Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


KANTOI!! IS Tak Wujud Lagi Ketika Najib Terima Derma RM2.6 Billion tu..

Posted: 17 Aug 2015 09:43 AM PDT


Betullah kata orang-orang lama yang dah lama berkecimpung dalam politik di Permatang Pauh ni.. kata depa "Orang bodoh jadi makanan orang cerdik dalam politik", "Kalau dah bodoh memang mudah untuk diperbodohkan"..

Tapi itu dulu.. generasi sekarang bukannya mudah untuk diperbodohkan kecuali kelompok yang taksub dengan pemimpin tertentu..

Ini mengenai 'Derma RM2.6 Bilion' yang dikatakan telah diterima oleh Najib dan menurut Ketua Bahagian UMNO Kuantan derma tersebut adalah derma politik dari Arab Saudi kepada negara ini.

Menurut Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat penderma sebenar wang tersebut didedahkan dan dijelaskan kepada 146 Ketua Umno Bahagian ketika perjumpaan bersama perdana menteri pada Rabu lalu .

"Ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

"Bukan Malaysia sahaja yang menerima sumbangan atau derma daripada Arab Saudi, ada lagi dua tiga negara lain turut menerima sumbangan sama, termasuk masyarakat Islam di Filipina dan (Selatan) Thailand,"

Tambahnya, wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS).

Menurutnya, Najib yang juga Presiden Umno turut menjelaskan wang tersebut dimasukkan ke akaun peribadi beliau kerana ia adalah sumbangan Arab Saudi kepada Najib dan bukannya kepada parti.

Menurutnya lagi, penjelasan itu sudah membuatkan semua ketua bahagian berpuas hati dan mengharapkan perkara ini tidak lagi dipanjangkan bagi mengelakkan timbul kekeliruan berterusan di kalangan ahli parti dan rakyat.

Itu kata Wan Adnan seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian di SINI

Dah jadi derma untuk Najib pulak dah.. hari tu kata derma untuk dana pilihanraya UMNO/BN.. Jadi derma itu bukanlah derma politik?

Presiden ABIM tak berapa nak percaya kenyataan Wan Adnan di atas tapi, jika benar sekalipun, derma itu seharusnya diberikan kepada kerajaan dan rakyat Malaysia kerana perjuangan Islam itu adalah secara kolektif.

Ia tidak seharusnya diberikan kepada seorang individu bernama Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak.

ABIM minta Najib sendiri berikan penjelasan kerana penjelasan seperti itu hanya menambah kekeliruan rakyat dan langsung tidak membantu imej Najib yang semakin teruk.

Betul apa yang dikatakan oleh Presiden ABIM itu.. perjuangan Islam adalah kolektif.. bukannya secara individu..

Kalau difikirkan, berapa banyak sangatlah sumbangan peribadi Najib kepada Islam selama 4 tahun menjadi PM untuk menerima sumbangan peribadi sebanyak RM2.6 billion sebagai penghargaan ?

Paling menarik ialah bila Wan Ahmad mengatakan "Wang tersebut juga menghargai usaha kerajaan Malaysia yang begitu komited menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS)

Menarik sebab ianya adalah satu kenyataan untuk memperbodohkan orang-ramai.. kerana derma RM2.6 billion itu masuk akaun Najib pada 21 Mac 2013.. IS pula baru nak bermula pada 8 April 2013... .

On 8 April 2013, having expanded into Syria, the group Islamic State of Iraq (ISI) adopted the name Islamic State of Iraq and the Levant, also known as the Islamic State of Iraq and al-Sham.

Starting in April 2013, ISIL made rapid military gains in northern Syria, where according to the Syrian Observatory for Human Rights, it was "the strongest group" ~ Wikipedia

Macam mana pulak Arab Saudi boleh salurkan derma RM2.6 Billion kepada Najib untuk menyekat penyebaran fahaman kumpulan militan Negara Islam (IS) itu sedangkan IS belum wujud lagi ketika Najib terima derma itu?

Arghhhhh!!!... makin pening aku..


Itulah nak nak tutup satu pembohongan dengan satu lagi pembohongan begitulah jadinya.. kah.. kah.. kah..

Baca juga ulasan oleh Blogger UMNO mengenai perkara ini di SINI

Rakyat Akan Hadapi Keadaan Lebih Buruk Jika Najib Kekal PM Kata Mahathir

Posted: 17 Aug 2015 05:59 AM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, rakyat Malaysia perlu menghadapi keadaan lebih buruk apabila ekonomi negara jatuh teruk kerana jika Datuk Seri Najib Razak kekal sebagai perdana menteri.

Reaksi ekonomi pada masa ini sudahpun menunjukkan kejatuhan ketara namun ia akan lebih merosot jika Najib terus kekal, kata Mahathir dalam tulisan di blog chedet.cc.

"Najib mungkin boleh membayar wang untuk menang dalam pilihan raya umum akan datang tetapi dia tidak akan boleh mendapatkan dana untuk menampung pembelian popularitinya.

"Kerajaan yang dipimpinnya tidak akan dapat meminjam wang. Ekonomi negara akan jatuh. Inilah alamat buruk yang menanti rakyat Malaysia kerana Najib sudah mencuri kerajaan," kata Mahathir.

1. What is happening in Malaysia today is unprecedented. The rule of law has been turned upside down and the people seem powerless to do anything to put it upright again. 
2. This is because the very leader entrusted with upholding the law has become the subject of the due process of the law. It is alleged that he has broken the law. As no one is above the law, it follows that he must be investigated to determine if indeed he had broken the law. 
3. Although this is unprecedented in Malaysia, this had happened in many other countries, including in the developed West. 
4. Recall the case of President Nixon of the United States of America. He had used Government officials to spy on his political rival. This was considered as abuse of power in the U.S. 
5. Eventually he was impeached and was forced to resign as President of the U.S. The Vice President took over and in due course elections were held. The Vice-President won. End of problem. 
6. In other countries more violent methods are used to remove an unpopular president, whether elected or imposed by the military or other politically powerful groups. 
7. Now Malaysia would not want to see violence used. So the instruments or the institutions of Governments were expected to investigate and determine whether the allegations against the P.M. are true or not. 
8. The institution that is normally expected to do this is mainly the police. Other institutions with the capacity to investigate are also expected to do this. In cases involving money, the Central Bank are expected to investigate and report. 
9. Then there are special bodies created to oversee how Government money is managed. These are the Auditor-General and the Public Accounts Committee of Parliament. Additionally there is the Anti-Corruption Commission. 
10. They are however limited to investigations and preparation of reports. They themselves have no power to prosecute. For this, the Attorney-General must decide and initiate legal proceedings. If the A.G. decides there is no case to answer, even the most blatant crime will not be tried in the court. 
11. The only other process for the removal of a PM is a vote of no-confidence in Parliament. It needs a simple majority. With the fall of the PM, the whole Government would fall. But by majority decision in Parliament, a new Government may be set up. It may be the same party or a different party. Alternatively an election can be held. 
12. These are the avenues of legal redress provided in the Malaysian Constitution and laws. 
13. Due to the serious nature of the allegations against the highest leader of the Government, a task force of four, consisting of the Attorney General, the Inspector General of Police, the Governor of the Central Bank and the head of the Malaysian Anti-Corruption Commission was formed to collect all relevant evidence for the Attorney General to decide on the action to be taken. 
14. All these agencies and institutions were in the midst of their investigations when the PM struck. He first sacked the A.G. and appointed his man to the post. Then he literally disbanded the Public Accounts Committee by appointing the Chairman and three other members as Deputy Ministers and to other posts. Members of the MACC who were continuing to investigate the case were harassed by the police who accused them of leaking secrets. Two were transferred to the PMO. 
Please continue yours reading HERE

Terima RM1 Juta Daripada Najib Perkara Biasa..

Posted: 17 Aug 2015 04:13 AM PDT


Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad mempertahankan dirinya yang didakwa menerima wang RM1 juta daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak seperti didedahkan laporan Sarawak Report dengan menegaskan, ia perkara normal.

Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata beliau tidak teragak-agak untuk bekerjasama dengan menjelaskan dalam siasatan bagaimana wang tersebut digunakan sekiranya diminta berbuat demikian.

"Siapa yang patut saya minta untuk mendapatkan bantuan kewangan untuk menguruskan bahagian saya, jika tidak daripada parti presiden sendiri," katanya seperti dilaporkan portal BNBBC.

Shahrir berkata menerima bantuan daripada presiden Umno merangkap perdana menteri untuk mana-mana bahagian adalah perkara biasa, terutamanya sekiranya bahagian tersebut kekurangan dana.

Sarawak Report pada Sabtu lalu mendakwa Najib menyalurkan dana daripada akaun kewangannya kepada beberapa pemimpin Umno lapor The Malaysian Insider


Rafidah pun tidak yakin sama sekali dakwaan 'guling kerajaan' Zahid

Posted: 17 Aug 2015 01:45 AM PDT


Ketika polis memulakan siasatan berhubung dakwaan wujud gerakan menjatuhkan kerajaan, bekas menteri Umno Tan Sri Rafizah Aziz pula tidak termakan dengan cerita-cerita sebegitu.

Katanya, beliau terkejut dan tidak yakin sama sekali dengan dakwaan itu, yang mula-mula dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kelmarin.

Rafizah berkata, ketika pelbagai isu, termasuk berkaitan 1MDB dan derma RM2.6 bilion, masalah ekonomi serta pandangan ultra pelbagai bidang, tiada faedah untuk bertindak demikian.

"Tidak ada faedahnya bagi sesiapa juga, terutama dalam Umno dan BN sendiri untuk 'menjatuhkan' pemimpin dan 'menggulingkan kerajaan'.

"Tidakkah itu seperti memotong hidung kerana bencikan muka?" soalnya.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin Umno tidak sibuk mencemuh dan hendak menurunkan orang tertentu sehingga terlupa gelagat mereka diperhatikan.

"Rakyat yang mempunyai kuasa mengundi memerhati akan segala permainan dan lakonan politik itu dan akan membuat penentuan apa yang akan putuskan apabila sampai masa untuk mengundi," katanya lagi.

Rafidah juga mengingatkan bahawa bukan komplot yang menentukan masa depan sesebuah parti, sebaliknya peranan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

Zahid kelmarin mendakwa terdapat seorang pemimpin Umno sedang mengetuai gerakan untuk menjatuhkan kerajaan melalui "pintu belakang" dengan sokongan ahli parlimen pembangkang.

Naib presiden Umno itu berkata, sebagai menteri dalam negeri beliau difahamkan mereka ini sedang menyediakan akuan bersumpah (SD) untuk menggulingkan kerajaan.

Polis akan menyiasat laporan tersebut bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan setelah menerima tiga laporan lapor Malaysiakini

AMANAH Nama Parti Islam Yang Baru?

Posted: 16 Aug 2015 08:03 PM PDT


Parti Amanah Rakyat atau "Amanah" dijangka menjadi nama rasmi parti Islam baharu yang ditunggu-tunggu, ditubuhkan daripada kumpulan serpihan pemimpin PAS dan ahli badan bukan kerajaan Islam.

Dijangka dilancarkan pada Hari Kemerdekaan, menurut sumber, parti yang berteraskan Islam itu akan menggunakan warna Gerakan Harapan Baru (GHB) sekarang iaitu oren sebagai warna tema partinya.

Nama dan logonya akan dihantar ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) tidak lama lagi sebelum dilancarkan secara rasmi pada 31 Ogos.

Keputusan mengenai nama, logo dan warna parti itu dimuktamadkan pada mesyuarat di Shah Alam semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), yang merupakan sebahagian daripada ahli Parlimen dan pemimpin politik PAS yang paling menonjol.

GHB adalah pelopor kepada parti baharu ini.

Menurut satu temu bual terdahulu dengan bekas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, keanggotaan ahli dan pemimpin PAS akan terbatal sebaik sahaja mereka menyertai parti politik yang lain.

Selain ahli PAS dari seluruh negara kata sumber itu, Amanah akan terdiri daripada pemimpin utama beberapa NGO Islam terbesar negara seperti Abim, Ikram dan Haluan.

Difahamkan hampir 70% pemimpin PAS dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan akan meninggalkan parti itu dan menyertai Amanah sebaik sahaja ia ditubuhkan nanti.

Sehingga kini, Amanah yang bakal ditubuhkan sudah sedia dengan penyelarasnya di setiap negeri dan kawasan Parlimen di seluruh negara yang terdiri daripada bekas pemimpin kanan PAS sebelum ini yang dilantik menerusi GHB.

Parti itu dijangka bekerjasama dengan DAP dan PKR membentuk pakatan pembangkang baharu selepas Pakatan Rakyat dibubarkan apabila hubungan PAS dan DAP secara rasmi berakhir pada Jun lalu.

PAS dijangka bergerak sendiri tetapi akan cuba mengekalkan hubungannya dengan PKR bagi mengelakkan pertandingan 3 penjuru dengan parti yang baharu pada Pilihan Raya Umum ke-14 lapor The Malaysian Insider


Ahmad Maslan kena `boo’

Posted: 16 Aug 2015 05:30 PM PDT


Seorang Timbalan Menteri mendapat cemuhan dan diejek oleh ahli Umno pada Mesyuarat Bahagian Umno Pontian di Dewan Jubli Intan, di sini, semalam.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan terpaksa menahan ejekan daripada kira-kira 1,500 ahli dan pelawat yang menghadiri mesyuarat berkenaan.

Kejadian itu berlaku ketika Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan mesyuarat terbabit, sedang menyampaikan ucapannya.

Veteran politik Umno itu kemudian mengingatkan delegasi dan mereka yang hadir supaya berhenti berbuat demikian terhadap Ahmad yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Pontian.

"Jangan 'boo' timbalan ketua bahagian kamu," kata Muhyiddin.

Penghinaan terhadap Ahli Parlimen Pontian yang berusia 49 tahun itu dipercayai tercetus selepas Muhyiddin menyentuh mengenai kepayahan rakyat berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (GST) dan peranan menteri Kabinet yang baru dilantik, yang turut termasuk Ahmad ~ The Rakyat Post




Langkah Kajang, langkah kecundang - Khalid Ibrahim

Posted: 16 Aug 2015 03:30 PM PDT


Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengakui, Langkah Kajang yang digerakkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjatuhkannya telah berjaya menyebabkan dirinya kehilangan jawatan.

Bukan sahaja memberi tamparan hebat kepada Abdul Khalid dan pasukannya, Langkah Kajang dilihat turut berjaya mengaibkan beliau selepas menerajui kepimpinan negeri selama enam tahun.

"Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit," katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan 16hb Ogos iaitu semalam.

KENYATAAN MEDIA
16 OGOS 2015

LANGKAH KAJANG, LANGKAH KECUNDANG

Alhamdulillah, kes Saman Fitnah yang saya failkan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Setiausaha Agung PKR Dato' Saifuddin Nasution berakhir pada Jumaat lepas setelah kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik.

Mahkamah Tinggi Shah Alam merekodkan Penghakiman Persetujuan dimana Dato' Saifudin selaku Defendan Pertama dan PKR Defendan Kedua telah menyatakan rasa kesal mereka dan memohon maaf kerana mengeluarkan dan mengedarkan satu laporan 91-mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan fitnah terhadap saya.

Mereka mengakui bahawa laporan tersebut telah dikeluarkan dan diedarkan bagi menjelaskan mengapa saya perlu dilucutkan dari jawatan Menteri Besar Selangor dan bukanlah satu bukti muktamad bahawa saya telah melakukan kesalahan seperti fitnah yang disebut.

Mereka turut menyatakan rasa kesal dan mengakui bahawa penyataan di dalam laporan tersebut tidak sepatutnya diperkatakan serta memberi akujanji tidak akan mengulangi tuduhan serta fitnah tersebut.

Sebagai seorang Islam, saya menerima penyataan maaf dan kesal PKR serta Dato' Saifuddin dan mengambil semangat bulan Syawal yang mulia ini untuk memohon maaf zahir dan batin jika saya ada menyinggung perasaan beliau serta mana-mana ahli PKR yang lain.

Sama seperti kes Saman Fitnah yang saya failkan sebelum ini, saya sentiasa mengambil pendekatan berlapang dada dengan tidak mahu memanjangkan persengketaan jika pihak yang membuat tuduhan mengakui kesilapan mereka. Pada saya penyataan maaf sudah mencukupi untuk menebus maruah saya yang tercalar dengan fitnah-fitnah yang dilemparkan.

Saya akui, kes yang terakhir ini telah memberi tamparan yang amat hebat kepada saya dan pasukan saya di pejabat Menteri Besar yang sentiasa mementingkan amalan berteraskan ketelusan, pertanggungjawaban, dan kemahiran pengurusan selama saya menerajui pentadbiran kerajaan Negeri Selangor. Tidak dinafikan juga bahawa kami berasa amat kecewa kerana ditewaskan oleh fitnah meskipun setelah bekerja keras selama 6 tahun melakukan reformasi pentadbiran khusus untuk kesejahteraan rakyat.

Langkah Kajang telah berjaya mengaibkan saya yang akhirnya menyebabkan saya kehilangan jawatan. Namun, lebih malang lagi, strategi politik yang tidak bermoral ini telah turut menyebabkan keretakan dalam pemuafakatan antara parti komponen Pakatan Rakyat akibat sikap politik retorik dan hipokrit.

Akibatnya PAS – sebuah parti politik yang mempunyai kekuatan "grassroots" dan tenaga mereka kongsi sepenuhnya pada setiap pilihanraya – telah diketepikan dan dipecah-belahkan; bahkan pemimpin mereka turut terpalit dan diaibkan.

Permainan politik yang begitu dahsyat ini hanya merugikan rakyat terutama di Selangor dimana isu-isu pokok telah diabaikan. Penstrukturan Air Selangor masih belum dapat dilakukan dengan lancar sebagaimana sepatutnya, tanah Selangor diserahkan kembali kepada golongan "rentier" yang hanya mengaut laba atas angin, masalah sampah masih berleluasa serta halatuju pentadbiran negeri yang masih kabur.

Sebagai seorang Ahli Parlimen dan ADUN yang dipilih secara sah oleh rakyat, saya mahu berusaha untuk mewujudkan satu suasana politik yang menguntungkan rakyat. Justeru setelah maruah saya ditebus dengan kenyataan maaf oleh PKR lantas terbukti bahawa segala tohmahan yang dilemparkan ke atas saya ternyata fitnah semata-mata maka saya kini boleh memberi tumpuan penuh untuk melakukan usaha ini.

Terima kasih saya ucapkan kepada barisan peguam saya Edmund Bon, Joshua Tay dan Lee Shee Pin dari BON Advocates atas khidmat guaman professional yang telah diberikan,

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan terima kasih kepada penyokong-penyokong saya yang tidak jemu-jemu memberi sokongan dan kata semangat kepada saya dari bermulanya kemelut Langkah Kajang sehinggalah ke hari ini.

Saya sedar ramai yang agak kecewa apabila saya menyelesaikan kes ini dengan menerima pernyataan maaf dari para Defendan namun pada saya ini adalah tindakan terbaik yang perlu dilakukan apatah lagi kita masih berada di dalam bulan Syawal, bulan kemenangan bagi umat Islam.

Sekian Terima

TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID BIN IBRAHIM
AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK
& ADUN PELABUHAN KLANG



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...