Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Melampau Punya Bodek Ahmad Maslan Nih!

Posted: 21 Aug 2015 08:20 AM PDT


Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan sanggup ditembak demi melindungi Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Katanya, falsafah itu menjadi pegangannya di mana sentiasa berada di hadapan pemimpin.

Kenyataan itu telah dirakam sewaktu ketika beliau memberikan ucaptama pada Majlis Perasmian Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa pada Selasa lepas.


"Kalau ditanya Ahmad Maslan adakah sanggup menerima peluru supaya Datuk Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak kena, Ahmad Maslan akan kata, saya sanggup menerima segala peluru," katanya yang kemudian disambut dengan tepukan daripada para perwakilan yang hadir.

Terdahulu, dalam ucapan tersebut, Ahmad menyelar tindakan sesetengah pihak yang menjadikan isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik untuk menyerang presiden parti.

Katanya, Najib telah melakukan seribu satu macam kebaikan tetapi mengapa kebaikan tersebut tidak diceritakan kepada umum.

"Saya harap saudara-saudara, kita buka minda kita, Datuk Najib telah laksanakan seribu satu macam kebaikan, kenapa dengan hanya diceritakan tentang satu kisah dana politik, perkara-perkara kebaikan yang telah dilakukan tidak diceritakan?" soalnya.

Tambah beliau, sebagai rakyat kita seharusnya bijak menilai sesuatu yang benar dan yang palsu dan bukan terus mempercayai fitnah yang telah ditaburkan kepada Perdana Menteri.

Beliau menjelaskan, isu 1MDB dan dana politik yang digembar-gemburkan itu sebenarnya hanya satu isu yang boleh diselesaikan lapor Free Malaysia Today

Video lihatlah di SINI

.

Tema 'BERSIH' pun sensitif?.. aparaa Pengarah Pelajaran Negeri ni..

Posted: 21 Aug 2015 05:30 AM PDT


Sekolah di Pulau Pinang diberi arahan supaya tidak menyertai sambutan Hari Merdeka bulan ini anjuran kerajaan negeri pembangkang sehingga arahan lain dikeluarkan berikutan tema tahun ini yang "sensitif".

Difahamkan kerajaan Pulau Pinang yang dipimpin DAP akan menggunakan tema "Bersih" bagi sambutan Hari Merdeka peringkat negeri tahun ini.

Acara sambutan itu akan diadakan di bahagian seberang Pulau Pinang pada 31 Ogos.

Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang Datuk Osman Hussain mengesahkan pengetua dan guru besar semua sekolah menengah dan kebangsaan dimaklumkan menerusi surat dari pejabatnya semalam.

Mereka diarahkan tidak menyertai acara itu sehingga dimaklumkan kemudian daripada Kementerian Pendidikan, katanya.


"Bukan kita larang sekolah menyertainya. Kita masih menunggu lampu hijau daripada kementerian. Masih ada 10 hari sebelum merdeka.

"Sambutan di sini dianjurkan kerajaan pembangkang dan tahun ini, mereka pilih tema yang agak sensitif.

"Kita bimbang jika sekolah ambil bahagian, akan tercipta satu persepsi yang mereka juga menyokong perhimpunan Bersih 4, di mana pihak berkuasa pusat sudah isytihar ia haram. Itulah keadaannya dan persoalan yang timbul."

"Setiap tahun tema daripada kerajaan negeri berbeza dan sebelum ini tidak ada isu. Hanya kali ini, temanya sensitif," katanya ketika dihubungi hari ini.

Osman berkata jika kementerian memberikan lampu hijau, maka tidak ada masalah untuk sekolah menyertai sambutan kerajaan negeri.

Katanya, jika keizinan tidak diberi, sekolah akan mengadakan sambutan Hari Merdeka di kawasan sekolah masing-masing. 

"Sekarang kita hanya boleh tunggu kementerian buat keputusan."

Perhimpunan Bersih 4 anjuran Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur dan beberapa bandar utama.

Acara yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan itu diisytiharkan haram oleh polis.

Najib pada masa ini berada di bawah kritikan amat teruk oleh pembangkang dan persatuan sivil berikutan kontroversi yang menyelubungi syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaun bank peribadinya 2 tahun lalu, tidak lama sebelum pilihan raya umum diadakan.

Tema sambutan Hari Merdeka peringkat kebangsaan tahun ini ialah #sehatisejiwa lapor The Malaysian Insider


Bila Najib Nak Jelaskan Pasal Transaksi RM42 Juta tu?

Posted: 21 Aug 2015 12:10 AM PDT


Datuk Seri Najib Razak belum menjelaskan kepada pemimpin Umno mengenai wang RM42 juta yang dimasukkan ke akaun persendiriannya oleh anak syarikat SRC International.

Ditanya mengenai kemungkinan wang berkenaan adalah sumbangan derma, Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata:

"Saya tak tahu. Ia terserah kepada beliau (Najib)".

SRC International adalah sebuah firma milik Kementerian Kewangan yang diketuai Najib. Ia juga pernah menjadi anak syarikat 1MDB.

Laporan The Wall Street Journal pada 3 Julai lalu melaporkan, sejumalh RM50 juta dipindahkan dari SRC International kepada anak syarikatnya, Gandingan Mentari sebelum dialihkan kepada satu lagi anak syarikat, Ihsan Perdana. 

Ihsan Perdana kemudian memindahkan RM42 juta ke akaun Najib.

Transaksi itu dilakukan antara Disember 2014 dan Februari tahun ini lapor Malaysiakini


Tindakan Guling Kerajaan Haram – Mufti Perak

Posted: 20 Aug 2015 08:28 PM PDT


Apa yang dinyatakan oleh Mufti Perak ini dengan memperlihatkan sikap memihaknya dalam mengeluarkan hukum atau mengaitkan sebarang perbuatan yang memudaratkan UMNO/BN..

Ketika Kerajaan Pakatan Rakyat Perak digulingkan hingga ada penyokong Pakatan Rakyat berguling suatu masa lalu, tidak kedengaran sebarang suara langsung dari Mufti Perak ini mengenai penggulingan itu..

Seolah-olah baginya perkara tersebut adalah dibenarkan dan halal hukumnya tetapi bila ada khabar angin kononnya ada cubaan untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional dengan pantas beliau mengeluarkan hukum..

Setahu aku tak ada pun usaha untuk menggulingkan Kerajaan yang ada cuma desakan supaya Najib letak jawatan..


Baca ni.. 

IPOH - Hukum menggulingkan kerajaan memerintah adalah haram di sisi agama Islam. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, perkara itu ditekankan kerana kerajaan sedia ada telah diberi mandat secara sah oleh rakyat melalui cara yang sah. 
"Walaupun pemerintah yang dipilih itu zalim sekalipun tetapi tindakan menggulingkannya tetap haram dan umat Islam tidak melakukan tindakan sedemikian. 
"Dan disebabkan itu diwajibkan bagi setiap umat Islam untuk menasihati pemimpin dan tindakan menasihatkan pemimpin zalim itu adalah jihad terbesar," katanya. 
Beliau berkata demikian selepas merasmikan pembukaan D Asnaf Cafe, di sini, hari ini. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Maipk, Dr Amiruddin Muhamed‎. 
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan bahawa terdapat usaha dan gerakan individu tertentu untuk menggulingkan kerajaan. 
Sementara itu, ‎tambah Harussani lagi, usaha menasihati kerajaan juga telah dilakukan pihaknya melalui penubuhan Majlis Ulama dan Umarak dimana keanggotaannya terdiri daripada menteri dan para ulama. 
"Setiap tiga bulan sekali kita akan bertemu dan pada pertemuan itu banyak pandangan dan nasihat dilontarkan," katanya. 
Beliau berkata, pandangan yang dikeluarkan oleh Majlis Ulamak dan Umarak itu juga kebanyakannya diterima dengan positif oleh kerajaan. 
"Alhamdulillah, setakat ini, pelbagai perkara yang kita lontarkan itu diterima dengan baik dan respon daripada pihak kerajaan juga bagus," katanya. 
Dalam pada itu, katanya, beliau berharap pimpinan negara melaksanakan tanggungjawab dengan amanah sepertimana yang telah digariskan dalam Islam. 
"Jika tidak, setiap daripada mereka akan dilaknat kehidupannya di dunia mahupun di akhirat," katanya lapor Sinar Harian

Persoalannya disini.. tidakkah Kerajaan Pakatan Rakyat Perak dulu telah diberikan mandat secara sah oleh rakyat melalui pilihanraya?..

Jangan memihak sangat Pak Mufti..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...