Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Betulkah SKMM hendak bertindak ke atas Wall Street Journal?

Posted: 10 Sep 2015 09:30 AM PDT


Tidak sampai seminggu selepas Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke 16 yang diadakan di Putrajaya- sewaktu beberapa orang tokoh anti rasuah terkenal menyuarakan kritikan dan kebimbangan mereka tentang cara kerajaan menangani siasatan 1MDB, pengkritik dan "derma" RM 2.6 bilion- Wall Street Journal (WSJ) menerbitkan sebuah lagi laporan yang mengejutkan.

Isnin lepas, akhbar itu melaporkan yang International Petroleum Investment Co (IPIC) yang berpengkalan di UAE dituduh bayaran sebanyak US$1.4 bilion dari 1MDB telah hilang.

1MDB memberikan maklum balas mengatakan yang laporan itu bias, disensasikan dan kekurangan bukti, akhbar itu juga berkemungkinan melanggar undang-undang Malaysia dengan merujuk kepada "transkrip proseding", yang dikatakan hanya boleh dikeluarkan semasa sesi siasatan PAC mengenai 1MDB.

Salah seorang pembela paling lantang kerajaan, Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak bertindak balas kepada kejadian itu.

The Malaysian Insider melaporkan yang Salleh berkata bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengambil tindakan kepada akhbar itu, sekiranya laporan kehilangan bayaran US$1.4 bilion dari 1MDB didapati tidak benar.

Salleh berkata tindakan perlu diambil kepada mereka yang bertanggungjawab membocorkan maklumat, merujuk kepada kebimbangan 1MDB yang laporan itu berasaskan transkrip sesi soal siatan dengan PAC yang dibocorkan.

"Sudah pasti, saya akan mengarahkan SKMM untuk menyiasat dan mengambil tindakan bersesuaian," tambahnya, menyifatkan laporan itu berniat jahat dan tidak adil.

Salleh juga berkata yang Putrajaya perlu menyiasat ahli-ahli PAC sekiranya mereka bertanggungjawab membocorkan maklumat tersebut.

Tindakan Salleh tidaklah mengejutkan.

Nampaknya inilah yang hanya boleh dilakukan pihak berkuasa, mengambil tindakan ke atas rakyat, penerbitan dan laman web yang menyiasat, mengkritik, menyuarakan kebimbangan dan mendedahkan sesuatu isu.

Pegawai akan dipecat, dipindahkan atau ditahan, laman sesawang disekat dan penerbitan digantung.

PAC dilumpuhkan melalui pelantikan beberapa ahlinya kepada menteri, dan pasukan tahap tertinggi yang menyiasat "derma" pula dibubarkan.

Masihkah perlu tertanya-tanya mengapa tokoh terkemuka anti rasuah menyatakan apa yang mereka katakan?

Juga tidak mengejutkan jika seseorang dalam PAC telah membocorkan maklumat kepada WSJ.

Memandangkan PAC telah dilumpuhkan, tidak hairanlah sekiranya whistle blower itu melihat tindakanya sebagai pilihan terakhir mendedahkan hasil siasatan selama ini.

Ini masih melanggar undang-undang, tetapi orang yang mendedahkan maklumat itu pasti merasakan dia mempunyai tanggungjawab moral dan akhirnya matlamat menghalalkan cara.

Apapun, apa yang akan dilakukan oleh SKMM mengenai kisah terbaru ini? Pertama, laporan itu perlu dibuktikan silap.

Siapa yang akan melakukan ini? Polis? SKMM? Adakah pasukan tugas khas baru akan dibentuk?

Siasatan ke atas laporan sebelum ini pun belum disiapkan. Adakah pihak berkuasa dan 1MDB akan menyaman WSJ untuk membuktikan dakwaan akhbar itu tidak berasas?

Mungkin pihak berkuasa patut menghantar satu lagi surat meminta penjelasan dari akhbar itu, sebelum mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang.

Berbalik kepada SKMM, apakah yang boleh dilakukannya? Apakah "tindakan yang perlu", Salleh?

Setakat ini kita hanya melihat SKMM hanya mampu menyekat laman sesawang seperti Sarawak Report dan Bersih 4.

Adakah SKMM akan menyekat WSJ?

WSJ bukan laman sesawang whistle blower. Ia adalah akhbar yang dihormati di seluruh dunia.

Menyekatnya hanya menambah keraguan bahawa pihak berkuasa tidak ikhlas dalam menyiasat tuduhan yang dikemukannya.

Tambahan pula, terdapat banyak cara untuk mengatasi sekatan laman sesawang sekarang.

Salleh, kementeriannya dan SKMM sepatutnya menumpukan perhatian kepada laman sesawang yang merbahaya dan media sosial yang menyokong keganasan, mempromosikan perkhidmatan pelacuran dan penyeludupan haiwan liar ~ The Ant Daily


RM2.6 Billion itu wang haram Mahathir kata

Posted: 10 Sep 2015 07:09 AM PDT


Tun Mahathir Mohamad mendakwa tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuktikan dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya didapati secara haram.

"Tindakan Najib menghalang siasatan ke atas wang 2.6 bilion ringgit yang ada dalam akaun peribadinya, membuktikan wang ini didapati secara haram.

"Jika didapati secara halal, Najib tidak perlu takut siasatan diteruskan," kata Mahathir. Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir membangkitkan isu pembubaran pasukan petugas khas yang menyiasat isu berkaitan perkara itu.

"Sekarang wang ini telah dipindah entah ke mana. Apabila siasatan dibuat oleh badan kerajaan yang bertanggungjawab Najib bubar badan-badan ini," katanya.

Pasukan itu meliputi empat badan penting, iaitu Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), polis dan Jabatan Peguam Negara.

Mahathir berkata majoriti rakyat kini "benci" dan menolak Najib sebagai perdana menteri kerana tidak dapat menerima penjelasan bahawa dana yang dimasukkan ke akaunnya itu derma orang Arab lapor Malaysiakini


Bersih 4 akan dedah setiap sen sumber dananya, adakah Najib akan dedah sumber derma RM2.6 Billion nya?

Posted: 10 Sep 2015 02:27 AM PDT


Gabungan reformasi pilihan raya Bersih 2.0 berkata ia akan mengeluarkan laporan awal pembiayaan Bersih 4 pada hujung bulan ini, dan mempersoalkan Datuk Seri Najib Razak kerana menyentuh mengenai derma RM2.5 juta tetapi mengelak isu "sumbangan" RM2.6 bilion.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, kumpulan itu akan menyenaraikan pendapatan dan perbelanjaan perhimpunan yang diadakan 29 dan 30 Ogos itu, manakala audit dijangka siap pada pertengahan Oktober.

"Kami pasti akan membentangkannya kepada orang ramai. Kami akan melaporkan kepada rakyat setiap sen yang diterima dan dibelanjakan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Najib semalam menuduh Bersih 2.0 mengamalkan "double standard" berhubung isu pembiayaan kerana ia tidak mendedahkan identiti penderma mereka yang menyumbang lebih RM2 juta untuk perhimpunan 34 jam hujung bulan lalu itu.

"Apabila Bersih mengumpulkan wang dan dana, terdapat permintaan untuk mendedahkan semua sumber tetapi mereka enggan.

"Apabila ia melibatkan kami, bagaimanapun, mereka mempersoalkan bermacam-macam perkara. Kita tidak boleh ada 'double standard'," kata Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno semalam.

Presiden Umno itu sedang berhadapan dengan skandal "derma" RM2.6 bilion yang katanya dari Timur Tengah tetapi tidak dinamakan pendermanya.

Maria berkata hari ini, wang yang diterima Bersih 2.0 dan Najib jauh berbeza dan hujah sebegitu tidak sepatutnya digunakan untuk mewajarkan sejumlah besar wang yang diterima dalam akaun peribadi perdana menteri itu.

"Beliau tidak menjawab RM2.6 bilion dalam akaunnya, beliau tidak boleh menilainya dengan sumbangan diterima Bersih, di mana kami hanya perlu mengambil kira jualan kemeja-T dan derma. Ia seperti langit dan bumi," katanya.

Beliau berkata Najib perlu menjawab isu RM2.6 bilion itu berikutan dakwaan dana itu digunakan bagi mempengaruhi pilihan raya umum 2013.


Jangan buat kerja bodoh macam ni lah Zahid!!

Posted: 09 Sep 2015 11:00 PM PDT



Seronoklah.. pendatang asing tanpa izin atau PATI itu masuk ke negara kita secara haram.. kemudiannya Kerajaan kita dengan murah hati nak berikan tender untuk mendaftarkan mereka atau memutihkan mereka..

Lepas ni lagi berlambaklah yang masuk secara haram ke negara kita ni.. nak takut apa ditangkappun bukannya dihantar pulang tapi didaftarkan..

Datang secara haram.. bukannya ditendang pulang tapi ditatang..

Yang untung MyEG, yang bakal merana anak-anak bangsa.. mahu tak merana.. semua peluang kerja habis disapu oleh PATI..

Apapun aku setuju dengan pendapat ParpuKari ni..

Apa cerita ni Zahid Hamidi? Aku ada pelik sikit pasal la dengan apa yang sedang terjadi sekarang ni. Bukan apa aku difahamkan yang MYEG telah mendapat kontrak dari Imigresen untuk halalkan pendatang asing Bagladesh yang tinggal sini tanpa permit.

Khabarnya LO atau Surat Niat sudah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan untuk menghalalkan pendatang haram ni semua. Amboi lain macam ni beb.

Sekarang ni aku nak tanya pada pihak berkuasa yang bertanggungjawab, tahukah anda ada dekat 1 juta bangla yang takde apa-apa atau KOSONG kat Malaysia ni? Maksud aku depa ni samada takde passport atau permit kerja, mereka adalah pendatang haram.

So kalau macam ni gayanya, disebabkan sesetengah syarikat nak buat untung maka semua pendatang yang dah lama cari makan kat sini akan jadi halal macam tu je? Kalau kita galakkan macam ni, esok lagi ramai yang masuk dengan alasan buat apa nak buang duit banyak, masuk cara haram dulu nanti dapat offer untuk jadi halal dengan kos yang lebih murah?

Ini soal keselamatan negara tau bukan benda main-main ni. Takkan kita nak halalkan mereka macam tu aje? Kan ke baik pihak imigresen tangkap mereka ni dan hantar mereka balik? Apakah dengan menghalalkan pendatang ini akan dapat menjimatkan kos pengantaran pulang? Baikkah perkara begini untuk negara demi untuk menjimatkan sedikit wang, betul ke jimat?

Aku nak Tanya sama AG, Menteri Sumber Manusia dan Imigresen, apakah dengan cara ini akan dapat atasi masalah pendatang haram? Bukankah lebih baik sekiranya adakan operasi dan tangkap mereka ni semua dan hantar mereka pulang, kemudian ambik yang baru dari sana yang berdaftar dan masuk dengan cara yang betul.

Aku tak faham dan aku tak nampak apa kebaikan yang ada dengan megadakan program menghalalkan pendatang ni? Ini bukan caranya, apa saja alsaan yang korang bagi bukan ini caranya. Langkah macam ni nampak macam nak menguntungkan sesetengah pihak je. Betul tak?

Aku harap kerajaan tidak benarkan program ini berjalan dan lebih baik ambik pekerja asing BANGLA yang baru dari negera mereka, sebab yang baru ini nanti kita tahu berapa yang masuk dan bukan macam sekarang dimana kita tak tau berapa jumlah mereka yang sebenar.

Bukan apa la, Kalau korang perasan, dari Bandaraya KL dan mana-mana Bandar sekitar tempat korang duduk, korang keluar belah malam dan korang boleh tengok lebih ramai bangla dan pendatang asing yang lain bertebaran, kadang-kadang kita rasa macam ada kat Negara luar beb.

Aku percaya kalau kita periksa kebanyakan mereka ni kosong dan tidak ada dokumen. Bukan saja bangla malah bangsa lain pun banyak, Myanmar, Indon dan spesis yang aku tak pernah tengok pun ramai sekarang ni. Takkan nak kasi semua halal macam tu aje kot? Serius wei ada jenis muka mereka macam nak bunuh orang, aku sendiri pun tak tau negara apakah asal mereka ini.



Lagi satu aku dengar program ni akan membuatkan para BANGLAWAN semua memilih siapa akan jadi tauke mereka semua, amboi manjanya mereka ni kan? Istimewa sungguh layanan nak diberi. Aku harap sangat menteri Dalam negeri Dato Seri Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia dan bersama sama Peguam Negara dan Imigresen akan menghentikan kerja gila ini dan aku mintak semua rakyat Malaysia agar mendesak kerajaan agar jangan diteruskan program MENGHALALKAN PEKERJA BANGLA YG DAH ADA DIMALAYSIA NI..

Silalah sambung bacaan anda di ( SINI )

Biar betul Anina ni.. takkanlah 'Pahlawan Bugis' tu takut bini kot?

Posted: 09 Sep 2015 07:45 PM PDT


"Saya ingin tegaskan bahawa DSN tidak perlu takut kepada ahli-ahli Umno kerana mereka bukanlah 'isteri' DSN." tulis Anina dalam Facebooknya..

Laaaa.. tak sangka pulak aku yang lelaki yang mengaku sebagai Pahlawan Bugis ni takut bini.. kah..kah..kah..

Jadi betullah apa yang tersebar selama ini yang mengatakan Najib tu takut bini...

Laporan berkaitan..

Bekas anggota Wanita Umno Anina Saadudin hari ini mengambil kesempatan menyindir presiden parti itu kerana hadir ke mesyuarat Umno di ibu negara melalui pintu belakang. 
Sekumpulan penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak awal petang tadi berkumpul di bangunan Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika terdapat ura-ura timbalan presiden mereka akan dipecat. 
Spekulasi itu bagaimanapun meleset kemudiannya. 
"Apa yang lebih menghairankan adalah Datuk Seri Najib takut untuk memasuki ibu pejabat Umno melalui pintu hadapan. 
"Beliau telah dibawa masuk melalui pintu belakang seperti seorang yang ketakutan," katanya yang dipecat kerana menyaman Najib dalam isu derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi perdana menteri. 
Menulis dalam Facebooknya, Anina berkata manusia hanya perlu berasa takut jika berbuat salah dengan menyamakan ia dengan tindakan Najib yang didakwanya "lari" dari menghadiri program Nothing To Hide. 
Anina turut menyoal Najib bagaimana beliau boleh takut berdepan dengan ahli Umno yang menunggu kehadiran pemimpin Umno di pintu depan bangunan yang menempatkan ibu pejabat Umno. 
"Saya ingin tegaskan bahawa DSN (Datuk Seri Najib) tidak perlu takut kepada ahli-ahli Umno kerana mereka bukanlah 'isteri' DSN. 
"Sebaliknya, mereka adalah ahli-ahli Umno yang DSN sedang pimpin. 
"Adakah DSN juga memasuki Sri Perdana melalui pintu belakang? soal Anina lapor Malaysiakini


Ceh!! buat malu 'Pahlawn Bugis' saja Presiden UMNO ni..


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...