Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Biar betul.. 3 dari 6 akaun dibekukan Pasukan Petugas Khas 1MDB adalah milik Najib?

Posted: 07 Jul 2015 08:13 AM PDT


Pasukan petugas khas yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kini sudah membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan pada 6 Julai lalu.

Dalam satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara, dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pasukan berkenaan turut mengambil dokumen berkaitan 17 akaun daripada 2 bank.

"Perintah pembekuan 6 akaun bank pihak-pihak yang dipercayai terlibat dalam kes ini dikeluarkan pada 6 Julai, 2015.

"Selain itu, pasukan petugas khas juga mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun dari 2 buah bank bagi membantu siasatan," kata kenyataan bersama itu.

Sabtu lalu Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengatakan pasukan petugas khas sudah memulakan siasatan selepas The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan berbilion ringgit wang 1MDB dipindahkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pasukan petugas khas juga dalam kenyataan itu menyatakan mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menamakan bank berkenaan.

"Siasatan masih berjalan, justeru, pasukan petugas khas menyeru kepada semua pihak agar memberi kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan.".. laporan penuh sila baca di SINI


Bagaimanapun beberapa ketika kemudiannya The Malaysian Insider melaporkan 3 dari 6 akaun yang dibekukan itu adalah milik Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Najib Tun Razak..

Berikut adalah laporannya...


Tiga daripada 6 akaun bank yang dibekukan oleh pasukan petugas khas semalam dimiliki Datuk Seri Najib Razak, ketika siasatan diteruskan terhadap kes wang berbilion ringgit didakwa dipindahkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Sumber mendedahkan kepada The Malaysian Insider, 2 daripada akaun itu ialah daripada Ambank dan Affin Bank.

Pembekuan itu berlaku selepas laporan The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa Khamis lepas sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) daripada syarikat-syarikat berkaitan 1MDB didepositkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Terdahulu hari ini, satu kenyataan bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyatakan pasukan yang ditubuhkan bagi menyiasat syarikat sarat hutang itu kini membekukan 6 akaun bank dengan perintah pembekuan dikeluarkan semalam.

Menurutnya, pasukan berkenaan turut mengambil dokumen-dokumen berkaitan 17 akaun daripada 2 buah bank bagi membantu siasatan.

Pasukan itu juga mengambil dokumen-dokumen melibatkan isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia oleh bank terbabit.

Tindakan pihak berkuasa itu dipercayai berkaitan dengan laporan WSJ itu serta laman pemberi maklumat Sarawak Report yang mendedahkan mengenai pemindahan wang berbilion ringgit ke akaun-akaun peribadi Najib.

Pada Sabtu, Gani dilaporkan berkata, pasukan itu sedang meneliti dokumen yang diambil dalam serbuan di premis pejabat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.

Tiga syarikat itu juga dinamakan oleh WSJ dalam laporannya.

Najib setakat ini menafikan tuduhan itu, mengatakan ia helah politik dirancang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang selama ini berusaha mahu menyingkirkan beliau.

Akhbar terbitan New York itu bagaimanapun bertegas mengatakan laporan mereka dibuat berdasarkan dokumentasi yang kukuh lapor The Malaysian Insider

Dokumen aliran wang ke akaun Najib yang didedahkan WSJ silalah lihat di SINI


This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sarawak Report tak dapat diakses selepas dedah gambar Najib, Rosmah dan Jho Low..

Posted: 07 Jul 2015 03:00 AM PDT


Laman sesawang pendedah maklumat, Sarawak Report tidak dapat diakses semula, sehari selepas mendedahkan sekeping gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak serta isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, pegawai PetroSaudi dan ahli perniagaan Low Taek Jho yang ketika itu didakwa bercuti di Selatan Perancis.

Tidak dapat dipastikan punca mengapa laman sesawang yang berpusat di London itu tidak dapat diakses dalam insiden terbaru ini.

Minggu lalu, Sarawak Report juga berkata laman sesawangnya mengalami "serangan" sama, ekoran pendedahan Wall Street Journal (WSJ) mengenai dakwaan US$700 juta (RM2.6 bilion) dimasukkan ke dalam akaun perdana menteri.

Gambar itu didakwa diambil pada Ogos 2009, menunjukkan Jho Low, pemilik PetroSaudi Putera Turki; Najib; isterinya Rosmah; anak mereka Nor Ashman dan Nooryana Najwa, dan pengarah PetroSaudi Tarek Obaid tersenyum lebar atas bot mewah Tattoosh.


Gambar itu didakwa dihantar pegawai khas Najib kepada Tarek Obaid dan Jho Low sebagai tanda kenangan.

Bagaimanapun, semakan The Malaysian Insider pada jam 3.30 petang mendapati Sarawak Report sudah boleh diakses semula.

Sementara itu, pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle Brown memberitahu The Malaysian Insider, laman webnya kerap menerima serangan sejak 3 minggu lalu.

Katanya, pihak yang terlibat dalam serangan itu pastinya mengupah individu yang "mahal" cuba membuang cerita yang "tidak digemari" dan mengganggu kemudahan carian Google laman sesawang terbabit.

Katanya, penyerang juga dilihat menggunakan teknik Distributed Denial of Service (DDOS) baharu yang melibatkan letusan mikro yang boleh menyebabkan laman sesawang tidak berfungsi, tetapi ia sukar untuk dikesan.

"Mereka juga mula menjalankan kerja itu ketika kami sedang tidur, kerana mereka sedar kami berada dalam waktu Eropah.

"Tindakan ini tampak tidak matang dan tidak produktif, tetapi saya rasa ada orang yang menerima bayaran besar membekalkan perkhidmatan ini dan memberitahu pelanggannya yang mereka berjaya mengganggu kami," katanya.

Brown berkata, pasukan Sarawak Report berjaya "mengawal keadaan" walaupun terdiri daripada sekumpulan sukarelawan yang kecil." lapor The Malaysian Insider


Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Najib dengan 1MDB-nya kata Mahathir

Posted: 07 Jul 2015 01:00 AM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kembali kritikan bahawa beliau memalukan negara dengan bercakap kepada media antarabangsa berhubung isu 1MDB dan kepimpinan Datuk Seri Najib Razak. 

Menjawab kritikan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman itu, Mahathir berkata pihak yang memalukan Malaysia sebenarnya Najib dan 1MDB, bukan beliau.

"Sesungguhnya yang memalukan negara ialah Datuk Seri Najib dengan 1MDB-nya.

"Sebelum ini negara tidak pernah dicemuh dengan tuduhan-tuduhan yang tidak terjawab seperti sekarang," katanya.

Menulis di blognya hari ini, Mahathir berkata, jika "skandal" seperti itu berlaku di luar negara sudah tentu pemimpin itu akan meletakkan jawatan dan memohon maaf.

"Tetapi di Malaysia ada orang yang mempertahankan pemimpin tanpa sebab, hanya kerana keselamatan jawatan," sindirnya.

Beliau mengulas kritikan Anifah padanya kerana memberikan wawancara kepada akhbar Amerika The New York Times.

"Mungkin Anifah tidak pernah baca suratkhabar Amerika sebelum usaha untuk memburukkan nama saya dijadikan asas mempertahankan perdana menteri Najib.

"Tetapi seluruh dunia tahu berkenaan Datuk Seri Najib, Jho Low dan 1MDB," katanya.

'Anak tiri berlagak kaya'

Beliau juga berkata akhbar terkenal Washington, New York dan London juga telah menyiarkan rencana panjang berkaitan 1MDB, Najib dan dakwaan hidup mewahnya.

Mahathir juga dengan laporan berkaitan hartawan Jho Low dan anak tiri Najib Riza Aziz.

Selain itu Mahathir turut membangkitkan kajian pakar Barat bahawa Malaysia adalah salah sebuah daripada sepuluh negara tahap rasuahnya tertinggi di dunia.

"Tetapi Anifah tidak berasa malu dengan semua laporan ini. Tidak ada sepatah pun disuarakan olehnya.

"Semua laporan yang memburukkan Malaysia dibuat sebelum saya mengkritik Datuk Seri Najib," katanya lagi.

Mahathir juga berkata Anifah patut menyoal Najib dan menasihatinya "supaya tidak bersahabat dengan Jho Low dan melarang anak tirinya dari berlagak sebagai hartawan kaya" lapor Malaysiakini


Najib kini paling popular di WSJ.. Macai tentu bangga..

Posted: 06 Jul 2015 10:31 PM PDT


Perhatian seluruh dunia nampaknya mula beralih arah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tinjauan Sinar Online mendapati laporan ke atas isu Najib dengan dana badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menduduki carta paling popular di Wall Street Journal biarpun hampir seminggu isu tersebut dimainkan.

Tajuk berita Malaysian Leader Faces Political Test (Pemimpin Malaysia Berdepan Ujian Politik) hasil tulisan James Hookway melonjak naik menduduki tangga pertama dalam carta tersebut sejak disiarkan semalam.

Artikel tersebut yang berkisar mengenai tekanan yang terpaksa dihadapi oleh perdana menteri selepas penyiasatan pertama kali dilakukan ke atas beliau berhubung dakwaan terbabit.

Artikel tersebut dikongsi oleh 3,081 pelayar Facebook dan turut mendapat kongsian oleh 42 pengguna Twitter.

Dalam pada itu, penulisan artikel pendapat bertajuk Scandal in Malaysia (Skandal dalam Malaysia) mula memanjat carta paling popular portal antarabangsa itu.

Menduduki tangga kelima, artikel yang disiar sejak semalam itu mendapat kongsian ke 420 akaun Facebook and turut dikongsikan oleh 39 pemilik akaun Twitter yang lain.

Manakala artikel Malaysia 1MDB Probe Says It Has Found Documents Tied to Alleged Transfers to Prime Minister Najib (Siasatan 1MDB Malaysia menjumpai dokumen yang boleh dikaitkan dengan pemindahan dana ke akaun Perdana Menteri) yang disiar sejak Sabtu lalu kekal menduduki carta di tangga keenam.

Artikel tersebut yang ditulis oleh Tom Wright dan Celine Fernandez yang melaporkan mengenai dokumen yang mengaitkan dana 1MDB dengan akaun bank Najib telah dikongsikan oleh 7,968 pengguna Facebook setakat ini, selain di retweet oleh 124 pengguna Twitter.

Secara keseluruhan, ia jelas menunjukkan laporan pemberitaan perdana menteri negara mendominasi carta terbabit.

Ia secara jelas membuktikan tumpuan seluruh dunia kini terarah kepada negara dan pemimpinnya.


Putrajaya beli perisian pengintip dari 'Hacking Team', untuk intip rakyat?

Posted: 06 Jul 2015 08:35 PM PDT


Maklumat bocor atas talian mendedahkan kerajaan Malaysia antara negara membeli perkhidmatan dari syarikat penggodam berpangkalan di Milan, Hacking Team, yang menjual perisian kepada kerajaan penindas untuk mengintip rakyat mereka.

Ini didedahkan selepas Hacking Team sendiri menjadi mangsa godam besar-besaran hujung minggu lepas, di mana maklumat yang dibocorkan termasuk mengenai senarai klien yang dipost ke akaun Twitter syarikat itu sendiri.

Menurut posting Twitter oleh pengguna @obeselowlife di laman blog medium.com, Perisikan Malaysia dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) merupakan klien Hacking Team.


Menurut posting tersebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pernah menjadi klien namun invois yang dimuat naik ke Twitter oleh pengguna @SynAckPwn menunjukkan kontrak dengan badan anti rasuah tersebut kini tamat.



The Malaysian Insider menunggu jawapan SPRM dan PMO bagi mendapatkan maklum balas mereka.

Salah satu daripada perisian dibeli Malaysia adalah sistem kawalan jauh Da Vinci, 'trojan horse' yang membuat pengguna membuka sistem, di mana selepas itu perisian tersebut mampu mengesan, mencuri dengar serta memuat turun maklumat dari peranti terjangkit tersebut.

Kebolehan Da Vinci termasuk membuat salinan cakera keras komputer, merekod panggilan Skype, emel, mesej, serta kata laluan yang ditaip ke dalam browser.

Ia juga mampu mengaktifkan webcam peranti serta mikrofonnya untuk mengintip sasaran.

Menurut akhbar Britain, The Guardian, kumpulan privasi mengalu-alukan godaman ke dalam syarikat penggodam itu, termasuklah Privacy International yang mengatakan bahan dibocorkan itu menunjukkan bagaimana Hacking Team membantu kerajaan penindas dunia untuk mengintip rakyat, termasuk di Bahrain, Ethiopia dan Sudan.

Kumpulan tersebut juga dilaporkan berkata, alat pengintipan itu digunakan sebelum ini bagi menyasarkan aktivis hak manusia serta penyokong pro demokrasi.

@obeselowlife berkata di medium.com yang ia pelik mengapa PMO boleh menjadi pelanggan kepada perisian hitam itu, sambil menambah satu masa dahulu, Wikileaks mendedahkan kewujudan unit perisikan antarabangsa dalam PMO yang dirujuk kepada umum sebagai Research Division (Bahagian Penyelidikan).

Sementara rakyat Malaysia membahaskan kejadian selepas skandal Snowden pada 2013 dan kesannya kepada Malaysia, agensi di PMO sudah pun menyiapkan kontrak untuk menambah lebih perisian pengintip sebagai senjata elektroniknya.

"Pengawasan kerajaan elektronik mendalam di Malaysia kemungkinan sudah pun 'fait accompli' (sudah terjadi) apabila perbahasan global tentang pengawasan elektronik heboh pada 2013," kata posting tersebut.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...