Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Najib Tangguh Pemilihan Sebab Takut Kalah.. Wanita UMNO Kata..

Posted: 13 Aug 2015 05:27 AM PDT


Selepas muncul dengan rakaman video yang menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak 'kencing' ahli UMNO, Ahli Wanita UMNO Bahagian Langkawi, Anina Saaduddin sekali lagi mengkritik kepemimpinan Najib selaku Presiden parti.

Anina berkata, Najib tidak akan mampu mempertahankan kedudukannya sebagai Presiden lantas mengambil keputusan menunda pemilihan selama 18 bulan.

Sehubungan itu, dia mempersoalkan atas dasar apa Najib berkata tiga juta ahli UMNO menyokongnya untuk terus kekal sebagai Presiden parti.

"Atas dasar apa Najib nak kata tiga juta ahli sokong beliau sedangkan pemilihan Umno yang akan datang, ditunda ke 2018.

"Kalau beliau tunda, maknanya beliau tidak yakin sokongan dalam pemilihan akan datang," katanya seperti dilapor sebuah laman portal.

Menurut Anina lagi, bukan hanya dia sahaja yang memperkatakan mengenai krisis dalaman UMNO, sebaliknya beribu-ribu lagi ahli UMNO yang bercakap perkara itu.

Sebelum ini, Najib berkata penangguhan selama 18 bulan itu dibuat bagi mengukuhkan parti, manakala Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui ia ditangguh kerana krisis semasa.

Secara berseloroh, Anina berkata `sekiranya ditanya 10 ahli UMNO sama ada percaya dan yakin akan kepimpinan Najib, berkemungkinan 12 orang kata tidak yakin'.

Anina juga menerusi ucapan lantangnya sebelum ini turut mengkritik tindakan Najib menggugurkan Timbalannya. Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal daripada Kabinet Malaysia.

Anina turut membayangkan UMNO umpama `terbang sebelah sayap' apabila Muhyiddin dan Shafie digugurkan lapor Free Malaysia Today


Zeti Dedahkan 7 pegawai BNM disoal isu 1MDB..

Posted: 13 Aug 2015 12:34 AM PDT


Tujuh pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) setakat ini disoal polis berhubung kebocoran maklumat berkaitan siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Gabenor BNM Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Katanya, mereka memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis tetapi beliau enggan mendedahkan nama mereka, tarikh mereka disoal dan pejabat di bahagian mana mereka bertugas.

Beliau juga berkata, bank pusat itu sudah menyelesaikan siasatannya ke atas urus niaga bank yang berkaitan dengan 1MDB dan mengemukakan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.

Katanya, laporan kepada Peguam Negara itu termasuk cadangan untuk tindakan penguatkuasaan yang sesuai.

BNM adalah antara institusi yang sedang menyiasat 1MDB atas dakwaan salah urus dan rasuah.

Zeti bagaimanapun enggan mendedahkan kandungan penyiasatan itu, mengatakan undang-undang negara ini hanya membenarkan BNM mendedahkan perkara itu kepada agensi penguatkuasaan dan kawal selia lain yang terlibat dalam mengambil tindakan terhadap 1MDB.

"Kami sudah mengemukakan siasatan kami kepada peguam negara bersama saranan mengenai tindakan penguatkuasaan yang bersesuaian," katanya kepada pemberita di ibu pejabat BNM di Kuala Lumpur hari ini.

Zeti berkata, BNM memulakan siasatan tidak rasmi setahun lalu ke atas satu entiti yang "sangat dimanfaatkan" untuk melihat sama ada ia menimbulkan sebarang risiko kepada sistem kewangan.

Beliau difahamkan merujuk kepada 1MDB, yang mengumpul hutang mencecah RM42 bilion dan kini menghadapi kesukaran membayar balik pinjamannya.

Sebahagian hutang syarikat itu dijamin Putrajaya dan pengkritik mendakwa, timbul kebimbangan yang dana awam akan digunakan bagi membayar pinjaman itu jika 1MDB gagal berbuat demikian.

Hasil siasatan tidak rasminya menyebabkan BNM mengemukakan beberapa kebimbangan mereka kepada pihak berkuasa yang berkenaan, kata Zeti tanpa menjelaskan dengan terperinci penemuan tersebut.

Zeti berkata BNM memulakan siasatan rasmi tahun ini sejajar dengan pasukan petugas yang dibentuk pada Julai untuk menyiasat pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada awal Julai, The Wall Street Journal dan Sarawak Report mendakwa kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank Najib melalui 3 syarikat berkaitan 1MDB.

Pada 3 Ogos, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan RM2.6 bilion itu bukan datang daripada 1MDB tetapi merupakan sumbangan derma politik. Agensi itu bagaimanapun, tidak mendedahkan sumber derma itu lapor The Malaysian Insider


Pesawat Milik Kerajaan Ditawar Untuk Dijual..

Posted: 12 Aug 2015 09:06 PM PDT


Pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737-700 yang pernah digunakan sebagai penerbangan rasmi ketua kerajaan Malaysia ditawar untuk jualan tender RM80.5 juta, lapor Berita Harian.

Tawaran pembelian jet tersebut diiklankan sebuah akhbar tempatan, menyatakan pesawat yang kini dilupuskan itu terbuka kepada mana-mana individu dan syarikat yang berminat.

Difahamkan, pesawat eksekutif yang ditamatkan khidmatnya itu susulan pembelian pesawat baharu jenis Airbus Corporate Jet (ACJ320) bernilai RM465 juta, menurut akhbar itu hari ini.

Menurut kenyataan Bahagian Kewangan, Kementerian Pertahanan menerusi iklan yang disiarkan itu, mereka yang berminat wajib menghadiri taklimat tender serta lawatan tapak pada pagi Selasa depan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

"Tarikh tutup tender adalah pada 2 September ini. Dokumen tender boleh diperoleh daripada Cawangan Pegurusan Kewangan, Bangunan Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak mulai 18 Ogos (Selasa) dari jam 7.30 pagi hingga 5.30 petang," kata kenyataan tawaran terbabit, semalam. 

Iklan tersebut turut menyatakan sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar, memberi, meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah, adalah satu kesalahan jenayah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Pesawat BBJ 737-700 yang menggunakan nombor pendaftaran M53-01 merupakan pesawat kendalian TUDM.

Kerajaan sebelum ini memiliki 5 buah pesawat khas iaitu ACJ A319, BBJ, Fokker F28, Global Xpress, dan Falcon 900 yang diperuntukkan untuk kegunaan Yang di-Pertuan Agong, perdana menteri, dan timbalan perdana menteri.

Sebelum ini pada Ogos 2012, pesawat Fokker F28 dilupuskan kerana berusia lebih 30 tahun dan tiada pesawat gantian dicadangkan lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...