untuk pulang beraya ke kampung," jelasnya ketika dihubungi Sinar Online, semalam. 
Katanya lagi, mengikut statistik yang diajukan pengacara rancangan program, Tazneem Faizal, Syed Abdul Aziz berkata, 53 peratus wanita ingin mendapatkan barang kemas baharu sempena Aidilfitri, 23 peratus rakyat Malaysia ingin berkahwin lagi sempena menyambut Syawal, 18 peratus individu atau pasangan akan membelanjakan wang untuk membeli kelengkapan dan perabot baharu manakala lapan peratus lagi berkeinginan untuk membeli kereta baharu di musim perayaan ini. 
"Saya hanya menjawab soalan yang diberikan oleh pengacara program. Saya cuma mahu bantu rakyat dari segi perancangan ekonomi. Kalaulah balik kampung itu dirancang dari awal, tidaklah ada masalah buat mereka," katanya lagi. 
Ditanya mengenai kenyataan 'jangan balik kampung jika mahu jimatkan minyak dan tol' yang kini viral di media sosial, beliau berkata, ia merupakan salah faham besar oleh majoriti rakyat negara ini. 
"Mengikut statistik trend balik kampung sekarang, hampir 53 peratus wanita akan membeli barang kemas hanya kerana tidak mahu ditegur oleh ibu mertua atau saudara-mara kerana memakai barang kemas tahun lepas. Maka dibelanjakan wang itu untuk membeli barang kemas. Sedangkan kita semua perlu beringat, keadaan sekarang sudah cukup mencabar buat semua pihak khusus golongan berekonomi sederhana dan rendah. 
"… Sekarang minyak naik, kadar tol pun dikatakan akan meningkat, saya sarankan kita semua supaya beringat, ia mungkin menyusahkan bagi sesetengah individu, Jika balik kampung terasa terbeban dengan terdesak dan rasa dibebankan untuk tunjuk barang kemas baharu atau kereta baharu, saya sarankan lebih baik jangan balik kampung, tol dan minyak pun dapat dijimatkan. Itulah penjelasan sebenar saya," jelasnya lagi. 
Terdahulu, video Syed Abdul Aziz yang dirakam menyarankan rakyat Malaysia supaya tidak pulang ke kampung untuk menjimatkan tol dan minyak menjadi viral di media sosial 
Rakaman video yang dipetik menerusi sebuah rancangan bual bicara tersebut mendapat perhatian dan kritikan rata-rata pengguna laman sosial. 
Syed Abdul Aziz dalam pada itu tidak menolak peratusan individu yang terpaksa membuat hutang hanya untuk pulang ke kampung. 
"Kita semua tahu pulang ke kampung memerlukan belanja yang besar. Kalau balik masa tengah tidak ada duit atau gaji belum masuk, itu lebih susah. 
"Sekarang ini, setiap hari kira-kira 56 individu di negara ini diisytiharkan muflis. Saya tidak mahu anda salah seorang daripada individu yang diisytiharkan muflis," ujarnya lapor Sinar Harian



Najib mencipta sejarah sebagai Menteri Kewangan hari ini..

Posted: 05 Jul 2015 10:30 PM PDT


Mata wang ringgit jatuh ke paras terendah sejak tambatan dolar dihapuskan pada tahun 2005 – serentak dengan peningkatan risiko Greek akan keluar dari zon euro dan membantutkan permintaan dalam pasaran baru muncul.

Data yang dikumpul Bloomberg setakat 8.31 pagi ini di Kuala Lumpur, mata wang itu susut sebanyak 0.7% kepada 3.8045 berbanding dolar.

Ringgit ditambat pada RM3.8 bagi setiap dolar pada tahun 1998 sewaktu krisis kewangan Asia selepas ia susut sebanyak 35% berbanding tahun sebelumnya sewaktu baht Thai turut mengalami penurunan.

Mata wang Malaysia mempamerkan prestasi tukaran paling buruk di Asia tahun ini, sewaktu perdebatan politik menyelubungi firma sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terus berlangsung dan menghantui Datuk Seri Najib Razak.

Penurunan 48% harga minyak mentah dari harga tertinggi tahun lepas menyebabkan Fitch Ratings memberi amaran pada Mac lalu, negara pengeksport bersih minyak ini berdepan penurunan taraf kerana keadaan kewangan yang merosot.

Fitch tidak menurunkan taraf pada 30 Jun lalu selepas penilaian sebaliknya, menaikkan penarafan A-, gred pelaburan keempat terendah, dari negatif kepada stabil dan ia melonjakkan tahap optimis terhadap ringgit buat seketika lapor The Malaysian Insider


Dahulukan negara dan rakyat. Bukan kepentingan peribadi atau kesetiaan peribadi kata Adik Najib

Posted: 05 Jul 2015 08:23 PM PDT


Ada benarnya bila adik Najib, Nazir Razak ini menulis 'We must remember to place the country & the rakyat first, Not personal interest, not personal loyalties, not even party politics.'

Sebabnya kebanyakkan dari kita sekarang bila terlibat dengan politik baik dipihak Kerajaan mahupun Pembangkang semuanya boleh dikatakan taksub kepada pemimpin..

Taksub kepada pemimpin parti membabi buta biarpun nampak didepan mata kesalahan dilakukan tapi kerana kepentingan peribadi, buat-buat tak nampak saja..

Nak tegur takut kepentingan tergugat, takut hilang jawatan dan hilang segala yang diperolehi melalui kabel politik..

Kalau sikap ini tidak diubah.. sampai kiamatlah negara kita macam ni..

Laporan berkaitan..

Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Abdul Razak - adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak - menyifatkan situasi politik Malaysia sebagai "masa gelap politik". 
Dalam satu posting di Instagram, Nazir meletakkan gambar Tugu Negara. 
Katanya, mereka berkorban supaya kita boleh membina sebuah negara. 
Dalam masa gelap politik ini, katanya, kita mesti ingat untuk mendahulukan negara dan rakyat. 
"Bukan kepentingan peribadi, atau kesetiaan peribadi, atau malah bukan politik parti," kata Nazir, yang mengetuai CIMB, kumpulan perbankan kedua terbesar di negara ini. 
Gambaran yang diberikan oleh Nazir berhubung senario politik itu dibuat di tengah-tengah dakwaan bahawa hampir AS$700 juta telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib. 
Menurut laporan The Wall Street Journal Jumaat lepas, sebahagian besar daripada dana itu telah dipindahkan dalam bulan Mac 2013, dengan bakinya dipindahkan antara Disember 2014 dan Mac 2015. 
Najib telah menuduh pengkritik utamanya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di belakang dakwaan tersebut. 
Najib memberitahu pemberita semalam bahawa perkara itu sudah dirujuk kepada peguam beliau dan mereka akan memberikan nasihat mengenai tindakan wajar yang boleh diambil dari segi perundangan lapor Malaysiakini



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...