Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Derma RM2.6 Bilion Bantu UMNO Lawan Pengaruh DAP-Yahudi Pulakdah...

Posted: 22 Aug 2015 06:24 AM PDT


Inilah jadinya bila Najib minta Cawangan dan Bahagian UMNO menjadi perisai baginya dalam menjawab isu 'Derma RM2.6 Billion'...

Nak menjawap tapi tak dibekalkan dengan penjelasan yang boleh diterima akal (macai boleh terima, sebab macai tak ada akal.. he..he..).. maka semua menggunakan inisiatif sendiri.

Beberapa hari yang lalu seorang Ketua Bahagian UMNO dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat mendakwa RM2.6Billion yang dimasukkan ke dalam akaun Najib itu oleh pihak Arab Saudi kononnya itu adalah kerana menghargai sumbangan Najib dalam menyekat pengaruh IS..

Selain itu ia sebagai penghargaan kepada Malaysia yang memperjuangkan agama Islam dan mengamalkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kata Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat.

Katanya juga penderma sebenar wang tersebut didedahkan dan dijelaskan kepada 146 Ketua UMNO Bahagian ketika perjumpaan bersama perdana menteri.. bacalah kat SINI

Hari ini seorang lagi Ketua Bahagian UMNO tampil menjelaskan mengenai 'Derma RM2.6 Billion' itu.. menariknya penjelasannya berbeza pula..

Macam biasa.. nak bangkitkan rasa marah rakyat Yahudi dikaitkannya pula.. kononnya derma itu adalah untuk membantu UMNO melawan pengaruh DAP dan Yahudi..

Kah.. kah.. kah.. Nak lawan pengaruh Yahudi?.. Kalau nak lawan pengaruh Yahudi kenapa Yahudi dijadikan Penasihat?

Laporan berkaitan..

KUALA LUMPUR: Sumbangan RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak daripada salah seorang penderma dari timur tengah adalah bagi membantu UMNO menentang DAP, lapor The Malaysian Insider.

Ketua Bahagian UMNO Sri Gading, Datuk Abdul Aziz Kaprawi mendakwa DAP telah dibiayai Yahudi ketika parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum 2013.

The Malaysian Insider juga memetik Abdul Aziz sebagai berkata, penderma berkenaan khuatir sekiranya pengaruh Yahudi akan meresap di negara ini melalui DAP dan memusnahkan kerajaan Islam yang diketuai Barisan Nasional (BN).

"Kalau kita kalah, DAP akan berkuasa. DAP dengan dana Yahudinya akan mengawal negara ini.

Berdasarkan perkara itu, rakan-rakan Islam kita di Timur Tengah dapat melihat ancaman Yahudi melalui DAP," katanya kepada perwakilan bahagian Sri Gading.

Sementara itu, Abdul Aziz turut memuji Najib sebagai seorang pemimpin Islam yang hebat di rantau ini sehingga mampu menarik kepercayaan bagi memperjuangkan agama Islam.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan derma RM2.6 bilion yang disalurkan ke akuan peribadi Najib daripada negara 'bersaudara' di timur tengah yang mahu parti tertentu menang dalam pilihan raya umum yang lalu.

Mohamed Nazri berkata ia diberikan kepada Malaysia oleh negara sahabat iaitu negara yang tidak sekuat mana berbanding Malaysia ~ AstroAwani

Sudah-sudahlah perbodohkan rakyat.. rakyat sekarang bukannya bodoh...


Benarkah Sultan Johor yakin hanya UMNO mampu satukan Melayu?.. Baca Kenyataan TMJ ni..

Posted: 21 Aug 2015 08:18 PM PDT


Kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas pertemuannya dengan Sultan Johor semalam Sultan Johor percaya hanya Umno yang dapat menyatukan Melayu.

"Baginda bukan ahli politik, baginda tak mahu campur dalam soal politik, baginda di atas politik, tapi harapan baginda orang Melayu bersatulah.

"Dan penyatuan itu, walaupun baginda tak sebutkan, saya yakin baginda mengharapkan Umno sahaja yang boleh menyatukan orang Melayu..

Tu kata Zahid.. cuba baca apa kata Tengku Mahkota Johor ni..

Saya tidak menyokong dan memihak kepada mana-mana parti politik, saya hanya menyokong pemimpin yang berkhidmat kepada rakyat dengan penuh integriti, ketelusan dan kehormatan.

Baru-baru ini, kelihatan ramai yang cuba mendampingi dan menjadi kawan DYMM Sultan Johor, dan kemudiannya menimbulkan pelbagai andaian dan anggapan.

Janganlah lupa, saya adalah waris takhta Kerajaan Johor, dan sayalah suara terakhir yang akan sampai kepada telinga dan perhatian DYMM Tuanku.

Taat setia saya adalah kepada ayahanda saya, Sultan saya. Keutamaan saya adalah kedaulatan dan kesejahteraan Negeri dan Rakyat Johor.

Jangan sekali-kali ada yang cuba menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku demi kepentingan peribadi.

Walaupun apa yang terjadi, air dicincang takkan putus. Apabila saya menyembah nasihat kepada DYMM Tuanku, ianya adalah ikhlas dari saya kerana saya tidak mempunyai kepentingan peribadi.

Kasih sayang saya kepada ayahanda saya, Sultan saya, tiada yang boleh menggoyahkan atau menghancurkannya.

Saya bukannya hendak menunding jari kepada mana-mana pihak, atau cuba mengeruhkan keadaan, tetapi saya hanyalah menegaskan pendirian saya yang sentiasa teguh di belakang Sultan dan rakyat Johor.

Semoga Johor sentiasa jadi Johor.

Allah peliharakan Sultan.

DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...