Kedah Ke KL

Kedah Ke KL


SPAD Tegas Membenteras Kegiatan Kereta Sapu dan Ulat!

Posted: 04 Aug 2015 11:30 PM PDT



Pada 30 Julai yang lalu Suruhanjaya Perkhidmatan Darat (SPAD)membuat operasi PARASIT untuk menangkap ulat-ulat tegar dan operasi TEGAS REVUS bagi membanteras kereta sapu.

Dalam operasi tersebut pihak SPAD berjaya menahan mereka yang telah melanggar kesalahan. Berikut adalah laporan dalam operasi tersebut.

7 x Mengendalikan Sesuatu Perkhidmatan Tanpa Lesen Pengendali - (Sek 16 APAD)

2 x Memujuk dan Merayu (ulat) - (Sek 205 APAD)

Daripada 7 kes dibawah Sek 16, dua daripadanya melibatkan kenderaan yang menggunakan Applikasi GrabCar.

Sementara jenis-jenis kenderaan yang disita adalah :

Van Merzedez
Van Nissan Urvan
Toyota Prius
Proton Preve
Proton Exora
Perodua Alza
Proton Wira

Seramai 50 orang anggota SPAD termasuk 3 orang pegawai terlibat dalam operasi ini. Manakala 6 orang pegawai daripada pihak MOTAC.

Operasi yang dijalankan di sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 selama lebih 4 jam itu berjaya merekodkan 9 kes. Tiada perkara yang tidak diinginkan berlaku dalam operasi tersebut.

Kita berharap SPAD akan kerap melakukan operasi seperti ini, kerana bagi mencegah kegiatan yang tidak sihat seperti 'Ulat' dan 'kereta sapu' yang mungkin membahayakan masyarakat awam.

Tahniah SPAD dalam mencegah kegiatan yang tidak sihat ini.

Gambar-gambar dalam operasi tersebut.







-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...