Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Bukan Seorang Tapi Dua Pengarah SPRM Ditukar Ke JPM Serta-merta..

Posted: 07 Aug 2015 06:00 AM PDT


Bukan seorang Pengarah dari SPRM yang ditukarkan serta-merta seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini, tapi sebenarnya dua orang yang ditukarkan ke Jabatan Perdana Menteri itu..

Selain dari Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu turut dipindahkan ialah Pengarah Komunikasi Strategik SPRM.

Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rohaizad Yaakob dilaporkan ditukar ke Jabatan Perdana Menteri kerana masaalah disiplin.

Baca ni..

PUTRAJAYA: Two Malaysian Anti-Corruption Commission directors have been transferred to the Prime Minister's Department. 
Special operations director Datuk Bahri Mohd Zin and strategic communications director Datuk Rohaizad Yaakob were told Friday they were transferred to the PM's Department with immediate effect. 
Bahri was among those questioned by Bukit Aman police in connection with the leakage of information in the 1Malaysia Development Bhd investigations. 
Reporters stationed at the MACC headquarters here said they saw Bahri leaving the building "in a hurry."

A staff said it was a "short goodbye" from Bahri as he walked out of the building with his colleagues at around 6.30pm to his Proton Inspira. 
At around 7pm, Rohaizad was seen walking quickly to the basement car park, refusing to talk to reporters. 
"Thanks for coming here," he said before driving off in his Proton Waja. 
On Aug 3, CID officers from Bukit Aman spent two hours questioning Bahri at the commission's headquarters in Putrajaya. 
He was among several MACC directors questioned by the police the past week. 
Bahri had reportedly said he vowed to "find perpetrators who are ordering the arrests" of MACC officers. 
Sources told The Star that Rohaizad was transferred due to "disciplinary issues." 
It is believed the transfer could be due to his "soft approach" on Opposition leaders when they visited the MACC headquarters on Thursday. 
A staff, who requested anonymity, said the MACC officers cried when informed about their transfers. 
MACC is not expected to release any statement, preferring "to let these matters to be put to rest" ~ The Star Online




Pengarah Operasi Khas SPRM Di Pindah Ke Jabatan Perdana Menteri

Posted: 07 Aug 2015 04:21 AM PDT


Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu. 

Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang "gangguan" polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika dihubungi, Bahri enggan mengulas perkara itu. "Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula," katanya.

Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

"Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri pada hari ini mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Lambaian perpisahan 


Bahri Sementara itu, suasana di ibu pejabat SPRM di Putrajaya muram apabila Bahri melangkah keluar daripada bangunan itu.

Lengkap berdasi hitam, beliau kelihatan berjalan pantas memasuki sebuah Proton Inspira dan tidak bercakap dengan orang ramai.

Beliau bagaimanapun kemudian membuka cermin tingkap dan melambai sambil tersenyum kepada kakitangannya di kawasan itu.

Kereta merah itu pun menuju keluar daripada kawasan D6 Parcel D Putrajaya itu lapor Malaysiakini


Kunci Mulut? What the Hell.. - Muhyiddin

Posted: 07 Aug 2015 12:45 AM PDT


Tan Sri Muhyiddin Yassin bertegas beliau tidak akan meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden UMNO walaupun didesak pemimpin parti.

Bekas Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau tetap akan mempertahankan jawatan itu biarpun telah diberi amaran oleh beberapa pemimpin UMNO.

"Ada orang beri amaran kepada saya, meminta saya bercakap baik-baik.

"Takut nanti saya akan dipecat sebab saya sudah tidak ada kuasa," katanya ketika berucap dalam perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh 2015 pada Jumaat.

Ahli Parlimen Pagoh itu turut membidas pemimpin UMNO yang memberi amaran supaya beliau 'kunci mulut'.

"Kenapa dulu semasa saya ada jawatan mereka tidak pernah beri amaran kepada saya. Dan sekarang baru nak cari salah saya.

'What the Hell', maaf saya cakap macam ini," katanya yang tidak mendedahkan nama-nama pemimpin UMNO itu.

Muhyiddin juga menyatakan kekecewaannya selepas terdapat ahli UMNO daripada Johor dan Bahagian Pagoh yang mengatakan beliau seorang pengkhianat.

"Ada orang kata saya pengkhianat. Jangan panggil Muhyiddin nanti bergaduh. Orang Johor juga yang cakap," tambahnya.

Muhyiddin menegaskan beliau tidak akan sesekali menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun telah kehilangan jawatan dalam Kabinet

"Ini kerana saya akan bertanggungjawab mengatakan kebenaran apa yang terjadi dalam BN/UMNO jika ada kesalahan.

"Tak akan saya nak diam sahaja," katanya lapor Free Malaysia Today




The Malaysian Insider pula mepaorkan..

"Kalau kawan kita buat sesuatu, kita tegur. Dia tengok kita dengan muka garang, kita sayang dia. Ini pandangan saya.

"Mungkin dia tak setuju. Tak apalah, dia bos. Yes bos!, You okay bos? Everything alright bos? Tapi saya bukan 'yes man'!" katanya semasa berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno Bahagian Pagoh di Kompleks Sukan Pagoh di Johor hari ini.

Dalam ucapannya, Muhyiddin juga dilihat cuba untuk tidak menyebut perkataan "1MDB", sebaliknya perwakilan yang hadir menyebut nama syarikat itu.

"Saya diberi amaran jangan cakap pasal 1MDB. Sejak bila rakyat di Malaysia dikunci mulutnya. Apa isunya?" soalnya dan disambut laungan "1MDB" oleh perwakilan.

"Saya tidak sebut..." kata Muhyiddin dan menambah: "Mungkin mimpi pun kita akan fikir tentang apa?" Lalu perwakilan serentak menyahut: "1MDB".

Turut kelihatan di sekitar perkarangan kompleks sukan itu kain rentang yang tertera perkataan "Dare to Speak Out TSMY", merujuk singkatan namanya dan "Kami semua menyokong kepimpinan, tetap setia dan teruskan perjuangan parti" dengan gambar Muhyiddin memenuhi kain rentang tersebut.

Beliau dijangka merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Pagoh di lokasi sama esok.

Muhyiddin turut menegaskan beliau juga tidak akan sesekali melepaskan jawatan timbalan presiden Umno.

"Saya takkan letak jawatan (timbalan presiden). Saya tidak melakukan apa-apa kesalahan yang dilihat menentang parti," katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur, mengatakan selepas digugurkan daripada Kabinet, beliau kini mampu menjalani kehidupan seperti rakyat biasa.

"Selepas peristiwa itu (gugur dari Kabinet), dunia yang tidak saya kenali lebih dekat dapat saya kenali.

"Kebebasan yang sewajarnya ada mungkin terhalang dan tersekat (selama ini). Mungkin selama 37 tahun saya tidak boleh lakukan perkara biasa seperti yang orang lain lakukan. (Sekarang) nak sarapan kedai mamak mana pun boleh," katanya.

"Bila saya digugurkan macam nikmat Tuhan itu dikembalikan kepada saya. Tidak perlu pergi pejabat, kerana tiada pejabat lagi," kata Muhyiddin mengulas situasi beliau kini susulan rombakan Kabinet 28 Julai lalu.


Derma RM2.6 Billion.. Najib Ikut Sunnah Nabi Kot...

Posted: 06 Aug 2015 11:00 PM PDT


Tan Sri Shahrir Samad berkata dilaporkan berkata "Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri,"

Tambahnya lagi "Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya,"

Sempena dengan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari ini.. marilah kita semua berbaik sangka dengan 'Derma RM2.6 Billion' yang diterima Najib itu..

Ianya dikatakan telah diterima dari Arab.. Arab mana satu tak tahulah.. mungkin Arab yang dulu Rosmah jumpa cek dia dan pulangkan semula tu kot..

Najib menerimanya secara diam mungkin kerana dia tidak mahu perkara derma itu mendapat liputan media..

Najib mungkin mengikut sunnah Rasulullah S.A.W kot..

Salah satu dari golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah SW di hari akhirat kelak adalah mereka yang selalu membuat kebajikan secara berahsia sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah tangan kanan berikan (Sahih Al-Bukhari Vol.2 Hadis 504)

Mungkinlah... sebab tu tak ada siapapun yang tahu..

Lagipun 'derma' sebanyak USD700 Juta itu apalah sangat buat hartawan Arab tu.. baca laporan yang banyak disiarkan oleh Blog-blog UMNO ni..

PUTERA Alwaleed bin Talal dari Arab Saudi mengumumkan beliau akan menderma kesemua hartanya berjumlah USD32 billion (kira-kira RM120 bilion) kepada badan kebajikan.  
Hartawan berusia 60 tahun itu menyatakan beliau mendapat inspirasi daripada pengasas syarikat perisian terkemuka Microsoft iaitu Bill Gates.  
Wang itu akan disalurkan kepada pertubuhan kebajikannya, Alwaleed Philanthropies, di mana beliau sebelum ini pernah menderma sebanyak USD3.5 bilion (kira-kira RM13 bilion). 
Laporan penuh bacalah di SINI

Kan sikit saja derma yang dihulurkan kepada Najib tu.. tak sampai USD1 Billion pun...

Tapi Putera Arab tu derma untuk badan kebajikan.. bukannya derma untuk Parti Politik.. harap maklum ya macai-macai..

Kalau betul untuk kebajikan, kenapa Pak Arab yang dikatakan menderma untuk Najib tidak membantu mangsa banjir di Kelantan?

Bagaimanapun.. persoalan utamanya ialah kenapa derma RM2.6 Billion itu disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib dan kemana RM2.6 Billion itu pergi sedangkan akuan tersebut telah dtutup?

Laporan berkaitan...

Susulan pendedahan derma RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shahrir Samad berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak pernah bertanya, dan ahlinya tidak pernah diberi taklimat mengenai sebarang sumbangan politik kepada akaun pemegang amanah presiden atau bendahari parti. 
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang juga ahli MT itu dipetik blog pro Umno MyKMU.net sebagai berkata, MT dan jawatankuasa perhubungan negeri parti tidak pernah diberitahu mengenai apa-apa sumbangan atau derma politik yang diterima. 
"Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan perhubungan negeri," kata ahli politik yang menganggotai MT sejak zaman bekas presiden Tun Dr Mahathir Mohamad. 
"Selain harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada presiden, pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya dipetik berkata kepada portal itu. 
Pada Isnin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan kira-kira AS$700 juta (RM2.6 bilion) disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib sebagai sumbangan derma, bukan wang pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 
Agensi anti rasuah itu juga mengesahkan penderma berkenaan dari Timur Tengah tetapi tidak menamakannya. Ia juga berkata akan meminta Najib tampil memberikan penjelasan mengenai sumbangan itu. 
Dakwaan mengenai wang sebanyak RM2.67 bilion dalam akaun Najib pertama kali muncul pada 2 Julai dalam satu laporan The Wall Street Journal (WSJ), memetik dokumen daripada penyiasat Malaysia. 
WSJ berkata sumber dana itu tidak diketahui, tetapi ia diterima melalui entiti berkaitan 1MDB dalam pelbagai tranche dan yang terbesar sebanyak AS$681 juta yang disalurkan kepada akaun Najib pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun sama. 
Perdana menteri menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menjawab mengenai pemindahan dana itu ~ The Malaysian Insider


Bekas Menteri pun tak percaya pasal 'derma' RM2.6 Billion tu..

Posted: 06 Aug 2015 08:30 PM PDT


Seorang veteran Umno menyifatkan kenyataan pihak berkuasa mengesahkan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun perdana menteri adalah ehsan derma tidak mengejutkan dan sudah diduga.

Malah, beliau mendakwa, sudah dapat dijangkakan bakal ada individu yang "menjadi kambing hitam" yang akan mengaku mendermakan wang tersebut untuk menjernihkan keadaan. 

Tetapi, bekas menteri pertanian Tan Sri Sanusi Junid berkata, beliau berpendapat wang itu bukan disumbangkan ahli Umno atau warga Malaysia, tetapi pasti dibuat warga asing di luar negara.

"Ia sudah dijangka dan bukan satu kejutan, saya pasti mereka akan mencari individu yang kaya mengakui mendermanya," kata Sanusi melalui satu kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS).

Beliau turut mengatakan, tidak mungkin hanya seorang sahaja yang menderma wang sebanyak itu.

"Yang jelas ialah, kalau rakyat Malaysia yang derma, tidak mungkin seorang sahaja. Yang ada berbilion pun tidak mampu menderma sebanyak itu," kata bekas menteri yang berkhidmat di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Pada masa sama, beliau yang pernah menjadi menteri besar Kedah turut menamakan beberapa nama individu yang kaya sebagai contoh.

"Kenalah cari orang luar negara seperti Sultan Brunei, Bill Gates, Warren Buffet atau yang sekaya itu. Atau pun raja-raja Arab dan anak-anak mereka.

"Orang berniaga tidak mungkin derma sebanyak itu tanpa dapat sesuatu. Itu bukan derma namanya.

"Kecuali kita upah dengan lumayan seseorang yang sanggup mengaku dia yang menderma. Tetapi kenalah yang boleh dipercayai," katanya.

Sanusi turut sinis dengan mendakwa hanya mereka yang mencapai keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) yang tinggi di universiti akan "digunakan" untuk mencari individu yang sanggup menjadi kambing hitam.

"Kenalah pakai tokoh yang CGPA 3.85 untuk mencari penderma ini," katanya yang melahirkan keyakinan derma tersebut bukan dibuat ahli Umno, kerana pada kebiasaannya, yuran tahunan parti mereka sendiri dibayar ketua bahagian.

Isnin lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan RM2.6 bilion yang didakwa disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memang wujud.

Bagaimanapun, ia bukan wang dari syarikat milik Kementerian Kewangan yang sarat hutang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau entiti berkaitan dengannya seperti dakwaan pihak tertentu bulan lalu.

Menurut SPRM, wang itu ialah sumbangan derma politik yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib.

Semalam, badan anti rasuah itu mengeluarkan satu lagi kenyataan menyatakan ia sudah mengenal pasti penderma itu yang merupakan seorang dari Timur Tengah tetapi tidak mendedahkan identitinya.

Ia juga mengatakan Najib akan dipanggil bagi memberi penjelasan mengenai perkara itu lapor The Malaysian Insider


Malaysiakini Kena Warning Dengan Vincent Tan..

Posted: 06 Aug 2015 05:30 PM PDT


Aku yakin apa yang ditulis oleh macai mendakwa beberapa orang Billionaire negara menghulurkan dana pilihanraya buat pembangkang dalam portal MyKmut adalah berasaskan khayalannya saja tanpa sebarang fakta..

Mereka-mereka yang dinamakan itu dikenali dan diketahui sememangnya rapat dengan Kerajaan Barisan Nasional dan banyak projek Kerajaan diperolehi mereka..

Asasnya mereka tidak mungkin memperjudikan masa depan perniagaan mereka untuk sesuatu yang belum pasti.. dalam lain ayat mereka bukanlah bodoh untuk melakukan pelaburan tanpa mendapat pulangan.

Apa yang ditulis oleh macai itu hanyalah satu cubaan untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa pembangkang juga mendapat 'derma' untuk pilihanraya sebagaimana Najib dapat 'derma' RM2.6 Billion tu..

Apa yang ditulis oleh macai itu dinafikan oleh Vincent Tan salah satu nama yang dinyatakan oleh macai itu.. tapi dia belasah Malaysiakini sebab siarkan artikel bodoh macai itu..

Dan Malaysiakini diminta kemukakan permohonan maaf atau berdepan tindakan seterusnya..

Pengerusi Kumpulan Berjaya Tan Sri Vincent Tan dengan tegas menafikan bahawa beliau menyumbangkan wang kepada parti-parti pembangkang.

Katanya, dakwaan bahwa beliau mahupun Kumpulan Berjaya menyalurkan sehingga berbilion ringgit kepada pembangkang dalam adalah tidak benar.

"Jelas sekali bahawa dakwaan itu khayalan penulis semata-mata dan ditulis untuk tujuan sensasi dan boleh menjejaskan hubungan baik Kumpulan Berjaya dengan kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacalah..

I refer to Malaysiakini's article of August 5, 2015 titled "Dr M's cronies who aided Pakatan targeted."

I wish to categorically deny the veracity of the statements in your article that I or my Berjaya Group have donated the millions and billions of ringgit to Pakatan Rakyat or opposition parties as suggested in your article.

It is obvious that the allegations are purely a figment of the writer's imagination and were crafted for purposes of sensationalism that could well have the effect of souring the goodwill I and the Berjaya Group have with the government.

While you may claim that you are quoting from an open letter written by one Amin Yatim from the blog MyKMU.net, these are nevertheless mischievous, slanderous, and completely baseless allegations.

It is disheartening to note that these days, just about anybody can make use of the internet to spread lies and sensationalise baseless accusations for their own twisted agenda. A credible online news portal should have, and indeed have, a legal and moral duty to verify these stories before publishing them.

Malaysiakini made no attempt whatsoever to verify the truth of these scurrilous allegations with me or anyone at the Berjaya Group before you went to publication. I find this totally abhorrent and unprofessional from a supposedly well-regarded online news portal like Malaysiakini.

This is particularly so when your report stated that the DAP treasurer had dismissed the allegation that I had made such contributions and the PKR treasurer-general had also denied any knowledge of the matter. These denials should have raised questions on the veracity of the allegations and warranted further investigation on your part before the article was published.

Your article has caused much embarrassment to me personally and the Berjaya Group, and I have already received numerous calls from my friends and business associates regarding these allegations. I, personally, as well as the Berjaya Group, have many foreign business partners and such allegations will cause serious damage to my and the Berjaya Group's image and trading reputation.

I hereby demand a public apology from Malaysiakini which is to be published immediately on your news portal without prejudice to any further action which I may take against Malaysiakini. I and the Berjaya Group reserve all our rights in this matter.

Tan Sri Dato' Seri Vincent Tan Chee Yioun

Tak pasal-pasal kena warning...


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...