Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Mana 'Dalang' Mahu Guling Kerajaan Yang Nak Jumpa PM Tu Zahid?

Posted: 16 Aug 2015 08:30 AM PDT

Selain dari kenyataannya mengenai pencerobohan Sulu dan Mat Sabu Syiah, Zahid pernah mengemparkan negara dengan satu lagi kenyataan..

Kenyataannya ialah mengenai isu 'Ada Ahli Politik makan hasil dari pusat judi haram di Perak'..

Katanya "Berdasarkan laporan yang saya perolehi ada ahli politik yang terlibat...saya tidak mahu menuduh, tetapi jika mahu pembuktian pihak polis ada bukti,"

Itu kata dia bila ada akhbar mendedahkan mengenai pusat perjudian haram di tiga kawasan iaitu pekan Kuala Sepetang, Bagan Panchor dan Pulau Kuala Sangga di Perak.. laporan penuh bacalah di SINI

Hasilnya??... entahlah..

Bila riuh rendah 1Malaysia bercakap mengenai derma tak masuk akal berjumlah RM2.6Billion yang Najib terima itu, tiba-tiba Zahid kata dia ada maklumat kononnya ada pemimpin UMNO berpakat dengan Pembangkang untuk gulingkan kerajaan..

Katanya "Maklumat yang saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu sendiri.

Tapi belum apa-apa Zahid kata pemimpin UMNO tu dah sedar dan akan berjumpa dengan Najib malam ini..

Baca ni..

Pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan anggota Parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan, akan bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata pemimpin berkenaan telah sedar akan kesalahannya dan bersedia untuk bertemu dengan Najib dan pertemuan itu dijangka diadakan 6 petang ini .

"Maklumat yang saya dapat ini sahih, bukan maklumat tepi jalan dan maklumat ini saya peroleh daripada orang yang hadir mesyuarat itu sendiri.

"Kalau saya tak timbulkan perkara ini daripada sekarang, mungkin lebih ramai ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) telah dibeli dengan penandatanganan Aku Janji itu," katanya dalam ucapan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Tampin di Tampin hari ini.

Turut hadir Ketua Umno Bahagian Tampin Datuk Seri Shaziman Abu Mansor dan Ketua Penerangan Umno Negeri Sembilan Datuk Jalaludin Alias.

Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno menegaskan memang ada rancangan meminta anggota Parlimen BN supaya 'menyeberang' bersama-sama dengan pihak pembangkang dengan menandatangani surat aku janji untuk menggulingkan kerajaan sedia ada.

"Saya kenal siapa peguam yang menyediakan dokumen itu dan saya tidak perlu sebut nama peguam itu, (dia) bukan peguam kita.

"Saya cuma tak boleh sebut nama tapi maklumat dan rancangan jahat ini betul," katanya.

Ahmad Zahid berkata Umno tidak akan mengizinkan sebarang cubaan untuk mengulingkan kerajaan melainkan melalui pilihan raya.

"Kita tidak mahu perkara ini terjadi kerana kita sayangkan kerajaan sedia ada yang dipilih oleh rakyat secara sah dan demokratik.

"Sistem dan acuan Malaysia mesti dihormati oleh semua parti politik yang ada dalam negara kita," katanya lapor Malaysiakini

Kerana percaya dengan cerita Zahid itu, menunggulah beberapa orang wartawan dari The Star di kediaman peribadi Najib di Jalan Duta..

Setelah lima jam menunggu terbukti mereka kena 'kencing' dengan Zahid .. sebabnya tidak ada apa-apa tanda pelawat di kediaman peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Duta pada petang Ahad.

Perdana Menteri tiba di kediaman Duta itu pada kira-kira 6.30 petang selepas merasmikan mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gerik.

Pihak media diberitahu bahawa tiada pelawat dijangka sepanjang malam ini.


8" />

Anak Sulung TG Nik Aziz Nafi Sertai Harapan Baru

Posted: 16 Aug 2015 06:21 AM PDT


Anak sulung kepada Allahyarham mantan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Nik Omar menafikan pembabitannya dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) seperti dakwaan yang tersebar di laman sosial.

Nik Omar, yang juga Pengetua Sekolah Agama Maahad Darul Anuar dekat Pulau Melaka, di sini, berkata beliau kini lebih suka menumpukan perhatian kepada bidang pendidikan dan tidak berminat menyertai politik.

Beliau berkata, gambar yang tersebar di lama sosial itu sebenarnya diambil oleh seorang individu dalam satu majlis pada minggu lalu dan langsung tidak berkaitan dengan GHB.

"Saya berada di majlis terbabit bagi pengkisahan sejarah mengenai arwah bapa saya dan perjuangannya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Difahamkan, dalam gambar yang diambil Nik Omar duduk di meja dan bersebelahan dengan Pengerusi GHB Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah serta seorang lagi lelaki yang tidak dikenali.


Katanya, dia menyokong samada PAS atau GHB dan berharap walaupun mempunyai perbezaan pendapat ianya tidak bermakna kedua-dua belah pihak boleh menyerang antara satu sama lain.

"Pada pendapat saya sepatutnya Mursyidul Am PAS ataupun Majlis Syura Ulama cepat bertindak dengan memanggil pemimpin berkenaan untuk mengadakan perbincangan.

"Bagaimanapun, seperti mana yang kita lihat keadaan agak sedikit terlambat apabila cadangan penubuhan GHB sebagai parti kini sedang berjalan," katanya.

Namun begitu, katanya keadaan masih belum terlambat sekiranya ada pihak sanggup menjadi orang tengah dan membawa kedua-dua pihak berbincang dan berdamai serta bekerja bersama.

Mengenai perbezaan pendapat antara beliau dan adiknya, Nik Muhamad Abduh yang kini adalah Ketua Pemuda Pas dan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Omar berkata itu adalah normal.

"Apa yang penting kami berdua menghormati antara satu sama lain dan ikatan kekeluargaan tetap utuh," katanya lapor The Rakyat Post


Demi Melayu, Islam dan Malaysia, Najib diminta letak Jawatan - Pemuda UMNO Tampin

Posted: 15 Aug 2015 09:30 PM PDT


Pemuda Umno Bahagian Tampin sebulat suara menerima dan meluluskan usul meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno sempena Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin, semalam.

Usul tergempar diketengahkan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang, Azman Abdullah, 42, itu mendapat sambutan positif daripada majoriti lebih 200 ahli yang hadir. Usul berkenaan memutuskan:

"Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila."

Sebaik usul berkenaan dikemukakan, Pengerusi Tetap mesyuarat, Mohd Salleh Yahaya, bertanyakan kepada perwakilan berhubung perkara berkenaan dan perwakilan sebulat suara menyatakan sokongan kepada usul berkenaan.

Azman berkata, usul tergempar berkenaan diketengahkan selepas satu demi satu isu timbul membabitkan integriti Perdana Menteri seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Reformasi dana politik cubaan Najib alih isu RM2.6 Bilion

Posted: 15 Aug 2015 07:29 PM PDT


Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan Jawatankuasa Konsultatif Nasional mengenai pembiayaan politik (JKNMPP) dilihat majoriti rakyat Malaysia cubaan mengalihkan perhatian daripada dana RM2.6 bilion dimasukkan dalam akaun peribadinya, kata panel jawatankuasa membasmi rasuah.

Ahli Panel Semakan Operasi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Lim Chee Wee berkata, kebiasaannya, pengumuman seperti itu amat dialu-alukan.

"Namun luar biasanya, dengan keadaan yang membuatkan Najib membuatkan pengumuman, rakyat Malaysia kebanyakannya melihat tindakan yang tidak ikhlas," katanya, kepada The Malaysian Insider.

Lim , bekas presiden Majlis Peguam berkata, langkah kritikal perlu didedahkan Najib kepada penguatkuasa undang-undang dan orang ramai, dana dan perbelanjaannya.

"Rakyat sinikal dan penjelasan diperlukan," katanya.

Najib pada Jumaat berkata, langkah penubuhan jawatankuasa itu akan membantu rancangan bagi memastikan ketelusan terhadap dana parti pemerintah.

Beliau berkata, walaupun perkara itu pernah dibangkitkannya, sejak 2009 lalu, namun ia tidak mendapat sambutan.

Bekas timbalan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menggesa Najib menjelaskan baki derma RM2.6 bilion.

Beliau berkata, jumlah wang yang dimasukkan ke dalam akaun Najib tersebut besar dan jika ia masih berbaki, beliau harus memaklumkan di mana wang tersebut kini disimpan.

"Apakah berbaki wang itu semasa ia ditutup? Kerana, jumlahnya itu besar. Kalau jumlahnya besar, pasti ia berbaki.

"Kalau masih berbaki, ke manakah wang itu?" soal Muhyiddin ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kemaman di Terengganu pada Jumaat.

Muhyiddin berkata beliau tidak dapat menjawab mengenai soal wang tersebut, sebaliknya menggesa Najib yang juga menteri kewangan supaya menjelaskannya.

"Berapa banyak yang diterima? Berapa banyak wang digunakan untuk pilihan raya? Saya mana tahu. Saya tidak dapat.

"Saya rasa mungkin presiden Umno dapat menjawabnya," katanya merujuk kepada Najib lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...