Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Woit!! Siapa Tulis Teks Ucapan Najib Ni Haaa?

Posted: 30 Aug 2015 09:03 AM PDT


Ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini malam ini, Najib melahirkan rasa kesal atas tindakan segelintir pihak yang sanggup dan tergamak mencetuskan bibit-bibit persengketaan serta api permusuhan menjelang ulang tahun kemerdekaan negara.

"Sesungguhnya, kami tidak akan membenarkan sesiapa sahaja sama ada dari dalam atau luar (negara), untuk dengan mudahnya datang dan mencuri, merosakkan atau memusnahkan apa yang telah kami bina selama ini.

"Beringatlah semua, jika kita tidak bersatu, hilang solidariti dan hilang kesepaduan, segala masalah tidak akan dapat diselesaikan, bahkan segala yang kita bina secara susah payah selama ini akan hancur begitu sahaja," katanya.

Ini merupakan kali kedua Najib menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan secara langsung di hadapan khalayak ramai tanpa rakaman terlebih dahulu seperti amalan biasa. Ia disiarkan secara langsung oleh radio dan televisyen malam ini.

Majlis itu dikelolakan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia dengan kerjasama Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Perdana menteri turut mengajak para hadirin merenung dan menghayati sedalam-dalamnya erti kemerdekaan, serta jasa bakti para parajurit dan anggota keselamatan yang telah berkorban bagi menjamin rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan sentosa.

"Kerana itulah kita menolak sebarang bentuk demonstrasi jalanan yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dan hanya menyusahkan rakyat, kerana ia tidak langsung mencerminkan kematangan, bahkan ia bukanlah sebagai saluran yang betul untuk menyuarakan pandangan dalam sebuah negara demokrasi," kata Najib.

Menurutnya apa yang berlaku sehari dua ini amat tidak wajar, serta mempamerkan kecetekan minda dan miskin semangat kebangsaan, kata Najib yang jelas merujuk kepada perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara, Kota Kinabalu dan Kuching.

Ke arah itu, beliau terus mengajak rakyat Malaysia memberi penghargaan dan penghormatan kepada susah payah anggota keselamatan dalam memastikan kerukunan dapat terus dikecapi pada setiap masa.

Tegas Najib, kemerdekaan yang mengajar sesebuah watan itu berdiri di atas kaki sendiri, hanya datang sekali dan bukanlah barang mainan, justeru ia harus dijaga, dipupuk dan dipelihara sebaik-baiknya.

"Saya berdiri di sini, dan berucap sebagai warga Malaysia yang bersemangat serta bangga dan ingin menyatakan dengan tegas bahawa negara serta tanah air ini adalah milik setiap seorang daripada kita dan kita tidak akan membenarkan sesiapa pun menjadi dalang serta pengkhianat untuk memusnahkannya.

"Bersabit itu juga, jangan ada sesiapa yang cuba mengadu domba meski apa pun akan berlaku, biar berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua...persarikatan mulia antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung bak pesan orang-orang lama, bercerai kasih bertalak tidak, ibarat besi terpatri mati," katanya.

Dalam ucapan kira-kira 40 minit itu, perdana menteri turut menjelaskan mengapa kemerdekaan begitu dekat dengan hati orang Melayu, Umno dan BN.

"Kerana kemerdekaan inilah lambang kemuncaknya perjuangan, tanda tingginya kesungguhan dan bukti sifat penuh berani oleh orang-orang Melayu, Umno dan rakan-rakan parti komponen, demi membina sebuah negara bangsa," katanya.

Ke arah itu, Najib berjanji bahawa beliau dan anggota pentadbiran serta BN akan terus berikhtiar gigih dan komited dalam memakmurkan Malaysia serta mensejahterakan rakyat.

"Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.

"Bersamalah kita berdiri, bersamalah kita bangun dan bersamalah kita bangkit dengan hati yang ikhlas dan tekad yang diperbaharui, memandang masa depan dengan jiwa yang gagah dan merdeka dalam satu solidariti, senada seirama, sehati sejiwa kita gemakan Merdeka! Merdeka! Merdeka!" katanya.

Ucapan Najib di atas dipetik dari BERNAMA yang disiarkan di SINI


Bersemangat sekali ucapannya walaupun nak muntah aku mendengarnya semasa memandu pulang ke Permatang Pauh tadi..

Cuma aku tak faham apa maksud ayat ini.. "Suka saya ulangi di sini, sekali layar sudah dikembangkan, apabila sauh sudah dilabuhkan, pantang nakhoda dan anak-anak kapalnya berbalik haluan.

Layar dikembang.. sauh dilabuh.. err kapal Najib ni nak belayar atau nak berlabuh?

Kalau layar dah dikembang tu maknanya nak belayarlah, tapi kenapa pula dilabuhkan sauh? Pakai tak berjalanlah kapal tu...

Kalau bergerak jugak alamatnya karamlah....

Atau aku yang tak faham Bahasa Malaysia?.. Cikgu-cikgu tolong explain sikit..


Terima Kasih Mahathir, Tapi Silap Hang Jugak..

Posted: 29 Aug 2015 08:43 PM PDT


Naib Presiden PKR, Tian Chua mengucapkan terima kasih kepada Tun Dr Mahathir Mohamad kerana menunjukkan sokongan kepada BERSIH 4 hari ini tetapi berkata ini tidak bermakna rakyat harus lupa masa lalu.

Tian Chua, yang secara kebetulan terserempak dengan Mahathir apabila beliau tiba berhampiran Dataran Merdeka malam tadi, telah mengiringi negarawan itu melalui orang ramai.

"Saya sempat bersalam dengan beliau tetapi kami tidak sempat bercakap apa-apa.

"Bagi saya Dr Mahathir berhak untuk menyatakan sokongan tapi ini juga tidak bermaksud rakyat harus lupa sebahagian daripada masalah ini adalah kerana sistem yang telah dibina olehnya dan ruang demokrasi telah tertutup sehingga kita terpaksa bergantung kepada kebangkitan kuasa rakyat," katanya.

Tian Chua pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semasa pentadbiran bekas perdana menteri itu pada tahun 2001.

Kerajaan Mahathir ketika itu menuduh Tian Chua dan beberapa aktivis lain, cuba untuk menggulingkan kerajaan menggunakan "bom, pelancar bom tangan, bom api, dan senjata berbahaya lain".

Bagaimanapun, Tian Chua berkata kehadiran Mahathir di perhimpunan BERSIH 4 hari ini adalah satu pengakuan bahawa gerakan popular oleh beliau dan aktivis lain itu, adalah betul.

"Akhirnya Dr Mahathir sendiri terpaksa akur bila dalam sistem yang autoritarian yang tidak ada ruang demokrasi, yang sebahagian daripadanya disebabkan puluhan tahun di bawah kuasanya - saluran yang paling berkesan untuk membetulkan kedaan dan membuat perubahan adalah melalui kuasa rakyat.

"Ini bagi saya satu kemenangan rakyat Malaysia kerana (BERSIH 4) dapat menarik sokongan semua pihak.

"Malah Dr Mahathir terpaksa akur bahawa kuasa rakyat satu saluran yang paling berkesan," kata Tian kepada Malaysiakini


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...