Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


Rumah Terbuka Pengerusi Felda Meriah

Posted: 23 Jul 2015 11:12 PM PDT



Bila raya, rumah terbuka ini sudah menjadi perkara lazim. Begitu juga halnya dengan Pengerusi FELDA, YB Tan Sri Mohd Isa Dato' Hj Abdul Samad dan isteri, Puan Sri Bibi Sharliza. Mereka telah mengadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di The Grand Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Majlis berlangsung meriah dan pengunjung datang tidak putus-putus untuk berhari raya dan berkesempatan bersalaman dengan Tan Sri Isa dan Isteri.

Antara yang turut hadir di Majlis Rumah Terbuka Pengerusi FELDA adalah Pengarah Besar FELDA, Dato' Hanapi Suhada dan isteri, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Tampin; Dato' Sri Ali Rustam dan kepimpinan dari semua anak syarikat FELDA dan pertubuhan FELDA.

Majlis yang berlangsung dari jam 12.30 tengahari berakhir lewat petang sekitar jam 4.30 petang dengan kehadiran hampir 7 ribu orang tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat dan kaum memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Pengerusi FELDA ini.



Rumah terbuka FELDA ini boleh dikatakan menjadi acara tahunan untuk Pengerusi FELDA bersama keluarga besar FELDA yang lain berhari raya bersama-sama.

SPAD Lancar Operasi Tegas Banteras 'GrabCar'

Posted: 23 Jul 2015 06:12 PM PDT


Baru-baru ini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) melancarkan 2 Operasi Tegas (Grabcar) pada 21 Jul 2015 dan 22 Jul 2015 di Bandar Sunway dan Sri Hartamas. Operasi tersebut adalah untuk mencegah teksi haram, kereta sapu dan tanpa meter.

Ini kerana, masalah berkenaan dengan teksi haram atau kereta sapu, sering menjadi aduan penguna kepada SPAD. Mereka inilah yang mencemarkan nama pemandu teksi yang lain, dengan cas dan tingkahlaku yang tidak mesra pelanggan.

Operasi dijalankan dilokasi yang telah dijangka menjadi kawasan 'kereta sapu' mencari pelanggan.

2 buah kenderaan Proton Exora dan Perodua Alza telah ditahan dan telah disita.  Mereka ditahan kerana hasil penyamaran anggota penguatkuasa SPAD bagi mengenalpasti sama ada mereka melakukan kesalahan.

Kenderaan telah dihantar ke tapak sita di Sepang setelah segala maklumat di ambil di Pejabat Penguatkuasaan SPAD.

Kita berharap SPAD akan terus melakukan operasi sebegini bagi mencegah kereta sapu dan teksi tanpa meter untuk keselamatan dan keselesaan penguna teksi.







Pantun Perpaduan Untuk Rakyat Malaysia

Posted: 23 Jul 2015 12:04 PM PDT



Kita hidup didalam masyarakat yang berbilang bangsa. Walaupun masing-masing mempunyai kepercayaan dan agama. Namun sudah lama kita bekerjasama untuk memajukan negara ini mengikut acuan dari pemimpin yang terdahulu.

Jika sebelum ini, negara kita aman damai, malah jarang berlaku perselisihan kaum. Kenapa kini, ada pihak yang cuba membakar api perkauman, membuatkan ramai yang terguris. Kekalkan keamanan dan masyarakat majmuk yang membuatkan Malaysia menjadi negara yang unik dan tiada dua didunia.

Hal ini telah diselitkan didalam 3 rangkap pantun 4 kerat dari Datuk Ir Wee Ka Siong.

Ketupat, lemang, lontong dan rendang,
Hidangan lazim di pagi raya;
Malaysia negaranya kaum berbilang,
Saling hormati bangsa dan budaya.

Bulat air kerana pembentung, 
Bulat masyarakat kerana muafakat;
Marilah kita sokong menyokong,
Supaya negara terus maju dan berkat.

Hari Raya hari yang mulia,
Sesuai untuk maaf bermaafan;
Jagalah hubungan sesama kita,
Tanpa mengira agama dan kepercayaan. 

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...