Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Pesan buat Najib Dari Shafie Apdal

Posted: 15 Aug 2015 07:58 AM PDT


Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini perpesan kepada "sahabat lama" belilau, kesetiaan yang diberikannya adalah kepada parti dan bukan terhadap mana-mana pemimpin.

Beliau yang juga Ketua Umno Semporna berkata, parti itu perlu mendapatkan keyakinan rakyat kerana tidak mahu Sabah kembali diperintah pembangkang seperti pernah berlaku sebelum ini.

"Ini boleh tolong sampaikan kepada PM. Kami berkawan lama, kesetiaan kita (adalah) kepada parti dan bukannya berpaksi pada kawan semata-mata," katanya disambut sorakan perwakilan dan pemerhati di Semporna hari ini.

Kata beliau, rakyat perlu diberi keyakinan oleh Umno selepas negeri itu "susah" kerana diperintah parti lawan suatu ketika dulu.

Menurut Mohd Shafie, bertanya soalan tidak sepatutnya menjadikan seseorang itu "pengkhianat" kepada parti.

Shafie berkata, beliau hanya membangkitkan persoalan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat dan tidak untuk mencabar kepimpinan parti.

Memang agenda lama

"Itu tujuan kita. Kita bertanya dengan niat yang baik. Adakah kita tidak dibenarkan bertanya?

"Saya tanya, mengapa beli hartanah di Pulau Pinang dengan harga RN1.3 bilion? Tiada faedah. Salahkah bertanya? Salah?" soal Shafie disusuli jeritan perwakilan berkata: "Tidak!"

Bekas Menteri Kemajuan Luar Bandar dan wilayah itu berkata, beliau akan terus memperjuangkan pembangunan di Sabah khususnya Semporna kerana itu merupakan agendanya.

Beliau juga berharap kerajaan tidak melupakan "wilayah kecil Semporna" yang dijanjikan jambatan ketika pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Projek itu kini tertangguh kerana isu kos.

"Pasal jambatan Bumbum. Bekas perdana menteri umumkan dalam bajet. Kemudian saya sebagai menteri dipanggil oleh majlis ekonomi.

"Jambatan itu hanya memakan belanja kira-kira RM300 hingga RM400 juta. Apa sangatlah dengan projek ini ketika kita boleh habiskan banyak wang untuk membayar hutang berbilion-bilon ringgit," katanya lapor Malaysiakini

Sulu, Syiah dan sekarang cerita ni pulak? boleh percaya ke cerita Zahid ni?

Posted: 15 Aug 2015 05:00 AM PDT


Bukan apa.. dulu dia kata dah kenal pasti pemimpin pembangkang yang jadi dalang pencerobohan Sulu tu.. tapi sampai sekarang tak keluar satu nama pun dari dia..

Lepas tu pulak dia kata Mat Sabu tu pengikut Syiah, dia ada bukti kukuh dan akan ambil tindakan seterusnya.. sampai sekarang hasilnya hampeh!

Ini pulak dia kata ada pemimpin UMNO yang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan.. yang mana semua yang mengikut pemimpin UMNO itu ialah pemimpin pembangkang..

Kah.. kah.. kah.. patutlah Blogger Otai dari UMNO kata ini 'Menteri Tin Kosong'.. cakap pong pang, pong pang.. hasilnya tiada..

Laporan berkaitan..

Seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli Parlimen pembangkang, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri, beliau difahamkan, mereka sedang menyediakan akaun bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.

"Terdapat usaha mendapatkan SD di kalangan ahli Parlimen pembangkang untuk menarik ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan kerajaan melalui pintu belakang.

"Saya dapat maklumat ini daripada sumber boleh dipercayai. Ini usaha yang sedang dijalankan... peliknya, ia diketuai Umno, ahli BN," kata Zahid semasa merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Ampang di Dewan Dato' Setia Mufti Shuib di Ampang, Selangor hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan identiti pemimpin Umno berkenaan, dan berkata ia akan "terbongkar sendiri".

Zahid berkata, gerakan itu sedang berjalan, dan seorang peguam sudah bersedia untuk bentang memorandum 7 halaman yang dibuat dengan kertas kuning, dengan dilampirkan sekali SD, bagi menunjukkan mereka mewakili majoriti.

"Ini adalah perkara serius. Mereka tidak boleh tunggu hingga pilihan raya umum akan datang. Mereka mahu masuk ikut pintu belakang.

"Mereka bukan saja tikam parti dari belakang, tetapi mereka memusnahkan institusi demokrasi," katanya.

Beliau berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha menggulingkan kerajaan akan berjaya dan menggesa Umno bangkit mencegah rancangan itu daripada jadi realiti.

Zahid juga menggesa perwakilan supaya jangan mensabotaj parti sendiri, dan berkata mereka yang berbuat demikian tidak stabil mentalnya.

"Jangan tebuk lubang dalam kapal ini. Kita perlu layari kapal ini bersama. Itu cari yang betul.

"Sebaliknya, kita ada seseorang yang ambil pemutar skru dan korek lubang dalam kapal itu. Pemimpin itu tidak stabil mentalnya, masuk air," kata Zahid.

Khabar angin tersebar menyatakan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang cuba menggulingkan kerajaan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyingkirkan beliau daripada Kabinet.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu menafikannya berulang kali dan menegaskan beliau tidak akan mengkhianati Umno.

Sementara itu, Asia Sentinal melaporkan veteran Umno Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah ada bertemu dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bagi menyingkirkan Najib ~ The Malaysian Insider

Ni propaganda terbaru pemimpin-pemimpin UMNO Pro Najib (Penjilat Najib)..

Jatuhkan Najib = Jatuhkan Kerajaan

Apa punya bodoh propaganda tu.. macamlah dah tak ada pemimpin UMNO yang lebih baik untuk menggantikan Najib tu hinggakan jatuh Najib jatuhlah Kerajaan..

Atau memang tak ada yang cerdik pun?

Hmm.. nasib baiklah aku ni bukannya jenis 'Lembu dicucuk hidung' macam yang ada tu..

Posted: 14 Aug 2015 11:56 PM PDT


Dulu bila aku kata jangan fitnah TS Khalid kalau dah tak suka kat dia.. aku kena sound, aku diminta 'slow down dan 'bawa bertenang'.. dan kena block dalam Fb kawan-kawan yang dah jadi YB..

Aku tentang sebab aku nampak fakta yang digunakan untuk menjatuhkan Khalid itu terutamanya tentang pinjaman Bank itu hanyalah auta semata-mata..

Lagipun aku tahu 'Kajang Move' itu dirancang oleh hanya segelintir pemimpin PKR dan perlaksanaannya pula tergesa-gesa seperti esok dunia dah nak kiamat.

Bila aku tulis 'Kajang Move bakal melanggar tembok' pulak.. kena marah walaupun aku yakin aku betul tentang Sultan Selangor tak akan terima sesiapa saja dari keluarga Anwar untuk menjadi MB Selangor..

Bila aku tanya pula kenapa nak diteruskan sedangkan kita tahu tembok dah ada di hadapan, jawapnya 'Kami yakin pihak Istana akan akur dengan suara majoriti'.. akur?.. ha..ha..ha.. opps.. cukuplah kot.. satlagi terkelur semua cerita pasal 'Kajang Move' tu..

Sekarang kan dah kena minta maaf..

SHAH ALAM - Saman bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor selesai selepas menerima permohonan maaf bekas Setiausaha Agong PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.

Khalid turut membacakan kenyataan penerimaan plaintif yang menerima permohonan yang dibuat Saifuddin.

Khalid memfailkan saman itu terhadap Saifuddin berdasarkan kapasiti peribadi dan jawatan Setiausaha Agong PKR.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada 18 Ogos tahun lalu berhubung pengedaran dokumen laporan Keputusan Menggantikan Menteri Besar Selangor, bertarikh 4 Ogos 2014 yang didakwa memfitnahnya.

Dokumen itu didakwa dikeluarkan sebagai salah satu usaha PKR untuk menjatuhkan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor ketika itu yang mengaitkan beliau dengan penyelesaian hutang Bank Islam.

Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 8.50 pagi diiringi pegawai penjara untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi kes tersebut yang telah ditetapkan untuk perbicaraan bermula hari ini.

Turut hadir, keluarga Anwar, Naib Presiden, Tian Chua, Rafizi Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, bekas Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkifi Ahmad dan Adun Sementa, Dr Daroyah Alwi lapor Sinar

Hmm.. nasib baiklah aku ni bukannya jenis 'Lembu dicucuk hidung' macam yang ada dalam PKR tu.. kalau tak .. tak pasal-pasal saja aku turut fitnah Khalid Ibrahim tu.

Cuba kira berapa banyak masa yang kita dah sia-siakan, berapa banyak belanja yang kita habiskan hanya untuk menurunkan Tan Sri Khalid dari kerusi MB Selangor?

Err.. kita itu aku maksudkan ialah PKR.

Paling penting.. cuba kira berapa ramai ahli PKR yang sifatnya seperti 'Lembu dicucuk hidung'.. main ikut dan angguk saja apa pemimpin kata, tak fikir langsung betul atau salah..



1MDB: “Saya berani bersumpah mereka mahu cagarkan minyak Terengganu” - Bekas MB Terengganu

Posted: 14 Aug 2015 05:30 PM PDT


Datuk Seri Ahmad Said sanggup bersumpah bagi membuktikan bahawa dakwaan 1MDB cuba mencagarkan hasil gas dan minyak Terengganu adalah benar.

Bekas Menteri Besar Terengganu itu mendakwa, Sultan Terengganu. Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni almarhum Sultan Mahmud pun sedia maklum perkara itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah, Terengganu Investment Authority (TIA) mahu menjadikan hasil gas dan minyak Terengganu sebagai cagaran. Saya sedia bersumpah di mana saja bagi mempertahankan kenyataan ini," katanya ketika berucap Persidangan UMNO Bahagian Kemaman pada Jumaat.

Ahmad berkata, beliau sedia mendedahkan segala-galanya berkenaan TIA sebelum ditukar menjadi 1MDB apabila waktu yang sesuai.

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Mei lalu, Ahmad mendedahkan TIA cuba mencagarkan hasil minyak Terengganu tetapi beliau menentangnya.

Pendedahan Ahmad itu bagaimanapun dinafikan penyokong kerajaan. Ahmad dilihat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan sering kelihatan dalam program yang dihadiri bekas Perdana Menteri lapor Free Malaysia Today
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...