Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Khairy Kata Program Najib Di Samporna Dibatalkan Sebab Banyak Lanun?

Posted: 06 Aug 2015 07:45 AM PDT


Antara pemimpin UMNO yang aku nampak cerdik sikit dari ramai-ramai yang ada tu ialah Khairy.. tapi malangnya kali ini nak cover malu Najib dia pula sanggup dimalukan..

Bercakap seolah-olah rakyat Malaysia ini semuanya bodoh seperti macai-macai di kelilingnya..

Katanya keputusan UMNO Semporna membatalkan undangan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat persidangan bahagian yang dibuat atas faktor keselamatan dilihat sebagai suatu tindakan yang tepat.

"Itu keputusan UMNO Bahagian Semporna, yang saya tahu banyak lanun di sana," .. katanya..

Banyak lanun?.. Agak-agak la KJ wei kalau nak cover malu boss hang tu..

Awat kat Samporna tu tak ada Polis ke?.. tak ada Tentera?.. Habiskan beratus juta ringgit untuk ESSCOM tu untuk apa?

Body Guard Najib yang dah ramai sangat keliling dia tu batang pisang ke?

KUALA LUMPUR: Keputusan UMNO Semporna membatalkan undangan kepada presiden parti, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk merasmikan mesyuarat persidangan bahagian yang dibuat atas faktor keselamatan dilihat sebagai suatu tindakan yang tepat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tindakan itu wajar memandangkan keadaan di Semporna yang dianggap tidak selamat kerana terdapat lanun di kawasan berkenaan.

"Itu keputusan UMNO Bahagian Semporna, yang saya tahu banyak lanun di sana," katanya sewaktu ditemui dalam sidang media di Ibu Pejabat UMNO, pada Khamis.

Pada Selasa lalu, UMNO Semporna telah membatalkan undangan kepada Najib untuk merasmikan mesyuarat agung tahunannya yang dijadual pada 15 Ogos ini dan telah digantikan dengan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Keputusan itu dikatakan dibuat atas desakan ahli di peringkat akar umbi pada hari sama ketuanya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal digugurkan sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah lapor Free Malaysia Today

Dari apa yang dikatakan oleh Khairy itu bolehlah di simpulkan biarpun beratus juta ringgit dah di habiskan untuk ESSCOM bagi menjadikan Sabah lebih selamat, ianya adalah sia-sia kerana Lanun masih banyak berkeliaran.


Menteri Kewangan Kat Mana? Ringgit turun jadi RM3.91 per USD1 dah ni..

Posted: 06 Aug 2015 05:38 AM PDT


Bagi tahu kat dia.. tak payah sibuk nak buat pengumuman pasal MH370 tu.. bukan kerja dia.. serahkan kepada Menteri Pengangkutan.

Kat Indonesia hari tu ada juga Kapal Terbang jatuh, tapi Presiden Indonesia tak nampak pun menyibuk buat pengumuman pasal operasi mencari dan hasil operasi mereka..

Diserahkannya kepada pihak yang sepatutnya menjelaskan iaitu Pengarah Operasi saja.. tak ada pun dia nak menempek menumpang glamour dalam sebarang sidang media mereka itu..

Petang ini.. biarpun ada laporan yang mengatakan Bank Negara telah menggunakan RM5 Billion untuk cuba mengukuhkan nilai ringgit.. namun ia terbukti gagal kini..

Ringgit jatuh ke paras terendah setelah tidak lagi diikat pada kadar RM3.80 untuk sedolar Amerika Syarikat (AS) pada 2005.

Setakat jam 4.30 petang ini, ringgit dinilai pada 3.9083 berbanding satu dolar AS.

 The Malaysian ringgit has tumbled to a new low since it was unpegged from its fixed rate of 3.80 in 2005. As of 4.30pm, the ringgit was valued at 3.9083 to the US dollar.

The ringgit has been falling at an accelerated rate in recent months from around RM3.20 to US$1 a year ago.

Among the factors attributed for the weak currency include falling global oil prices which has impacted the country's revenue as well as political instability.

Prime Minister Najib Abdul Razak has been struggling to defend his position amid allegations that RM2.6 billion was deposited into his private bank accounts.

Domestic manufacturing have also been hit amid rising cost following the introduction of the Goods and Services Tax (GST) in April.

Malaysia's manufacturing sector continues to worsen in July to the second-weakest in over two-and-a-half years, according to the latest survey from the Nikkei and Markit Economics released on Monday.

According to the Nikkei manufacturing purchasing managers' index, Malaysia's score rose slightly from 47.6 to 47.7.

Any reading under 50 indicates a contraction in activity. It attributed the further decline in July to "poor demand and challenging economic conditions" ~ Malaysiakini

Kerja yang dia patut buat, dia tak buat.. menyibuk dengan kerja orang lain pula.. nak tunggu apa?

Nak tunggu 1USD sama dengan RM10.00 baru nak bertindak?..

Itulah!! Jawatan mahu tapi kerja tak tahu nak buat!!.. lingkup negara..


“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan penahanan ini sehingga ke lubang cacing,"

Posted: 05 Aug 2015 05:30 PM PDT


Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin hari ini bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

"Saya bersumpah dengan nama Allah saya akan mencari dalang yang mengarahkan ini.

"Kami bekerja siang malam sepanjang bulan puasa dan ini, berlanjutan sepanjang hari raya baru ini.

"Kami tiada masa berpolitik tapi kami menjalankan tugas kami seperti yang diamanahkan dan diharap oleh rakyat.

"Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," beliau berkata.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

"Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri berkata demikian ketika diminta mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Difahamkan, individu yang disiasat termasuk orang nombor tiga dalam operasi khas SPRM, Roslan Che Amat, serta menyerbu pejabat mereka di Putrajaya, dipercayai berkaitan kertas pendakwaan terhadap perdana menteri bocor.

Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan bagi kegiatan yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

Polis setakat ini sudah menyiasat beberapa pegawai SPRM dalam operasi yang bermula awal pagi Sabtu lalu dengan penahanan timbalan pendakwa raya suruhanjaya itu, Ahmad Sazilee Abdul Khairi.

Kesemua penahanan itu dibuat ketika ketua peseuruhjayanya, Datuk Abu Kassim Mohamed dan timbalannya, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sedang bercuti.

Bahri turut disiasat pada Isnin lalu.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...