Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Eh?.. Kata Kertas Pertuduhan Terhadap Najib Tak Wujud.. Tapi Kenapa Polis Serbu SPRM Untuk Cari Siapa Yang Bocorkannya ni?

Posted: 05 Aug 2015 08:44 AM PDT


Hujung bulan Julai yang lalu apabila Sarawak Report mendedahkan kertas pertuduhan terhadap Najib yang didakwanya sebagai punca sebenar Gani Patail ditamatkan perkhidmatan secara tiba-tiba.. Peguam Negara yang baru telah menafikan kewujudannya..

Beliau yang baru dilantik menafikan laporan portal Sarawak Report mengenai pertuduhan terbabit yang menyebut 'Pendakwa Raya lawan Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Dato' Shamsul Anuar bin Sulaiman'.

Katanya "Kertas pertuduhan itu menunjukkan ada konspirasi menjatuhkan Perdana Menteri sedang berkhidmat dengan membabitkannya dengan jenayah, dan kaedah itu termasuk membocorkan maklumat.

"Plot menjatuhkan Najib adalah ancaman kepada demokrasi rakyat Malaysia dan siasatan akan dijalankan,"

Tegas Apandi, kertas pertuduhan yang didedahkan itu tidak pernah sampai kepada Jabatan Peguam Negara, malah format dokumen berkenaan tidak betul sebagaimana yang ditulis jabatan berkenaan.

"Peruntukan penuh undang-undang akan digunakan tanpa pengecualian terhadap sesiapa yang didapati bersalah," katanya.

Selain beliau, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memuat naik tweet bersama Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah menafikan draf kertas pendakwaan yang didedahkan oleh Sarawak Report itu.

"Draft pertuduhan yang diterbitkan oleh Sarawak Report tidak dibuat atau dikeluarkan oleh Jabatan Peguam Negara. Harap maklum." kata Tun Abdul Majid menerusi twitternya.

Ok lah kalau tak ada.. kita anggaplah Sarawak Report tu mengadakan benda yang tak ada..

Cuma yang menghairankan sekarang ialah beberapa laporan mengatakan Polis menyerbu SPRM bagi menyiasat siapa membocorkan draf kertas pertuduhan itu..

Ini laporan dari Malaysiakini..


Mungkin macai-macai akan mempertikaikan laporan dari Malaysiakini itu.. tak apa.. kat bawah ni laporan dari Bernama..


Peguam Negara kata tak ada.. Ketua Bahagian Pendakwaan di Jabatan Peguam Negara tak dibuat.. tapi kenapa pula Polis serbu SPRM untuk cari dalang yang membocorkannya ni?

Dah kata tak ada.. macam mana pulak boleh bocor?


SPRM Akan Minta Najib Jelaskan Tentang Derma RM2.6 Billion..

Posted: 05 Aug 2015 05:30 AM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan kepada agensi itu berhubung sumbangan derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadinya.

Menurut agensi berkenaan, SPRM sudah mendapatkan penjelasan daripada pihak penderma yang berasal dari Asia Barat dan pihak berkaitan juga sudah mengesahkan mengenai derma berkenaan.

Bagaimanapun, identiti penderma berkenaan tidak dapat didedahkan.

"SPRM telah mendapat tahu tentang butir penderma melalui dokumen yang diambil dari bank dan didapati bahawa terdapat empat surat yang diserahkan kepada pihak bank apabila jumlah wang yang besar dimasukkan ke dalam akaun YAB Perdana Menteri.

"Dalam dokumen itu ada dijelaskan bahawa sumbangan RM2.6 bilion adalah sebagai derma," menurut agensi itu dalam satu kenyataan pada Rabu.

Selain itu, SPRM juga meminta orang awam agar tidak keliru antara siasatan melibatkan SRC International Sdn Bhd dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ujarnya, SPRM hanya terlibat dalam menyiasat isu SRC International sementara isu 1MDB akan disiasat sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Dalam pada itu, isu SRC International melibatkan dana RM4 bilion juga masih dalam siasatan agensi berkenaan dan ia adalah siasatan berasingan dengan dana RM2.6 bilion.

"SPRM mahu menekankan bahawa SPRM tidak pernah menyatakan kes yang disiasat ini telah ditutup. Sebaliknya, SPRM hanya menyatakan ia bukan dari wang 1MDB," katanya.

Tambahnya, sebagai suruhanjaya yang bebas, SPRM bertanggungjawab menjalankan siasatan dengan bebas, telus dan profesional tanpa ada rasa takut atau pilih kasih.

Selain itu, agensi itu turut menjelaskan kenapa pengumuman pada 3 Ogos lalu dibuat berasingan tanpa penglibatan Pasukan Petugas Khas atas nasihat Peguam Negara.

"SPRM membuat pengumuman tanpa melalui Pasukan Petugas Khas selepas dinasihatkan oleh Peguam Negara Malaysia, bahawa tidak perlu ada Pasukan Petugas Khas. Sebaliknya agensi-agensi penyiasat terbabit boleh menjalankan tugas mereka berdasarkan undang-undang masing-masing," katanya.

Sehubungan itu, setiap agensi yang terlibat mempunyai pasukan petugas khas dalaman mereka sendiri dan akan mengemukakan hasil siasatan masing-masing kepada Peguam Negara untuk diambil keputusan sama ada terdapat kes untuk didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya lapor AstroAwani




Najib Bercakap Tentang Salur Derma Parti Ke Akaun Peribadi.. Saksikan!!

Posted: 05 Aug 2015 01:42 AM PDT


Ini adalah video ucapan Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri  ketika merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di Putrajaya, pada Februari 2012.

Katanya sumbangan atau derma kepada parti politik haruslah dimasukkan ke dalam akaun rasmi parti dan bukannya akaun peribadi.

Sebabnya, tindakan itu perlu bagi mengelakkan ahli politik menyalah-gunakan nama parti semasa mengutip derma ataupun wang berkenaan disalah-gunakan bagi tujuan peribadi katanya...

Lihat video di bawah..



Itu apa yang diucapkannya dulu.....

Tapi tiba-tiba 1Malaysia gempar RM2.6 Billion telah di 'derma' kan kononnya untuk dana parti kedalam akaun peribadi Presiden UMNO itu sendiri..

Aku kata 'kononnya' sebab setahu aku lah kenyataan SPRM hanya menyebut ianya adalah 'derma' tak sebutpun untuk apa 'derma' itu..

Yang mengatakan 'derma' itu untuk dana pilihanraya dan kerja-kerja sosial ialah pemimpin-pemimpin UMNO..

Menariknya.. derma yang disalurkan ke akaun peribadinya itu yang kononnya untuk kegunaan parti, Timbalannya pun tak tahu..

Malang betul nasib Timbalannya itu.. tanya pasal 'derma' itu pun kena pecat.. kah.. kah.. kah...

Cakap tak serupa bikin!! Ceh!!


Apa Dah Jadi Dengan SPRM Ni?.. Ketuanya Bercuti Ketika Pegawainya Disiasat..

Posted: 04 Aug 2015 11:00 PM PDT


Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dilaporkan sedang bercuti, sewaktu badan penguasa yang menyiasat kemasukan wang ke dalam akaun peribadi perdana menteri itu, disiasat polis.

Sinar Harian hari ini melaporkan beliau berkata demikian kepada akhbar itu ketika dihubungi bagi mengulas berkenaan siasatan SPRM ke atas kes itu.

"Saya sedang bercuti, hubungi Mus (Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Mustafar Ali)," katanya dipetik daripada akhbar itu.

Tindakan penuh tanda tanya itu diambilnya ketika badan itu kini menjadi sasaran siasatan polis yang sudah melakukan beberapa serbuan ke atas pegawai tertinggi SPRM.

Pada masa sama, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sebelum ini dilaporkan akan disiasat polis berkaitan kebocoran maklumat siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Semalam, SPRM juga menganjurkan majlis solat hajat diketuai Timbalan Ketua Pesuruhjayanya Datuk Seri Zakaria Jaffar, disertai kira-kira 100 kakitangan di bangunan ibu pejabat badan pencegah rasuah itu di Putrajaya selepas solat zohor.

Selesai solat, Zakaria mengetuai bacaan doa dan memberi tazkirah ringkas memohon supaya perjuangan SPRM membela nasib bangsa dan negara dapat diteruskan.

Kelmarin, polis Cawangan Khas menyoal siasat Pengarah (Operasi Khas) SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bagi membantu siasatan dalam kes kebocoran maklumat siasatan 1MDB.

Manakala bekas penasihat SPRM Tan Sri Rashpal Singh ditahan Sabtu lalu dipercayai ada kaitan dengan laporan pertemuannya dengan Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown di London. 

Polis Cawangan Khas turut menyerbu pejabat Timbalan Pendakwa Raya SPRM Ahmad Sazilee Abdul Khairi mencari dokumen berkaitan syarikat pelaburan negara yang sarat dibebani hutang berbilion ringgit itu.

Serbuan di pejabat Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya itu turut merampas sebuah komputer riba, malah kediamannya juga diperiksa.

Semua siri serbuan polis ini berlaku selepas Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggalas tanggungjawab sebagai timbalan perdana menteri, mengambil alih daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat Datuk Seri Najib Razak lapor The Malaysian Insider


Ingatkan Najib dah saman WSJ.. belum lagi rupanya..

Posted: 04 Aug 2015 08:05 PM PDT


Dari 8hb Julai hingga ke hari ini empat hari Selasa dah dilewati.. 3 hari lagi cukuplah sebulan.. aku ingat Peguam Najib yang dilaporkan terbang ke US itu dah mulakan tindakan saman terhadap WSJ.. belum rupanya..

Menurut Peguamnya Najib masih belum mengarahkan pasukan Peguamnya untuk memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Wall Street Journal (WSJ) berkaitan dua artikel mengenai skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Oleh itu, Wan Azmir Wan Majid dari firma undang-undang yang mewakili Najib, mengesahkan kepada Malay Mail Online bahawa peguam Perdana Menteri masih tidak mengambil sebarang tindakan terhadap penerbit penerbitan yang berpangkalan di AS, Dow Jones & Co. 

Bagaimanapun pada 25 Julai, akhbar akhbar tempatan berbahasa Cina Sin Chew Daily memetik seorang peguam yang tidak dinamakan sebagai berkata bahawa peguam Najib Datuk Hafarizam Wan Harun dan Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dijangka terbang ke Amerika Syarikat untuk memfailkan tuntutan mahkamah di sana terhadap Dow Jones .

Ketika diminta mengesahkan laporan tersebut, Wan Azmir berkata, beliau hanya boleh mengesahkan bahawa kedua-dua ke luar negara, tetapi enggan mendedahkan tujuan perjalanan mereka atau negara mana mereka telah pergi.

"Memang benar bahawa pasangan saya (Datuk Hafarizam) dan Datuk Firoz ke luar negara. Saya tidak boleh mengesahkan ke mana, saya tidak boleh mengesahkan untuk apa," katanya.

KUALA LUMPUR, Aug 5 ― Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has yet to instruct his legal team to file a lawsuit against Wall Street Journal (WSJ) over two of its articles last month on the 1Malaysia Development Berhad (1MDB) controversy, his lawyer has confirmed. 
As such, Wan Azmir Wan Majid, who is from the law firm representing Najib, confirmed with Malay Mail Online that the prime minister's lawyers have not made any move against the US-based publication's publisher Dow Jones & Co. 
"It's still status quo. We have not gotten instructions," he told Malay Mail Online when contacted. 
In an article on July 2, WSJ, citing documents from Malaysian investigators scrutinising 1MDB's financials, said a money trail showed that US$700 million (RM2.6 billion) had been channelled into what appeared to be the prime minister's accounts. 
The report said, however, that the source of the funds was unknown although it noted that it was the first time that Najib had been linked to the probe on the troubled state investor. 
WSJ's July 2 report and a subsequent July 6 opinion piece on the same matter saw Najib's lawyers later asking the publication to clarify if the two articles had meant to accuse their client of misappropriating US$700 million from 1MDB. 
Dow Jones responded within the 14-day deadline given by the prime minister's lawyers, saying in their reply letter that the request for clarification was unnecessary as the two articles ― the July 2 news report titled "Malaysia leader's accounts probed" and the opinion piece on July 6 titled "Scandal in Malaysia" — spoke for themselves and were based on available facts. 
Since Dow Jones' reply on July 21, there has been no update from Najib's team on the prime minister's next course of action. 
On July 25, however, local newspaper Chinese-language newspaper Sin Chew Daily quoted an unnamed lawyer as saying that Najib's lawyers Datuk Hafarizam Wan Harun and Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin were expected to fly to the US to file the lawsuit there against the Dow Jones. 
When asked to verify the Sin Chew Daily report, Wan Azmir said he could only confirm that the duo went abroad, but declined to disclose the purpose of their trip or which country they had flown to. 
"It's true that my partner (Datuk Hafarizam) and Datuk Firoz went overseas. I cannot confirm where, I cannot confirm what," he said. 
See more at  The Malay Mail Online

Berapa kali Selasa lagi agaknya kita perlu tunggu??


Azalina!.. Harusani Kata Jangan Beraja Dengan Nafsu Dan Komen Tidak Tentu Hala!!

Posted: 04 Aug 2015 05:30 PM PDT


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said supaya tidak memperkecilkan hukum ALLAH.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan Azalina bahawa adegan pasangan bercinta berpegangan tangan dan berpelukan tidak perlu diperbesarkan kerana ia hanya sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat adalah jahil dan tidak patut dikeluarkan oleh seorang menteri.

"Baru sehari dua naik sebagai menteri dah keluarkan kenyataan tidak munasabah. Saya suka ingatkan menteri, timbalan menteri dan ahli exco negeri, mereka telah mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong atau sultan untuk pegang jawatan berlandaskan kepada Perlembagaan dan mereka bersumpah dengan nama ALLAH untuk mempertahankan Perlembagaan.

"Perlembagaan menyatakan agama di negara ini adalah Islam. Maka, janganlah mereka sesekali mengejek dan memperkecilkan hukum ALLAH. Jika tidak, maknanya mereka melanggar sumpah," katanya.

Sekiranya mereka melanggar sumpah, katanya, mereka akan menerima laknat daripada ALLAH.

"Saya nasihati (mereka) jangan melampau. Islam berdasarkan kepada iman. Iman itu boleh diukur berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan. Selepas itu disusuli syariat dan berdasarkan firman ALLAH dan hadis nabi. Jadi, tidak boleh keluarkan kenyataan secara akal atau logik kerana ia adalah hukum ALLAH.

"Akal dikawal oleh nafsu dan ia dipengaruhi oleh syaitan. Jangan beraja dengan nafsu dan komen tidak tentu hala.

"Seorang menteri Islam wajib mengamalkan amar makruf nahi mungkar, atau dalam bahasa senang difahami menyuruh melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan," katanya.

Beliau juga mengingatkan menteri dan sebagainya supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai sesuatu isu sekiranya mereka tidak arif dalam isu berkenaan.

"Filem sekarang ini sudah lebih daripada melampau, membabitkan adegan berpelukan dan sebagainya. Ini semua sudah jatuh hukum haram," tegasnya.

Sementara itu, Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkata, kenyataan Azalina itu akan memudaratkan masyarakat dan mengurangkan kredibiliti institusi kerajaan.

"Dalam Islam, jika adegan dalam sesuatu filem itu bersentuhan dengan bukan muhrim, dikira berdosa walaupun dikatakan atas dasar lakonan.

"Kalau sesuatu adegan dalam filem berkaitan jenayah merompak dan membunuh, tak kan kerajaan nak kata tidak mengapa, (kerana) itu berlakon sahaja, walhal perkara itu salah," katanya.

Beliau berkata, jika kenyataan yang dikeluarkan Azalina dalam keadaan tidak jahil, maka dia sudah berdosa dan fasik lapor Sinar Harian


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...