Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Surat Najib kepada WSJ hanya helah lengahkan masa, kata Peguam

Posted: 08 Jul 2015 07:30 AM PDT


Sesuatu yang tidak masuk akal untuk peguam Datuk Seri Najib Razak menghantar surat meminta penjelasan kepada penerbit The Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke dalam akaun bank peribadi perdana menteri, kata peguam, sambil mencadangkan ia sekadar satu muslihat untuk melengahkan masa.

Mereka menegaskan, firma guaman yang bertindak bagi pihak pelanggan yang terkilan biasanya akan mula-mula menghantar surat tuntutan kepada penerbit dan kemudian memfailkan saman fitnah jika tidak dibuat penarikan balik dan permohonan maaf.

Peguam berkata surat itu seolah-olah menunjukkan Najib tidak pasti sama ada hendak membawa WSJ ke mahkamah atau tidak kerana mencemarkan reputasinya.




Peguam Fahri Azzat berkata, langkah yang diambil oleh peguam Najib untuk mendapatkan penjelasan dan butiran lanjut merupakan satu "prosedur ingin tahu."

"Mereka tidak seperti dalam keadaan bersegera untuk memulakan tindakan saman fitnah terhadap WSJ," kata Fahri.

Peguam itu berkata, artikel yang disiarkan WSJ Jumaat lalu, mengenai sejumlah besar wang yang didepositkan ke dalam akaun bank Najib, berunsur fitnah dan surat tuntutan sepatutnya dihantar kepada penerbit berkenaan.

"Tetapi, akhbar itu menyiarkan keterangan dokumentari semalam untuk menyokong laporannya," katanya.

Fahri mengulas surat yang dihantar firma guaman Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kepada Dow Jones, pemilik WSJ memintanya bertindak balas dalam masa 14 hari menyatakan sama ada Najib menyelewengkan hampir AS$700 juta daripada 1MDB.

"Kami diarahkan anak guam kami (Najib) untuk mendapatkan pengesahan sama ada anda berpendirian, seperti dalam artikel itu, yang pelanggan kami menyelewengkan hampir AS$700 juta daripada 1MDB?

"Kami diarahkan mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektifnya menunjukkan anda tidak pasti 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu', tetapi sebaliknya, kandungan umum artikel itu mewujudkan gambaran yang jelas mengatakan pelanggan kami menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB,"kata surat yang dikirim melalui emel itu," katanya.

Surat itu merujuk kepada 2 artikel bertajuk "Malaysia leader's accounts probed" (Akaun pemimpin Malaysia disiasat) terbitan 2 Julai dan "Scandal in Malaysia" (Skandal di Malaysia) terbitan 6 Julai, kedua-duanya ditulis Simon Clark dan Tom Wright.

Surat itu juga menunjukkan kemungkinan kedua-dua penerbitan dan penulis akan didakwa.

"Sila maklumkan kepada kami sama ada anda melantik peguam di Malaysia untuk menerima penyampaian prosiding undang-undang bagi pihak anda dan bagi pihak wartawan yang menulis artikel itu jika prosiding undang-undang perlu diadakan," kata surat itu.

Peguam New Sin Yew berkata peguam yang layak menentukan sama ada sesuatu penerbitan itu berunsur fitnah atau sebaliknya.

"Ia bukan perkara biasa bagi peguam untuk mendapatkan penjelasan sebelum membuat keputusan memfailkan tuntutan di mahkamah. Hanya baca artikel itu dan putuskan sama ada perdana menteri difitnah atau tidak," katanya.

New berkata, surat kepada WSJ itu sama seperti meminta penerbit berkenaan membantu dalam membuat keputusan sama ada untuk memulakan tindakan undang-undang atau tidak.

"Ini satu surat yang pelik dan ia mendedahkan perdana menteri tidak pasti dengan pendiriannya," katanya.

Peguam N Surendran berkata, dakwaan terhadap Najib jelas iaitu sejumlah besar wang dipindahkan ke dalam akaun peribadinya.

"Tiada apa lagi untuk dijelaskan. Peguam beliau hanya perlu senaraikan permintaan mereka dalam surat tuntutan, termasuk satu aku janji yang WSJ tidak akan mengulangi dakwaan itu," katanya.

Katanya, langkah berikutnya ialah memfailkan saman jika tuntutan tidak dipenuhi.

Surendran berkata, beliau percaya WSJ akan mencabar sebarang tindakan saman oleh Najib di Malaysia atau di mana-mana bidang kuasa lain kerana akhbar itu berdiri teguh di belakang penulisannya, mengatakan ia berdasarkan bukti yang kukuh.

Bagaimanapun, peguam SN Nair berpendapat, bukan sesuatu yang pelik untuk meminta penjelasan dan butiran sebelum memfailkan tindakan sivil.

"Saya menerima pakai langkah ini sebelum membuat tuntutan dan memulakan tindakan undang-undang bagi pihak anak guam saya," katanya.

Nair yang pernah mewakili bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam saman fitnah berkata beliau menjangkakan seorang peguam yang bertanggungjawab akan bertindak dengan berhemah.

"Dalam proses menjalankan tugas profesionalnya, seorang peguam juga perlu memastikan reputasi beliau tidak dalam risiko," katanya.

Khamis lepas, WSJ mendakwa sehingga AS$700 juta dipindahkan ke akaun peribadi Najib dengan AmPrivate Bank, sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

Najib bagaimanapun berkata, beliau tidak pernah mengambil sebarang dana daripada 1MDB untuk kepentingan peribadi dan menyalahkan laporan terkini itu kepada bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, yang beberapa bulan kebelakangan ini sering menggesa Najib meletak jawatan.

Dokumen itu, menurut WSJ diperoleh daripada "siasatan kerajaan Malaysia," termasuk borang permohonan kiriman wang, surat kuasa deposit wang tunai dan carta yang menggariskan aliran wang.

Dalam borang itu, butiran pembayaran disenaraikan sebagai pemindahan dana untuk "program CSR" (tanggungjawab sosial korporat) lapor The Malaysian Insider



Najib dakwa WSJ dan 'pihak tertentu' bekerjasama untuk jatuhkannya.. dia dah fobia nak sebut nama Mahathir ke?

Posted: 08 Jul 2015 05:00 AM PDT


Tiga hari yang lalu ketika menyangkal laporan Wall Street Journal (WSJ) yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.65 bilion) dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, Najib mendakwa Mahathir adalah dalang pendedahan itu..

Beliau mendakwa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan individu di sebalik pembohongan yang dibuat termasuk oleh Sarawak Report.

Katanya, tuduhan tidak berasas itu adalah susulan keengganan beliau untuk tunduk kepada Dr Mahathir kerana tidak mahu Malaysia diperintah melalui proksi.




"Saya percaya, Tun bekerjasama dengan bangsa asing, termasuk serangan politik blog Sarawak Report yang tidak boleh dipercayai, berada di belakang pembohongan terbaharu ini.

"Biar saya jelaskan: Saya tidak pernah mengambil dana untuk kepentingan peribadi seperti yang didakwa musuh-musuh politik saya – sama ada dari 1MDB, SRC International atau entiti lain, seperti yang disahkan syarikat-syarikat ini," tulis Perdana Menteri di laman Facebooknya...

Hari ini pulak, Najib dah tak sebut nama Mahathir dipercayai insaf setelah beribu komen menghentamnya di laman Facebook miliknya bila beliau menyalahkan Mahathir..

Kalau tak silap posting itu mnerima lebih 6,000 'Likes' dan 8,500 komen.. tapi hari ni aku cari tak jumpa dah..

Beliau hari ini menuduh Wall Street Journal (WSJ) berniat jahat melalui laporannya yang mendakwa sejumlah besar wang dipindahkan ke akaunnya dan bekerjasama dengan "pihak tertentu" di negara ini bagi menjatuhkannya.

1. Saya telah mengarahkan pihak peguam saya menghantar surat kepada Wall Street Journal hari ini bagi meminta pengesahan mengenai laporan surat akhbar tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang (surat tuntutan).  
2. Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta milik 1Malaysia Development Berhad.  
3. Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut.  
4. Siasatan sedang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas untuk menentukan sama ada tuduhan yang dibuat oleh Wall Street Journal bahawa saya telah mengambil dana 1 MDB untuk kepentingan diri sendiri berasas atau tidak. Siasatan mesti mengambil kira kesahihan dokumen yang telah disiarkan bagi menyokong tindakan akhbar tersebut.  
5. Meskipun begitu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri. Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya melepaskan jawatan Perdana Menteri dan Presiden Umno  
NajibRazak.Com

Pihak tertentu.... kah.. kah.. kah... dia dah tak berani salahkan Mahathir dah kali ni.. dah insaf ke Najib?


Siti Nurhaliza tak namakan sesiapapun tapi kenapa Macai terasa doa buat pemimpin menyusah rakyat ini dituju kepada Najib?

Posted: 08 Jul 2015 12:30 AM PDT


Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza antara yang tidak ketinggalan mengikuti kemelut yang melanda politik negara sejak akhir-akhir ini.

Siti yang kini berada di Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, menitipkan doa berikut untuk rakyat Malaysia.

Tanpa menyebut mana-mana nama, Siti menyatakan harapan agar rakyat Malaysia dilindungi dari fitnah dan pembohongan.


"Ya Allah...kau tunjukkan kebenaran, sesungguhnya kami memohon jauhi kami dari berfitnah dan didusta," ucap Siti di laman Instagram miliknya.

Doa yang dititip Siti adalah doa Nabi Muhammad SAW untuk pemimpin yang menzalimi rakyatnya lapor Astro Awani

Menariknya walaupun Siti tidak menyebut nama sesiapapun.. ada pulak macai yang terasa dan menganggap doa Siti itu ditujukan buat Najib..

Tulisnya..

"Disaat pemimpin utama negara diserang hebat oleh media asing berkenaan fitnah penyelewengan wang 1MDB, penyanyi Siti Nurhaliza dilihat termakan dengan hasutan pembangkang apabila menganggap Pemimpin Negara menyusahkan rakyatnya.  
"Didalam laman sosial Instagram miliknya, Siti Nurhaliza memuatnaik satu doa Nabi Muhammad SAW yang kelihatan ditujukan kepada pemimpin Malaysia. Perdana Menteri Malaysia kini diserang hebat oleh pihak-pihak tertentu yang menggunakan media asing didalam usaha untuk menghuru-harakan Malaysia.  
"Tuduhan bahawa Perdana Menteri menyonglap wang 1MDB adalah fitnah yang sangat jahat dan kini ia sedang disiasat kebenarannya. Perdana Menteri sendiri telah memulakan tindakan undang-undang terhadap media asing terbabit dan dijangka banyak lagi pihak yang akan dikenakan tindakan selepas siasatan selesai dilakukan.  
"Majoriti rakyat Malaysia berdoa semoga pemimpin utama negara itu sentiasa tabah dan tenang dibulan Ramadan yang mulia ini walaupun dihimpit dengan pelbagai kesulitan. Sesungguhnya Tuhan sentiasa bersama orang-orang yang sabar ~ UtaraNews

MAJORITI berdoa untuk Najib?.. Woit!! menang pun 47%  undi saja boleh pulak dia kata majoriti rakyat mendoakan kebaikkan untuk Najib..

Kah.. Kah.. Kah..

Kenapa dia terasa doa itu ditujukan kepada Najib ya?


Adik Najib sindir Najib ke ni?

Posted: 07 Jul 2015 10:30 PM PDT


Adik kepada perdana menteri, Datuk Seri Nazir Razak hari ini memuat naik gambar bapanya, Tun Abdul Razak memimpin sekumpulan individu termasuk anggota polis meniti jambatan sempit di kawasan petempatan peneroka Felda suatu ketika dahulu.

Nazir melalui laman Instagram miliknya, nazir.razak berkata, bapanya itu gemar melawat kawasan peneroka Felda.

"Tun Razak gemar melawat petempatan peneroka Felda, ada jambatan sempit, dan anggota rombongan (termasuk polis) ikut dari belakang.

"Begitulah mereka pada masa itu," katanya dalam kapsyen mengiringi gambar itu.

Kiriman itu mengundang beberapa respons pengguna laman media sosial itu, antaranya "wanarvee" yang berkata, "pemimpin yang memimpin, pemegang amanah. Alfatihah", dan pengguna dengan nama "sukrihusin", yang berkata, "bapa anda seorang pemimpin".

Abang Nazir, Datuk Seri Najib Razak kini berdepan dengan krisis apabila didakwa menerima hampir AS$700 juta (RM2.67 bilion) melalui akaun peribdainya beberapa bulan menjelang pilihan raya umum pada 2013. 

Dakwaan itu dikeluarkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) minggu lalu. Semalam, WSJ turut mendedahkan aliran wang berkenaan bagi menyokong dakwaan mereka walaupun Najib sebelum ini menafikan perkara itu lapor The Malaysian Insider


Akhirnya Peguam-peguam Najib mula bertindak, bukannya saman.. tapi..

Posted: 07 Jul 2015 08:01 PM PDT


Akhirnya Peguam-peguam Najib memulakan tindakan terhadap WSJ yang mendedahkan mengenai hampir USD700 Juta dari 1MDB masuk ke akaun Najib.

Tapi pendekatannya nampak berbeza dengan apa yang telah dilakukan terhadap Malaysiakini, dalam hal Malaysiakini saman terus dikemukakan tapi WSJ pula nampak lembut pendekatannya.

Perdana Menteri melalui Peguamnya memberi tempoh 14 hari kepada penerbitan itu untuk menjawabnya.




"Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami menyalahgunakan hampir AS $ 700 juta dari 1MDB?

"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu', manakala intipati umum artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB," kata surat yang dihantar melalui emel itu.


Pengesahan?.. pengesahan apa lagi entahlah, sedangkan semalam WSJ sekali lagi menyentuh isu ini dengan menyiarkan dokumen-dokumen mengenai transaksi tersebut.

Laporan berkaitan..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Wall Street Journal (WSJ) berkaitan laporannya yang mendakwa AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari dana 1MDB telah didepositkan ke dalam akaun bank peribadinya. 
Bagaimanapun, ia bukan surat tuntutan seperti kebiasaannya, sebaliknya pasukan peguam Najib menghantar emel kepada Dow Jones, pemilik WSJ, meminta penerbitan itu mengesahkan sama ada ia mempertahankan laporannya. 
Perdana Menteri memberi tempoh 14 hari kepada penerbitan itu untuk menjawabnya. 
"Kami diarahkan oleh pelanggan kami untuk mendapatkan pengesahan sama ada ia adalah pendirian anda, seperti dalam artikel itu, bahawa pelanggan kami menyalahgunakan hampir AS $ 700 juta dari 1MDB? 
"Kami diarahkan untuk mendapatkan pendirian anda kerana artikel itu secara kolektif menyarankan bahawa anda tidak pasti tentang 'sumber asal wang itu dan apa yang berlaku kepada wang itu', manakala intipati umum artikel mewujudkan gambaran yang jelas bahawa pelanggan kami telah menyalahgunakan AS$700 juta milik 1MDB," kata surat yang dihantar melalui emel itu. 
Surat itu telah disediakan oleh firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, yang mengendalikan beberapa saman fitnah lain bagi pihak Najib. 
Surat itu tertumpu kepada dua artikel, bertajuk "Malaysia leader's accounts probed" yang disiarkan pada 2 Julai dan "Scandal in Malaysia" yang disiarkan pada 6 Julai, kedua-duanya ditulis oleh Simon Clark dan Tom Wright. 
Surat itu mahu akhbar antarabangsa itu menyatakan tanpa ragu-ragu dan dengan jelas sama ada ia adalah hujahnya bahawa pelanggannya telah menyalahgunakan kira-kira AS$700 juta milik 1MDB.

Berikutan keseriusan tuduhan terhadap pelanggannya dalam laporan tersebut, katanya, pengesahan itu diperlukan bagi membolehkan pihaknya menasihati pelanggannya tentang tindakan undang-undang yang sesuai berhubung dengan penerbitan artikel-artikel itu. lapor Malaysiakini


Berdasarkan laporan berita di atas, peguam-peguam Najib itu mahu WSJ nyatakan dengan jelas bahawa 'ia (artikel berkenaan) adalah hujahnya bahawa pelanggannya telah menyalahgunakan kira2 AS$700 milik 1MDB'.

Adakah mereka berharap agar pihak WSJ menafikan menuduh pelanggan mereka telah menyalahgunakan  dana dari 1MDB itu?

WSJ mungkin akan menafikan apa yang dipersoalkan oleh Peguam-peguam Najib itu.. maka bila WSJ menafikan persoalan tersebut, bolehlah ianya digunakan untuk memperbodohkan rakyat dengan mengatakan WSJ nafikan dakwaan..

Sedangkan hakikatnya dari apa yang aku faham mengenai laporan WSJ itu, pihak mereka tidak pernah menuduh Najib salahguna AS$700 Juta dana milik 1MDB..

Apa yang dilaporkan mereka hanyalah dakwaan tentang adanya transaksi-transaksi yang penghujungnya melibatkan akaun yang didakwa milik Najib


Eh..eh.. hari ni dah hari Rabu la Najib

Posted: 07 Jul 2015 05:30 PM PDT

Pada 5hb Julai ataupun hari Ahad yang lalu... Astro Awani yang memetik laporan dari The Star telah melaporkan..

Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan saman terhadap Wall Street Journal (WSJ) pada Selasa berhubung laporan mengaitkan beliau dalam dakwaan penyelewengan wang berjumlah RM2.6 bilion, lapor portal berita The Star Online.

Portal itu memetik sumber yang rapat dengan Perdana Menteri bahawa Najib akan membuat pengumuman menangani perkara berkenaan dalam satu majlis di Semenyih petang ini.

"Beliau akan memfailkan saman itu melalui peguamnya di Kuala Lumpur," sumber itu dipetik sebagai berkata. Perdana Menteri dijadualkan mengadakan sidang media di Masjid Bandar Rinching, Semenyih pada pukul 6.15 petang nanti.

Jumaat lalu, WSJ menyiarkan laporan yang mendakwa dana hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam kenyataan menjawab tuduhan tersebut, 1MDB menafikan dan menegaskan tidak ada dana dipindah ke dalam akaun peribadi Najib.

Najib juga dalam kenyataan di laman Facebooknya menafikan dakwaan tersebut dan mendakwa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bekerjasama dengan pihak asing untuk menjatuhkan beliau.

Setiausaha politik Najib, Datuk Khairun Aseh dalam kenyataannya kepada Sinar Harian pada Sabtu menegaskan laporan itu merupakan satu fitnah jahat.....


Eh..eh.. hari ni dah hari Rabu la Najib.. Selasa bila, Selasa minggu depan atau Selasa lepas Raya atau Selasa tahun depan?

Semalam aku tunggu berita sampai 12.30 malam.. tak ada pun dalam laporan berita mengatakan Najib saman WSJ..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...