Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


DEIG tidak langgar Akta SPRM 2009, kata SPRM

Posted: 11 Sep 2015 07:21 AM PDT


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) mengesahkan setakat ini Darul Ehsan Investment Group (DEIG) tidak melanggar sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

Perkara itu disahkan oleh Pengarah SPRM Selangor Datuk Simi Abdul Ghani dalam satu kenyataan media hari ini.

"Setakat ini, SPRM tidak menemui sebarang kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan tidak bercadang untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Bagaimanapun, sekiranya terdapat maklumat baharu yang mempunyai asas di bawah kesalahan, pihak SPRM bersedia mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang-undang," kata Simi.

Beliau turut menafikan SPRM tidak mengambil sebarang tindakan terhadap kes berkenaan.

Malah katanya, SPRM telah mengambil tindakan proaktif sebaik sahaja isu penubuhan DEIG ini dilaporkan media pada 19 Ogos lalu dengan menemubual beberapa saksi serta mengambil dokumen berkaitan.

Berhubung isu zakat yang dikaitkan dengan DEIG, SPRM katanya, telah menjalankan siasatan sejak Julai lalu dan siasatan tersebut masih lagi dijalankan.

SPRM sebelum ini didesak pelbagai pihak supaya menjalankan siasatan bagi meneliti kemungkinan wujudnya amalan penyalahgunaan kuasa dalam pemindahan aset Perbadanan Menteri Besar (MBI) kepada Darul Ehsan Investment Group (DEIG) bernilai kira-kira RM30 bilion.

Bagaimanapun, Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kewujudan DEIG diketahui semua Adun Selangor sejak awal penubuhannya dan sebarang keraguan mengenai kewujudan entiti itu tidak sepatutnya ditimbulkan kerana maklumat mengenainya dibentangkan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Ogos lepas.

Azmin juga dilaporkan berkata entiti yang ditubuhkan untuk mengurangkan impak dan risiko perniagaan secara terus terhadap kerajaan negeri itu masih belum memulakan operasi malah tidak terlibat dengan mana-mana transaksi sehinggalah pada awal 2016 lapor AstroAwani


Hong Kong, Switzerland dan Singapura siasat 1MDB

Posted: 11 Sep 2015 12:58 AM PDT


Penyiasat Hong Kong turut membuka siasatan terhadap siri deposit yang didakwa dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Siasatan terbaru itu dimulakan di tengah-tengah pendedahan bahawa RM2.6 bilion berada dalam akaun bank peribadi Najib yang mencetuskan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Financial Times, polis Hong Kong mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan.

Ini, katanya, adalah berkaitan dengan deposit bank lebih daripada AS$250 juta yang didakwa dibuat di sebuah cawangan Credit Suisse di sana.

Siasatan bermula selepas bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan membuat laporan polis di Hong Kong pada 30 Ogos.

Dalam laporan polis, Khairuddin telah menamakan empat syarikat yang didakwanya dimiliki oleh jutawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low dan keluarganya.

Dalam laporan polis it u, Khairuddin turut meminta polis Hong Kong menyiasat kemungkinan transaksi antara 1MDB dan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low .

Tidak jelas sama ada dana yang didakwa itu ada kaitan dengan RM2.6 bilion deposit dalam akaun bank peribadi Najib.

SPRM berkata wang itu tiada kaitan dengan 1MDB tetapi berkata ia merancang untuk memanggil Najib bagi menjelaskan tentang deposit tersebut.

Najib telah menafikan mengambil wang rakyat untuk kegunaan peribadi manakala penyokongnya mendakwa wang itu adalah sumbangan politik.

Switzerland dan Singapura juga menjalankan siasatan terhadap 1MDB yang kini bergelut untuk membayar balik hutang AS$11 bilion lapor Malaysiakini


Wartawan Al Jazeera dakwa diusir berhubung dokumentari pembunuhan Altantuya

Posted: 10 Sep 2015 11:00 PM PDT


Wartawan di sebalik pembikinan siri khas Al Jazeera tentang pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, dakwa telah diusir pulang ketika sedang membuat dokumentari tersebut.

Ini didedahkan dalam program mingguan Al Jazeera 101 East, dan usaha susulan terhadap misteri pembunuhan yang terus menghantui Malaysia itu.

Dalam menjalankan siasatannya itu, wartawan Australia Mary Ann Jolley, yang melaporkan berita itu untuk Al Jazeera, tiba-tiba diusir pulang pada 14 Jun dari Kuala Lumpur selepas Kementerian Dalam Negeri didakwa menganggap aktiviti beliau sebagai mempunyai "kesan negatif terhadap imej Malaysia" .

Jolley ditunjukkan berkata dalam dokumentari itu, "Saya diusir pulang dari Malaysia. Saya sedang diiringi oleh kira-kira 5 ejen kastam dan seorang lelaki dalam pakaian tentera, jadi saya sedang menaiki penerbangan saya ke Sydney."

Pengusiran Jolley itu tidak menghalang usahanya untuk mendapatkan cerita tersebut kerana dia mengesan kaitan Sirul, yang menceritakan versinya tentang apa yang berlaku pada malam Altantuya dibunuh.

Program itu telah disiarkan hari ini pada jam 6.30 pagi dengan siaran ulangan pada pukul 5.30 petang dan boleh didapati dalam talian di laman webnya lapor Malaysiakini


Kisah Pembunuhan Altantuya dibangkitkan Al Jazeera dalam 'Murder in Malaysia'

Posted: 10 Sep 2015 08:19 PM PDT


Jam 6.30 pagi tadi dalam program mingguan Al Jazeera 101 East telah disiarkan satu dokumentari khas dengan tajuk 'Murder in Malaysia'..

Ianya mengisahkan tentang pembunuhan gadis Mongolia yang mana telah dijumpai dibunuh dan mayatnya telah diletupkan dengan bahan letupan C4 yang hanya dimiliki oleh pihak tentera.

Dua dakwaan yang mengejutkan telah disiarkan dalam dokumentari tersebut.. antaranya ialah sms dari Sirul dan pendedahan Sirul tentang siapa sebenarnya yang menembak Altantuya..

The gripping and closely documented report by the veteran Australian reporter Mary Ann Jolly shows that text messages on the mobile phone of Sirul Azhar Umar, obtained by Al Jazeera, proved the convicted bodyguard was blackmailing Prime Minister Najib Razak for millions of dollars to stay in Australia and say nothing about the case just before he was re-arrested.  
Tellingly, the response from Najib's intermediary with Sirul, Abdul Salam bin Ahmed, was that the matter was "being discussed".  
Salem has regularly visited Sirul, who is being held at the Villawood detention centre in Sydney and is believed to be involved in funding his legal team in Australia.  
"I want 15 million and I won't return to Malaysia ever. I won't bring down the PM"  
Another shocking new allegation brought forward by the programme is that Sirul confided to an Australian relative that the person who had shot Altantuya was none other than the former boyfriend, whom she had been trying to blackmail, Razak Baginda.. full article please read HERE

Dan ini mendapat reaksi segera dari Putrajaya..

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah kenal, bertemu atau berkomunikasi dengan Altantuya Shaariibuu, kata Putrajaya dalam responsnya kepada sebuah dokumentari baru diterbitkan Al Jazeera berhubung pembunuhan wanita Mongolia itu pada 2006.

"Perdana menteri tidak tahu, tidak pernah bertemu, tidak pernah mempunyai sebarang komunikasi dan tiada kaitan sama sekali dengan si mati.

"Kedua-dua individu yang disabitkan bukan pengawal peribadi perdana menteri. Tuduhan itu sengaja bertujuan mengelirukan dan digunakan untuk mengekalkan teori konspirasi yang tidak berasas," kata seorang jurucakap kerajaan, merujuk kepada bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan Azilah Hadri.

Putrajaya berkata, sepanjang proses penyiasatan polis dalam kes pembunuhan itu serta perbicaraan mahkamah yang panjang, tiada bukti Najib melakukan sebarang kesalahan.

Ia berkata, ini kerana "keseluruhan dakwaan itu satu perbuatan memburuk-burukkan yang palsu, didorong keuntungan politik".

"Musuh-musuh politik dan sekutu media mereka cuba menyerang perdana menteri dalam isu ini selama bertahun-tahun."

Kerajaan berkata, Altantuya tidak pernah terlibat dalam pembelian kapal selam Scorpene berharga berbilion ringgit oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Pembelian itu menjadi perhatian beberapa tahun lalu kerana didakwa melibatkan bayaran komisyen €114 juta (RM500 juta) kepada Perimekar Sdn Bhd, anak syarikat KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana isteri pembantu Najib, Abdul Razak Baginda, adalah pemegang saham utamanya.

Razak, kekasih Altantuya, dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam kes pembunuhan itu.

"Pembelian ini dirundingkan secara langsung antara kerajaan Malaysia dan Perancis. Perimekar 40% dimiliki Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT), sebuah badan berkanun kerajaan yang dihormati," kata jurucakap kerajaan itu.

"Perimekar dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk mengendalikan semua logistik, latihan dan penyelarasan bagi pihak TLDM." lapor The Malaysian Insider


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Marilah rakyat Malaysia, berikan pendapat anda supaya anda boleh meluahkan apa yang anda fikirkan kepada semua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...