Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Polis Tak Akan Buat Kerja Gila Macam Tu Kecuali Ada Orang Paksa - SPRM

Posted: 03 Aug 2015 07:32 AM PDT


Pengarah Bahagian Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin menegaskan kebocoran dokumen siasatan terhadap SRC International Sdn Bhd, sebuah entiti milik 1MDB, tidak melibatkan pihaknya.

Beliau berkata, dokumen yang dibocorkan itu diterbitkan semula pihak tertentu.

"Saya yakin dengan sepenuh hati bahawa bukan daripada pihak kami dan ia diterbitkan (reproduce) semula.

"Saya kesal perkara ini berlaku kerana kami menyiasat dengan sepenuh hati siang dan malam bagi mencari kebenaran," jelasnya kepada media selepas memberi keterangan mengenai kes berkenaan kepada pihak polis disini hari ini.

Kes tersebut disiasat dibawah Akta 124B Kanun Keseksaan.

Bahri pada masa sama menyatakan kemusykilannya berhubung penahanan pegawai kanannya pada Sabtu lalu.

"Tiba-tiba Timbalan Pendawa Raya kami diambil pada jam 1 pagi. Saya amat hairan kenapa boleh berlaku perkara sedemikian. Saya rasa polis tidak akan membuat 'kerja gila' macam itu kecuali ada orang yang memaksa pihak polis," katanya kepada media selepas memberi keterangan berhubung kes kebocoran maklumat 1MDB di pejabatnya di sini, hari ini,

Pada masa sama, Bahri turut menafikan bahawa beliau akan dicutikan daripada tugasnya.

Terdahulu sepasukan polis daripada Bukit Aman tiba di Pejabat SPRM kira-kira jam 2.45 petang tadi bagi mengambil keterangan Bahri berhubung kes itu.

Keterangan mula diambil jam 3:30 petang dan berakhir selepas dua jam.

Turut diambil keterangan ialah Pengarah Bahagian Forensik SPRM, Datuk IG Chandran di Akademi SPRM di Jalan Tuanku Abdul Halim.

Sabtu lalu, polis menyerbu Pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Ahmad Sazilee Abdul Khairi bagi mencari dokumen yang berkaitan dengan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ahmad Sazilee yang dipinjamkan dari Jabatan Peguam Negara merupakan antara tiga individu yang ditahan pada awal pagi Sabtu lalu bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadap Pengarang Blog Politik Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Bagaimanapun, ketiga-tiga mereka dibebaskan pada tengah malam hari sama lapor AstroAwani 


Sementara itu Malaysiakini pula melaporkan...

Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bahri Mohamad Zin membayangkan kemungkinan wujud 'tangan tersembunyi' di sebalik tindakan polis sekarang.

Bahri berkata demikian kepada pemberita selepas disoal siasat oleh pasukan polis dari Bukit Aman di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Beliau menegaskan bagaimana SPRM telah menyiasat isu SRC International "siang dan malam" dan tiba-tiba ada tangkapan.

"DPP kami (Ahmad Sazalee Abdul Khairi) diambil pada jam 1 pagi (Sabtu)," katanya sambil menambah bahawa langkah itu amat mengherankannya.

"Saya rasa pihak polis tak buat kerja gila macam ni kecuali ada pihak yang mengarahkan sedemikian," katanya.

Selain Ahmad Sazalee, polis turut menahan bekas penasihat SPRM, Tan Sri Rasphal Singh dan seorang pegawai Pejabat Peguam Negara, Jessica Gurmeet Kaur. Menurut polis, Rashpal dan Jessica telah ditahan berkaitan dengan laporan yang dibuat terhadap editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Ketiga-tiga telah pun dibebaskan. Pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menghabiskan masa selama tiga jam bercakap dengan Bahri hari ini.

Bahri beredar dengan tergesa-gesa dan hanya bercakap sekejab kepada wartawan yang hadir. Bahri juga menafikan yang beliau telah ditukar tugas atau bercuti berhubung dengan siasatan pasukan petugas khas itu.



Akhirnya SPRM sahkan RM2.6 Billion masuk akaun Najib.. duit derma katanya..

Posted: 03 Aug 2015 03:50 AM PDT


Mula-mula The Wall Street Journal dan Sarawak Report buat pendedahan dulu, Najib nafikan pasal RM2.6 Billion yang di masukkan dalam akaun peribadi dia ni..

Dia tuduh ni pembangkang punya kerja termasuk dengan Mahathir sekali.. kononnya ini konspirasi nak jatuhkan Kerajaan..

Kat Malaysia saja ada ni.. jatuh Perdana Menteri jatuhlah Kerajaan.. macamlah dalam UMNO tu tak ada orang lain yang boleh ganti dia..

Setelah berbelit-belit dan berbagai-bagai kenyataan dikeluarkan oleh Najib dan macai-macainya, nak cover pun dah tak ter'cover'.. SPRM pun keluarkan kenyataan..

"Hasil siasatan mendapati, dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik perdana menteri adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,"

Baca nih..

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan dana RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun Datuk Seri Najib Razak adalah sumbangan penderma. 
Ia, kata suruhanjaya itu lagi, bukan berpunca daripada dana syarikat pelaburan negara 1MDB. 
"Laporan hasil siasatan berkaitan dana RM2.6 bilion telah dirujuk dan dimaklumkan kepada peguam negara," kata SPRM. 
"Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB," kata SPRM. 
Dalam kenyataannya hari ini, SPRM juga mengingatkan bahawa badan itu hanya menumpukan siasatan terhadap dakwaan kemasukan dana ke akaun Najib dan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB. 
Siasatan berkaitan 1MDB dilakukan oleh pihak polis manakala Bank Negara pula meneliti hal berkaitan kaedah dan tatacara kewangan, kata SPRM. 
"Bagaimanapun, siasatan berkenaan isu SRC International yang melibatkan dana RM4 bilion masih berjalan oleh SPRM," kata suruhanjaya itu lagi. SPRM juga terus memberi jaminan siasatan akan dijalankan dengan bebas, telus dan profesional. 
"Diharap semua pihak akan bersabar dan memberi ruang kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dengan menyeluruh," katanya lapor Malaysiakini

Kalau macam ni.. malang betullah nasib Muhyiddin.. bertanya pasal derma ini pun kena pecat.. kena mandi bungalah Muhyiddin..

Memang murah rezeki Najib.. senang-senang saja boleh kutip RM2.6Billion melalui derma.. untung rakyat Malaysia..

Tapi.. kalau boleh kutip RM2.6 Billion melalui derma buat apa menyusahkan rakyat dengan GST?..

Apa pun kita ucapkanlah terima kasih kepada SPRM kerana menjawab persoalan tentang RM2.6 Billion ni.. betul masuk akaun Najib rupanya..



Eh??.. bila masa SPRM siasat Najib?


PKR Dedah Sumber Dana Pilihanraya.. UMNO Bila Nak Dedah?

Posted: 03 Aug 2015 01:14 AM PDT


Bernama semalam melaporkan, rakyat akan mendapat maklumat lebih jelas apabila cadangan mewujudkan semula peraturan menghendaki parti politik mendedahkan senarai punca dana politik diterima, dilaksanakan.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan itu juga proses reformasi yang perlu diambil setiap parti bagi menepis dakwaan negatif selain mengembalikan keyakinan rakyat.

Menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan itu berkata kini terpulang kepada pembangkang sama ada mereka sanggup menyahut cadangan itu ataupun tidak.

"Kalau menolak, jangan tekan Umno untuk dedahkan itu ini. Perbetulkan dahulu parti sendiri," beliau dipetik sebagai berkata di Kuala Lumpur semalam.

Cadangan itu dilapor pernah dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) namun ditolak DAP.

Ianya mendapat reaksi yang agak segera dari Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali..

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berkata, pembangkang sudah bersedia sejak awal dan tiada masalah untuk berbuat demikian kerana ia seiring dengan dasar parti. 
"Malahan setiap sumbangan yang diterima itu perlu didedah secara terbuka dan dilaporkan secara telus," katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang Larut.. 
Menurutnya, pendedahan setiap dana yang diperoleh parti politik bukan sahaja melibatkan pembangkang malah BN seharusnya melakukan perkara sama bagi memastikan ada ketelusan dalam pembiayaan tersebut. 
"Hal ini dapat kita lihat ia telah menjadi amalan di negara Jerman apabila setiap parti politik itu perlu dibiayai dengan akta dan peruntukkan yang jelas. 
"Pendedahan tersebut perlu dilakukan secara terbuka dan telus," katanya lapor Sinar Harian

Hari ini sumber dana PKR dalam menghadapi pilihanraya didedahkan oleh Rafizi..

PKR menjelaskan sumber dananya untuk membiayai operasi parti itu walaupun mengesyaki isu itu ditimbulkan bagi menutup isu berkaitan 1MDB dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli berkata operasi harian, termasuk bayaran gaji dan sewaaan pejabat PKR, ditampung oleh potongan gaji 29 anggota parlimen dan 40 anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka. 
Katanya, wakil rakyat di Selangor dan Pulau Pinang menyumbang 20 peratus daripada gaji bulanan manakala di negeri lain sebanyak 10 peratus. 
"Bagi perbelanjaan lain, PKR mengadakan majlis mengutip derma dari semasa ke semasa terutamanya menjelang pilihan raya. 
"Kutipan dana dari majlis mengutip derma ini bergantung kepada kehadiran – ada yang berjaya mengutip dari RM50,000 sehingga RM500,000 bergantung berapa banyak tiket dijual," jelasnya lapor Malaysiakini


UMNO bila nak dedahkan?.. tapi berani ke pihak UMNO nak dedahkan tu?.. rasanya sampai kesudah tak akan didedahkan sumber mereka..

Esok lusa adalah Menteri nanti keluar kenyataan "UMNO dan Barisan Nasional memang berhasrat untuk mendedahkan pihak-pihak yang menyumbangkan dana pilihanraya buat kami.. tapi atas faktor keselamatan negara perkara ini terpaksa dielakkan..

Kah.. Kah.. Kah..


Ketua Muslimat PAS Batu Melintang dibunuh..

Posted: 02 Aug 2015 11:00 PM PDT


Mayat mereput yang dijumpai di Kuala Air Kepala dekat Sungai Pergau, Jeli, Khamis lalu adalah milik Ketua Muslimat PAS Batu Melintang dan dipercayai adalah mangsa bunuh.

Bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa mendapati ada kesan hirisan di bahagian tangan dan kaki.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan, ACP Ahmad Taufek Abdullah, dalam kenyataannya memberitahu hasil siasatan yang dijalankan pihaknya berjaya menahan seorang suspek berusia 32 tahun yang mempunyai talian persaudaraan dengan mangsa.

Katanya, suspek ditahan 7.30 malam Jumaat lalu dan kini direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini mangsa, Rudziah Shafiee, 50, yang juga guru mengaji dikatakan hilang sejak Selasa lalu sebelum mayatnya ditemui dalam keadaan terlentang dan sudah reput di tepi sungai.

Sehubungan itu, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan bagi membolehkan siasatan terperinci dilakukan.

Mangsa yang tinggal sendirian di Kampung Batu Melintang, di sini, itu dijumpai dekat Kuala Air Kepal, Sungai Pergau oleh seorang penjala ikan.

Siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai meninggal dunia sejak kehilangannya Selasa lalu berdasarkan keadaan mayat yang sudah mereput.

Sementara itu, abang mangsa, Abu Hassan, 55, ketika dihubungi memaklumkan jenazah adiknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Dendung, Batu Melintang, Jumaat lalu.

Dalam perkembangan sama, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang menziarahi keluarga mangsa semalam melahirkan rasa sedih berikutan mangsa adalah seorang wanita yang tidak berdaya selain dia juga adalah Ketua Muslimat PAS Cawangan Batu Melintang.

Beliau berkata disebabkan perkara seperti inilah kerajaan negeri ingin merealisasikan Kanun Jenayah Syariah (KJS) kerana kita ingin membendung gejala jenayah yang semakin menular.

"Biar rakyat merasa gerun kepada hukum islam… Kanun Jenayah Syariah ini ialah rahmat Allah dan tuhan bagi rahmat dengan laksanakan undang undang Islam..apabila kita laksana undang-undang Allah, maka Allah turunkan rahmatNya.

"Tetapi apabila kita tiada usaha untuk mendaulatkan undang undang Allah, maka Allah akan tunjuk kepada kita gejala yang dahsyat berlaku dan tiada undang undang yang mampu menyelesaikannya," katanya.

Ahmad berkata beliau berharap pihak polis dapat membuat siasatan yang rapi supaya pihak yang tidak bertanggungjawab dapat diambil tindakan sewajarnya dan dibawa kemuka pengadilan. - The Rakyat Post


Bekas Menteri Besar Pula Pertikai Kredibiliti Kabinet Najib.. "Kabinet 1MDB" Katanya.. (Video Inside)

Posted: 02 Aug 2015 08:37 PM PDT


Veteran Umno Tan Sri Sanusi Junid berkata Kabinet baharu yang dilantik perdana menteri minggu lalu dibarisi mereka yang akan mempertahankan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menggelarnya "Kabinet 1MDB".

Ia juga terdiri daripada mereka yang kritikal terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata bekas menteri Besar Kedah itu dalam video yang dimuat naik di YouTube. 

"Yang jelas pula, yang dilantik di dalam (jemaah) menteri itu ialah orang-orang yang bersuara menghentam Dr Mahathir.

"Seolah-olah, Kabinet ini Kabinet 1MDB. Kabinet untuk mempertahankan 1MDB. Kabinet untuk memperkecilkan atau menutup segala usaha untuk mendedahkan 1MDB.

"Jadi, masalah dia masih belum selesai. Bunga pinjaman bank jalan terus, pelaburan yang tak menguntungkan jalan terus dan modal bank terpaksa jalan terus," kata Sanusi yang merupakan bekas setiausaha agung Umno dan naib presiden pada zaman Dr Mahathir.

"Jadi, bagi kita, apa nak jadi kepada negara ini," kata bekas menteri pembangunan luar bandar dan pertanian tersebut pada satu temu bual Jumaat lalu.

Minggu lepas, Datuk Seri Najib Razak menggugurkan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada kerajaan dalam rombakan Kabinet yang menyaksikan beberapa ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), badan Parlimen yang menyiasat 1MDB, dinaikkan pangkat ke jawatan menteri.
Muhyiddin sebelum ini lantang mengkritik 1MDB yang mengumpul RM42 bilion hutang dalam masa 6 tahun beroperasi.

Sanusi, yang merupakan menteri besar Kedah dari 1996 hingga 1999, merasakan pemecatan Muhyiddin bukan kerana ucapan kerasnya mengkritik 1MDB pada mesyuarat agung tahunan Umno Bahagian Cheras, 26 Julai lalu.

"Saya tak fikir dia dipecat kerana ucapan itu. Saya fikir ucapan itu adalah sebab terakhir. Kerana, nak siapkan senarai nak lantik Kabinet baru ni, dia makan masa.

"Kita dulu pun pernah tukar Kabinet juga. Nak tukar kabinet, kena kaji," katanya sambil menambah Muhyiddin hanya membangkitkan isu biasa yang menjadi kebimbangan dan diperkatakan rakyat. 

Bekas menteri yang pernah berkhidmat di zaman Dr Mahathir, Sanusi juga memberi pandangannya berhubung pelantikan 4 anggota PAC sebagai menteri dan timbalan menteri, mengatakan ia melumpuhkan panel bipartisan itu.

Beliau berkata prosiding PAC yang sedang berjalan sekarang, termasuk inkuiri terhadap 1MDB, lebih penting daripada tugasan seorang timbalan menteri.

"Orang yang tengah buat kerja secara aktif dalam PAC, 4 orang daripada yang paling aktif sudah naik pangkat jadi timbalan menteri, lumpuhlah PAC," katanya.

Beliau juga menyentuh mengenai pasukan petugas khas yang ketika ini menyiasat 1MDB, menyatakan kehairanannya apabila "seorang (daripada mereka) sudah kena berhenti kerana sakit". 

Beliau dipercayai merujuk kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

"Patutnya, orang yang sakit minta berhenti, yang ini tak. Orang yang dikatakan dah lama sakit ni tak minta berhenti pun, dia nak selesaikan tugas dia, tiba-tiba dia diberhentikan. Itu kan menjadi tanda tanya," katanya.

"Dan kita tengok, hasil daripada penyelidikan ini, sudah ada tangkapan. Dan ada yang nak ditangkap, dah lari. Jadi, rakyat bertanya-tanya, dunia pun dah tanya-tanya.

"Kawan-kawan saya dari luar negeri, dia tahu, dia ikut semua ini. Jadi, bila dia ikut, dia hairan... Kerana, sudah ada tindakan daripada pasukan petugas ini, tiba-tiba ada pemecatan."

Beliau juga mempertahankan bekas ketuanya Dr Mahathir, yang dikecam beberapa menteri Umno kerana membangkitkan isu 1MDB.

Sanusi berkata, berbeza dengan pemimpin pembangkang yang membawa isu itu kerana hendak mengalahkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya, Dr Mahathir menimbulkannya kerana menjangkakan ia boleh menjadi isu yang akan menjatuhkan BN.

"Dr Mahathir nampak, cara ini memang boleh mengalahkan kita, kecuali kita sendiri ambil masalah ini dan selesaikan," katanya lapor The Malaysian Insider




-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...