Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Wanita UMNO Pasir Gudang Yang Serah Memo Kepada Najib Akan Dikenakan Tindakan Disiplin?

Posted: 10 Aug 2015 07:30 AM PDT


Laporan mengenai '107 Cawangan Umno dari Bahagian Pasir Gudang minta Najib berehat dari jawatan' telah disiarkan oleh Malaysia Gazette semalam.. tapi hari dah tak ada..

Walaupun begitu ianya telah disiarkan kembali oleh beberapa buah Blog samada Pro UMNO mahupun Pro Pembangkang dan juga laman Facebook.

Wanita Umno Pasir Gudang dari Cawangan Mawar yang menyerahkan memorandum kepada Najib yang merasmikan mesyuarat parti di Pasir Gudang, hari ini dilaporkan mungkin akan dikenakan tindakan disiplin.

Berikut adalah laporannya..

JOHOR BAHRU, 10 Ogos: Tindakan disiplin akan diambil ke atas ahli Wanita Umno Pasir Gudang yang menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merasmikan mesyuarat parti di Pasir Gudang, semalam.  
Difahamkan, Wanita Umno berkenaan yang juga pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) negeri Johor yang bertugas untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas.  
Kerusi DUN Permas dipegang oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yang juga ketua bahagian Pasir Gudang. Gambar Norwati bersama memorandum, yang dikatakan disokong oleh 107 ketua cawangan Umno, dari bahagian Pasir Gudang, disebar di Facebook, sejak lewat petang semalam.  
Memorandum yang mempunyai 12 usul itu antaranya, meminta Najib berehat dari jawatan, diserahkan secara peribadi kepada presiden Umno selepas beliau merasmikan mesyuarat bahagian Pasir Gudang, semalam.  
Sumber yang dekat dengan JASA berkata, mengikut peraturan, pegawai berkenaan mungkin berdepan dengan tindakan disiplin dan tatatertib susulan tindakan beliau.

"Sebagai pegawai kerajaan di agensi penerangan, penglibatan beliau dalam parti politik perlu mendapat kebenaran dari ketua pengarah jabatan," kata sumber kepada The Rakyat Post.  
Sumber mendedahkan pegawai yang mempunyai 10 tahun pengalaman bersama jabatan sepatutnya faham dengan tatakelakuan sebagai penjawat awam di mana beliau turut berurusan dengan Najib, bukan sahaja presiden Umno tetapi juga perdana menteri negara.  
"Kami masih menunggu arahan dari ibu pejabat sekiranya siasatan akan dibuat ke atas pegawai berkenaan," katanya.  
Terdahulu, dalam majlis berbeza, setiausaha Umno Johor, Md Jais Sarday berkata, beliau tidak nampak apa-apa masalah untuk ahli parti menyerahkan memorandum kepada pemimpin tertinggi.  
"Saya percaya, ahli parti mempunyai hak untuk berbuat demikian," katanya selepas melancarkan resepsi Aidilfitri Jbiotech UTM-MTDC di Skudai, hari ini.  
Namun, Jais mempertahankan prinsip Umno Johor supaya setia kepada presiden parti seperti yang disebut oleh ketua jawatankuasa perhubungan negeri, Khaled.  
Sementara itu ketika dihubungi, jurucakap pejabat Umno Johor berkata, mereka akan menyiasat dakwaan sekiranya ada ahli jawatankuasa Bahagian Pasir Gudang yang bertindak di luar peraturan parti, semalam lapor The Rakyat Post

Serah memorandum pun nak dikenakan tindakan?.. bagus..

Berikut adalah laporan dari Malaysia Gazette mengenai insiden tersebut..

Norwati Abdul Manaf menunjukkan memorandum yang diserahkan kepada Najib Razak selepas mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang. 
Ingatkan selepas ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hati ahli-ahli UMNO Bahagian Pasir Gudang berubah tidak jadi hantar memorandum. 
Rupa-rupanya niat itu diteruskan juga dan berwakilkan Ahli Jawatankuasa Bahagian, Norwati Abdul Manaf, memorandum yang mengandungi 12 perkara itu diserahkan ke tangan Najib sendiri selepas perasmian Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang pagi tadi. 
"Kami terima apa juga yang diucapkan Najib tetapi kami dari 107 cawangan dah bulat hati untuk tetap menghantar memorandum ini. 
"Dua perkara yang penting adalah meminta Najib berehat dari jawatannya dan membatalkan penangguhan pemilihan parti yang diumumkan selama 18 bulan itu," katanya kepada wartawan MalaysiaGazette. 
Norwati yang juga Ketua Wanita cawangan Mawar selanjutnya berkata, pemilihan kepimpinan parti perlu disegerakan. 
"Kalau Najib kata ada tiga juta ahli yang menyokongnya, kami harap dia adakan pemilihan secepat mungkin. Tak payah tangguh. 
"Kami adalah ahli UMNO yang juga mempunyai hak untuk bersuara demi kebaikan parti," katanya. 
Norwati berharap Najib selaku Presiden UMNO dapat mempertimbangkan memorandum yang diserahkan sebaik mungkin. 
"Kami buat bukan suka-suka sendiri. Sebelum diserah kepada Najib, kami tunjuk dulu kepada 'bos' kami, Datuk Seri Khaled Nordin. 
"Bila dah dapat lampu hijau, kami tak ragu-ragu lagi untuk serah," ujarnya ~ MalaysiaGazette



Datuk Seri Presiden dah kencing tiga juta ahli UMNO kata Wanita UMNO ini..

Posted: 10 Aug 2015 04:07 AM PDT


Kelantangan seorang Ahli Wanita UMNO mengkritik Presiden Parti itu, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi video sensasi dan mendapat perhatian pengguna alam maya.

Menerusi sebuah video yang menjadi viral, wanita tersebut yang dikenali sebagai Alina menuduh Najib sebagai `penipu' apabila membuat kenyataan tiga juta ahli UMNO menyokong terus kekal sebagai Perdana Menteri.

Visual tersebut yang berdurasi 2.52 minit telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Mohd Hanizam Yunos.

Alina berkata demikian ketika ucapan penangguhan Mesyuarat Wanita UMNO Bahagian Langkawi pada Ahad.

"Why Datuk, kamu nak kencing (tipu) tiga juta ahli UMNO. Datuk Seri Presiden dah kencing tiga juta ahli UMNO. Jangan kata tiga juta ini menyokong penuh kepimpinan beliau, saya minta MT (anggota Mesyuarat Tertinggi) bawa Najib pergi berubat.

"Saya sokong Barisan Nasional, demi Allah saya ahli UMNO, walau apa jadi saya pangkah Barisan Nasional. Saya mengkritik kerana saya sayangkan Barisan Nasional, saya sayangkan UMNO. Jangan pertikai kesetiaan saya pada Barisan Nasional dan UMNO, tapi kita lihat pada Presiden kita yang sedang kencing kita setiap hari, keluar kat tv (televisyen) cakap merata-rata," katanya.

Sehingga berita ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 209, 875 kali dan dikongsi 7,853 pengguna lapor Free Malaysia Today

.


Hmm.. jadinya sekarang dah tak cukup 3 Juta lah yang sokong Najib..


Setelah Minta Serangan Terhadap Bapanya Dihentikan, Anak Najib Diminta Nasihat Bapanya Oleh Netizens

Posted: 10 Aug 2015 01:21 AM PDT


Hingga saat ini telah terdapat lebih dari 3,000 komen dalam laman Facebook AstroAwani bila mereka menyiarkan laporan yang mengatakan Anak Najib minta serangan terhadap bapanya dihentikan..

Semuanya hampir sama nadanya dan kebanyakkannya meminta anak Najib itu menasihatkan bapanya supaya meletak jawatan bagi mengelakkan negara terus mengalami kerugian..

Ini laporan Astro Awani..

Anak lelaki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meminta serangan bertalu-talu yang dilemparkan terhadap bapanya dihentikan segera kerana ia akan menyebabkan negara sendiri terkorban. 
Menganggapnya sebagai serangan peribadi, Mohd Nazifuddin Najib berkata, tuduhan itu bukan saja memberi kesan kepada bapanya, tetapi akan menyeksa rakyat dan mempengaruhi sokongan rakyat terhadap kerajaan. 
"Ketiadaan kepercayaan akan membuatkan masyarakat sanggup 'mengorbankan' negara semata-mata untuk menjatuhkan perdana menteri. 
"Ini kerana pelabur asing takut untuk melabur kerana beranggapan negara tidak stabil sekali gus menyebabkan nilai mata wang kita jatuh dan seterusnya akan mempengaruhi ekonomi secara keseluruhannya," katanya seperti dilaporkan Utusan

Ini jawapan Netizens..


Lagi komen-komen silalah lihat di SINI

Mana Cybertrooper UMNO yang suatu masa dulu Najib labelkan sebagai 'Bangang' tu..

Kenapa tak pertahan anak Najib ni?


Derma RM2.6 Billion dari Arab?.. BULLSHIT!! - Mahathir

Posted: 09 Aug 2015 11:00 PM PDT


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak penjelasan bahawa dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah wang derma.

"Siapa dalam dunia ini akan dermakan AS$700 juta kepada perdana menteri Malaysia?

"Malah Obama juga tak dapat kumpulkan jumlah ini ketika mengintai jawatan presiden. 

"Dicadangkan ia daripada Arab. Arab memang pemurah, tetapi tak semurah itu," katanya.

Mahathir berkata dakwaan itu disifatkan orang ramai sebagai "hogwash or bullshit" (mengarut atau tak masuk akal).

Katanya, perkara itu sudah menjadi bahan ketawa orang ramai.

Selain itu Tun juga meluahkan rasa meluat kerana Datuk Seri Najib Razak sanggup melumpuhkan siasatan ke atas 1MDB dan juga kes wang RM2.6 bilion dalam akaun perdana menteri itu. 

Tindak-tanduk perdana menteri itu menyebabkan demokrasi kini mati, kata Mahathir lagi dalam tulisan di blog chedet.cc.

Tambahnya, pasukan polis sepatutnya menyiasat penggantinya, Datuk Seri Najib Razak dan bukannya mengganggu penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

"Demokrasi sudah mati. Ia mati kerana pemimpin yang dipilih memilih untuk menjatuhkan maruah institusi kerajaan dan menjadikannya sebagai alat untuk mengekalkan kuasanya.

"Tiada lagi demokrasi yang boleh dirosakkan. Tentulah, bercakap mengenai 1MDB tidak akan menjejaskan perkara yang tidak lagi wujud.

"Jika ada pihak yang patut disiasat oleh polis, orangnya ialah Najib," kata Mahathir dalam tulisannya di blog chedet.cc.

Baca sebahagian dari apa yang Tun tulis yang aku copy dan paste kat bawah ni..

1. I used to enjoy being asked about Malaysia when I am abroad. But not now. 
2. The foreigners and Malaysians living abroad ask, "What is happening to Malaysia?" 
3. "It seems to be like one of those African or Arab countries." 



4. "It is totally corrupt. The currency has depreciated". Etc. Etc. 
5. I cannot answer truthfully. I cannot lie either. It is embarrassing. And all this is because of the 1MDB and Najib. 
6. I began to feel there was something wrong with the 1MDB when The Edge published that it had bought power plants above market price and borrowed money paying commissions of 10% and interest rate of 5.9%. 
7. I waited for the Government to deny that what was published by The Edge was correct. The Government did not. Then I know there was something very wrong. 
8. Subsequently came the stories about a JV with Petrosaudi. It was too quick. Obviously no due diligence was done. Yet 1MDB paid 1 billion U.S. (3.8billion Ringgit) for its 40% share. 
9. Then 1MDB paid another US 700 million to settle debts incurred by Petro-Saudi to Petro Saudi International. Why should 1MDB pay. The JV should pay. 
10. But within 6 months of setting up the JV, it was dissolved. Had a good due diligence been done, this JV would not have been set up. Clearly it was not a viable proposition! 
11. The 1.7 billion US should now be returned to 1MDB. But No! It was converted into a loan (Murabahah) to Petrosaudi. This is extremely unusual. If you could not work with Petrosaudi as a JV partner how could you give it such a huge loan. 
12. Then the money seems to have disappeared. It was previously reported to be deposited in banks in Hong Kong and Seychelles, invested in something or other and was supposed to end up in the Cayman Islands. 
13. Concerned Malaysians demanded that the money be returned to Malaysia. An announcement was made that a portion had been returned to Malaysia but was used to pay debts and other expenses. Malaysia wanted more information especially as a 2 billion Ringgit interest on loans could not be paid. 1MDB just had no money. So where is the money from the Caymans. Why should Ananda Krishnan offer 2 billion Ringgit to help pay the interest. Government had to provide a stand-by loan of RM900 million. 
14. Things did not look right. Then 1MDB announced that the rest of the money from Cayman Islands had been received in cash. Arul, the CEO, claimed he saw the money. The PM said the money was deposited in a Singapore Bank. It was not brought back to Malaysia because Bank Negara would ask too many questions. 
15. That seems to be an admission that something was not right with the money. 
16. But Singapore is a financial centre. As such it must be even more careful that money brought in and deposited in its banks should be investigated, especially if the sum is large, running into billions.

17. And sure enough the Monetary Authority of Singapore stated publicly that no 1MDB Malaysian money came into the country. The Swiss Bank which was named as the bank where the money was deposited denied 1MDB had deposited money with it. 
18. So where were the billions of Ringgits or Dollars that 1MDB claimed it had brought back from the Caymans. Arul Kandasamy had openly claimed he saw the money. 
19. Now the PM declared that it was not money. It was units. The bank where it was deposited was not named. 
20. What units were these. Not units in Unit Trust Funds certainly. No explanation is forth coming. The billions of dollars have again disappeared. 
21. Then the Wall Street Journal reported that Dato Sri Najib has USD700 million in his account in the Arab Malaysian Bank in Kuala Lumpur. That is about 2.6 billion Ringgit. How did this huge sum of money get into Najib's Private Account. Where did the money come from!! How can the PM of Malaysia whose pay is only RM20,000 per month have so much money in his private account? 
22. Unable to deny the Wall Street Journal report which included the account number and other details, Najib claimed that it was a donation. 
23. Who in the world would donate USD700 million to the Malaysian Prime Minister? Even Obama could not raise this amount for his Presidential bid. It was suggested it was an Arab. 
24. Arabs are generous, but not that generous. I could not raise even a single dollar from them for the Malaysian International Islamic University or for the Oxford Islamic Centre. This claim that Arabs donated billions is what people describe as hogwash or bullshit. Certainly I don't believe it and neither can the majority of Malaysians if we go by the comments on the social media. The world had a good laugh. 
25. When asked, the PM said wait for the report on 1MDB by the Auditor–General and the Public Accounts Committee.

26. To the UMNO divisional leaders and assorted bedfellows the PM in close-door meetings, claimed the billions were for the elections. 
27. The 2 billion Ringgit plus for elections is absurd. I needed less than 10 million for each of the five elections I presided over and I won them all with more than 2/3 majority. Why do you need 2.6 billion plus or 2600 million Ringgit. Is it to bribe politicians and civil servants, or to rig the elections. That would not be right , much less legal. 
28. Whatever, to me 2 billion plus for elections in Malaysia by any party is wrong even if no limit is put on election expenses. 
29. Then there is this lavish life-style which no Malaysian Prime Minister would be able to afford on the RM20,000 per month he receives. Engagement and weddings lavishness far surpassed those of the Rulers even. Several ceremonies were held in Malaysia and also in Kazakhstan. Guests were loaded with gifts from the host. Clearly millions, tens of millions were spent, far beyond what a Malaysian PM can afford. 



30. Then there is the son's investment of hundreds of millions in producing the film The Wolf of Wall Street. It is so pornographic that it cannot be shown in Malaysia. Where did the money come from! 
31. The shopping in London, Paris and elsewhere is known to be enormous. 
32. Clearly the PM and his wife have more money than the salaries and allowances paid to the PM account. Najib's claim that it was a donation was not convincing. 
Please continue yours reading HERE

Khairy Akui Skandal 1MDB Antara Punca Ringgit Terus Jatuh..

Posted: 09 Aug 2015 08:28 PM PDT


Putrajaya perlu segera mengendalikan kekurangan kepercayaan serta krisis keyakinan yang dihadapinya untuk menghalang kejatuhan ringgit, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata hari ini kekurangan keyakinan dalam kerajaan juga menyebabkan pelabur mengeluarkan wang mereka daripada Malaysia.

Kenyataan beliau susulan seorang lagi menteri yang menyatakan sentimen sedang menjatuhkan kadar pertukaran ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), meskipun dengan fundamental ekonomi negara yang kukuh.

"Tiada orang percayakan mesej ataupun pembawa mesej. Krisis keyakinan inilah mengapa ringgit semakin merudum dan pelabur mengeluarkan wang mereka untuk ke tempat lain.

"Semakin ringgit jatuh, semakin mahal harga barangan," kata Khairy kepada forum di Malaysian Student Leaders Summit di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Khamis, ringgit jatuh ke RM3.90 berbanding dolar AS, kali pertama ia berlaku sejak krisis kewangan Asia pada 1998. Khairy berkata antara isu yang membawa kepada masalah ini termasuklah skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma politik RM2.6 bilion kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Perkembangan terbaru dalam pentadbiran Najib menghakis kepercayaan rakyat dan mereka ia akan menyiasat bagaimana 1MDB dapat mengumpul hutang RM42 bilion dan sama ada terdapat salah laku dalam syarikat tersebut.

Siasatan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) terhadap 1MDB yang sepatutnya memanggil pegawai atasan syarikat tersebut bulan ini, terhenti selepas Najib melantik 4 ahli jawatankuasa tersebut ke dalam Kabinetnya pada 28 Julai.

Sementara itu, polis menyoal siasat 7 pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tentang maklumat siasatan agensi tersebut terhadap syarikat berkaitan 1MDB, dibocorkan kepada orang ramai.

Penahanan beramai-ramai penyiasat SPRM dikritik kumpulan masyarakat sivil sebagai cara menakut-nakutkan agensi anti-rasuah itu yang sedang menyiasat SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

Umno juga digoncang dengan pendedahan Najib yang menerima RM2.6 bilion ke dalam akaun bank peribadinya daripada seorang penderma Timur Tengah.

Peguam mengatakan yang tersebut melanggar undang-undang anti-rasuah yang mengatakan anggota pentadbiran awam tidak boleh menerima derma.

"Kita tidak boleh melengahkan bercakap tentang 1MDB dan derma politik. Kita perlu bincangkan isu ini dan kita perlu lakukannya segera, bukan kemudian," kata Khairy lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...