Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Kumpulan Anti-BERSIH Batal Demo Setelah Dipanggil Beri Keterangan..

Posted: 27 Aug 2015 05:54 AM PDT


Selepas beberapa jam bertekad untuk tetap meneruskan perhimpunan hujung minggu ini, kumpulan anti-BERSIH kini membatalkan hasrat tersebut.

Keputusan itu dibuat selepas perjumpaan ketua kumpulan tersebut Datuk Jamal Md Yunos bersama Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah.

Jamal berkata, perjumpaan antara Tajuddin dan Zainol dibuat selepas keterangannya diambil oleh pihak polis.

"Kami dan diambil keterangan oleh pihak polis dan berbincang dengan ketua polis Kuala Lumpur dan OCPD dan dengar taklimat daripada polis berkenaan persiapan polis jika BERSIH 4 tetap meneruskan niat mereka.

"Oleh itu, kami buat ketetapan untuk membatalkan niat untuk anjur BERSIH 4 Keamanan kerana kami beri kepercayaan sepenuhnya kepada polis," katanya kepada pemberita di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Bagaimanapun Jamal berkata, berikutan tidak dapat mengadakan perhimpunan Sabtu ini, pihaknya berhasrat utnuk membuat satu lagi perhimpunan dalam masa terdekat. Bagaimanapun masa dan tarikh masih belum lagi ditentukan, katanya.

"Seminggu atau dua minggu lagi kita akan buat perhimpunan. Ralat memang ralat sebab kami dah bersedia.

"Tapi demi menghormati undang-undang dan penjelasan polis dan kami beri keyakinan pada mereka," katanya lagi.

Sebelum itu, Jamal berkata kumpulan itu akan tetap meneruskan perhimpunan mereka pada Sabtu ini. Beliau berkata, pihaknya juga telah menyediakan baju sebanyak 10,000 untuk perhimpunan itu nanti. 

"Bergantung pada dua hari ini, ikut perkembangan semasa. "Kami telah buat persediaan, baju dah sampai di tangan saya dalam 10,000 helai," katanya.

Jamal berkata pihaknya hanya akan membatalkan hasrat mereka jika perhimpunan BERSIH dipindahkan ke stadium.

"Kami akan batalkan hasrat kami pada bila-bila masa jika pihak BERSIH haram ini bersetuju mengikut arahan polis dengan berkumpul dalam Stadium Titiwangsa," katanya pada sidang media di Dataran Merdeka hari ini.

Bagaimanapun, dalam sidang media kemudianya, Jamal menjelaskan mengenai baju tersebut akan digunakan pada perhimpunan akan datang lapor Malaysiakini


'Dunia tahu siapa Najib yang sebenar' kata Bekas Duta AS

Posted: 27 Aug 2015 01:44 AM PDT


Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John Malott berkata, masyarakat dunia kini sudahpun dapat wajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Malott berkata, imej Najib di persada antarabangsa – yang digilap oleh agensi perhubungan raya dengan kos sehingga jutaan ringgit – amat berbeza dengan wajah "korup" perdana menteri itu di ceruk rantau ini.

"Hari ini, (hasil laporan) akhbar dan majalah berprestij dunia, seluruh dunia tahu siapa Najib yang sebenar," katanya dalam tulisan rencana disiarkan Malaysiakini hari ini.

Malott seterusnya membangkitkan mengenai kekangan kebebasan di bawah pentadbiran Najib, termasuk kekasaran polis ke atas peserta demonstrasi BERSIH dan penahanan ahli politik serta aktivis bawah Akta Hasutan.

"Dialah Najib yang korup, orang yang mengatur pembelian kapal selam Scorpene yang terlalu mahal, walau tidak berfungsi.

Dan terbaru (dialah) orang di belakang 1MDB dan jutaan ringgit yang hilang. Dialah Najib yang menerima AS$700 juta dalam akaun bank peribadinya.

"Dialah Najib, yang mana beg tangan Birkin dan rantai leher zamrud jutaan dollar isterinya menjadi bahan pendedahan tiga halaman dalam The New York Times," kata Mallot.

Malott memerhatikan bahawa Najib sering bercakap mengenai Global Movement of Moderates, reformasi ekonomi Malaysia dan usaha untuk mengubah Malaysia untuk menjadi model dunia.

"(Itu adalah) Najib yang palsu, Najib internasional, Najib yang bercakap muluk-muluk di luar negara.
"Najib itu disokong oleh jutaan dolar dalam bentuk yuran perhubungan raya. (Najib) malah berjaya mengecek presiden Amerika Syarikat untuk bermain golf, Krismas lalu," tulis Malott.

Tambahnya, Najib pasti akan menggunakan kaedah sama pada hujung minggu ini melalui kekerasan polis untuk menyuraikan perhimpunan aman BERSIH 4.

"Najib akan gunakan gas pemedih mata, air kimia dan belantan polis untuk mengekalkan kekuasaannya.

"Seluruh dunia akan melihat dan akhirnya sedar siapakan (Najib) yang sebenar.

"Dan Najib akan berakhir." lapor Malaysiakini


SKMM Akan Sekat Laman Sesawang Yang Promosi Bersih 4.0

Posted: 27 Aug 2015 12:05 AM PDT


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memutuskan untuk menyekat laman-laman sesawang yang mempromosi, menyebarkan maklumat dan menggalakkan orang ramai untuk turut serta ke Perhimpunan Bersih 4.0. 

Hal ini kerana perbuatan itu dipercayai boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, lanjutan dari kenyataan media oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Kenyataan tersebut menyatakan bahawa BERSIH 4.0 juga didapati telah:

1. Bergiat secara tidak sah dan mencetuskan suasana gelisah serta membangkitkan kebimbangan orang ramai khususnya rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan keturunan. 

2. Menyebarkan propaganda untuk menghasut rakyat bagi tujuan negatif terhadap Kerajaan dengan mengedarkan risalah-risalah tertentu yang boleh mendatangkan keburukan.

3. Menerusi pelbagai kegiatannya telah memberi kesan buruk kepada imej Negara, bahkan boleh mengancam dan menggugat ketenteraman awam, keselamatan, kemakmuran ekonomi dan kedaulatan Negara, malahan menjejaskan keharmonian hidup masyarakat majmuk di Malaysia.

MCMC ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman-laman sesawang dan media sosial, terutamanya kandungan yang boleh menyalahi mana-mana undang-undang Malaysia.

Sebarang maklumat mengenai mana-mana laman sesawang dan media sosial yang dipercayai menyebarkan kandungan yang boleh menjejaskan kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi boleh dimajukan kepada pihak MCMC di aduanskmm@cmc.gov.my (http://aduan.skmm.gov.my) lapor AstroAwani


Melayu masih ‘bangsat’ di bawah UMNO, kata Perkasa

Posted: 26 Aug 2015 08:22 PM PDT


Datuk Ibrahim Ali tidak bersetuju orang Melayu akan menjadi bangsat jika Umno tidak lagi memerintah negara kerana sifat itu jelas kelihatan kepada orang Melayu sejak Umno memerintah negara.

Presiden Perkasa itu berkata, ia dapat dibuktikan dengan pegangan ekonomi orang Melayu yang masih lemah di ibu kota apabila gagal memiliki rumah mewah di Kuala Lumpur.

"Walaupun Umno dah memerintah sejak Merdeka, ada lagi Melayu yang bangsat. Faham tak?

"Pada saya sekarang ini pun orang Melayu dah bangsat sebab orang Melayu yang layaknya rumah murah, PPR, rumah mampu milik.

"Tak boleh duduk di Seri Kembangan, TTDI, Mount Kiara dan pakai baju harga RM20,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Perkasa di Kuala Lumpur petang semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Ahad berkata orang Melayu Islam akan "terbangsat" sekiranya Umno tidak lagi memerintah negara.

Katanya, perkataan bangsat dipilih kerana tidak ada perkataan lain yang boleh menggambarkan keadaan orang Melayu, yang akan cukup tertekan jika Umno kehilangan kuasa.

"Saya pilih perkataan orang Melayu akan terbangsat kalau Umno hilang kuasa. Terbangsat... tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan untung nasib yang cukup tertekan, hilang segala-galanya, hilang kuasa, hilang maruah dan hilang masa depan," katanya.

"Kalau tak ada Umno, apa berlaku dekat orang Melayu Islam? Ada orang kata, kami akan tersungkur, kecundang, tertiarap." lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...