Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Lain macam saja doa Muhyiddin buat Najib ni...

Posted: 01 Aug 2015 05:30 AM PDT


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mendoakan agar Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak diberikan taufik dan hidayah oleh ALLAH supaya dapat mentadbir negara dengan cara yang betul.

Menurutnya, ia untuk kesejahteraan dan keselamatan negara supaya sentiasa berada dalam perlindungan rahmat ALLAH serta dijauhkan daripada sebarang malapetaka serta rakyat boleh hidup dalam keadaan selamat.

"Kita berdoa supaya ALLAH buka pinta hati pemimpin kita (Najib) diberikan sebanyak-banyak taufik dan hidayah, kekuatan supaya beliau tahu apa hendak dibuat dan betulkan mana yang salah.

"Saya mendoakan beliau (Najib), luar biasakan apabila timbalan presiden Umno mendoakan presiden. Tetapi tidak mengapa sebab ini memang niat saya," katanya ketika berucap selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Panchor dekat Pagoh, semalam.

Turut hadir, isteri beliau, Puan Sri Noorainee Abd Rahman; Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed; Adun Jorak, Datuk Dr Shahruddin Mohd Salleh; Ketua Wanita Umno Bahagian Pagoh, Senator Datuk Noriah Mahat dan Ketua Puteri Umno Bahagian Pagoh, Rohaizah Ahmad.

"Saya tidak berasa kecewa dengan pengguguran daripada senarai jemaah Kabinet yang baharu, malah akur dan tidak pernah menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan dibuat Perdana Menteri.

"Cuma tidak bersetuju tentang isu 1MDB dan perbezaan pendapat itu mungkin perdana menteri merasakan saya tidak sesuai bersama beliau, seolah-olah tidak akur apa yang beliau putuskan," katanya.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tindakan beliau kerana berpegang kepada prinsip dirinya sebagai pemimpin perlu melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan betul, tidak boleh pecah amanah dan buat sesuatu perkara secara semberono.

"Setiap yang dilakukan itu perlu berpandukan kepada undang-undang, dasar dan hukum ALLAH sebagai orang Islam. Apa yang ALLAH kata betul, maka kita buat dan tinggalkan perkara yang salah.

"Apa yang ada dalam dada saya ialah apa yang diajar dan dibimbing oleh arwah bapa saya, guru-guru agama dan sehingga ke hari ini, saya masih belajar dan diajar untuk melaksanakan amanah berpandukan kepada agama Islam," katanya.

Menurutnya, beliau turut syukur dan istiqamah dalam menerima apa segala apa yang berlaku ke atas diri dan keluarganya sepertimana yang berlaku ketika ini.

"Cabaran itu menjadi hikmah yang paling besar kepada saya kerana mempunyai banyak peluang untuk menghabiskan masa bersama keluarga," katanya.

Dalam pada itu, Muhyiddin menegaskan tidak akan melakukan pecah amanah dan kekal meneruskan perjuangan parti kerana kedudukan sebagai Timbalan Presiden Umno, beliau berhak untuk turun ke mana-mana bahagian.

"Saya tidak fikir ketua bahagian akan tutup pintu untuk menerima kehadiran saya merasmikan mesyuarat bahagian," katanya lapor Sinar Harian

Tak sehaluan dengan Najib, Dua MB UMNO dijangka disingkir - Blog UMNO

Posted: 01 Aug 2015 03:30 AM PDT


Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob dijangka digugurkan, lapor blog pro UMNO, MYKMU.Net.

Mukhriz dijangka digantikan Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah yang menjadi ADUN Bakar Bata sejak 1999.

Namun dua nama lagi yang mungkin menjadi calon mengejut ialah ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

Sementara itu di Pahang, dua ADUN yang merupakan orang kepercayaan Perdana Menteri disebut-sebut sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu.

Calon utama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri yang merupakan ADUN Lanchang, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin.

Seorang lagi calon Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri yang juga ADUN Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin.

Dua orang Menteri Besar dan Tiga pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dijangka diganti bagi mengukuhkan saf kepimpinan parti menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Dua Menteri Besar yang dijangka ditukar ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Kedah) dan Datuk Seri Adnan Yaakob (Pahang). Pertukaran ini turut membabitkan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri.

Di Kedah, tempat Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dijangka akan diambil oleh Timbalannya, Senator Datuk Ahmad Bashah Hanipah.

Ahmad Bashah yang menjadi ADUN sejak 1999 merupakan arkitek utama ketika merampas Kedah dari Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013. Namun jawatan Menteri Besar diberikan kepada Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang diumumkan sebelum pilihan raya umum lagi bagi menarik sokongan sebahagian penduduk kedah yang begitu menghormati Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Tidak mustahil Perdana Menteri mengekalkan Mukhriz sebagai Menteri Besar sungguhpun terdapat khabar angin bahawa Istana Kedah tiada masalah sekiranya Mukhriz digugurkan.

Sekiranya Mukhriz digugurkan, Mohd Najib dijangka melantik Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar yang baharu. Namun dua nama lagi yang mungkin menjadi calon mnegejut ialah ialah ADUN Bukit Lada, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan ADUN Bukit Kayu Hitam, Datuk Haji Ahmad Zaini Zapar.

Sementara itu di Pahang, dua ADUN yang merupakan orang kepercayaan Perdana Menteri Mohd Najib Razak disebut-sebut sebagai Menteri Besar Pahang yang baharu.

Calon utama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato' Haji Mohd. Sharkar Bin Haji Shamsudin. Beliau merupakan ADUN

Seorang lagi calon Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Negeri, Dato' Haji Shahiruddin Bin Ab. Moin, ADUN Dong.

Shahirudin merupakan Ketua Bahagian UMNO yang pertama membatalkan jemputan ke atas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyidddin Yassin untuk merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian. Beliau membatalkan jemputan tersebut sebelum rombakan kabinet lagi.

Sementara Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dijangka diganti oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid dijangka mengambil alih Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak sebagai mengukuhkan UMNO Perak menghadapi pilihan raya Umum akan datang. Bagaimanapun Zambry dijangka kekal sebagai Menteri Besar Perak.

Mohd Najib perlu melakukan perubahan ini bagi memastikan jentera UMNO bergerak sepenuh hati membuat penerangan kepada rakyat. UMNO Tidak boleh berhadapan dengan situasi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri mengambil sikap tunggu dan lihat serta bekerja separuh hati untuk parti. – MYKMU.NET



1MDB: Penyiasat pulak kena siasat... sebab jejaskan demokrasi

Posted: 01 Aug 2015 12:19 AM PDT


Seorang lelaki berpangkat Tan Sri yang juga bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menjadi individu terbaru ditahan dalam siasatan berhubung skandal 1MDB.

Turut ditahan, seorang pegawai yang berkhidmat di Pejabat Peguam Negara (AG).

The Star hari ini melaporkan penahanan itu dibuat ada kaitan dengan siasatan dijalankan pasukan petugas khas yang dipertanggungjawab meneliti isu 1MDB dan dikaitkan dengan perdana menteri.

Pasukan petugas khas itu antara lain dianggotai pegawai dari SPRM, Bank Negara Malaysia dan diselaraskan oleh Pejabat Peguam Negara.

Siasatan dijalankan apabila timbul dakwaan berlaku pengaliran dana 1MDB ke akauan persendirian milik Datuk Seri Najib Razak.

Bagaimanapun siasatan dilihat tergendala apabila Tan Sri Abdul Gani Patail digugurkan daripada jawatannya sebagai Peguam Negara.

Isu itu mula ditimbulkan hasil laporan The Wall Street Journalyang menerbitkan salinan dokumen didakwa mereka sebagai bukti pengaliran dana berkenaan lapor Malaysiakini


Sementara itu The Malaysian Insider pula telah mendedahkan nama dan juga alasan tangkapan dibuat pihak Polis..
1 Ogos, 2015.Seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara, Jessica Sidhu dan seorang bekas penasihat agensi pencegah rasuah, Tan Sri Rashpal Singh, yang ditangkap pagi ini kini ditahan untuk disoalsiasat selama satu hari, berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Kedua-dua mereka disiasat mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan, berkenaan aktiviti yang boleh menjejaskan demokrasi berparlimen.

Mereka ketika ini berada di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di mana mereka dibawa selepas ditahan pagi ini

Kalau macam ni.. kebal lah Najib..  siapa lawan dia kena pecat.. nak tumbangkan Najib dianggap nak tumbangkan Kerajaan.. siapa siasat dia kena siasat sebab menjejaskan demokrasi berparlimen.. hmm...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...