Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Isu Altantuya dibangkitkan dalam AGM UMNO Kluang..

Posted: 02 Aug 2015 07:30 AM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, berbeza dengan mood di Seremban dan Kota Melaka semalam.

Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan presiden Umno dipercayai kritikan berhubung isu 1MDB, dijadual berucap kepada 400 orang perwakilan.

Mesyuarat pula dijangka panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.

"Isu itu masih menjadi persoalan termasuk siapa yang memberi arahan kepada Sirul Umar Azhar," menurut usul yang diterima media itu.

"Sebagai pengawal peribadi YAB Datuk Seri Najib, dakwaan Sirul perlu disiasat untuk menentukan siapa yang memberi arahan. Ini adalah nyawa manusia, amatlah zalim jika Sirul dibunuh kerana menjalankan arahan."

Selain itu, usul berkaitan 1MDB mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat milik penuh kementerian kewangan yang mana perdana menteri sendiri merupakan pengerusi lembaga penasihat miliki bebanan hutang berjumlah RM51 bilion.

"Laporan-laporan dalam akhbar di New York (New York Time 7 Februari 2015) begitu tajam, pedas dan berleluasa, namun Najib membisu seribu bahasa," kata usul tersebut.

Sementara itu, menyentuh isi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) mengusulkan dengan mendesak kerajaan menggandakan aktiviti pemantauan ke atas pelaksanaan GST dengan lebih agresif bagi mengelak penipuan oleh peniaga.

"Kerajaan telah memaklumkan bahawa pelaksanaan GST memberi jaminan harga barangan menjadi lebih rendah, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya," kata usul tersebut.

Astaghfirullah.. bawak-bawaklah insaf 'akak' kata Kazim Elias kepada Azalina

Posted: 02 Aug 2015 05:18 AM PDT


Penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkenaan saranan Azlina terhadap Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.

Datuk Mohd Kazim atau lebih dikenali sebagai ustaz Kazim berkata, saranan itu adalah saranan 'songsang' kerana sebagai makhluk ALLAH kita disarankan mencegah kemungkaran walaupun dalam lakonan.

"Lama sungguh saya mendiamkan diri di dalam arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tapi rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada orang yang mengatakan kalau setakat berpegang-pegang atau adegan-adegan tertentu antara bukan mahram dalam drama dan filem tak payahlah diperbesarkan, disuruhnya pulak berfikiran terbuka jangan disempitkan.

"Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha untuk menambah baik dan patuh pada perintah ALLAH wajib disokong, untuk akak yang bercakap demikian, bawak-bawaklah insaf, hidup didunia tidak lama, kuasa menteri pun apa sangat. Kita ini makhluk ALLAH, hamba ALLAH, kalau kita tidak mampu jadi baik tapi janganlah halang orang lain nak jadi baik…Yang haram tetap haram walau sekadar lakonan," tulisnya dilaman Facebook rasminya semalam.

Azalina dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, isu adegan pasangan bercinta berpegangan tangan, berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang ke arah maksiat terhadap penonton.

"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di kaca televisyen hanyalah lakonan. Kalau nak cakap babak-babak itu boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen kerana di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.

"Kita tidak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" kata Azalina yang mengulas garis panduan penerbitan drama dan filem yang dikeluarkan oleh LPF baru-baru ini lapor Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...