Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Ringgit cecah 3.96 berbanding dolar AS, lepasi paras krisis Asia 97

Posted: 11 Aug 2015 05:30 AM PDT


Kemerosotan ringgit itu menyaksikan ia melepasi paras 3.93 sedolar untuk kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu.

Ringgit ditutup 0.7% lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, mencecah paras 3.96 per dolar, bagi pertama kali sejak krisis kewangan Asia pada 17 tahun lepas.

Pada 5 petang, mata wang tempatan itu disebut pada 3.9600/9630 berbanding dolar AS daripada 3.9270/9300 semalam. 
"Selain daripada tekanan kejatuhan harga minyak mentah dan jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutan AS, ringgit juga menghadapi cabaran kejatuhan harga bon kerajaan dan penurunan nilai mata wang China, yuan, hari ini," katanya. 
Ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama kecuali berbanding dolar Singapura. 
Mata wang tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.8302/8333 daripada 2.8305/8349 pada Isnin. 
Ringgit susut berbanding yen kepada 3.1723/1752 daripada 3.1492/1523 semalam. 
Ia rendah berbanding pound sterling kepada 6.1701/1759 daripada 6.0755/0809 semalam dan susut berbanding euro pada 4.3651/3700 daripada 4.3056/3100 sebelum ini. – Bernama

Bloomberg sebelum ini mendedahkan beberapa punca kejatuhan ringgit, antaranya faktor dalaman dan krisis politik yang menyelubungi pentadbiran Umno Barisan Nasional.

Kontroversi hangat melibatkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang menjadi skandal terbesar dalam sejarah Malaysia juga dikatakan memainkan peranan terhadap kejatuhan matawang itu.

Ia ditambah lagi dengan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima RM2.6 bilion menerusi akaun peribadinya.

Selain itu, kejatuhan ringgit dikatakan turut disumbangkan oleh kejatuhan harga minyak dunia sehingga 48 peratus berbanding harga puncak tahun lepas.

Hmmm.. masa Mahathir dulu ada juga usaha dia untuk menghalang dan mengekang nilai ringgit dari terus merudum.. tapi Najib ni dia buat bodoh saja..


“Mereka Ini Kaki Spin" Dan "Tidak Cerdik" Kata Pengarang Mingguan Kepada Dua Pemimpin UMNO

Posted: 11 Aug 2015 12:40 AM PDT


Betullah orang kata.. "what comes around goes around", selama ini kita sering mendengar kenyataan-kenyataan pemimpin Pembangkang diputar belit oleh Utusan hingga menyebabkannya disaman..

Kali ini Pengarang Mingguan pula mendakwa tulisannya diputar belit oleh dua Menteri UMNO.. kah..kah..kah..


Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussien dengan berani mencabar dua pemimpin UMNO yang dianggap sebagai 'Panglima UMNO' untuk berdebat dengannya.

Panglima UMNO yang dimaksudkan Ku Seman ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Panglima Dr Mohd Salleh Said Keruak dan Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi.

Menerusi blognya, kayangdailypost.blogspot.com, Ku Hussein menyatakan debat tersebut perlu diadakan bertujuan bagi memperjelas kepada rakyat mengenai isu fundamental berkaitan derma RM2.6 bilion yang diterima oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut ku Seman, Mohd Salleh dan Puad telah menjawab di dalam akhbar Utusan Malaysia pada Isnin dengan mengaitkan tulisannya yang disiarkan di Mingguan Malaysia pada Ahad berhubung status wang RM2.6 bilion yang dianggap bukan kepunyaan UMNO.

Kedua-dua individu tersebut telah memperlekeh tulisannya seolah-olah dia mempertikaikan status derma yang diterima oleh Najib.


Berikut adalah tulisannya...

Hari ini dalam Utusan Malaysia, dua orang kuat Perdana Menteri Najib Razak, Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Salleh Said Keruak telah "menjawab" tulisan saya dalam Mingguan Malaysia semalam mengenai derma RM2.6 bilion. 
Bagaimanapun kedua-dua panglima ini sama sekali tidak menyentuh isu yang saya bangkitkan iaitu derma RM2.6 bilion itu bukan milik UMNO, hujah saya seluruh kepimpinan tertinggi termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak tahu tentang kewujudan derma itu. 
Jadi, secara logiknya apabila orang penting UMNO tidak tahu mereka tidak layak mengaku derma yang banyak itu milik mereka melainkan mereka bersedia memikul biawak hidup. Sekarang UMNO memikul liabiliti Najib yang akibatnya boleh meruntuhkan keyakinan rakyat termasuk ahli UMNO kepada UMNO. 
Yang ini tidak dijawab sebaliknya mereka spin tulisan saya seolah-olah saya menuduh derma itu sebagai rasuah. Maka mereka pun berkata, SPRM sudah mengesahkan derma itu bukan rasuah. Kenapa mereka menjawab suatu yang saya tidak mempersoalkan?
Kedua-dua panglima ini menjawab seolah-olah saya mempertikaikan status derma itu. 
Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca oleh pengampu-pengampu UMNO sahaja. Cuba cari dalam tulisan saya adakah ayat yang membawa maksud saya mempertikaikan derma itu sebagai rasuah? Saya hanya mengatakan derma itu sebagai hak peribadi. 
Puad juga mahu mengajar saya menulis. Dia berkata sepatutnya saya tanya adakah dana politik salah di sisi undang-undang. Apakah Najib mencuri duit 1MDB dan apakah salah akaun peribadi digunakan untuk menerima derma. 
Untuk pengetahuan Fuad, saya sangat faham bahawa dana politik tidak salah di sisi undang-undang. Sebab itu saya tidak membangkitkan isu dana politik. Saya juga tidak kata Najib mencuri duit 1MDB kerana belum terbukti dan tidak mungkin dapat dibuktikan. Saya juga tidak membangkitkan kesalahan menggunakan akaun peribadi untuk menerima derma kerana memang tidak salah. 
Yang saya bangkitkan adalah derma itu kepunyaan Najib. Kalau dana politik UMNO, sudah tentu UMNO tahu sejak awal lagi. Sebenarnya jawapan kedua-dua panglima Najib ini membuatkan rakyat melihat pemimpin kanan UMNO dilihat terlalu dungu hingga tidak tahu apa yang ada dalam akaun parti. Derma disalurkan dalam akaun peribadi memang tidak salah, sebab itulah saya tidak membangkitkannya. 
Mereka berdua juga tidak menjawab pertanyaan saya, kenapa sebaik sahaja selepas The Wall Street Journal mendedahkan ada transaksi RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib, ada pemimpin UMNO berkata bahawa itu dana politik? Kenapa masing-masing diam termasuk Puad dan Salleh yang sekarang beriya-iya spin rakyat bahawa itu dana politik? Janganlah menyembunyikan suatu yang tidak cerdik dengan tindakan yang tidak cerdik. 
Sepatutnya mereka menjawab soalan cepu emas anak Menteri Besar Johor dulu sebelum menjawab tulisan saya. Sebenarnya apabila membaca kenyataan mereka di Utusan Malaysia hari ini yang cuba memperendahkan hujah saya, tiba-tiba saya hilang hormat kepada mereka. 
Mereka cuba menonjolkan diri sebagai pembela Najib tetapi pada masa yang sama tidak mempunyai kecerdikan yang tinggi. Maka akhirnya Fuad dan Salleh hanya boleh diamakan dengan juak-juak UMNO yang telah disihirkan supaya menjadi tukang angguk. Sama ada mereka mahu menjadi pembela buta dan tuli, itu soal mereka tetapi jangan menggunakan kuasa untuk menafikan hak rakyat mendapatkan maklumat yang betul. 
Saya mencabar sama ada Salleh (Menteri RTM) atau Puad supaya mengatur debat dengan saya mengenai isu fundamental derma RM2.6 bilion yang saya anggap bukan kepunyaan UMNO ini. Kalau disiarkan secara langsung di RTM lagi bagus supaya mereka lebih kelihatan sebagai pembela Najib. Saya sanggup untuk berdebat satu lawan dua dengan Salleh dan Puad ~ kayangdailypost.blogspot.com

Ha.. ha.. ha... Aku suka ayatnya yang ini.. "Mereka ini kaki spin, sebab itulah cybertrooper yang diketuai Puad hanya layak dibaca oleh pengampu-pengampu UMNO sahaja

Dan yang ini.. "Janganlah menyembunyikan suatu yang tidak cerdik dengan tindakan yang tidak cerdik

Kan dah lama Mahathir bagitahu mana ada orang cerdik nak masuk UMNO...


Majalah APO Dan Ujang Berkubur Angkara GST?

Posted: 10 Aug 2015 10:10 PM PDT


Seperti direnjat elektrik, seluruh peminat kartun dan komik tanahair terkejut dengan penutupan penerbitan majalah Ujang dan APO?.

Tanggal 6 Ogos 2015, MOY Publications menghentikan penerbitan dua majalah gergasi yang pernah menjadi jaguh pasaran tempatan sekaligus bermakna Ujang dan APO? turut menyertai arwah-arwah majalah kartun terdahulu.

Ujang dan APO? dimakamkan bersama Gelihati, Mat Jenin, Batu Api serta berpuluh majalah kartun tanahair yang pernah mewarnai industri kartun dan komik tanahair.

Sejarah ringkas Ujang dan APO?



Majalah Ujang muncul di pasaran pada tahun 1993 di bawah Kharisma Publications. Dengan cogankata Majalah Lawak Antarabangsa, kartunis Ujang (Ibrahim Anon) yang telah mencipta kegemilangan di majalah Gila-Gila mengorak langkah menerbitkan majalah Ujang bersama kartunis popular seperti Gayour, Nik dan Aie.

Beberapa kartunis yang sedang mencipta nama dididik, diberi nama baru yang segar dan subur seperti Bijan, Sukun, Jering, Ubi, Duku, Halia dan Sireh (sekadar menyebut beberapa nama) juga penulis Azzam Supardi membentuk sebuah pasukan produksi yang mantap sehingga edaran setiap keluaran mencecah lebih 200,000 salinan.

Maskot Din Beramboi menjadi fenomena sehingga direbut beberapa pihak. Peminat-peminat tidak sabar menanti kemunculan setiap isu untuk membaca Abe, Bersama Selamanya, Aku Hidup Dalam Blues, Budak Hostel dan lain-lain.

Watak-watak kartun lerang (strip cartoon) seperti Murahguru Tandoori Payat, Pak Andak dan Angah, Bas Mini 222 mencuit hati. Majalah kartun sedia ada sedikit tergugat dan perlahan-lahan terikut juga corak persembahan Ujang.

Apabila kartunis Ujang (Ibrahim Anon) meninggalkan majalah tersebut, MOY Publications mengambilalih penerbitan majalah Ujang dan mengawal hakcipta dan harta intelek sehingga kartunis Ujang sendiri tidak dibenarkan berkarya menggunakan nama samaran Ujang.

Meskipun diboikot sebahagian besar peminat tegar kartunis Ujang (Ibrahim Anon), majalah Ujang di bawah MOY Publications terus menjuarai pasaran, melonjak dengan gabungan barisan kartunis asal dan muka baru.

Majalah APO? muncul empat tahun selepas majalah Ujang. Juga diterbitkan oleh MOY Publications dengan kartunis Petai teraju utamanya bersama kartunis Sireh, Rambai, Ah Liow dan Blue (sekadar menyebut beberapa nama).

APO? bermula dengan konsep gabungan komik lucu dan serius. Pelukis komik tanahair seperti Zoy, Fazrul Arhan dan Nizam Bachok turut memeriahkan keluaran awalnya.

Edisi pengenalan APO? dengan harga murah gila, RM1 sahaja senaskhah. Atas faktor keuntungan barangkali, konsep APO? kemudiannya ditukar menjadi seratus peratus humor atau menjadi majalah Ujang nombor dua.

Keduanya bersaing sesama sendiri. Banyak juga majalah baru muncul dengan konsep seperti mereka tetapi gagal bertahan. Ujang dan APO? mengungguli pasaran selama dua puluh tahun.

Zaman kejatuhan

Entah di mana silapnya majalah kartun bercorak ke-Malaysiaan perlahan-lahan tewas kepada komik manga alihbahasa dari Jepun yang mula menyerang pasaran. Syarikat penerbitan majalah baru juga cenderung menerbitkan majalah kartun berbahasa Melayu berkonsepkan manga.

Ia menjadi virus menyerang antibodi majalah kartun beridentitikan kebangsaan. Ujang dan APO? juga dijangkiti virus ini sehingga terpaksa akur dan mengikut sedikit rentak mereka. Kartun 'online' pula melancarkan serangan ke atas generasi baru.

Dengan menekan papan kekunci dan melayari internet, anak anak tidak perlu lagi keluar mencari majalah di kedai. Baca sahaja di skrin komputer atau telefon pintar.

Kemunculan 'video games' dan 'online games' adalah pelengkap siri pembunuhan. Cuba letakkan telefon pintar dan majalah kartun di atas meja, yang mana akan dipilih oleh anak kita? Majalah kertas tergugat.

Kartunis yang berkarya dengan konsep keMalaysiaan tersudut apabila kisah bagaimana membuat gasing, mandi sungai, pergi mengaji tidak lagi menangkap imaginasi generasi hari ini. Jualan semakin menyusut.

Keruh di hulu, maka keruh di hilir

Seperti pepatah di atas, itulah yang diakui oleh 'orang kuat' MOY Publications. Ekonomi yang tidak stabil, nilai matawang jatuh dan Government Service Tax (GST) menyebabkan kos operasi meningkat.

Harga kertas naik, elektrik dan petrol mencanak sehingga mempengaruhi produksi. Justeru setelah segala kemunasabahan dihitung, bebanan yang tinggi dan tidak berbaloi, MOY Publications terpaksa akur menutup penerbitan majalah Ujang dan APO?.

Untuk rekod, MOY Publications juga pernah menerbitkan majalah Era@MOY, Blues Selamanya dan sebuah majalah kartun bahasa Cina, Sot Sot tetapi tidak bertahan lama.

Masa depan kartun dan komik tanahair

Meskipun majalah ditutup, MOY Publications khabarnya sedang berusaha membawa kartun dan kartunisnya berkarya di alam maya. Erti kata lain untuk menyedapkan hati ialah dunia kartun dan komik masih belum mati, cuma berpindah dunia dari alam kertas ke alam skrin.

Tetapi bagi peminat, kematian majalah adalah kematian industri. Seperti siri Battle Royal dalam sukan gusti, ke semua majalah telah tersingkir tewas dan hari ini cuma tinggal majalah Gila-Gila satu-satunya majalah beridentitikan kebangsaan luar pengaruh manga masih hidup. Sungguhpun edarannya kecil tetapi Gila-Gila terus bertahan untuk tahun ketiga puluh tujuh.

Berita terkini dari teman-teman, atas nama solidariti dan tidak ingin melihat khazanah kartun terkubur, kartunis Ujang (Ibrahim Anon) dan beberapa kartunis kembali berjuang membantu Gila-Gila meneruskan nafas.

Apakah Gila-Gila mampu mengharungi arus deras masakini? Apakah nasib kartunis hanya duduk melukis karikatur di sudut pusat membeli-belah dan tidak berpeluang lagi bangun gagah mengangkat semula martabat kartun Malaysia?

Akan wujudkah kesedaran masyarakat terhadap hidup mati salah satu cabang seni lukis negara kita ini? Wallahua'lam. Buat masa ini, Al Fatihah untuk APO? dan Ujang.


~Ronasina, seorang kartunis dan penerbit.


Jangan Fitnah Najib.. Kereta Singapore Itu Milik Kedutaan Malaysia Lah..

Posted: 10 Aug 2015 05:30 PM PDT


Kerajaan Negeri hari ini mengkritik dakwaan dalam posting dan gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang terpaksa menggunakan kereta dengan nombor plat Singapura untuk kegunaan beliau sepanjang berada di Johor, di Facebook yang menjadi viral.

Gambar berkenaan menunjukkan beberapa kereta eksekutif dengan nombor plat pendaftaran Singapura, di Dewan Serbaguna Mawar di Pasir Gudang ketika menghadiri mesyuarat Umno Pasir Gudang, semalam.

Menurut posting yang juga disebarkan melalui aplikasi WhatsApp dan Telegram hari ini, Sultan Johor yang meminta kerajaan negeri menggunakan kereta Singapura itu.

Namun hal ini dinafikan oleh setiausaha akhbar Menteri Besar Johor, Asri Khalbi yang berkata, kerajaan tahu mengenai gambar-gambar yang disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Kerajaan negeri mengutuk tindakan menyebarkan gambar-gambar berkenaan yang dipercayai dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mahu memutuskan hubungan baik antara kerajaan negeri dengan istana Johor dan kerajaan persekutuan," katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Asri menrangkan, Najib adalah Perdana Menteri Malaysia dan ketibaannya disambut mengikut protokol yang sepatutnya oleh kerajaan negeri.

"Dakwaan dalam gambar berkenaan tidak benar," katnaya dan menekankan bahawa hubungan antara istana Johor dan kerajaan negeri, sangat baik.

Najib dan rombongannya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura atas jemputan kerajaan Singapura atas sambutan Hari Kebangsaan ke-50 pada Ahad.

Perdana Menteri mendapat layanan terhormat seperti ketua kerajaan dari negara Asean yang lain yang dijemput khas untuk acara berkenaan.

Difahamkan kereta-kereta eksekutif yang digunakan, disediakan oleh pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura untuk kegunaan Najib dari Singapura ke Pasir Gudang di mana beliau merasmikan mesyuarat bahagian atas kapasiti sebagai presiden Umno.

Beliau kemudian pulang ke Singapura di mana beliau menjadi tetamu untuk sambutan Hari Kebangsaan, pada Ahad.




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...