Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Pegawai SPAD Nafi Gari Pemandu Teksi

Posted: 21 Jul 2015 11:14 PM PDT



Tersebar di media sosial gambar mengenai pegawai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Wilayah Utara mengari pesalah lalu lintas. Gambar beberapa individu digari SPAD bersama kereta teksi disita turut menjadi viral di laman sosial sejak seminggu lalu.

Gambar tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai kepada SPAD konon bertindak melampau hingga sanggup mengunakan gari.

Disebabkan perkara tersebut boleh menjejaskan nama baik SPAD

SPAD Wilayah Utara menafikan bahawa dakwaan pemandu teksi ditahan dan digari dalam satu operasi di Sungai Petani, baru-baru ini.

Ketua Penguatkuasanya, Mejar (B) Ahmad Zaidi Shuib berkata, dakwaan tersebut adalah tidak benar dan sengaja dilakukan pihak tertentu.

"Gambar yang viral di laman sosial kononnya pemandu teksi digari dan kereta mereka disita di Sungai Petani tidak benar sama sekali.

"Sebaliknya mereka yang digari bukan pemandu teksi tetapi ulat tiket yang ditahan dalam satu operasi di Terminal Larkin, Johor,"

Menurutnya lagi, beberapa ulat tiket itu terpaksa digari kerana dipercayai cuba bertindak ganas dan mencederakan pegawai penguatkuasa SPAD yang bertugas.

"Kesalahan ulat tiket adalah diklasifikasikan sebagai jenayah dan boleh ditangkap tanpa waran serta dilakukan mengikut undang-undang yang berhubung dengan tatacara jenayah yang berkuat kuasa.

"Sangat mendukacitakan dalam usaha kerajaan mentransformasikan industri pengangkutan awam negara, gejala ulat tiket masih lagi berleluasa terutama di terminal-terminal utama seluruh negara," katanya.

Jelasnya, kebanyakan ulat tiket didapati sering memeras ugut penumpang di kaunter tiket terutama di musim perayaan.

"Penumpang yang membeli dan menaiki bas daripada ulat tiket kebiasaannya tidak sampai ke destinasi pada waktu yang sepatutnya.

"Ini disebabkan perjalanan bas tersebut sentiasa berhenti di kawasan yang tidak termasuk dalam jadual perjalanan bas dan mengakibatkan kelewatan antara satu hingga dua jam perjalanan," katanya.

Tambahnya, dalam proses melaksanakan Seksyen 205 (2) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) tindakan menggari adalah diperlukan untuk membawa orang yang ditangkap tanpa waran ke balai polis berdekatan untuk tindakan undang-undang.

Tindakan sama juga boleh dibuat mengikut Seksyen 217 (1) APAD kepada mereka yang cuba bersubahat dalam perlakuan sesuatu kesalahan.

Ia diperkuatkan lagi dengan Seksyen 15 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) iaitu jika orang yang hendak ditangkap itu melawan dengan kekerasan atau cuba lari daripada tangkapan, ia boleh digari.

"Tujuan ulat tiket digari sebagai langkah pencegahan yang boleh mendatangkan kecederaan kepada pegawai penguatkuasa, menghapuskan aktiviti ulat tiket serta pengajaran supaya mereka menghentikan aktiviti tidak bertanggungjawab ini," katanya.

Ini menjelaskan kepada kita kenapa ada gambar pesalah digari dan kenapa dia digari.

Masyarakat perlu selidik dulu informasi yang datang secara rambang didalam media sosial ni. Bukan semuanya betul dan ada juga yang benar-benar berguna.

Iklan Raya FGV - Cuba Sampai Dapat?

Posted: 21 Jul 2015 08:15 PM PDT


Sebuah iklan yang dihasilkan dari FGV untuk hiburan dan tatapan rakyat Malaysia. Umpama drama pendek, menyaksikan seorang anak muda yang putus harapan untuk pulang ke kampung selepas ditimpa malang kerana segala perancangannya tidak menjadi.

Namun dengan tekad dan kemahiran yang beliau ada. Akhirnya beliau berjaya mencipta sebuah basikal bermotor, dan bahan apinya pula hanya mengunakan minyak kelapa sawit. Setelah mengharungi segala cabaran, tercapai juga hasrat untuk beraya dikampung halaman.





Komen:

Nampak bersahaja, namun ianya mempunyai maksud yang mendalam. Segala rintangan yang kita hadapi mampu ditangani dengan akal dan kemahiran. Seperti mana keadaan FGV sekarang yang penuh onak duri. Tapi kita percaya, tiada masalah yang tak dapat diselesaikan. Cabaran dan masalah itu membantu kita menjadi lebih bagus dan lebih baik pada masa hadapan.

Kedah Hantar 216 Pelajar Ke Mesir Dan Jordan

Posted: 21 Jul 2015 07:02 PM PDT


Alor Setar 21 Julai : Seramai 216 orang pelajar Kedah berlepas ke Mesir dan Jordan malam tadi bagi melanjutkan pelajaran mereka. Majlis pelepasan dilaksanakan oleh Menteri Besar Dato' Seri Haji Mukhriz Tun Dr Mahathir di Maktab Mahmud Alor Setar malam tadi.

Dalam majlis itu juga, pelajar-pelajar telah menerima sumbangan daripada tiga pihak termasuk Perbadanan Menteri Besar sendiri. Turut hadir dalam majlis ini adalah Exco Kerajaan Negeri YB Dato Mohd Rawi Hamid dan juga YB Dato' Badrol Hisham Hashim. 


Bagi memudahkan urusan perjalanan mereka, beberapa buah bas disediakan kepada mereka untuk terus ke Kuala Lumpur sebelum bertolak ke Mesir. 

Dalam ucapan YAB MB, beliau berpesan kepada pelajar-pelajar supaya tidak terlibat dengan politik dan kegiatan IS di Mesir. 

"Belajarlah bersungguh-sungguh supaya menjadi insan berguna dan pulang berbakti di Kedah". katanya. 








-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...