Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mana baki RM2.6 bilion, Muhyiddin tanya Najib

Posted: 14 Aug 2015 07:53 AM PDT


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa perdana menteri menjelaskan mengenai baki dari wang RM2.6 bilion yang dimasukkan dalam akaun bank peribadinya selepas ia dikatakan sudah ditutup pada 2013 lalu.

Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.

"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki. "Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu petang ini.

Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.

"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.

"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib lapor The Malaysian Insider

Kebanyakan serpihan ditemui di Maldives bukan milik MH370..

Posted: 14 Aug 2015 05:22 AM PDT


Kebanyakan serpihan yang ditemui di Maldives bukan milik pesawat Malaysia Airlines MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Kebanyakan serpihan itu negatif. Serpihan itu tiada kaitan dengan MH370 dan ia bukan bahan pesawat," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Wisma MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Liow berkata ini adalah berdasarkan laporan diterima daripada pasukan Malaysia yang dihantar ke Maldives bagi meneliti serpihan yang ditemui di pulau berkenaan.

"Kita akan menunggu kepulangan mereka. Jika ada sebarang serpihan yang dibawa balik, mereka akan menyerahkannya kepada pasukan penyiasat antarabangsa," katanya.

Pasukan penyiasat Malaysia dihantar ke Maldives Selasa lepas, untuk mengesahkan sama ada objek itu dipercayai sebahagian daripada pesawat MH370 yang hilang dari radar pada Mac tahun lepas. 

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang pada 8 Mac 2014.

Pada 6 Ogos lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan sayap yang ditemui di Pulau Reunion adalah milik MH370 yang hilang itu ~ The Malaysian Insider


Utusan bukan macam Harakah kata Pengarang Mingguan Malaysia

Posted: 13 Aug 2015 11:00 PM PDT


Pengarang Mingguan Malaysia, Ku Seman Ku Hussain berkata Utusan Malaysia bukan seperti akhbar lidah rasmi PAS, Harakah, yang menurutnya tidak boleh mengkritik pemimpin mereka. 

Sebaliknya, katanya, Utusan itu sendiri bertindak sebagai sebuah organisasi surat khabar, malah memberinya kebebasan untuk mengkritik pemimpin.

"Saya dibagi kebebasan dari pengurusan dan saya percaya kebebasan itu dibagi oleh Umno untuk mengkritik sebab Utusan berbeza dengan Harakah.

"Harakah sebagai lidah rasmi (PAS) dan Utusan sebagai organisasi surat khabar dan dia (Utusan) terpaksa bertindak sebagai surat khabar dan bukan lidah rasmi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Sebelum ini, Ku Seman melalui artikel "Derma RM2.6 bilion dan Integriti Umno" mempersoalkan integriti parti itu dalam menjelaskan perkara sebenar isu derma yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ekoran dari tersiarnya artikel itu, Utusan ditegur parti itu sendiri kerana lantang mempersoalkan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun Najib sebagai dana politik.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Keruak berkata Utusan tidak sepatutnya mempersoalkan lagi dana politik yang diterima Najib kerana ia sudah disahkan bukan rasuah oleh SPRM dan Najib.

Manakala Pengarah JASA, Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, Ku Seman sepatutnya menjelaskan kepada pembaca tiada peraturan yang menghalang seseorang individu menggunakan akaun peribadi bagi tujuan dana politik.

Kata Puad, jika benar Najib mahu menggunakannya untuk kepentingan peribadi, beliau pasti menyimpannya di akaun peribadi di luar negara dan bukan dibawa balik ke Malaysia.

Ku Seman yang juga pengarang bahagian politik global akhbar itu berkata, sebagai media beliau mempunyai tanggungjawab menegur dan bertanya kepada pemimpin sekiranya ada perkara yang tidak jelas mengenai sesuatu isu.

"Sebagai orang media , saya fikir boleh gunakan kuasa kita untuk menegur, itu satu teguran dan pertanyaan.

"Saya rasa artikel saya tidak ada unsur fitnah, artikel itu general yang tersiar dalam Mingguan Malaysia. Saya fikir bukan terlalu menghentam secara personal atau menuduh," katanya.

Ku Seman ketika ditanya gentar atau tidak sekiranya ada tindakan diambil ke atasnya, berkata:

"Saya rasa tidak ada alasan untuk ambil tindakan sebab apa yang saya tulis itu sudah 'clean' dan tidak ada 'point' untuk Umno nak ambil tindakan ke pada Utusan.

"Saya rasa bertanggungjawab mengutarakan isu bersikap rakyat. Saya rasa Umno kena matang menerima teguran dan kritikan dari dalam luar," katanya lapor Malaysiakini


1MDB: Laporan dibuat SPRM terhadap KSN, ketua pengarah JPA..

Posted: 13 Aug 2015 08:01 PM PDT


Beberapa laporan dibuat orang awam hari ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal kerana menghalang penyiasatan.

Aduan tersebut difailkan mereka yang marah dengan tindakan yang diambil ke atas dua pegawai kanan SPRM – Pengarah Bahagian Operasi Khas Datuk Bahri Mohamad Zin dan pengarah komunikasi strategik Datuk Rohaizad Yaakob – yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada Jumaat.

Ia susulan kritikan yang dibuat terhadap pihak polis berhubung siasatan polis ke atas kes dakwaan kebocoran maklumat dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan juga pendekatan lembut mereka kepada pemimpin pembangkang semasa kunjungan mereka ke ibu pejabat SPRM minggu lepas.

Arahan pertukaran itu dikeluarkan Zabidi dan alasan yang diberikan ialah "isu disiplin".

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mustafar Ali mengesahkan laporan yang dibuat, mengatakan agensi anti-rasuah itu akan merujuk kepada pihak perundangan sebelum mengambil langkah seterusnya.

"SPRM mengesahkan setakat ini tiada laporan dibuat oleh pegawai sendiri sebaliknya ia dibuat orang awam

"SPRM akan merujuk bahagian perundangan bagi tindakan selanjutnya berkaitan undang-undang terhadap kes salah guna kuasa dalam arahan pertukaran berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Mustafar dalam satu kenyataan terdahulu menafikan laporan berita mengatakan aduan tersebut difailkan pegawai SPRM sendiri.

Katanya, laporan itu tidak berasas dan dibuat untuk 'merosakkan' hubungan baik antara agensi kerajaan dengan pegawai tinggi kerajaan.

Kedua-dua pengarah itu, Bahri dan Rohaizad, sepatutnya melapor diri di JPM susulan pertukaran itu, tetapi arahan itu dibatalkan pada saat-saat akhir selepas Ali bertemu mereka pada Isnin.

Kedua-duanya serta merta dikembalikan ke pejabat asal masing-masing di SPRM apabila rakyat bangkit menyatakan kemarahan.

Bahri yang mengetuai pasukan siasatan khas menyiasat SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, minggu lalu, selepas menghabiskan dua jam disoal siasat polis, secara terbuka menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan polis dalam meneliti isu kebocoran itu.

Beliau membayangkan terdapat "tangan tersembunyi" dalam tindakan polis itu.

Beliau juga berikrar mencari orang yang mengarahkan serbuan di pejabatnya itu pada hari berikutnya.

Bahri adalah antara mereka yang disoal berhubung dakwaan kebocoran maklumat itu walaupun beliau pernah menegaskan tiada orang dalam SPRM terlibat dengan kebocoran itu.

Beliau berkata siasatan bahagian itu ke atas SRC International dijalankan "siang dan malam".

Beliau menegaskan tindakan pihak polis itu, yang juga termasuk satu serbuan ke atas pejabat timbalan pendakwa raya di SPRM, "mengganggu" siasatan badan anti rasuah itu dan merupakan satu pelanggaran terhadap Seksyen 48 Akta SPRM lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...