Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Akhbar Perancis Dedahkan "Tiada Apa Yang Membenarkan Flaperon Diperakui 100 Peratus Milik Pesawat MH370!"

Posted: 26 Aug 2015 01:10 AM PDT


"Hari ini selepas 515 hari sejak kehilangan pesawat tersebut, adalah dengan berat hati saya memaklumkan bahawa pakar siasatan antarabangsa mengesahkan serpihan itu sah bahagian daripada MH370.

"Kami mempunyai bukti fizikal bahawa, seperti yang saya umumkan pada Mac 24 tahun lalu, MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi.

"Bagi pihak Malaysia, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada negara-negara, organisasi dan individu yang telah mengambil bahagian dalam carian ini,"


"Beban dan ketidakpastian yang dihadapi oleh keluarga mangsa pada masa ini tidak dapat diucapkan dengan kata-kata.

"Adalah menjadi harapan saya bahawa pengesahan ini, sungguhpun tragik dan menyedihkan, sekurang-kurangnya akan membawa kepastian kepada keluarga 239 orang yang berada di atas pesawat MH370," kata Najib dengan muka yang sedih pada 6 Ogos lalu..

Tapi... semalam menurut MalaysiaGazette laporan di media Perancis pada Jumaat lalu, mendakwa penyiasat Perancis tidak dapat mengaitkan secara langsung teritip yang terdapat pada bahagian serpihan pesawat itu dengan pesawat Boeing, B777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Laporan itu diterbitkan oleh akhbar, La Depeche, di Toulouse, Perancis pada Jumaat lalu.

Ini laporannya..

Serpihan tunggal, flaperon, yang penyiasat sangka mungkin milik pesawat MH370 kini dikhuatiri bukan serpihan daripada pesawat yang hilang itu. Serpihan tersebut dijumpai hanyut di Pulau Reunion pada akhir Julai lalu. 
Pulau Reunion yang merupakan jajahan Perancis menyebabkan flaperon itu dihantar ke negara tersebut untuk tujuan siasatan oleh sepasukan pakar. 
Bagaimanapun, menurut laporan yang mengejutkan di media Perancis pada Jumaat lalu, penyiasat Perancis tidak dapat mengaitkan secara langsung teritip yang terdapat pada bahagian serpihan pesawat itu dengan pesawat Boeing, B777-200 milik Malaysia Airlines yang hilang kira-kira 18 bulan lalu, membantutkan usaha mencarinya. 
Laporan itu diterbitkan oleh akhbar, La Depeche, di Toulouse, Perancis pada Jumaat lalu. Toulouse merupakan lokasi pasukan pakar menjalankan siasatan terhadap flaperon yang ditemui itu sama ada ia adalah serpihan MH370. 
"Pakar-pakar di Toulouse telah menyelesaikan kaji selidik flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion. 
"Tiada apa yang membenarkan ia (flaperon) diperakui 100 peratus kepunyaan pesawat MH370!," lapor La Depeche. 
Versi terjemahan laporan itu telah disiarkan oleh pakar penerbangan dan juga penulis, Jeff Wise dalam blognya. 
Bagaimanapun, menurut laporan yang sama, pasukan Prancis tidak menolak kemungkinan serpihan itu tercabut daripada pesawat MH370 pada Mac 2014 apabila pesawat tersebut jatuh. 
"Kes ini tidak boleh dianggap telah ditutup," kata akhbar itu. 
"Untuk ketika ini, apa yang pasti flaperon, yang dipindahkan dari Pulau Reunion ke Toulouse pada 5 Ogos lalu mempunyai kaitan dengan sayap B777," kata akhbar itu. 
Jika serpihan tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pesawat Malaysia Airlines yang hilang itu, seorang pakar berkata, ia boleh mengesahkan teori yang aneh tetapi tersebar luas - bahawa pesawat itu tidak terhempas dalam keadaan menjunam tetapi mendarat di permukaan air di Lautan Hindi yang membolehkannya tenggelam dengan badan pesawat masih utuh dan berada kira-kira empat batu (6.4 kilometer) di dasar lautan. 
"Jika (ia menjunam dan terhempas), anda boleh menjangka serpihan yang lebih kecil daripada flaperon," kata Jean-Paul Troadec, bekas presiden agensi penyiasatan kemalangan ~ MalaysiaGazette

Haaaa.. kacau dah.. Najib dah confirmkan flapperon tu milik MH370.. tapi Pakar-pakar di Toulouse telah menyelesaikan kaji selidik flaperon yang dijumpai di Pulau Reunion tak yakin ianya milik MH370..

According to a Toulouse aeronautics expert who requested anonymity, the element of the wing would not have floated for several months at the water's surface but would have drifted underwater a few meters deep. According to Jean-Paul Troadec, former chairman of the Bureau of Investigation and Analysis (BEA), the state of flaperon, even if it is not intact, indicates that there was no violent impact with the ocean surface.  
"If this had been the case with the MH370, one would expect much smaller debris than a flaperon," said the expert ~ Jeff Wise

Pakar mana Najib dah rujuk ni?


Jangan Perbodohkan Rakyat, Titah Sultan Johor

Posted: 25 Aug 2015 11:00 PM PDT


Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mengingatkan pemimpin kerajaan supaya memikul tanggungjawab dengan penuh amanah untuk kepentingan umum dan tidak mengutamakan kepentingan peribadi. 

Sultan Johor bertitah, rakyat hari ini berilmu dan bijak menilai sendiri maklumat yang disampaikan kepada mereka.

"Rakyat pada hari ini adalah generasi yang berilmu dan bijak menilai maklumat yang diterima, janganlah cuba memperbodohkan rakyat dengan memberikan berita dan maklumat yang hanya sedap untuk didengar bagi menutup keadaan sebenar.

"Selesaikanlah masalah masalah yang timbul dengan segera," titah baginda sempena hari ulang tahun Rejimen Gerak Khas yang ke-50.

Petikan ucapan itu, yang tidak menyebut secara khusus individu tertentu, dimuat naik ke Facebook Johor Southern Tigers hari ini.

Dalam ucapan itu, sultan Ismail turut menyatakan kebimbangan terhadap masalah politik dan ekonomi yang melanda negara ini.

Keluarga diraja Johor terkenal sebagai pihak yang banyak menyentuh isu semasa negara dalam negara ini, tetapi menafikan cuba campur tangan dalam hal ehwal politik.

Sementara itu, Tengku Mahkota Johor Brigadier Jeneral Tunku Ismail pula dalam Facebook sama turut menulis kiasan tajam tentang kualiti seorang pemimpin.

"Ada serigala yang memimpin kawanan biri-biri, berbeza dengan serigala yang memimpin serigala," katanya lapor Malaysiakini


Masyarakat Orang Asli Turut Pertikai 'Derma RM2.6 Billion' Yang Najib Terima Itu..

Posted: 25 Aug 2015 08:00 PM PDT


Kontroversi derma RM2.6 bilion dan kegagalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi penjelasan telah menjejaskan kepercayaan masyarakat Orang Asli kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Jaringan Orang Asli SeMalaysia (JOAS), Yusri Ahon berkata, masyarakat Orang Asli berpendapat dana politik yang dikatakan sumbangan derma daripada pemimpin negara Arab itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

"Seharusnya duit derma itu mesti dimasukkan ke dalam akaun organisasi atau parti dan bukan kepada individu.


"Sekiranya orang lain yang berbuat demikian. Bukankah ia akan menjadi isu besar?," katanya kepada FMT di Ibu Pejabat JOAS.

Yusri yang juga Ahli Jawatankuasa Jaringan Kampung Orang Asli Pahang (JKOP) berkata, kerajaan BN juga perlu mengubah dasar kerana dasar sedia ada tidak lagi selari dan menepati kehendak masyarakat Orang Asli.

Dia mengingatkan kerajaan bahawa pengundi Orang Asli sedia berpaling tadah dan mengundi pembangkang pada pilihan raya akan datang jika kerajaan gagal mengubah dasar itu.

"Cara Kerajaan BN tadbir negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan dilihat tidak sesuai lagi dengan masyarakat Orang Asli.

"Bagi saya Orang Asli akan menyokong pembangkang dan kebanyakkan mereka lebih cenderung untuk menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP jika diberi pilihan.

"Ini kerana kerajaan yang diperintah pembangkang seperti di Selangor dan Pulau Pinang lebih baik berbanding Kerajaan BN," katanya lapor Free Malaysia Today


Hmm.. masyarakat yang memang ketinggalan dalam dunia maklumat ini pun tak percaya cerita Najib pasal derma tu yang hairannya pulak ada golongan yang mempunyai kemudahan dalam mendapatkan maklumat boleh percaya temberang Najib tu..

Untuk memerangi keganasan diseluruh dunia Arab Saudi hanya menyumbangkan USD100 Juta sahaja.. jadi adakah masuk akal Arab Saudi menderma USD700 Juta kepada Najib untuk mengekang pengaruh IS di Malaysia?


Baca juga apa ulasan mengenai isu orang Asli yang tak percaya cerita Najib tu di SINI
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...