Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Beta tidak pernah jual 'Datuk' kepada Rani Kulup - 'Sultan Melaka'

Posted: 09 Jul 2015 09:30 AM PDT


Individu yang menggelar dirinya Sultan Melaka, Raja Noor Jan Shah Raja Tuah menafikan dakwaan menjalankan perniagaan menjual pangkat kebesaran diraja termasuk kepada Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah.

Menurut setiausahanya yang hanya mahu dikenali sebagai Raja Ismail, Raja Noor Jan Shah yang menggunakan gelaran Tuanku Raja Noor Jan Shah ibni almarhum Yang Amat Mulia Raja Tuah Shah hanya mengurniakan darjah kebesaran itu kepada individu yang benar-benar berbakti kepada masyarakat.

"Tidak timbul isu Tuanku Sultan Melaka menjual darjah kebesaran istana kepada mana-mana individu. Darjah kebesaran itu bukan untuk dijual tetapi dikurniakan secara percuma.

"Seperti contoh Rani Kulup, dia mendapat gelaran 'Datuk' kerana banyak membuat laporan polis terhadap isu-isu semasa, jadi dari mana datangnya cerita Sultan Melaka menjual gelaran itu?

"Pemberian gelaran hanya kepada individu yang ikhlas. Sultan Melaka banyak menerima permohonan untuk mendapatkan gelaran itu namun ditolak kerana niat mereka yang tidak ikhlas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Raja Ismail berkata demikian ketika mengulas dakwaan penjualan darjah kurniaan Sultan Melaka dengan harga serendah RM25,000 bergantung kepada gelaran tertentu.

Terdapat juga dakwaan di beberapa laman sosial yang mendakwa Rani Kulup turut membeli gelaran Datuk daripada Sultan Melaka.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengapa Rani Kulup tidak menggunakan gelaran Datuk pada pangkal namanya, ini kata Raja Ismail:

"Rani Kulup adalah Ayahanda, dia sudah menggunakan pangkat itu, jadi cukup dengan gelaran itu dan tidak salah dia tidak menggunakan nama Datuk pada permulaan namanya.

"Dia (Rani Kulup) sudah menjalani istiadat istana Melaka, dia juga sudah memakai baju adat untuk penerimaan darjah kebesaran itu."

Sebelum ini, Raja Noor Jan Shah dilaporkan menganugerahkan pingat kebesaran yang membawa gelaran Datuk Seri Paduka Mahkota kepada pengarah sebuah syarikat hartanah global yang juga kenalannya pada majlis perasmian sebuah bangunan di Bandar Puteri.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron sebelum ini dilaporkan berkata, Kerajaan Negeri Melaka menolak tuntutan Raja Noor Jan Shah untuk diiktiraf sebagai 'Sultan Melaka'.

Idris turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu itu dan menjelaskan Penasihat Undang-undang Kerajaan Negeri Melaka akan meneliti perkara itu selain mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menimbulkan dakwaan mengelirukan terhadap status kesultanan Melaka lapor AstroAwani


Rosmah pulakdah didakwa Sarawak Report terima RM2 juta dalam akaun peribadi..

Posted: 09 Jul 2015 07:30 AM PDT


Blog pembocor rahsia Sarawak Report hari ini mendakwa isteri perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menerima deposit dengan jumlah keseluruhan RM2 juta, di antara 10 Februari dan 23 April tahun ini.

Menurut Sarawak Report, jumlah itu didakwa didepositkan seorang "pembantu peribadi" Datin Seri Rosmah Mansor bernama Roslan Sohari menerusi 8 transaksi ke dalam akaun Affin Bank milik "Rosmah Binti Mansor (Datin Sri)" di cawangan Bangunan Getah Asli Kuala Lumpur.

"Sarawak Report mempunyai salinan urus niaga ini dan dimaklumkan Roslan hadir di bank itu dengan wang tunai dalam sebuah beg.

"Menurut rekod, deposit-deposit ke dalam akaun itu dibuat 'pembantu peribadi' pemilik akaun," dipetik laporan Sarawak Report.

Dalam laporannya, Sarawak Report mendakwa 8 deposit itu setiap satunya berjumlah di antara RM150,000 sehingga RM300,000.

Bagaimanapun, ia mendakwa deposit dalam jumlah yang besar sebegitu biasanya perlu dilaporkan ke Bank Negara Malaysia tetapi tidak dilaporkan kerana salah seorang ahli lembaga pengarah bank itu merupakan pengerusi firma sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Sarawak Report boleh mengesahkan akaun bank ini diletakkan di bawah siasatan, kerana ia berkait dengan kemungkinan wang yang digelapkan berkait dengan 1MDB," laporan itu dipetik.

Dakwaan ini timbul tepat seminggu selepas The Wall Street Journal mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menerima wang RM2.3 bilion bersumber asal daripada dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke dalam akaun peribadinya.

Terkini, peguam negara baru saja mengesahkan 2 akaun Najib yang disebut dalam dakwaan itu sudah ditutup sebelum dakwaan itu dibuat pada 2 Julai lalu.

Kenyataan ini mengesahkan laporan WSJ yang menyebut perkara sama tentang status akaun Najib lapor The Malaysian Inisder


Oh!.. Jadi betullah Najib ada akaun bank di AmBank Islamic tu..

Posted: 09 Jul 2015 03:00 AM PDT


Pasukan petugas khas berkaitan isu 1MDB menjelaskan bahawa enam akaun bank yang dibekukan mereka tidak termasuk milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Berkaitan arahan pembekuan pada 6 Julai 2015 terhadap enam akaun bank, tiada akaun-akaun bank di AmBank Islamic dipegang oleh perdana menteri pada tarikh dibekukan itu kerana akaun-akaun bank itu sudah ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 9 Mac 2015," kata pasukan itu.

Pasukan petugas juga mengumumkan memperoleh dokumen bank berkaitan akaun-akaun itu. Pasukan itu juga menyebut bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menegaskan bahawa semua dokumen siasatan diterimanya disediakan oleh pasukan khas.

"Justeru, tiada isu peguam negara menggunakan dokumen yang disiarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) atau pihak lain," kata pasukan itu lagi.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Gani bersama Gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Gani semalam sudah menjelaskan bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai Najib, tanpa menghuraikan lanjut.

WSJ melaporkan dakwaan terdapat pengaliran dana daripada syarikat berkaitan 1MDB ke akaun Najib bernilai AS$700 juta (RM2.6 bilion). 

Najib menafikan dan memulakan tindakan undang-undang terhadap media antarabangsa berpengaruh itu lapor Malaysiakini


Hmm.. jadi betullah Najib ada akaun bank di AmBank Islamic tu.. patutlah dia tak nafikan langsung..


Bagi mengelakkan Najib dan 1MDB terus dipermain rakyat Malaysia.. SKMM keluarkan amaran ini?

Posted: 09 Jul 2015 12:58 AM PDT


Semuanya bermula apabila admin Twitter Astro Awani @501Awani meminta follower nya membayangkan jika skandal 1MDB menjadi filem dan bertanya apakah tajuk yang sesuai..

Rentetan dari itu beratus-ratus individu yang memiliki akaun di laman Twitter dan menjadi 'follower' kepada Twitter Astro Awani membalasnya dengan pelbagai nama dan disertakan dengan gambar sekali.

Berbagai tajuk yang diberikan kebanyakkannya diubahsuai dari tajuk-tajuk filem yang popular..

Antara tajuk filem yang digunakan bersertag #1MDBMovies termasuklah "Honey I Shrunk The Ringgit" (Honey, I Shrunk The Kids), "The Wolf of Wall Street Journal" (The Wolf of Wall Street),

"Forty-two Billion Shades Of Debt" (Fifty Shades of Grey) dan "I Know What You Did Last Election" (I Know What You Did Last Summer).

Beberapa poster filem juga diubahsuai di bawah #1MDBMovies, seperti Martin Scorsese "The Wolf of Wall Street" yang menunjukkan gambar Najib bukannya Jordan Belfort dan tajuk ditukar menjadi, "The Wolf of Wall Street Journal", beserta dengan rating 18+ yang mengatakan "Contains High Corruption". 


Poster filem lain yang turut diubah suai ialah "The Lord of the Rings: The Fellowship of the Ring" menampilkan Najib bukannya Frodo Baggins memerhatikan satu cincin ditangannya dengan tajuk  "The Lord of the Ringgits: The Fellowship of 1MDB", disertakan dengan perkataan "The disappearance of RM42b".


Dan berbagai tajuk lagi.. nak tahu tajuk apa lagi lihatlah  di SINI

#1MDBMovies itu tiba-tiba menjadi trending di laman Twitter berikutan ianya mendapat sambutan ramai..

Kemudiannya BBC News memetik dan menjadikannya laporan mereka..


Dipercayai bagi mengelakkan Najib terus dipermainkan oleh rakyat Malaysia dan seluruh dunia pula kali ini berikutan tersiarnya laporan mengenai #1MDBMovies itu pihak SKMM dengan pantas mengeluarkan amaran.. 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan gambar-gambar yang telah diubah suai, berita yang tidak sahih atau sebarang spekulasi berhubung isu badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menerusi laman sosial.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerusi sebuah kenyataan berkata, adalah menjadi satu kesalahan apabila berkongsi atau menyebarkan kandungan sedemikian.




Kalau benci sangat sekalipun kat Rosmah tu.. janganlah fitnah dia macam ni..

Posted: 08 Jul 2015 10:45 PM PDT


Apa yang tersebar sehari dua ini di aplikasi WhatsApp dan juga Telegram ialah kononnya Sirul akan membuat pengakuan di Mahkamah, Australia minggu depan.

Pengakuannya mengenai kes pembunuhan Altantuya itu dikatakan akan mengaitkan nama Rosmah Mansor..

Berikut adalah apa yang tersebar..

HOT NEWS! From Herald Sun Australia - Detained murderer of Mongolian model Altantuya Shaariibuu, Sirul Ahzar Umar (bodyguard of PM Najib Razak) will testify next week in Australian court that he was under order from Rosmah Mansor (PM Najib's wife) to kill her for blackmailing her husband.

Bagaimanapun apa yang tersebar itu sebenarnya hasil rekaan manusia yang banyak masa dan tak ada kerja serta tak kenal dosa pahala..

Baca nih..

Sirul Azhar nafi akan buat pengakuan 

KUALA LUMPUR 8 Julai – Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Sirul Azhar Umar menafikan maklumat yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp kononnya dia akan membuat pengakuan di mahkamah Australia minggu depan. 
Peguamnya, Hasnal Rezua Merican berkata, pengakuan kononnya Sirul Azhar membunuh Altantuya Shaariibuu atas arahan individu tertentu hanyalah khabar angin dan dilihat bertujuan menimbulkan kekecohan dengan melibatkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
Katanya, selepas sebaran maklumat palsu yang dibuat dengan menggunakan nama akhbar Herald Sun Australia itu menjadi viral, beliau terus menghubungi Sirul Azhar untuk mendapatkan kepastian. 
"Setelah bertanya sen­diri, Sirul Azhar menafikan sekeras-kerasnya tentang maklumat berkenaan termasuk prosiding untuk ha­dir ke mahkamah. 
"Kemudian saya menghubungi Herald Sun Australia dan mereka juga menafikan khabar angin itu. Mereka tidak ada maklumat mahu pun menyiarkan sebarang berita berkaitan Sirul Azhar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 
Tambah Hasnal Rezua, kenyataan palsu itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana berpotensi menjatuhkan kredibiliti banyak individu. 
"Saya tidak pasti motif sebenar kenyataan itu dibuat tetapi masyarakat Malaysia diharap dapat menghentikan perkongsian maklumat palsu itu sebelum menjadi perkara yang lebih teruk," katanya. 
Pada 13 Januari lalu, Mahkamah Persekutuan sebulat suara menjatuhkan hu­­kuman mati ke atas Sirul Azhar dan Azilah Hadri kerana membunuh Altantuya sembilan tahun lalu namun Sirul Azhar bertindak melarikan diri ke Australia lapor Utusan

Hmm.. kalau tak suka sangat dekat Rosmah tu.. janganlah fitnah sampai macam ni.. rasional sikit di bulan puasa ni...



Isteri PM, jangan lebih dari PM pesan Dr. Siti Hasmah

Posted: 08 Jul 2015 07:00 PM PDT


Sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan sahaja disanjung sebagai negarawan tetapi juga turut mengumpul pelbagai kritikan sepanjang pentadbirannya.

Tetapi keadaan sebaliknya berlaku kepada isterinya Tun Siti Hasmah Mohamad Ali yang disegani kawan dan lawan kerana sikap lemah lembut dan keibuannya.

Hasmah juga tidak pernah mencetuskan sebarang kontroversi.




Beliau sebaliknya lebih dikenali dengan kerja-kerja kebajikan melalui badan isteri menteri-menteri BAKTI, minat mendalam pada sukan badminton serta menjadi inspirasi sebagai doktor wanita Melayu pertama.

Ramai tertanya-tanya apa sebenarnya rahsia untuk menjadi seorang isteri kepada pemimpin tertinggi negara ini.

Dengan meminta tidak membandingkan dengan sesiapa, Hasmah berkongsi 'resipinya' dengan Malaysiakini: Jangan bersaing dengan suami anda.

"Sebagai isteri PM, jangan bandingkan (dengan sesiapa)... secara umumnya kamu mesti sokong suami, kamu mesti berpengetahuan, kamu mesti tahu apa yang berlaku di sekeliling dan kamu mesti pastikan bersama dengan suami apabila bertemu rakyat.

"Orang ramai hendak tahu bahawa ini isteri PM dan mereka bersama-sama, mereka mementingkan kekeluargaan.

"Jadi kamu mesti sokong tetapi jangan sesekali bersaing dengan suami kamu," begitu pesan Hasmah.

'Jangan pandai-pandai janji'

Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia yang keempat dan paling lama dalam sejarah Malaysia bermula pada tahun 1981.

Setelah bersara pada 2003, beliau bagaimanapun terus memainkan peranan penting mempengaruhi perjalanan politik negara dan dilihat penyumbang penting terhadap kejatuhan penggantinya sendiri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

Malah, Mahathir kini giat mengasak pentadbiran Najib yang terpalit kontroversi sekitar dana pelaburan negara yang terbeban hutang, 1MDB.

Sementara itu, diwawancara Malaysiakini di Putrajaya pada Isnin lepas, Hasmah juga berkata seorang isteri perdana menteri harus menjadi orang tengah antara suami dan rakyat biasa, tetapi jangan mudah membuat janji.

"Mereka (rakyat) tidak dapat jumpa suami, mereka jumpa isterinya. Dan adalah minta apa-apa, jangan janji sesuatu. Cuma cakap kamu akan sampaikan kepada suami kamu untuk pertimbang.

"Bukan kerja kamu beritahu orang ramai, 'ya, saya akan pastikan kamu dapat itu ini, kontrak itu ini'.

"Tidak, sebagai PM, beliau (Mahathir) tidak akan benarkan perkara ini, malah anak-anaknya sendiri tidak dibenarkan masuk politik. Saya anggota Umno tetapi tiada jawatan dalam Umno," katanya.

Ketika bercampur dengan orang ramai juga, Hasmah berkata seorang suami harus dihormati "bukan sahaja kerana beliau suami kamu tetapi juga perdana menteri kamu, seperti juga orang lain".

Pengajaran dari orang miskin

Dengan perwatakan lemah lembut dan penampilan sederhana berbaju kurung motif batik, Hasmah juga mengingatkan isteri pemimpin negeri supaya sentiasa merendah diri dan tidak menyombong.

"Kamu mungkin doktor atau mungkin juga isteri MP (anggota parlimen), tetapi jika kamu sombong, mereka (rakyat) tidak akan terima kamu," kata Hasmah.

Seterusnya silalah sambung bacaan anda di SINI



Kemelut politik Najib dan 1MDB dapat perhatian Indonesia

Posted: 08 Jul 2015 05:30 PM PDT


Kemelut politik serta dakwaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung penyelewengan wang dari dana berkaitan kerajaan menjadi perhatian negara luar.

Terbaharu, sebuah akbar utama di Indonesia menjadikan krisis yang dihadapi Najib sebagai muka hadapan akhbar dengan tajuk Badai Politik Najib.

Laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa Najib kini berada dalam keadaan tertekan apabila didakwa menerima aliran wang sejumlah RM2.6 bilion daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dimasukkan ke beberapa akaun peribadinya.

Akhbar tersebut memetik laporan yang telah dibuat oleh The Wall Street Journal dan Sarawak Report.

Laporan itu turut mendakwa berlaku dua transaksi besar dalam akaun Najib iaitu pada Mac 2013 atau sebelum PRU berjumlah USD 621 juta dan USD 61 juta.

Manakala transaksi terbaharu pula berjumlah RM42 juta pada akhir 2014 dan awal 2015 yang dipercayai dari SRC International Sdn. Bhd.

Akhbar berkenaan turut memaparkan bahawa Najib terancam digulingkan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengkritik dengan menyebut skandal Najib sebagai sesuatu yang memalukan bagi Malaysia.

Dr Mahathir sebelum ini juga telah meminta supaya Najib bertanggungjawab ke atas kehilangan wang berbilion ringgit yang dipinjam 1MDB atau berundur lapor Sinar Harian



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...