Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rakyat Nak Tengok Akaun Najib, Najib Nak Bentang Akaun UMNO?

Posted: 08 Aug 2015 08:01 AM PDT


Sebenarnya Najib ni faham atau tidak faham ataupun pura-pura tak faham dengan apa yang majoriti rakyat Malaysia mahukan sekarang berkenaan dengan 'derma RM2.6 Billion' tu..

Lain yang diminta.. lain pulak yang nak dibuatnya.. Rakyat minta dia dedahkan akaun peribadinya tapi dia nak dedah akaun UMNO pulakdah..

Ramai yang mahu tahu kemana telah dihabiskannya wang dari 'derma RM2.6 Billion' tu.. bukannya nak tahu berapa Billion ada dalam akaun UMNO!

Akaun Najib!.. bukannya akaun UMNO!.. lainlah kalau akaun UMNO tu akaun Najib, akaun Najib tu akaun Najib..

Macam budak-budaklah dia ni..

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau sedia membentangkan akaun UMNO kepada masyarakat umum dengan syarat parti pembangkang juga turut melakukan tindakan yang sama.

Perdana Menteri berkata, tindakan ini demi kebaikan parti selain mengelak daripada masalah lain terjadi.

Jelasnya, pihak pembangkang juga mempunyai punca kewangan yang tidak diketahui sumbernya.

"Saya Perdana Menteri. Saya bertanggungjawab ke atas apa yang dilakukan. Saya juga berusaha untuk membawa parti kita ke peringkat yang lebih baik," katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak 2015 di Kompleks Darul Puteri di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar. -UTUSAN ONLINE 

Lain diminta.. alin yang dia nak buat.. itu pun macai bertepuk tangan riuh rendah..


Adakah Derma RM2.6 Billion Itu Dari Israel?

Posted: 08 Aug 2015 02:30 AM PDT


Datuk Seri Najib Tun Razak harus menyatakan dengan jelas mengenai derma RM2.6 billion ke dalam akaun persendiriannya dan tidak memadai sekadar menyatakan ia berasal dari Timur Tengah.

Penganalisis politik dan pensyarah, Dr Maszlee Malik berkata, selain negara Arab, Israel juga termasuk dalam rantau Timur Tengah.

"Kalau cakap dari Timur Tengah, sekarang kita tak tahu dari mana derma itu. Boleh jadi Israel kerana perdana menteri cakap dari middle east.

"Kalau bukan dari Israel, nyatakanlah," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Padas 5 Ogos lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengeluarkan kenyataan bahawa wang itu disumbangkan oleh pihak tertentu "dari Timur Tengah".

Bagaimanapun SPRM berkata mereka tidak boleh mendedahkan identiti "penderma" tersebut.

Perkara sama turut diakui Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Derma OK tapi mesti telus

Maszlee berkata, bagi mengelak sebarang syak wasangka Najib tiada pilihan kecuali berterus terang mengenai identiti penderma itu.

Katanya, perdana menteri merupakan seseorang yang diharapkan semua pihak untuk mentadbir negara.

Justeru, katanya, seorang perdana menteri mesti bersikap telus.

Tambahnya lagi, ketelusan itu boleh dilihat di negara lain seperti AS apabila ahli politik dan pentadbir negara itu sering mendedahkan sumber sumbangan diperoleh.

Namun, katanya, bagi mengelak salah faham wang sumbangan tersebut tidak dimasukkan ke akaun persendirian pemimpinnya.

"Di AS sendiri mereka membenarkan derma tapi mestilah telus.

"Sekiranya ia tidak berlaku begitu, ia dilihat seperti tidak ada integriti," katanya.

Sementara itu anggota Biro Pemantapan Agama Angkatan Muda Keadilan (AMK) Wan Ji Wan Hussin berkata, seorang pemimpin yang baik dan mempunyai kredibiliti harus jujur.

"Pemimpin yang baik, ada kredibiliti dan jujur harus nyatakan siapa yang menderma," katanya.

Kata Wan Ji lagi, di zaman Nabi Muhammad amil pengutip zakat pun perlu memberitahu jumlah zakat yang diterimanya.

"Wang zakat pun perlu diberitahu jumlahnya, apatah lagi derma (RM 2.6 bilion) yang diterima seseorang pemimpin," katanya lapor Malaysiakini


Tindakan Menukar Pegawai SPRM Itu Sangat Tidak Adil - Khairy

Posted: 07 Aug 2015 11:30 PM PDT


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar melahirkan rasa kecewa terhadap pertukaran dua pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

"Jangan kerana ada agenda, kita sanggup meruntuhkan apa sahaja institusi yang ada.

"Saya tidak sanggup membenarkan dan membiarkan keadaan seperti itu (berlaku)," kata Khairy.

Ahli Parlimen Rembau itu mengulas pertukaran Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik mereka, Datuk Rohaizad Yaakob, secara mengejut.

Kedua-dua mereka ditugaskan di Jabatan Perdana Menteri.

SPRM sedang menyiasat kes berprofil amat tinggi dan Bahri pernah bersumpah atas nama Allah untuk mencari "dalang" yang mengganggu pegawai agensi antirasuah berkenaan.

Rohaizad pula semalam menerima kunjungan wakil parti pembangkang di ibu pejabat agensi berkenaan.

Bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-64 Majlis Belia Malaysia (MBM) di Kuala Lumpur malam tadi, Khairy berkata beliau difahamkan salah seorang pegawai itu dipindahkan mungkin hanya kerana menerima kunjungan pembangkang.

Rakyat kian tak percaya 

Tambahnya tindakan memindahkan pegawai yang sedang menjalankan siasatan hanya akan merosakkan imej SPRM serta memberi gambaran seolah-olah ada agenda tertentu untuk menakut-nakutkan agensi berkenaan.

Tegasnya, kebebasan untuk menjalankan tugas perlu dikembalikan kepada SPRM agar institusi itu tidak dilihat lemah sehingga menimbulkan reaksi dan persepsi buruk di mata masyarakat.

"Saya harap tindakan seperti ini dapat dihentikan segera dan intimidasi terhadap SPRM mestilah berhenti.

"Saya tidak boleh terima institusi seperti SPRM pemindahan pegawai-pegawai ini saya lihat sungguh pelik dan sangat mengecewakan seolah-olah ada intimidasi yang terancang terhadap SPRM bagi saya melemahkan institusi itu," katanya.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, tindakan menukar pegawai SPRM itu sangat tidak adil sehingga akan menimbulkan lebih banyak spekulasi dan kemarahan rakyat terhadap kerajaan.

"Kalau tindakan sebegini diteruskan, maka kepercayaan rakyat terhadap institusi kerajaan menjadi lebih teruk.

"Biarlah SPRM menjalankan tugas tanpa sekatan, jangan sesekali kita serang institusi ini," katanya lapor Malaysiakini


Pengerusi BNBBC Menjawab Soalan Mengenai 'Derma RM2.6B' Anak MB Johor..

Posted: 07 Aug 2015 09:20 PM PDT


Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Tan Sri Shahrir Samad menjawab 15 soalan yang diajukan anak menteri besar Johor, Akmal Saufi Mohd Khaled berhubung dakwaan RM2.6 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Akmal yang juga pengerusi Jawatankuasa Keselamatan, Undang-undang dan Integriti Parlimen Belia Malaysia mengajukan soalan berkenaan di laman Facebook beliau pada Selasa dan jawapan Shahrir itu disiarkan di laman BNBBC semalam.

Berikut disiarkan soalan Akmal pada Selasa dan jawapan Shahrir sebagaimana disiarkan laman pro BN berkenaan.

1. Akmal: Ketika Datuk Seri Najib menerima dana sejumlah RM2.6 bilion, adakah Datuk Seri sedia maklum sejumlah wang memasuki akaun Datuk Seri?

Shahrir: Bukan sahaja Datuk Seri Najib tahu tapi Bank Negara Malaysia (BNM) pun tahu.

2. Akmal: Apakah bukti duit tersebut merupakan derma dan bukan duit berkaitan 1Malaysia Development Berhad (IMDB) mahupun pihak yang mempunyai transaksi berkaitan 1MDB?

Shahrir: Penyiasatan sudah dijalankan. 1MDB pernah menafikan ada duitnya yang dimasukkan ke dalam akaun dana politik perdana menteri/presiden Umno/pengerusi BN.

3. Akmal: Sebagaimana kenyataan SPRM, duit tersebut adalah derma. Adakah sumbangan tersebut merupakan sumbangan bagi kepada kerajaan, tujuan Umno atau tujuan peribadi?

Shahrir: Untuk politik, iaitu Umno dan BN.

4. Akmal: Jika duit tersebut sumbangan buat Umno, adakah kepimpinan Umno terutamanya Majlis Tertinggi Umno mengetahui tentang derma tersebut?

Shahrir: Selama saya duduk dalam Majlis Tertinggi (MT) Umno atau Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT Umno dan Perhubungan Negeri.

5. Akmal: Jika Majlis Tertinggi Umno tidak mengetahui adakah ini bermaksud Umno tidak akan mengetahui kewujudannya jika Datuk Seri tidak memaklumkan kewujudannya?

Shahrir: Samalah dengan jawapan untuk nombor 4.

6. Akmal: Bilakah Datuk Seri bercadang untuk memaklumkan kepada Majlis Tertinggi jika tidak didedahkan kepada Majlis Tertinggi? Shahrir: Sama jawapan seperti nombor 4.

7. Akmal: Andai kata derma tersebut merupakan derma peribadi kepada Datuk Seri dan bukan kepada Umno, adakah Datuk Seri menerima tersebut ketika memegang jawatan sebagai salah seorang ahli jemaah Menteri?

Shahrir: Perdana menteri sudah dinyatakan derma itu bukan untuk peribadi dan rujuk jawapan 8.

8. Akmal: Bolehkah seorang menteri atau timbalan perdana menteri atau perdana menteri menerima derma apabila sedang memegang jawatan di dalam kerajaan.

Shahrir: Adakah menteri besar dilarang mencari dana politik?

9. Akmal: Adakah perlu duit derma tersebut perlu diisytiharkan kepada rakyat dan ahli Kabinet yang lain?

Shahrir: Sejak bila derma politik dan dana politik perlu didedah kepada semua pihak. Namun, keadaan ini boleh diubah dengan undang-undang supaya dana politik harus telus. Buat masa ini, tidak ada undang-undang lagi. Saya sokong diadakan kerangka undang-undang untuk dana politik sesuai dengan transformasi yang dicadangkan di bawah program transformasi kerajaan.

10. Akmal: Adakah Gabenor Bank Negara dan cendekiawannya sedar akan pergerakan duit sejumlah RM2.6 bilion ke dalam negara?

Shahrir: Tentulah BNM sedar dan tahu tentang pergerakan duit ini.

11. Akmal: Adakah Lembaga Hasil Dalam Negeri sedar mengenai sejumlah duit yang diterima Datuk Seri Najib?

12. Akmal: Jika ya, adakah Datuk Seri Najib membayar sebarang cukai pendapatan berdasarkan nilai duit tersebut?

Shahrir: LHDN tentunya sedar kerana penderma tidak dikecuali daripada cukai pendapatan tetapi penerima tidak kena bayar cukai ke atas derma yang diterima. (11 &12).

13. Akmal: Adakah seorang perdana menteri boleh mendapat pengecualian cukai?

Shahrir: Elaun menteri, perdana menteri dan menteri besar tidak dikecualikan daripada cukai. Yang dikecualikan cukai pendapatan ialah elaun wakil rakyat sahaja.

14. Akmal: Jika Datuk Seri Najib mendapat pengecualian cukai, adakah pengecualian tersebut adalah kepada gaji Datuk Seri Najib atau apa saja derma yang diterima beliau?

Shahrir: Derma politik tidak dikenakan cukai tetapi penderma tidak dikecualikan daripada cukai. Hanya selepas 1 April 2015, derma lebih daripada RM500,000 dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tetapi tidak jelas sama ada derma politik dikecualikan.

15. Akmal: Jika derma tersebut adalah bagi tujuan kerajaan, mengapa Kementerian Kewangan tidak mengetahui kewujudannya?

Shahrir: Tidak ada siapa pun yang mengatakan derma itu untuk tujuan kerajaan. Jadi tidak timbul soalan ini.

~ The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...