Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PKR Bodoh, Nurul Izzah Budak-budak Sebab Saman Najib - Nazri

Posted: 12 Aug 2015 05:30 AM PDT


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz menyifatkan tindakan PKR memfailkan saman terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai perbuatan bodoh.

Malah, beliau berkata parti pembangkang itu tidak faham undang-undang pilihan raya.

"Ini adalah satu perbuatan bodoh daripada PKR. "Dia (Nurul Izzah) budak-budak, baru jadi ahli Parlimen dan tidak faham undang-undang," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Pemeliharaan Arkib Digital di Arkib Negara hari ini.

Tegas Nazri, PKR dituntut membuktikan bahawa setiap calon pilihan raya lalu membelanjakan lebih RM200,000 seperti didakwa mereka.

"Jadi, apa salahnya kerajaan? Dan bolehkah dia (PKR) buktikan yang setiap calon belanja lebih daripada RM200,000?

"Tetapi jika sebelum pilihan raya atau selepas pilihan raya kalau nak belanja RM10 juta pun biarlah," katanya.

PKR hari ini memfailkan saman terhadap Najib atas dakwaan melakukan kesalahan pilihan raya susulan kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata saman itu difailkan di Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini, melalui peguam Tommy Thomas.

Ia juga difailkan terhadap Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, syarikat pelaburan negara 1MDB dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selain Izzah, saman sivil itu dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, PKR dan pemimpin pembangkang Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Tian Chua lapor Malaysiakini


Pamer Pelekat #TangkapNajib Boleh Dipenjara 2 Tahun?

Posted: 12 Aug 2015 01:25 AM PDT


Mana-mana individu yang didapati melanggar undang-undang termasuk mempamerkan pelekat yang dipercayai mempunyai unsur hasutan boleh ditahan dan bakal berdepan hukuman penjara serta denda.
 
Perkara tersebut ditegaskan Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Roslan Bek Ahmad berikutan penahanan seorang wanita berusia 31 tahun semalam yang mempamerkan pelekat #TangkapNajib di cermin belakang kenderaannya yang dipercayai boleh membawa hasutan.

Menurut Roslan, anggota peronda mengesan kereta wanita terbabit yang diletakkan di Jalan Kulas sekitar jam 3 petang, kelmarin.

"Pengguna jalan raya lain yang memaparkan pelekat seperti di kenderaan boleh dikenakan tindakan tegas sekiranya didapati melanggar undang-undang," katanya yang dipetik portal berita, Borneo Post, hari ini.

Menurutnya, berikutan insiden tersebut, wanita terbabit kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang mana sengaja mengaibkan, dengan niat mencetuskan pecah keamanan.

Jelas Roslan jika disabit kesalahan, wanita terbabit boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali lapor Malaysian Digest

Sementara itu The Malay Mail melaporkan wanita tersebut mendakwa kira-kira 10 orang anggota Polis telah menyerbu dan menanggalkan pelekat tersebut..

Baca ni..

KUALA LUMPUR, Aug 11 — A woman in Kuching was questioned by police today over a "#TangkapNajib" sticker she had affixed to her car. 
According to Murnie Hidayah, nearly 10 police officers has approached her in Satok, Kuching yesterday to question her over the sticker that they believed referenced Prime Minister Datuk Seri Najib Razak. 
"I just finished giving my statement, I was investigated under Section 504. The statement taking went for two hours," she told Malay Mail Online. 
"They asked me if the sticker had anything to do with Prime Minister Najib, I refused to answer and maintained my right to be silent," the lawyer added. 
Section 504 pertains to intentional insult with intent to provoke a breach of the peace and is punishable by up to two years' imprisonment, a fine, or both upon conviction. 
The authorities had also removed the sticker from the car after taking her statement to "assist with investigations", Murnie said when providing pictures of the incident. 
The authorities had also removed the sticker from the car after taking her statement to 'assist with investigations', Murnie said. 
Pictures of Murnie and her vehicle surrounded by around 10 policemen were widely distributed on social media since yesterday. 
Murnie previously tweeted that the police were told to investigate her "on the orders of officers above". 
A police source confirmed that the lawyer was being investigated, but declined to specify the alleged offence or the specific law being applied. 
"#TangkapNajib" was the theme of a rally in Kuala Lumpur a fortnight ago. 
The rally was organised by youth group Demi Malaysia with the aim of demanding the prime minister's resignation ~ The Malay Mail

Sticker pun takut?.. Apa dah jadi ni?


Satu Soalan Saja Mengenai 'Derma RM2.6 Billion', Tapi Kita Menerima Berbagai Jawapan.. Mengapa?

Posted: 11 Aug 2015 11:00 PM PDT


Satu soalan saja yang ditanya kebanyakkan rakyat mengenai USD700 Juta ataupun RM2.6 Billion (hari ni RM2.8 Billion dah).. tapi kita mendengar berbagai-bagai jawapan..

Dan semuanya langsung tak ada kaitan dengan soalan.. soalannya ialah "Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?"

Jawapannya pula datang dari berbagai pemimpin UMNO yang berusaha untuk menunjukkan kepada Najib bahawa merekalah golongan yang setia dan sanggup membela Najib..

Berikut adalah satu soalan itu yang menerima berbagai-bagai jawapan..

Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 1 : (Diam) 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 2 : Akaun itu tidak wujud. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 3 : Ejaan nama Najib Razak oleh WSJ adalah silap. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 4 : Saya tak guna duit itu untuk kegunaan peribadi. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 5 : Penulisan Wall Street Journal adalah berunsur fitnah. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 6 : Kebenaran akan terbukti. Saya akan saman WSJ pada hari Selasa. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 7 : Yahudi kini sedang menyerang Malaysia. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 8 : Adalah bodoh jika Najib Razak nak guna akaun sendiri untuk terima wang. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 9 : RM2.6 bilion itu tidak wujud. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 10 : RM2.6 bilion itu adalah Derma. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 11 : Penderma RM2.6 bilion itu adalah adalah dari Timur Tengah. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 12 : Najib berhak untuk merahsiakan derma. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 13 : Pembangkang perlu isytihar Penderma. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 14 : Tun Mahathir cemburu beliau tak dapat duit derma sebanyak itu. 
Soalan : Apakah RM2.6 bilion dari duit 1MDB itu masuk ke akaun Najib Razak?
Jawapan 15 : Duit itu saya guna untuk pilihanraya & kerja kebajikan. 
Satu soalan yang perlu dijawab YA atau TIDAK sahaja. Tetapi malangnya jawapan yang diterima ternyata Tipu & Bohong belaka.

Soalan dan Jawapan telah disediakan oleh Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka, YB Shamsul Iskandar di SINI


Cubaan Ku Nan Untuk 'Kencing' Rakyat Pasal Derma Dikantoikan MCA..

Posted: 11 Aug 2015 07:57 PM PDT


Malang buat Ku Nan.. alaaa Ku Nan yang jadi Setiausaha Agung UMNO tu.. cubaannya untuk 'kencing' sambil memperbodohkan rakyat di kantoikan oleh MCA.. 

"Ya, (amalan biasa) dalam mana-mana parti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bangunan Oval Damansara pada Isnin ketika ditanya mengenai sumbangan derma dalam akaun amanah Datuk Seri Najib Tun Razak untuk UMNO.

Beliau berkata pihak yang membuat dakwaan berhubung amalan ini hanya cuba untuk melemahkan UMNO.

Tengku Adnan berkata tuduhan yang dilemparkan terhadap perdana menteri dan presiden UMNO itu cuma "permainan politik untuk melemahkan parti".

"UMNO ialah parti berusia 69 tahun dengan 3.7 juta anggota yang telah menghadapi pelbagai cabaran dan masih berdiri teguh.

Tapi aku yakin, 3.7 Juta? yang didakwa sebagai ahli UMNO ini akan berasa lega bila Ku Nan kata masukkan derma untuk parti ke akaun peribadi adalah amalan biasa..

Betullah orang kata.. bila dah bodoh, senang untuk diperbodohkan..main angguk saja, ada otak tak mahu guna..

Baca apa kata Setiausaha Agung MCA ni..

Setiausaha Agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, tidak pernah menjadi amalan di mana dana politik didepositkan ke dalam akaun bank peribadi presiden parti itu dan memegangnya bagi pihak parti. 
Ong berkata ini adalah untuk menggariskan antara kepentingan parti dan individu, dan untuk menghalang wang itu digunakan untuk kepentingan peribadi. 
Menteri perdagangan antarabangsa dan industri II itu berkata MCA tidak akan dapat berbuat apa-apa jika dana untuk parti itu dipakai untuk kegunaan peribadi dan kemudian orang itu menafikan mempunyai dana tersebut. 
Ong mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mempertahankan kontroversi RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menegaskan bahawa ia "adalah amalan biasa". 
Ong dipetik oleh akhbar Oriental Daily sebagai berkata: "Jika wang masuk ke akaun peribadi, maka ia adalah di luar kawalan kita. Jika pemegang akaun itu menafikannya, apa yang anda boleh lakukan?" 
Beliau berkata sejak penubuhan MCA, ia telah menjadi amalan untuk menyalurkan dana untuk parti itu ke dalam akaun parti. 
Katanya, adalah sukar untuk mengesan sumber pembiayaan jika ia dipegang oleh pemimpin lapor Malaysiakini

Aku rasa hanya Najib seorang yang amalkan perkara itu.. sebab selama aku berkawan dengan orang-orang UMNO, kebanyakkan cek bayaran untuk tugas atau program yang mereka lakukan aku lihat datangnya dari akaun 'Badan Perhubungan Negeri' bukannya akaun Datuk-datuk Ketua Bahagian..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...